Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

Tuesday, May 14, 2013

Kenapa Bapa 13 Mei Masih Senyum?

Ingatkah kita apa yang terjadi semasa 13 Mei?  Tahukah kita siapa pencetus nya?

Lihatlah wajah orang di bawah ini..dialah pencetusnya..Tragedi berdarah 13 Mei…

WAJIB BACA:APA YANG SEBENARNYA BERLAKU SEMALAM 44 TAHUN YANG LALU

Dalam bab “Mabuk Kemenangan” dan “Api menyala Malam”, dalam buku bertajuk “Sebelum dan Selepas 13 Mei”, terbitan Utusan Melayu Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 1969, pengarangnya, bekas Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj menceritakan secara terperinci detik-detik berdarah 13 Mei 1969.

Keputusan Pilihan Raya Umum yang ke-3 sejak kemerdekaan Malaysia diadakan di Semenanjung Malaysia pada 10 Mei 1969 membuktikan Parti Perikatan (sekarang Barisan Nasional) berjaya memenangi keputusan undi dengan 66 kerusi (UMNO-51, MCA-13 & MIC-2), namun prestasi parti pembangkang khususnya parti dominasi Cina menunjukkan peningkatan.

Di kalangan parti pembangkang, DAP yang mendapat 13 kerusi, PAS mendapat 12 kerusi, parti Gerakan 8 kerusi dan Parti Progresif Rakyat (PPP) 4 kerusi.

Ketika itu parti-parti pembangkang tidak bergabung dalam satu kumpulan dan bergerak mengikut prinsip parti masing-masing.

Parti Gerakan dan DAP yang berkempen atas manifesto yang hampir sama iaitu menentang hak istimewa Bumiputera yang ditetapkan oleh Artikel 153 dan kerana penentangan secara agresif itu menyebabkan kedua-dua parti itu disokong oleh masyarakat Cina.

Seterusnya, Tunku Abdul Rahman menceritakan detik-detik selepas PRU ke-3 sehingga tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei.

Berikut diserta lampiran tulisan Tunku Abdul Rahman.

MABUK KEMENANGAN

Sebagaimana yang telah saya sebutkan di atas tadi, keputusan pilihanraya pada kali ini sangat memeranjatkan semua pihak parti-parti politik. Saya percaya, mereka yang sangat terperanjat sekali ialah DAP dan Parti Baru Gerakan di atas kejayaan yang mereka sendiri tidak sangka.

Mereka terus merasa sombong dan bongkak.

Dengan kelakuan sombong yang mereka tunjukkan itu, maka tidaklah boleh disalahkan jika pelawat-pelawat dari luar negeri menyangka bahawa parti-parti itulah yang telah memenangi pilihanraya tersebut pada keseluruhannya.

Dengan tidak berlengah lagi, parti-parti tersebut mengaturkan perayaan menyambut “kemenangan” mereka.

Pada pagi Isnin, 12 Mei 1969, Dr Tan Chee Khoon yang telah memenangi kerusi dalam kawasan Batu, Selangor, dengan kelebihan undi yang besar, telah meminta kebenaran polis untuk mengadakan satu perarakan kemenangan oleh ahli-ahli Parti Gerakan.

Satu permit telah dikeluarkan dengan syarat perarakan itu melalui jalan-jalan yang telah dipersetujui oleh polis.

DAP pula telah membuat keputusan hendak mengadakan perarakan pada keesokan harinya, iaitu hari Selasa, 13 Mei 1969, tetapi tidak mendapat kebenaran polis. Cadangan itu tidak diteruskan tetapi DAP turut serta dalam perarakan parti Gerakan.

Pegawai Penjaga Daerah Polis, Kuala Lumpur, Encik Abu Bakar bin Abdul Aziz, dalam catatan kenyataannya melaporkan seperti berikut mengenai permohonan Dr Tan itu:

“Pada 12 Mei 1969, Dr Tan Chee Khoon telah menelefon saya dan meminta kebenaran hendak mengadakan satu perarakan kemenangan untuk mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokongnya dalam kawasan pilihanrayanya sahaja iaitu kawasan Batu, Sentul dan Jalan Ipoh. Dia hendak memulakan perarakan itu dari ibu pejabatnya di jalan Broderick. Dia hendak memulakannya dari pukul 7.00 petang. Bilangan orang yang akan mengambil bahagian ialah kira-kira 500 orang dan akan diadakan juga perarakan bermotor.

“Kemudian, saya telah berunding dengan Encik Mansor mengenai jalan-jalan yang hendak dilalui dan juga waktu bagi perarakan itu dan telah mengambil keputusan (oleh kerana jam 4.30 petang iaitu waktu yang sangat sibuk untuk lalu lintas) maka kami fikir perarakan itu sepatutnya dimulakan dari jam 5.30 petang. Jika tidak, perarakan itu akan menimbulkan kesusahan kepada orang ramai.

“Saya telah menerangkan kepada Dr Tan Chee Khoon berkenaan hal ini. Dia bersetuju tetapi dia minta supaya perarakan itu berakhir sejam kemudian kerana waktu mula pun telah dilambatkan satu jam. Kami bersetuju dengan permintaannya itu dan satu lesen telah dikeluarkan atas namanya.”

Dari segi politik, perarakan kemenangan Dr Tan itu merupakan satu cara yang belum pernah dilakukan lagi sebelum ini.

Setelah perarakan yang berlesen itu tamat, perarakan-perarakan haram yang penuh dengan perbuatan, kelakuan biadab dan samseng telah diadakan. Mereka telah melanggar perintah polis dengan melalui jalan-jalan yang tidak diberi kebenaran sehingga berlakunya kesesakan lalu lintas.

Perasaan gila kemenangan semakin memuncak dan tidak terkawal lagi. Dan pihak Komunis pasti akan mengambil kesempatan untuk menghasut dan menghangatkan lagi perasaan mereka. Pemimpin yang menang pilihanraya itu telah melakukan kesilapan yang besar, sekalipun mungkin mereka tidak bertanggungjawab di atas kejadian itu.

Perarakan haram ini menghala ke Jalan Campbell dan Jalan Hale, iaitu jalan-jalan masuk ke Kampung Bharu, di mana 30,000 orang Melayu hidup dengan rukun damai dalam kawasan mereka sendiri yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur sejak bertahun-tahun lagi.

Jalan Hale ialah sebatang jalan besar di Kampung Bharu. Di sepanjang jalan itu, mereka bertempik sorak.

Dan apabila mereka berada di kawasan orang Melayu, mereka mengejek-ejek dan menunjuk-nunjuk kebesaran mereka untuk menaikkan perasaan marah orang-orang Melayu. Mereka melakukan perbuatan ini di kawasan yang boleh dikatakan kubu UMNO.

Encik Mansor bin Mohd Noor dalam satu kenyataannya telah melaporkan seperti berikut:

“Satu kumpulan dari mereka kira-kira 20 orang telah berhenti di hadapan Balai Polis Jalan Travers. Seorang daripada mereka melaungkan perkataan “Melayu mati” di hadapan rumah kediaman anggota-anggota polis di balai itu dan juga menunjukkan kemaluannya kepada polis yang disaksikan oleh isteri-isteri anggota polis yang berada dalam kawasan rumah kediaman mereka. Seorang mata-mata telah membuat laporan di atas kelakuan biadab dan tidak sopan itu.

“Selepas itu, mereka berpecah kepada beberapa kumpulan kecil. Salah satu darinya telah pergi ke Jalan Mountbatten dengan menahan kereta-kereta orang Melayu dan memaki hamun mereka dengan tujuan hendak menghina mereka.

“Mereka juga mengancam hendak menonyoh mata anak perempuan OCPD sendiri yang berumur kira-kira tujuh belas tahun. Sambil itu mereka berkata, “Engkau Melayu bodoh,” “Tidak kuasa.” Seorang pemuda Melayu telah melaporkan di Ibu Pejabat Polis yang dia dipukul oleh tiga orang Cina di Foch Avenue.”

Encik Yeoh Teck Chye dari Parti Gerakan iaitu Yang Dipertua Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, telah mengaku bahawa kelakuan mereka yang mengambil bahagian dalam perarakan haram itu menganggu keamanan orang ramai. Beliau ialah calon Gerakan yang menang dengan kelebihan undi yang besar dalam kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Pada hari Selasa, 13 Mei 1969, dia meminta maaf secara terbuka dalam akhbar-akhbar di atas kelakuan penyokong-penyokong partinya yang menyusahkan orang ramai, tetapi telah terlambat kerana perbuatan mereka amatlah memedihkan hati orang-orang Melayu.

