Showing posts with label Kes Mahkamah Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Kes Mahkamah Anwar Ibrahim. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

Saiful Masih Tidak Suka!?? Kenapa Anwar Sahaja Yang Suka!??

Saiful Bukhari mungkin mendapat peluang kedua untuk keadilan!?  Bapa beliau memohon Peguam Negara untuk memfailkan rayuan dengan kadar segera!!??  Ini untuk memberi harapan kepada anak beliau yang telah diliwat tetapi tidak mendapat pembelaan!!??  Berhubung dengan kes tersebut juga memaksa pihak tertentu untuk membenarkan seks songsang dan seks luar tabii di Malaysia memandangkan Ketua Pembangkang sudah mengaku dia pernah meliwat melalui kenyataan Karpal Singh dengan maksud suka sama suka!!??  
Sekiranya suka sama suka kenapakah Saiful tidak suka dan Anwar masih tidak suka?!!!  Ini bermakna kes tersebut perlu dirayu!??  Semoga pihak Peguam Negara akan mempertimbangkan dengan sebaik-baiknya kes ini!!???
Segera failkan rayuan
 
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan KAMIL MASLIH
utusan malaysia online

AZLAN Mohd. Lazim pada sidang media merayu agar Peguam Negara membuat rayuan segera kes liwat melibatkan anaknya, Mohd. Saiful Bukhari di kediamannya di Bandar Utama, Damansara, Selangor, semalam. – UTUSAN/Muhamad Iqbal Rosli


KUALA LUMPUR 11 Jan. – Bapa Mohd. Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim, 58, merayu supaya pihak Peguam Negara segera mengemukakan rayuan selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat anaknya, kelmarin.

Pada masa sama, Azlan dalam satu sidang media di kediamannya hari ini mengecam keras kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak perlu memfailkan rayuan terhadap kes membabitkan anaknya itu.

Azlan berkata, walaupun beliau sekeluarga dapat menerima keputusan tersebut tetapi itu tidak bermakna hak keadilan bagi Mohd. Saiful perlu dinafikan kerana di dalam sistem perundangan negara, anaknya itu masih berhak mengemukakan rayuan sehingga peringkat mahkamah tertinggi.

‘‘(Oleh itu) Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan. Diharap pihak peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan.

‘‘Sebagai bapa saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapatkan pengadilan seadil-adilnya bagi mengembalikan nama, maruah dan juga seluruh keluarga saya,’’ katanya di kediamannya di Bandar Utama, dekat sini hari ini.

Sidang media hari ini dibuat rentetan daripada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Moh. Saiful kerana tidak cukup bukti.

Menyentuh lebih lanjut gesaan Majlis Peguam tersebut, Azlan sekali lagi membidas saranan itu kerana menurutnya ia dilihat sebagai langkah menidakkan hak seseorang warganegara untuk diadili dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat tertinggi menurut Perlembagaan Persekutuan.

‘‘Mengapa Majlis Peguam selama ini tidak pernah membantah tertuduh dalam kes itu yang mengikut rekod telah mengemukakan penangguhan perbicaraan sebanyak 36 kali? Ini baru pertama kali pihak kami mengemukakan rayuan. Itu pun sudah mahu dihalang.

‘‘Mengapa ada pilih kasih? Adakah disebabkan anak saya hanya seorang insan kerdil, bukan orang kenamaan, ahli politik maka haknya dinafikan begitu sahaja?’’ soalnya.

Beliau berkata, Majlis Peguam dalam kes tersebut seharusnya bersifat neutral dengan tidak menghalang proses keadilan dilaksanakan.

Satu lagi persoalan, katanya, adakah gesaan itu melambangkan pendirian semua peguam di Malaysia atau hanya mewakili pendirian individu-individu tertentu yang ada kepentingan politik?

Menjawab satu soalan, Azlan berkata, beliau dan keluarganya akan menunggu perkembangan dalam tempoh dua minggu untuk melihat perkembangan rayuan bagi pihak Mohd. Saiful sebelum pihaknya mengumumkan tindakan selanjutnya.

‘‘Kita perlu mengambil langkah demi langkah dan tidak boleh tergesa-gesa. Jika sebelum ini kita boleh menunggu empat tahun, mengapa kita tidak boleh menunggu selama satu atau dua minggu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebagaimana dinyatakan Mohd. Saiful dalam laman blog peribadinya, anaknya itu berada dalam keadaan sihat dan dapat menerima keputusan mahkamah tersebut dengan tenang.