Memang patut dia meminta maaf kerana selepas perarakan Dr Tan itu bersurai pada jam 8.00 malam seperti yang telah dipersetujui, dia sendiri telah mengambil bahagian dalam perarakan haram seperti yang tercatat dalam laporan polis.

Dari peristiwa-peristiwa yang berlaku pada malam itu, maka jelaslah bahawa pemimpin-pemimpin Gerakan tidak dapat mengawal perasaan pengikut-pengikutnya, bahkan mereka sendiri telah terheret sama. Merekalah yang bertanggungjawab menghidupkan perasaan itu.

Setelah perarakan berlesen itu bersurai, penyokong-penyokong mereka berpecah kepada beberapa kumpulan. Mereka merayau ke sana sini sambil melaung-laungkan kemenangan mereka dan dua lagi perarakan haram dimulakan.

Encik Abu Bakar bin Abdul Aziz, Pegawai Penjaga Daerah Polis Kuala Lumpur melaporkan dalam satu kenyataan yang dicatatkan seperti berikut:

“Saya sedang berada di bilik kawalan pada pukul 10.10 malam dan saya terima maklumat bahawa Yeoh Teck Chye telah mengepalai satu perarakan di Jalan Bukit Bintang dengan tidak mendapat kebenaran.

“Satu lagi perarakan datang dari Petaling Jaya yang dikepalai oleh David, juga tidak mendapat kebenaran (Encik V. David dari Parti Gerakan telah memenangi kerusi Parlimen di Pulau Pinang dan juga kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor iaitu negerinya sendiri).

“Saya telah beri arahan supaya kedua-dua perarakan ini mesti berhenti kerana tidak ada kebenaran polis. Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah dihantar untuk menyuraikannya.

“Sementara itu, perarakan di Bukit Bintang itu telah bersurai tetapi perarakan yang diketuai oleh David telah pergi ke Hotel Peking (di Jalan Brickfields) di mana 200 orang pemuda India sedang menunggu. Pasukan FRU dihantar ke sana untuk menyuraikan mereka.

“Kemudian, David cuba berhubung dengan Ketua Pegawai Polis, tetapi tidak berjaya; dia kemudiannya berhubung dengan saya. Dia beritahu saya supaya jangan menghantar anggota-anggota polis FRU untuk menimbulkan provokasi di kalangan penyokong-penyokongnya. Ketika itu, jam menunjukkan pukul 12.05 pagi, 13 Mei 1969.

“Saya beritahu kepadanya, bahawa penyokong-penyokongnya (mereka nyata sedang mabuk kemenangan dan mabuk todi) telah menganggu ketenteraman orang lain dengan membuat bising dan saya menerima beberapa panggilan telefon yang mengadu tentang hal ini. Saya beritahu kepadanya lagi, bahawa perhimpunan itu mesti bersurai kerana jika tidak, mereka akan disuraikan dengan paksa.

“Dia tanya sama ada saya kenal dia atau tidak. Saya jawab, saya kenal dia sebagai Encik David. Dia kemudian berkata, dia seorang Ahli Parlimen yang baru dipilih. Saya jawab kepadanya, itu tidak menjadi soal, tetapi yang penting bagi saya ialah dia mesti beritahu kepada penyokong-penyokongnya supaya bersurai, kerana jika tidak anggota-anggota FRU akan menyuraikannya. Dia terus berkata, “Pergi berambus FRU, kamu anak haram!” dan terus menghentakkan telefon.

“Sebahagian dari perarakan itu menuju ke Pudu dan melemparkan perkataan-perkataan menghina orang-orang Melayu dan polis.

“Sebuah lori yang membawa penyokong-penyokong Gerakan bertempik sorak sambil mengelilingi Sentul, tetapi telah ditahan oleh polis kerana lori tersebut tidak ada permit pengangkutan.

“Dari apa yang dapat dilihat, DAP juga turut terlibat dalam perarakan itu tetapi susah hendak mengenalpasti mereka kecuali dari cogan kata parti mereka. Sukar dikatakan siapakah yang patut disalahkan. Tetapi pada perasaan saya, kedua-dua parti iaitu Gerakan dan DAP patut disalahkan kerana menimbulkan perbuatan kacau yang boleh mengugat keamanan. Jika polis tidak segera bertindak, maka kekacauan mungkin telah berlaku.”

Patut diambil perhatian bahawa, kedua-dua perarakan yang disebut oleh Encik Abu Bakar dalam kenyataannya itu berlaku tanpa mendapat kebenaran polis.

Jika parti Gerakan benar-benar hendak mengadakan perarakan kemenangannya, maka bagaimana pula boleh timbul perbuatan tunjuk perasaan pada malam itu?

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Encik Abu Bakar, kedua-dua perarakan itu telah bersurai, tetapi kelakuan-kelakuan liar dan perbuatan-perbuatan menyakitkan hati terus-menerus dilakukan. Perarakan itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk tunjuk perasaan di tiga bahagian Kuala Lumpur – Brickfields, Pudu dan Sentul.

Kawasan-kawasan ini terletak di bahagian Selatan, Tengah dan Utara Kuala Lumpur yang jaraknya di antara kawasan pertama (Selatan) dengan kawasan ketiga (Utara) hampir tujuh batu. Tunjuk perasaan ini berlangsung sehingga ke tengah malam.

Saya rasa tidak syak lagi, tunjuk perasaan yang diadakan di pelbagai tempat berasingan ini bertujuan untuk mengeruhkan lagi suasana di bandar Kuala Lumpur yang telah pun ada tanda-tanda ketegangan.

API MENYALA MALAM

Saya pulang ke Kuala Lumpur dari Alor Star kira-kira tengah hari pada hari Selasa, 13 Mei 1969, iaitu hari yang mengubah nasib bangsa dan negara kita.

Ketua Setiausaha Sulit saya memberitahu saya yang dia menerima perkhabaran bahawa satu tindakan balas seakan tunjuk perasaan akan diadakan pada petang itu kerana orang-orang Melayu di Kuala Lumpur yang sangat marah dengan tunjuk perasaan anti Melayu dan perbuatan menghina yang biadab, dilakukan oleh puak-puak pembangkang pada 12 Mei 1969.

Dia memberitahu saya, bahawa UMNO akan mengadakan satu perarakan untuk merayakan kemenangan parti dan mereka yang mengambil bahagian akan berhimpun di rumah Menteri Besar Selangor, Dato’ Harun Haji Idris di Jalan Raja Muda.

Perarakan itu akan bermula di rumah Menteri Besar. Menurut aturcara mereka, Menteri Besar dijadualkan berucap kepada peserta himpunan itu sebelum memulakan perarakan.

Pada petang itu juga, Tun Tan Siew Sin, Encik Khaw Kai Boh, Dr Lim Swee Aun dan Tan Sri T.H Tan datang berjumpa saya di Residency untuk melahirkan perasaan sedih MCA tentang keputusan pilihanraya.

Mereka menyatakan bahawa orang-orang Cina telah hilang kepercayaan kepada pimpinan MCA. Dengan keadaan demikian, mereka berpendapat bahawa tidaklah bijak bagi mereka berada dalam Kabinet kerana mereka tidak lagi mewakili orang Cina.

Saya menjawab, Kabinet akan kerugian besar sekiranya mereka (MCA) tidak berada dalam Kabinet memandangkan jasa mereka kepada negara dan Parti Perikatan sebelum ini sangat dihargai.

Saya berkata bahawa, mungkin mereka akan masuk balik dalam kerajaan pada masa akan datang tetapi saya menasihati supaya mereka mengambil masa untuk berfikir tentang keputusan tersebut.

Selepas itu, kami berbincang ha-hal yang berlaku dalam beberapa hari yang lepas seperti perarakan mayat pemuda Parti Buruh, perarakan kemenangan Gerakan dan tunjuk perasaan haram.

Kemudian rombongan MCA tersebut meninggalkan saya. Tetapi saya masih memikirkan sikap orang-orang Cina yang mengecewakan pemimpin-pemimpin yang telah berkhidmat kepada mereka dan negara dengan cemerlang dan sikap yang ditunjukkan begitu, apakah yang bakal berlaku di kemudian hari?

Tunjuk perasaan yang dilakukan oleh Gerakan pada 12 Mei 1969, bukan sahaja menimbulkan perasaan marah orang-orang Melayu, bahkan juga menyakitkan hati mereka.

Saya sendiri bimbang perarakan yang akan dilakukan oleh UMNO itu mungkin boleh membawa kekacauan. Pada waktu itu, tidak dapat ditahan lagi keinginan ahli-ahli UMNO untuk mengadakan perarakan kerana pihak pembangkang telah pun mengadakan perarakan mereka.

Selain itu, UMNO juga telah mendapat permit untuk mengadakan perarakan tersebut. Saya cuma mampu berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Taala, semoga tidak berlaku sebarang kejadian buruk.

Kemudian, Tun Sambanthan datang berjumpa saya. Kami berbincang mengenai keputusan pilihanraya. Meski pun dia melakukan sedaya-upaya untuk berkhidmat bagi kepentingan kaum India, Tun Sambathan juga turut merasai bahawa MIC telah hilang sokongan orang India di sesetengah kawasan dalam pilihanraya itu.

Beliau juga memikirkan sama ada MIC masih patut berada dalam Kabinet untuk mewakili kaum India atau sebaliknya setelah melihat sikap MCA yang ketika itu tidak mahu menyertai Kabinet lagi.

Saya menasihati beliau dan juga Encik Manickavasagam supaya terus berada dalam Kabinet demi kepentingan Perikatan dan bangsa India. Saya berasa gembira kerana Tun Sambanthan menerima nasihat saya itu.

Semasa kami masih berbual, satu panggilan telefon diterima pada jam 6.45 petang yang menyatakan bahawa satu kejadian ngeri telah berlaku di Jalan Raja Muda iaitu orang Cina diserang.

Tidak lama kemudian, Encik Mansor, Ketua Lalu Lintas Polis Kuala Lumpur dan beberapa orang datang berjumpa saya dengan memberitahu bahawa kejadian pembunuhan telah berlaku.

Bandar Kuala Lumpur terus diisytiharkan perintah berkurung mulai jam 7.00 petang. Pasukan keselamatan ditugaskan mengawal dan askar-askar dipanggil untuk membantu.

Saya beritahu kepada mereka bahawa saya mahu ke tempat kejadian pembunuhan itu untuk melihat sendiri, tetapi saya dinasihatkan agar ke Ibu Pejabat Polis untuk mendengar laporan terkini dari semasa ke semasa.

Setelah menunaikan sembahyang Maghrib, saya terus ke Ibu Pejabat Polis Selangor di Jalan Bandar. Selepas saya mendengar laporan-laporan oleh pihak polis, saya pulang ke Residency untuk makan malam dan saya minta supaya Radio Malaysia menghantar seorang pegawainya merakamkan ucapan saya untuk disiarkan.

Dua jam kemudian iaitu pada 9.30 malam, pegawai tersebut datang ke kediaman saya. Ketika itu, saya berada dalam keadaan yang amat sedih dan sukar untuk berfikir. Tetapi saya sedar bahawa satu tindakan harus diambil dengan serta-merta, maka saya terus merakamkan ucapan saya tanpa membuat sebarang persediaan.

Berikut merupakan ucapan saya pada malam yang malang itu:

UCAPAN TUNKU PERDANA MENTERI MELALUI RADIO DAN TELEVISYEN MALAYSIA PADA 13 MEI 1969

“Kejadian yang tidak diingini telah pun berlaku di Kuala Lumpur dan pasukan-pasukan keselamatan telah pun mengawal di serata tempat dan penjuru-penjuru jalan.

Dengan keadan yang demikian, saya terpaksa mengisytiharkan darurat di Kuala Lumpur. Curfew pun telah dimulakan dan dijalankan. Dan saya telah memberikan kuasa mengisytiharkan darurat ataupun state emergency di serata negeri lagi sekiranya wajib dibuat demikian kerana untuk menjaga keamanan negeri, nyawa dan harta benda.

Ini menjadi tanggungjawab saya dan saya akan menjalankannya dengan kuasa yang saya ada ini.

Saya minta pertolongan semua pihak yang bertanggungjawab supaya bekerjasama dengan pegawai-pegawai keamanan untuk menolong menjaga keamanan negeri kita ini dan penduduk-penduduknya.

Kejadian yang berlaku itu tidak ada sebab. Apa yang dilakukan oleh parti pembangkang semalam adalah sesuatu yang tidak diingini dan saya berpegang serta menuduh mereka telah memulakan kejadian yang jahat itu, kejadian yang khianat itu. Tetapi tindakan balas-membalas bukanlah boleh membawa kebaikan.

Saya berasa sangat susah hati di atas apa yang telah berlaku kerana selama dua bulan saya melawat negeri-negeri dengan memberi ucapan yang mengingatkan kepada penduduk tentang dakyah anti-bangsa iaitu yang boleh menimbulkan pergaduhan besar di antara bangsa-bangsa di negara kita ini.

Oleh sebab negara ini adalah berbilang bangsa, saya merasai hal seperti ini akan berlaku iaitu pergaduhan seperti ini akan berlaku dan sekarang ini telah pun berlaku, sungguhpun dalam cara yang sederhana.

Mereka yang bertanggungjawab mestilah menjalankan kewajipan mereka supaya keadaan ini tidak merebak. Setiap kawasan harus mewujudkan jawatankuasa muhibah yang boleh menjaga keselamatan dan adanya perasaan baik wasangka sesama kaum.

Negara ini bergantung kepada tuan-tuan sekalian. Mereka yang ikhlas dan jujur, tolong saya untuk sama-sama menjaga negara ini daripada timbulnya perkara-perkara yang bahaya. Negara yang kita kasihi ini memerlukan pertolongan tuan-tuan sekalian.

Saya doakan kehadrat Subhanahu Wa Taala, selamatkanlah semua penduduk sekalian!”.

Selepas itu saya ke Telivisyen Malaysia. Setibanya saya di sana, saya terus berucap yang disiarkan ketika rancangan diminati ramai ke udara.

Ketika berhadapan kamera telivisyen, perasaan saya bercampur-aduk sehinggakan kadang-kadang saya sukar untuk mengeluarkan sesuatu perkataan. Tetapi oleh kerana azam yang kuat, saya berjaya juga memberi ucapan dalam bahasa Melayu dan Inggeris seperti yang telah dirakamkan di Residency. Pada ketika itu jam menunjukkan 10.32 malam.

Kira-kira jam 11.00 malam, semasa saya dalam perjalanan pulang ke Residency, saya terfikir untuk ke Ibu Pejabat Polis di Jalan Bandar sekali lagi dan meminta pemandu saya berpatah balik ke sana.

Semasa kereta saya menyusuri masuk jalan kecil yang menghala ke Jalan Bandar, saya ternampak beberapa orang samseng. Tetapi mereka melarikan diri apabila melihat kereta saya.

Sehingga ke pagi saya berada di Ibu Pejabat Polis. Peristiwa yang berlaku petang tadi tidaklah mudah untuk saya lupa seumur hidup.

Saya tidak dapat tidur pada malam itu kerana mengenangkan peristiwa sedih yang menimpa ibu kota negara kita yang aman ini. Saya merasa gelisah dan berjalan mundar-mandir serta menghabiskan malam saya di atas tikar sembahyang untuk berdoa kepada Allah.

Saya berdiri di beranda bilik saya dan melihat suasana bandar sambil memerhatikan api yang masih menjulang tinggi di beberapa kawasan berhampiran dengan Kampung Baharu dan di sebelah Utara Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur menjadi bandar yang terang dengan api kebakaran dan dapat dilihat dengan jelas dari rumah saya yang terletak di atas bukit. Inilah pandangan yang sangat menyedihkan dan saya tidak menyangka akan menyaksikan kejadian seperti ini semasa hayat saya.

Api yang menjilat bangunan itu telah menghanguskan segala usaha saya selama ini untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bahagia dan aman serta menghancurkan impian saya menjadi Perdana Menteri yang terbaik di dunia.

Ketika saya memerhati api yang menjulang tinggi itu, terbayang-bayang di mata saya kejadian-kejadian dahsyat yang sedang berlaku pada malam yang mengerikan ini dan saya terkenangkan kepada peristiwa-peristiwa lepas yang menyebabkan timbulnya malapetaka ini.