“Mohd. Saiful masih bekerja di Kuala Lumpur, hidup tetap perlu diteruskan, kita dapat terima dengan tenang, kita amat profesional, memang keluarga kami hanya orang biasa tetapi kita terima dengan tenang,” katanya.

Katanya, beliau serta ahli keluarga yang lain akan terus menyokong Mohd. Saiful dan berdasarkan respons daripada orang ramai serta kawan-kawan, banyak yang turut bersimpati di atas keputusan kes tersebut.

Pengebom Liwat 901 Menggelabah!!??

Pihak polis menawarkan wang sejumlah RM10 K untuk menangkap Dalang 3 Letupan Bom!!??  Kalau pengembom yang melaporkan siapa dalangnya mungkin dia akan dapat RM10 K itu!!??  Apa tunggu lagi!!??  Dapat lagi duit setelah kerja beres!!!???  Jatuhkan dalang disebalik letupan bom Liwat 901!!?
Polis Tawar RM10,000 Sehingga Tertangkapnya Dalang 3 Letupan Bom Isnin Lalu  
 
Khamis Januari 12, 2012
mStar

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara pada Khamis mengumumkan bahawa pihaknya menawarkan RM10,000 kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat sehingga tertangkapnya mereka yang menjadi dalang tiga letupan bom buatan sendiri di kawasan berhampiran Mahkamah Tinggi Jalan Duta selepas berlangsungnya perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin lalu.

Wednesday, January 11, 2012

BN Maintain Cool!!?? Anwar Pula Tertekan!!!??

Penyokong Anwar pasti marah kerana BN tidak tertekan dengan bebasnya Anwar pada 9 Jan 2012!!??  Apa yang hendak digusarkan kerana ini dapat membuka mata mereka bahawa sistem kehakiman negara memang telus dan nyata!!??  Tanpa bukti dan saksi yang mencukupi seseorang belum tentu lagi akan disabitkan kesalahan!!??  Namun golongan Anwarinas ini pula akan tertekan kerana dalam undang-undang masih ada peluang untuk merayu!!??  Jika Anwar pernah merayu sebanyak 36 kali!?? Maka apa salahnya Saiful akan memfailkan rayuan melalui Peguam Negara!!??
TPM: BN tidak tertekan mahkamah bebas Anwar

January 10, 2012

PUTRAJAYA - Barisan Nasional (BN) tidak gentar atau tertekan sama sekali dengan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang melepas dan membebaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menafikan sindiran seumpama itu, Timbalan Perdana Menteri berkata BN dengan berani telah melalui 12 pilihan raya umum sebelum ini dan sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka diadakan tahun ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno berkata, pengalaman yang diperoleh selama ini akan membantu jentera BN
menghadapi pilihan raya umum nanti.

"Tak ada tekanan, siapa yang kata kita tertekan? Apa keputusan sekalipun itu keputusan mahkamah. Kita punya persiapan bukan kerana ada pihak yang menekan kita baru kita kerja. Kita buat kerja seperti biasa.

"Kita sudah melalui proses pilihan raya bukan sekali, dah masuk kali ke-13.

Kita mempunyai pengalaman banyak. Jadi kita tak tertekan dalam soal ini. Kita akan hadapi walau apa pun keadaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan khas kepada warga Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata BN menghormati keputusan berhubung Anwar dan menegaskan kebebasan badan kehakiman membuat keputusan tanpa sebarang campur tangan daripada pihak luar termasuk parti politik.

Beliau berkata keputusan itu juga pastinya akan meningkatkan keyakinan orang ramai mengenai amalan demokrasi negara ini yang berteraskan kepada badan eksekutif, perundangan dan kehakiman tanpa sebarang campur tangan antara satu sama lain.

Katanya keputusan itu juga membuktikan ketelusan sistem demokrasi negara ini kepada dunia luar.

Beliau yakin selepas ini tiada pihak termasuk pembangkang dan pihak yang menyalahkan kerajaan menuduh kerajaan BN kononnya apa yang berlaku di negara ini adalah tidak adil.

"Saya yakin keputusan ini meyakinkan masyarakat Malaysia dan antarabangsa tentang kegigihan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membawa proses transformasi negara ke masa depan yang lebih baik. Ini sudah pun dapat dilihat dengan jelas apa yang berlaku di mahkamah semalam," katanya.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More