Ketika itu, saya sedar dan insaf bahawa jika difahami sebab-sebab kenapa boleh tercetus peristiwa buruk ini, maka perlulah dikaji satu-persatu kejadian-kejadian yang lepas.

Pada hari tersebut, saya menerima laporan-laporan mengenai perarakan Gerakan yang diadakan kelmarin.

Mereka melemparkan kata-kata nista kepada orang Melayu dan menyuruh orang Melayu pulang ke kampung kerana kapal layar (lambang Perikatan) telah ditenggelamkan.

Semua perkara ini terbayang dalam ingatan saya yang merupakan sebahagian dari punca berlakunya rusuhan itu.

Kelakuan keji dan perbuatan provokasi terhadap orang-orang Melayu yang dilakukan oleh mereka itu memang melampaui batas kesopanan manusia, sehingga menimbulkan api kemarahan yang tidak terhingga di kalangan orang Melayu.

Sebab itulah ahli-ahli UMNO berhimpun di rumah Menteri Besar di Jalan Raja Muda pada petang 13 Mei 1969. Sebagai Pengerusi UMNO Negeri Selangor, Dato’ Harun bersetuju dengan permintaan ahli-ahli parti untuk mengadakan perarakan yang sama bagi merayakan kemenangan Perikatan. Oleh kerana kebenaran telah pun diperolehi, maka perarakan itu mestilah dilakukan sepertimana yang telah diatur.

Ketika mereka sedang berhimpun di halaman rumah Dato’ Harun, tiba-tiba satu perkhabaran yang diterima menyatakan bahawa orang-orang Cina telah menyerang orang-orang Melayu di Setapak yang dalam perjalanan menyertai perarakan tersebut, kira-kira satu atau dua batu menghala ke Utara.

Perkhabaran itu menaikkan kemarahan orang-orang Melayu yang sedang berhimpun dan mereka terus mengamuk tanpa boleh dikawal lagi.

Dua orang Cina yang melalui jalan itu dengan menaiki motorsikal telah diserang dan dibunuh. Oleh itu bermulalah rusuhan 13 Mei yang menyebabkan kekacauan yang belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia.

Perlu diceritakan juga tentang kejadian-kejadian lain yang berlaku sebelum petang 13 Mei 1969 di Jalan Ipoh iaitu jalan utama menghala ke Utara.

Beberapa hari sebelum rusuhan itu, seorang saksi yang menyaksikan sendiri kejadian itu melaporkan kepada saya bahawa terdapat bas yang datang dari Utara, contohnya Selayang (kira-kira 20 batu jauhnya) ditahan oleh sekumpulan pemuda Cina untuk mencari orang-orang Melayu sambil melaungkan perkataan “Darah Bayar Darah.” Perkataan seperti inilah yang kedengaran semasa perarakan mayat (pemuda Cina dari Parti Buruh yang terbunuh).

Dengan ini, bolehlah dikatakan bahawa peristiwa 13 Mei sebenarnya dicetuskan oleh pemuda-pemuda Cina Komunis; pemuda-pemuda ini kemungkinan orang yang sama dalam perarakan mayat itu atau sebangsa dengan mereka.

Tulisan “Darah Bayar Darah” ialah di antara cogan kata yang tertulis di sepanduk semasa perarakan mayat oleh pemuda-pemuda Parti Buruh pada 9 Mei 1969; inilah cogan kata yang dilaungkan oleh mereka sepanjang perarakan itu.

Sesungguhnya kita boleh mendakwa bahawa cogan kata “Darah Bayar Darah” dan tindakan-tindakan tidak bertanggungjawab ahli-ahli Gerakan dan DAP semasa mengadakan perarakan kemenangan, dan juga tunjuk perasaan oleh samseng-samseng yang diadakan kemudiannya, adalah unsur-unsur tercetusnya peristiwa 13 Mei.

Tatkala saya termenung di beranda, saya teringat kembali sekitar tahun 1948 di mana pihak British ketika itu tidak segera mengambil tindakan terhadap pengacau-pengacau. Kecuaian mereka itu menyebabkan berlakunya darurat sehingga mengorbankan banyak nyawa dan harta benda musnah.

Selama sepuluh tahun keganasan berlaku semasa darurat iaitu di bawah pentadbiran penjajah dan dua tahun di bawah kerajaan Malaya yang merdeka.

Kebinasaan dan kecelakaan yang menimpa negara dan rakyat semasa darurat disebabkan pihak penjajah tidak mahu mengambil tindakan yang keras terhadap pengacau dari awal lagi.

Maka jelaslah kepada saya, bahawa jika tiada tindakan diambil dengan segera, seperti tanda-tanda semasa kempen pilihanraya dan rusuhan bakar-membakar yang sedang dilakukan ketika ini di Kuala Lumpur, kecelakaan yang sama akan berulang lagi seperti tahun 1948.

Oleh itu, saya segera membuat keputusan supaya kerajaan mesti bertindak dengan cepat dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menghalang kekacauan di Kuala Lumpur menjadi lebih buruk lagi atau merebak ke seluruh negeri.

Tindakan ini perlu diambil sekiranya kita mahu kekacauan ini cepat berakhir – sebagaimana ianya cepat tercetus, secepat itulah ianya terpadam.

Saya juga berazam dengan rancangan-rancangan yang akan dilaksanakan nanti, adalah tindakan kesan jangka panjang supaya kejadian ini tidak berulang lagi di masa akan datang.

Tidak ada sesiapa pun mahu kejadian ini berulang lagi sama ada ianya orang Cina, India ataupun Melayu.

Tidak ada sesiapa pun rakyat Malaysia, suka melihat negaranya yang aman ini terjerumus ke lembah kekacauan kecuali Komunis dan mereka yang bersimpati dengannya serta ahli-ahli politik yang bersubahat dengan anasir ini ataupun membiarkan diri mereka digunakan oleh anasir tersebut demi kepentingan politik mereka.

Sesungguhnya, setelah menikmati kejayaan, keamanan dan kemakmuran selepas merdeka, kecelakaan seperti ini tentulah dianggap bencana yang amat dahsyat.

Tuesday, April 2, 2013

Pembangkang Semakin Lembap Mati Kutu Menjelang PRU13!


Pembangkang kini tonjol diri melalui projek kerajaan



KANGAR: Pembangkang kini menonjolkan diri melalui projek dan program kerajaan dengan mendakwa apa yang dinikmati rakyat adalah hasil perjuangan mereka, kata Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Beliau berkata, langkah terdesak itu bertujuan meraih sokongan pengundi menjelang pilihan raya umum dan beliau berharap rakyat tidak terpengaruh dengannya.
Berucap pada majlis penyampaian bantuan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di Simpang Empat dekat sini malam tadi, beliau berkata, selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membawa pembangunan di Perlis.

Md Isa berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai projek pembangunan serta program bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat secara berterusan.

"Mereka (pembangkang) mengaku bahawa projek yang memberi keuntungan kepada rakyat adalah hasil usaha mereka," katanya.

Sebelum itu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Rosley Mat ketika berucap di majlis itu berkata, pembangkang pernah menolak pembangunan di kawasan bandar Kangar termasuk semasa cadangan memindahkan Pasar Besar Kangar ke Kampung Sena beberapa tahun lalu.

Katanya, mereka mengkritik MPK kerana membuat keputusan memindahkan pasar itu dengan alasan ia menjejaskan rezeki peniaga namun apabila para peniaga meraih pendapatan lebih baik di lokasi baru menyebabkan pembangkang mengubah kenyataan.
“Mereka mula muncul di khalayak ramai dan mengaku bahawa merekalah yang berjuang untuk memindahkan pasar itu bagi meningkatkan pendapatan para peniaga,” katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 151 penduduk bandar menerima bantuan berjumlah RM1.2 juta dengan 84 daripadanya menerima bantuan sewa rumah untuk tempoh setahun, 48 orang menerima bantuan membina dan membaiki rumah dan 19 orang menerima bantuan kiosk perniagaan. - BERNAMA

Macam pernahku dengar dialog demikian. Kalau di Kangar, pembangkang berdolak-dalih menyatakan lokasi baru kurang sesuailah itulah inilah, kalau di Sibuti, hal yang sama turut belaku. PAS akan mengaku merekalah punca utama kerajaan menyediakan bekalan elektrik dan air bersih! Ptuuih! Setakat hendak menjadi lembu punya susu, sapi dapat nama baik tidak payah!

Pembangkang hendaklah menjadi lebih kreatif dan tidak hanya menjadi lanun seperti Kiram! Apabila Sabah sudah maju, tiba-tiba dengki dan mahu menjajah Sabah, walhal sebelum ini memijak kaki ke Sabah pun jarang sekali!

Semoga rakyat memilih parti yang benar-benar berkaliber untuk memimpin mereka. Jangan tersalah pilih nanti terkena kaki botol!

- Posted using BlogPress from my New iPad

Saturday, May 19, 2012

Pembangkang Kuat Kritik Tapi Hasil Tak Ada?!?!: Dr Annuar

Akibat tamak dan gila kuasa menyebabkan Ho Leng gagal menyandang tugas yang diamanahkan oleh rakyat!?! Semua kuasa dia hendak!? Jadi ADUN dan juga menjadi Ahli Parlimen!!?! Bilalah Ho Leng mahu memberikan kerusinya kepada ahli DAP yang lain?! Patutlah orang yang gila kuasa dan tamakkan pangkat memceburi pihak pembangkang!?! Ini kerana minat dan kegilaan mereka serupa!?! Orang lain dalam DAP, PKR dan PAS tidak akan berpeluang untuk menjadi wakil rakyat selagi pembangkang memiliki mentaliti diperintah oleh ahli keluarga sahaja?!?!

Kalau suka sangat buatlah persatuan anak beranak sahaja dan tidak perlulah menyertai politik kerana tidak mempercayai orang lain walaupun dalam satu pakatan pembangkang?!?

Kuasa mahu tetapi kerja untuk rakyat tidak mahu! Kalau disuruh membuat projek kesemua harga barang di mark up untuk keuntungan dan kepentingan sendiri sahaja!? Ini mengakibatkan kontraktor menjadi muflis kerana duit habis untuk membayar imbuhan tambahan kepada wakil rakyat yang terlibat untuk menganugerahkan kontrak!?!

Lihatlah pemimpin DAP, mereka begitu sibuk menjaga tepi kain Ketua Menteri Sarawak sehingga gagal menyerahkan pembangunan kepada rakyat di Sibu. Kalau macam ni sampaib ila-bila pun Sibu tidak akan menjadi bandaraya!?! Setakat menjadi tunggangan DAP sahaja!?!? Mereka pandai menghasut rakyat dan menakutkan rakyat dengan kerajaan BN, Namun sejak 2010, apakah pembangunan yang dibawa?!!? Sebaliknya poket mereka semakin penuh kerana diisi oleh rasuah?!?!


Ho Leng sekadar bijak mengkritik
Posted on May 19, 2012, Saturday

Jadi wakil Parlimen, DUN menyebabkan kurang tumpuan: Dr Annuar
KUCHING: Menjadi wakil rakyat di satu kerusi Parlimen dan satu lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menyebabkan Pengerusi DAP negeri Sarawak Wong Ho Leng tidak mampu melaksanakan tugas diamanahkan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee berkata secara praktikal, Ho Leng kini menjaga empat kawasan DUN dan menyebabkannya kurang tumpuan.
Kawasan tersebut ialah DUN Bukit Assek, dan tiga lagi DUN dalam Parlimen Sibu, Nangka, Pelawan dan Bawang Assan.

“Dengan beban tanggungjawab sedemikian bagaimana beliau dapat menjalankan kerja dengan cekap atau sekadar melaksanakan tugas mengkritik dan pandai berkata-kata,” katanya dalam perbahasan usul terima kasih terhadap ucapan Yang di-Pertua Negeri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Dr Annuar berkata lagi, DAP juga gagal membawa masuk pelaburan ke Sibu terutama selepas menang Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu pada 2010 dan disusuli kemenangan di DUN Bukit Assek, Pelawan dan Dudong pada Pilihan Raya Negeri 2011.

“DAP tidak ada apa yang hendak ditunjukkan kepada rakyat di Sibu yang dapat membuktikan nilai undi terhadap mereka,” katanya.

Katanya, kegagalan membawa masuk pelaburan menggambarkan mandat yang diminta dan diperolehi mereka daripada pengundi di Sibu tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

“Saya mencabar DAP dalam Dewan yang mulia ini agar memberitahu apakah projek-projek yang mereka laksanakan dan apakah perancangan mereka di Sibu dan di seluruh negeri.

“Berapa banyak telah mereka belanjakan untuk kawasan-kawasan diwakili mereka? Berapa banyak bantuan kewangan yang telah diberikan kepada mereka yang memerlukan?” katanya.

Apa yang lebih menyedihkan, menurut Dr Annuar, DAP memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN) bagi mengaburi kelemahan mereka dalam membawa pembangunan.

DAP juga didakwa gemar menyebarkan propaganda kemusnahan negara jika BN terus diberi mandat untuk memerintah. Katanya, parti pembangkang itu sengaja menakutkan rakyat agar sentimen benci BN dapat mengalih undi kepada mereka.

Beliau turut mempertikaikan kesepakatan dalam kalangan parti-parti pembangkang – selain DAP, parti pembangkang ialah PKR dan PAS.
Percanggahan itu menyebabkan mereka gagal sehingga sekarang membentuk kabinet bayangan seperti dijanjikan, katanya.

“Di peringkat negeri, Pakatan Rakyat cuba membentuk kabinet bayangan tetapi ia digagalkan oleh rakan sendiri sebelum ia direalisasikan,” katanya.

Thursday, April 26, 2012

DAP Bantah Bershit!?!?!

Naib Pengerusi DAP bantah Bershit!?!?!  Pasti Anwar dan Ambiga marah mendengar kenyataan ini!?!?!  Sepatutnya DAP menyokong tegar perhimpunan Bershit!!?!?  Walaupun duduk bantah atas jalan tar!?!?!  Kenapakah mereka mahu menyiksa pengikut dan penyokong mereka!??!!?  Sebagai penyokong tegar sepatutnya mereka ini memberikan kebajikan dan tidak menggunakan penyokong mereka untuk kepentingan mereka!?!?  Malangnya menjadi penyokong tegar Pakatan Haram!?!?!  Orang lain dapat bersihkan rumah mereka pula mungkin dikenakan tindakan oleh DBKL dan Majlis Bandaraya di seluruh negara?!?!?!

Naib Pengerusi DAP bantah himpunan Bersih 3.0
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED dan KAMIL MASLIH

KUALA LUMPUR 26 April - Seorang ahli Dewan Negara mewakili pembangkang menggemparkan sesi persidangan dewan apabila secara terbuka membantah penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

Ketika bangun membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, ahli Dewan Negara berkenaan, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang juga Naib Pengerusi DAP menyatakan pendirian tersebut berdasarkan pengalaman serta pemerhatian beliau terhadap penganjuran beberapa perhimpunan jalanan di luar negara.

“Pada prinsipnya demonstrasi jalanan saya dah biasa tengok, bukan sahaja di negara kita tetapi saya biasa bekerja dan tinggal di banyak negara, semua demonstrasi kononnya mula dengan aman tetapi kebanyakan di mana-mana pun kita tengok terjadi perang.

“Saya secara rekodnya, saya bantah, tak sokong bersih," katanya.

Sementara itu, ketika ditemui di lobi Parlimen, beliau menjelaskan bantahan itu adalah atas dasar pengalaman peribadinya apabila melihat banyak demonstrasi aman bertukar ganas.

“Sekiranya sesuatu berlaku, siapa yang akan bertanggungjawab? Penganjur dan individu terlibat tidak akan berada di sana. Siapa yang akan menjaga mereka yang terkorban dan mengalami kecederaan?

“Matlamatnya adalah untuk menyalahkan pihak berkuasa dan ini adalah tidak adil," tegasnya.

Beliau kemudiannya menempelak segelintir ahli Parlimen yang akan menyertai demonstrasi itu kerana hanya menggalakkan masyarakat di negara ini melanggar undang-undang.

“Jika ada undang-undang yang tidak baik, kita ada saluran lain seperti Parlimen. Jangan langgar undang-undang. Kita hanya menggalakkan orang melanggar undang-undang sedangkan kita sepatutnya menjadi pembuat undang-undang.

“Ini jelas bertentangan sama sekali," tambahnya. - UTUSAN

Friday, April 6, 2012

LGE Tahu DAP Karam Selepas PRU13?!?!!?!

Apa LGE nak kata selepas ini!?!? Semakin hari semakin ramai hati orang Islam di Pulau Pinang dan di Malaysia terguris kerana maruah orang Islamn dan juga ibu bapa yang menginginkan anak mereka untuk mendapat pendidikan kini punah!?!?!  Tapak masjid dan sekolah sudah dijual gara-gara mahu menambahkan modal kempen DAP?!!?!  DAP mungkin sedar inilah peluang terakhir yang mereka ada sebelum PRU13!?!?!  Pastinya tsunami politik akan memusnahkan Pakatan Haram yang menyebabkan LGE bertindak dengan segera untuk memastikan selepas PRU13 rakyat Islam dan Melayu tidak akan mempunyai apa-apa kepentingan lagi di Pulau Pinang!!?!!?  Adakah LGE sudah menjangkakan bahawa DAP akan tenggelam setelah PRU13 kelak!!?!?!  
Jual tapak masjid, sekolah: PPP, NGO lapor polis
06/04/2012 4:36pm

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR 6 April – Parti Progresif Penduduk (PPP) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara di negeri itu.

Laporan itu dibuat oleh PPP bersama Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (Desmma), Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Ikatan Rakyat Ihsan Muslim (IRMM) di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 11 pagi ini.

Menurut mereka, tindakan pemimpin Kerajaan Pulau Pinang mengambil ‘tanah emas’ Bayan Mutiara untuk membina bangunan Penang World City (PWC) itu disifatkan sebagai tindakan yang mengguris perasaan umat Islam dan masyarakat Melayu di negeri berkenaan.

Ahli Majlis Tertinggi PPP, Datuk Thajudeen Mohideen berkata, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang bersetuju terhadap penjualan tapak masjid dan sekolah kepada pemaju swasta itu ternyata menjatuhkan maruah umat Islam di negeri itu. – UTUSAN

Sunday, March 18, 2012

Blogger Dihentak Dan Terlantar Dalam ICU??!!!

DAP are liars support AhLong, Bookie, Prostitution, gangster to control Chinese School, Chinese Association, Chinese Temples??!!!
Gara-gara ingin mendedahkan kebenaran, Azlan Abdullah telah memberanikan diri dengan melakukan pendedahan demi pendedahan ke atas penyumbang terbesar kempen DAP di Kuching mahupun di Sarawak!??  

Orang ini telah didedahkan oleh Azlan dalam blog beliau www.sarawakconman.com tetapi telah berkubur dan kini cuma rakaman video sahaja yang tinggal di dalam youtube.com?!!!

Siapakah yang dimaksudkan oleh Azlan sebenarnya sehingga beliau kini diserang dan terlantar di hospital?!!!  Kenapakah perjuangan beliau masih tidak dibela oleh DAP yang selalunya akan membantu orang yang ingin menyuarakan kebenaran?!!!  Adakah benar penyumbang dana terbesar DAP ini melakukan perbuatan demikian sehingga DAP tidak tampil ke hadapan untuk membantu Azlan?!!!

Inilah akibat daripada pendedahan beliau!!??  Adakah kita akan benarkan mereka bermaharajalela?!!!

Beliau juga dipercayai telah mengedarkan beberapa keping risalah beberapa hari mengenai sesuatu sebelum beliau diserang?!!!  Ugutan demi ugutan tetap diterima namun beliau tidak serik sehinggalah mereka bermain kasar dan mencincang beliau!!???


SOKONG DAP!!?? SOKONG GANGSTER!!!?? SOKONG KEGIATAN ROSAK AKHLAK?!!!?

Social activist badly injured by masked assailants

by Gary Adit, reporters@theborneopost.com. Posted on March 15, 2012, Thursday
SLASHED: The badly injured Azlan being wheeled into the emergency room of the Sarawak General Hospital following the attack.
KUCHING: Self-styled social activist Azlan Abdullah was hospitalised yesterday after he was slashed in broad daylight in what appeared to be a pre-meditated attack.

The 52-year-old Azlan – who claims to be fighting against social injustice and criminal wrongdoings – was sitting alone outside a coffee shop in Padungan when the incident occurred around 11.30am.

It was believed that he had just taken his seat at a table along the five-foot-way in front of the shop when he turned and saw several masked men armed with sharp weapons rushing towards him.

He immediately got up and ran into a next-door shop, but ended up being slashed on his head, both arms and leg by the attackers, who then fled in a car which was later established by police as having been fitted with false license plates.

Immediately following the attack, which lasted barely minute, members of the public called the police and ambulance to send the badly-wounded Azlan to the hospital.

District police chief ACP Roslan Bek Ahmad confirmed the attack on the self-styled activist, but added that police had so far not identified any suspects.

“We believe the attack could be linked to his activities, but identifying who is behind the incident is difficult as the victim has upset many people,” said Roslan when contacted yesterday, adding that Azlan was conscious and in stable condition at the Intensive Care Unit of Sarawak General Hospital.

“So far, no witnesses have stepped forward regarding the incident. We appeal to anyone who may have seen something, or who may have information regarding the attack, to get in touch with the police to assist investigation.”

Nevertheless, he added that the police have classified the case under Section 326 of the Penal Code for causing grievous hurt, and would probe the incident from all angles.

Azlan’s previous ‘activities’ included a ‘one-man protest’ along Jalan Tunku Abdul Rahman and at other parts of the city against certain business and political personalities.

He is also believed to be behind the distribution of flyers and pamphlets alleging wrongdoings committed by local political, business and community leaders, which have led to police reports being lodged against him by those whose names and photos were included in the flyers.

Azlan himself has previously lodged police reports claiming to have been threatened and assaulted by unknown individuals.

Friday, March 9, 2012

DAP Bela Anjing Tersepit?!!! Frusis Lebi OKB??!! Orang Kaya BiaDAP?!!

Frusis Lebi (OKU kaya) berdiri di tengah sambil menunjukkan salinan laporan polis
Ini bukan kes anjing tersepit menggigit tuan, tetapi kes kacang lupakan kulit dan  anjing dengan bayang-bayang!!!???  Menurut teman blogger Anak Merdeka, krisis yang berikutan daripada Timbalan Presiden PRS yang memberhentikan subsidi kerajaan Barisan Nasional!!??  Saya ulangi subsidi kerajaan Barisan Nasional kepada penyokong tegar DAP!!??  Kalau DAP di Pulau Pinang boleh menghalang mamak dan orang India daripada berniaga di Pulau Pinang kenapa pula Timbalan Presiden PRS tidak boleh berbuat demikian selaku ADUN ke atas pengundi di kawasan beliau?!!!  PRS adalah Barisan Nasional dan mengikut hukum demokratik memang pihak pembangkang adalah lawan!!??  Lawan tetap lawan dan sesiapa yang melawan akan dihentikan segala jenis pertolongan, kemudahan dan lebih - lebih lagi subsidi!!??

OKU yang boleh memanjat pokok, membawa kereta atau van tanpa sebarang ubahsuai adalah orang kaya yang berlakon seperti Orang Kurang Upaya!!??  Jabatan Kebajikan Masyarakat sememangnya berhak memantau sekiranya jumlah pendapatan seseorang OKU itu sebelum memberi bantuan kepadanya!!??  Namun dalam kes OKU yang kaya dan semakin tamak akibat hasutan DAP yang mahukan rumah beliau sebagai pejabat operasi memandangkan PRU-13 semakin hampir!???  

Sekiranya DAP benar-benar ikhlas, maka bantulah orang ini memandangkan mereka juga memiliki kerajaan di bahagian lain di Malaysia!??  Sebelum ini puak Anwarinas tidak mempercayai pihak polis?!!?  Kenapakah mereka pula membuat aduan polis?!! Adakah tiket untuk publisiti murah melalui suratkhabar utama cetak nasional pun mereka cuba bolos secara percuma?!!

Kasihanilah orang yang pernah menjadikan rumahnya sebagai pusat operasi calon pembangkang wahai DAP?!!  DAP pun seperti kacang lupakan kulit!!??   Bukan nak menolong OKU tetapi sekadar membuat publisiti murahan menggunakan baju merah celup mereka untuk mendapat perhatian surat khabar?!!?  Malunyaaa jadi orang DAP!!??  Lebih baik jadi orang kerajaan Barisan Nasional!!!? Kan!? Kan?!! Kan?!!!
Mong: Saya ada hak demokratik

Posted on March 7, 2012, Wednesday
Mong Dagang
SRI AMAN: Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Datuk Mong Dagang menegaskan beliau mempunyai hak demokratik untuk menghentikan pemberian bantuan kerajaan kepada pekebun kurang upaya (OKU), Frusis Lebi, 52, dari Rumah Anyai, Entulang Entawa, di sini.

Berdasarkan hak ini, katanya, keputusan dibuat memandangkan Frusis adalah seorang penyokong tegar pembangkang dengan rumahnya dipercayai menjadi pusat operasi calon pembangkang dan simpanan bahan kempen pembangkang pada Pilihan Raya Negeri Ke-10, tahun lalu.

Menurut beliau, Frusis nyata mendapat lebih banyak bantuan kebajikan dan pertanian daripada kerajaan berbanding orang lain selama ini, tetapi bantuan itu seolah-olah tidak dihargai.

“Ia membazirkan wang cukai yang dibayar saya dan semua rakyat Malaysia, apatah lagi pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan yang mungkin akan marah pada saya sekiranya mengetahui perkara ini.

“Semua orang mempunyai hak demokratik, begitu juga dengan saya, maka saya harus bertindak adil dengan memberikan bantuan kepada golongan OKU yang wajar memperolehi bantuan berbanding Frusis,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Bukit Begunan berkata demikian pada sidang media di Dewan Suarah Sri Aman apabila isu Frusis disiarkan secara meluas dalam Internet sejak kebelakangan ini.

Menurut Mong lagi, Frusis pernah mendapat bantuan berupa baja, benih pokok, mesin pemotong rumput, peralatan jentera ladang, racun serangga dan bahan pembinaan stor racun menerusi Projek Diamond Longan, Fruit Farm Rehad, Farm Unit, SBPKP dan ACDA daripada pihak Jabatan Pertanian dari tahun 2002 hingga 2011.

Beliau turut mendapat pelbagai jenis bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mulai bulan Julai 1982 sebelum ia dihentikan pada Oktober 2011 apabila pendapatan beliau didapati melebihi kadar yang dijangkakan, iaitu mampu berdikari.

Frusis yang mengalami kecacatan kudung tangan di bahagian jari dan kaki dipercayai mempunyai keupayaan untuk hidup seperti individu normal, termasuk bermain bola sepak, bercucuk tanam, menunggang motosikal, memandu kereta, memanjat pokok malah membina pondok.

Justeru, Mong berkata, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dialu-alukan untuk memberi bantuan kepada Frusis dari negeri di bawah tadbir pembangkang seperti Selangor, Kelantan atau Kedah jika mereka mahu berbuat demikian.

“Saya dipilih bukan berkhidmat untuk seorang individu sahaja, tetapi semua rakyat di DUN Bukit Begunan dan negeri Sarawak amnya.

“Saya percaya, terdapat individu atau pihak yang menjadi dalang kepada timbulnya isu ini demi kepentingan politik mereka, tetapi Frusis tidak sedar dia dipergunakan oleh mereka,” kata beliau.

Sementara itu, Mong mengakui bahawa surat yang ditujukan kepada Penolong Pengarah Pertanian Sri Aman itu adalah surat daripadanya.

“Saya tidak menafikan surat itu daripada saya kerana saya bekerja berprinsip, tetapi saya tidak tahu macam mana surat itu boleh diperolehi Frusis dan disiarkan dalam media.

“Perkara itu biarkan pihak berkuasa untuk menyiasat,” ujarnya.

Dalam mempertahankan rekodnya, Mong berkata, beliau telah memberikan peruntukan sebanyak RM7,000 kepada Pertubuhan Orang Cacat Sarawak dan RM5,000 kepada KUSIA tahun lalu.

Ini bermakna, katanya, beliau tidak sama sekali mengabaikan nasib golongan OKU.

Sunday, February 5, 2012

Nansian Punca Daon Masuk DAP!!??

Pelik juga tajuk kali ini kerana begitulah petikan laporan yang diterima!!??  Kenapakah menyalahkan orang lain sekiranya ingin menyertai DAP!!??

Kalau sudah tahu DAP itu tidak elok kenapakah ingin menyertainya pula dan menyalahkan pemimpin yang lain!!??  Adakah disebabkan DAP memberi BR1M dan BB1M ??!! Apakah janji DAP yang boleh diterima pakai!???  Rata-ratanya jalan yang berlubang sahaja menjadi perjuangan DAP tetapi mereka tidak pula menimbus lubang tersebut!!??  Sebaliknya mereka menambahkan lagi pusat urut, dan aktiviti yang mendatangkan masalah sosial!!!??  Itulah DAP!!???
Penyokong Kelab BN dikritik perguna pemimpin masyarakat

Posted on February 5, 2012, Sunday

KUCHING: Penyokong Kelab Barisan Nasional (BN) Sarawak dikritik kerana melibatkan pemimpin-pemimpin masyarakat untuk menagih sokongan bagi tujuan entiti pada satu acara di Bau baru-baru ini.

Setiausaha Agung Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Frankie Nyombui berkata tidak wajar untuk wakil rakyat BN menggunakan pemimpin-pemimpin masyarakat demi kepentingan politik mereka.

Jelasnya, di bawah Ordinan Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat 2004, tiada dinyatakan bahawa pemimpin-pemimpin masyarakat boleh digunakan untuk tujuan politik dan ia sepatutnya disedari oleh ahli-ahli politik BN.

“Ordinan tersebut telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 2004 dan jelas menggariskan peraturan dan peranan pemimpin masyarakat iaitu ketua kampung, tuai rumah, pengulu, pemanca dan kapitan.

“Di bawah sekyen 6 ordinan berkenaan, tugas-tugas pemimpin masyarakat antaranya mempengerusikan kes Mahkamah Adat, menjaga kebajikan masyarakat dan bukan sebaliknya.

“Jika begitu keadaannya, mengapa perlu adanya undang-undang tersebut jika ia tidak digunakan,” katanya sebagai mengulas mengenai 34 orang pemimpin masyarakat di Parlimen Mas Gading yang menandatangani memorandum persefahaman menyokong Kelab BN Sarawak di pejabat ADUN Tasik Biru Datuk Peter Nansian baru-baru ini.

Menurut laporan akhbar, pemimpin-pemimpin masyarakat ini turut menghadiri dialog di tempat yang sama.

Turut hadir dalam acara tersebut Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe yang juga salah seorang daripada wakil rakyat menubuhkan kelab tersebut selepas dipecat daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Nansian turut dipetik oleh pemberita memberitahu pemimpin-pemimpin berkenaan mewakili 1,000 orang dari konstituensinya dan akan mengikut hala tujunya.

Bagaimanapun tidak semua setuju dengan penubuhan Kelab BN. Antara yang menentang ialah bekas pegawai di pejabat Ketua Menteri Dominic Daon yang mendakwa Nansian adalah punca beliau menyertai DAP.

Sunday, January 1, 2012

Penganjur DAP Sarawak Juga Penganjur Aktiviti Rosak Akhlak??!!


Penganjur DAP juga menganjur kegiatan masalah sosial di Sarawak.  Tidak hairanlah sejak DAP berkuasa di bandaraya dan bandar besar di Sarawak semakin banyak kegiatan ahlong atau peminjam wang berlesen yang mengenakan faedah tahap dewa di sekitar Sarawak!??  Mungkin inilah habuan setelah berjaya menaja kempen DAP di sekitar bandaraya!??

Gambar ini ditangkap di kawasan Padungan di mana tertulis perkataan di bawah

Gangster Ahlong O-kau@Michael Teo Kim Huat Datuk Lau Wei Kiong Control School Associations
Sila baca lebih lanjut disini

OKAW@Black Dog pernah ditahan pada tahun 2009 dalam Operasi Cantas Kenyalang sila rujuk di sini dipetik dalam kotak komen



Open tender projects: ‘RM404m gone to waste’

Syed Jaymal Zahiid | November 10, 2011

The DAP claims that the money was wasted because the government has refused to award 67 open tender projects to the lowest qualified bidders.

KUALA LUMPUR: As much as RM404 million extra was “wasted” this year because the rural and regional development ministry refused to award 67 open tender projects to the lowest qualified bidders, DAP Perak chief Ngeh Koo Ham said.

Ngeh, the Beruas MP, claimed that of the 209 projects planned for the year, the ministry had awarded 129, of which only 68 were given via open tender.

Although open tenders were conducted for the 68 projects, he said they were not given to the lowest-priced bidder apart from one.

“There are reasons to suspect the existence of rampant corrupt practices,” said Ngeh, the DAP deputy secretary-general.

He cited one example of a project where the bidding could have been as low as RM7,775,000 but the ministry eventually awarded the tender for RM41,736,809.77.

He also claimed the Sarawak Rural Water Supply recticulation system worth RM83 million and the Sarawak Special Rural Water Supply 2011/2012 project worth RM555 million were awarded through direct negotiations.

Ngeh said he estimated that RM500 million of taxpayers’ money were lost through improper awarding of these projects.

He claimed that Deputy Rural and Regional Development Minister Joseph Entulu Belaun had refused to answer his questions on the allegations in Parliament on Monday.

“I stayed up till 10.30pm in Parliament on Monday to debate and to wait for the answer from the ministry on the issues I had raised.

“I was greatly disappointed when the deputy minister refused to answer my questions,” Ngeh said

________________________

Black Dog' no longer a threat

New Straits Times, Sep 9, 2007

KUCHING: He is known to have been involved in loan sharking, gambling, prostitution and drugs for more than 30 years.

In the 1970s, "O Kaw" (Black Dog) was held under the Internal Security Act for passport forgery. In the 1980s, he was detained twice under the Emergency Ordinance and was banished to the penal island of Pulau Jerejak.

Each time, the gangster picked up where he had left off on his release.

Because people were afraid of him, it had been impossible till now to make any of the crimes he is said to have committed stick.

On Friday, the 67-year-old was picked up on another Emergency Ordinance warrant, but this time police are confident they have nailed him.

State CID chief Tun Hisan Tun Hamzah said yesterday: "The allegations against him are strong. It was only in recent months that we could build a case against him. Information on him has been coming in freely now. I believe this is due to public confidence in police acting against gangsters. People felt intimidated by his threats. That's why we are only acting now."

Black Dog, so called because of his penchant for heavily-tinted black cars, is the latest in a string of gang leaders to be arrested under the Ops Cantas Kenyalang crackdown on organised crime. He is believed to have been flown to the peninsula yesterday and will be held at an undisclosed location for 60 days.

Police have arrested 21 gang leaders and their lieutenants.

They are hunting for another 10 to 12 leaders.

___________

Gang lord’s arrest brings number to 21

The Star, Sunday September 9, 2007

KUCHING: Another gang leader has been nabbed bringing the total of gang lords arrested under Ops Cantas Kenyalang to 21.

State CID chief Senior Asst Comm II Tun Hisan Tun Hamzah said a six-man team nabbed the suspect, in his 60s, at a leading shopping centre here on Friday evening.

He said the suspect and the others nabbed under the five-month operations statewide were detained under the Emergency Ordinance.

The man is allegedly linked to illegal activities, including prostitution and gangsterism.

He is said to have business interests in a car company, and holds key posts in several non-governmental education and community-based organisations.

___________________

Michael Teo Kim Huat@OKAW

-Kuching Rotary Club member

-Kuching Hokkien Association member

-Kamdar Carpet / Naza Car Dealer Jln Tun Jugah Kch

-Competitive Supreme Ssangyong Car Dealer formerly along Jln Hui Sing

-Rasa Sayang pub Jln Sekama Kch

-Lido Sport pub Jln Ang Cheng Ho Kch

-Pandan Indah Thai Restaurant RH Commercial Centre Jln Airport Kch

-Lian Hua Seng group / made the Sarawak state monopoly rice, flour miller by Bernas/UMNO only to smuggle it again to Kalimantan

-Top DVD pirates dealer in Sarawak

-Esawin Resources Jln Pending Kch awarded RM200 Million RES/Rural Electrification Scheme projects by UMNO

-Favoured by Sulaiman Taib for helping 'settled' the Avaa Vanja Ramli assault case in KL by Okaw gangs

-Favoured by UMNO Pahang in smuggling subsidised diesels via Bintawa - Singapore - Thai market using modified fishing trawlers, big tanker vessels and lorry tankers Metro Sedia Group all kept blind eye by Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kepenggunaan

-Total OKAW gang/associates empire worth easily RM1 Billion

_______________

Dubious deal by Metro Sedia group/ Chew Chiaw Ann/ Okaw Gang:

A RM17 million price tag

Anil Netto blog, Dec 26, 2009

On 4 December 2009, Sime Darby Bhd, through its plantation arm, Sime Darby Plantation Sdn Bhd, bought the entire issued and paid-up capital (50,000 shares of RM1 each) of an obscure new company, Nature Ambience Sdn Bhd, for RM16.8 million.

What makes Nature Ambience, which was incorporated only a year ago (on 12 December 2008), so special? Although it will become an oil palm plantation firm, a company search reveals its nature of business to be “general trading”.

On 2 October 2009, the Ministry of Land Development, Sarawak granted Nature Ambience approval to be the investor/developer for 26,211ha of Native Customary Rights land in Kapit and Julau, Sarawak. This was reportedly in line with the Sarawak state government’s “new concept of development on NCR land”. The Ministry is headed by James Masing, who is also the state assembly member for Balleh, one of the constituencies in Kapit.

With its purchase of Nature Ambience, Sime Darby will now be allowed to develop oil palm plantations in the Sarawak NCR development scheme.

A joint venture is expected to be established between:

Nature Ambience, as the joint venture vehicle, Sime Plantation and

Pelita Holdings Sdn Bhd, a subsidiary of the Land Custody & Development Authority of Sarawak (Pelita), acting for itself and as trustee for the natives holding the native customary rights in the NCR lands.

(Under the Sarawak NCR development scheme, the usual joint-venture structure is

Investor – 60%

NCR native landowners (with Pelita acting as trustee) – 30%

Pelita’s own stake in joint venture – 10%

Under the scheme, leasehold title (usually 60 years) is given to the joint-venture firm with the natives getting a 30 per cent stake in the firm in return.)

For the purchase of Nature Ambience, Sime Darby paid close to RM17 million to buy the firm from Common Enhance Sdn Bhd. “The total cash consideration for the acquisition was RM16,816,212 which has been paid on even date (4 December) from internally generated funds,” Sime Darby reported to the Bursa on 7 December 2009.

Company searches reveal an interesting three-tier hierarchy of ownership of Nature Ambience:

Of Nature Ambience’s 50,000 shares of RM1 each, 49, 998 shares were owned by Common Enhance Sdn Bhd.

Common Enhance, which was registered on 15 September 2009, in turn has an issued capital of 50,000 shares of which 49,998 are owned by Fuji Perfect Sdn Bhd.

And surprise, surprise, Fuji Perfect, which was also registered on 15 Sept 2009, also has an issued capital of 50,000 shares, of which 49,998 are owned by Chew Chiaw Ann, who reportedly happens to be CEO of Metro Sedia Group (see report in The Star here.)

The two remaining shares in each of the three companies are held by a Yap Liee Mee and a Loh Kuan Chween. All three firms have an identical registered address: First floor, Lot 2137 and 2138, Jalan Utama, Pending Industrial Estate, 93450 Kuching.

Several questions spring to mind:

Why the three-tier ownership?

How does the Ministry justify granting an approval letter to Nature Ambience? What is Nature Ambience’s track record, bearing in mind that the company was set up a year ago?

Why was the approval letter not given directly to Sime Darby?

What sort of work has Nature Ambience done in two months since getting the approval in Oct 2009?

Where did the RM17 million that Sime Darby paid actually end up?

How much have the natives who own the NCR land actually received so far?

Coincidentally or otherwise, Kapit was chosen as Sime Darby’s first location in Sarawak for a corporate social responsibility project. In January, the firm reportedly donated RM500,000 for repairs to and new facilities for five schools in the division.

__________________________

Firm gives towards improving schools in Kapit

The Star, Saturday January 17, 2009

KUCHING: Five rural primary schools in Sarawak can look forward to enjoying better facilities.

SK Nanga Mujong, SK Lubok Mawang, SK Nanga Meluan, SK Nanga Entuloh and SK Nanga Tiau, all located in Kapit division, will receive RM100,000 each to repair and build classrooms, hostels and other facilities for students and teachers.

The financial assistance is part of Sime Darby’s corporate social responsibility (CSR) project through its school adoption programme.

Corporate generosity: (From left) Metro Sedia Group CEO Chew Chiaw Ann, Mohd Ishak, Mohd Ismail, Masing and state deputy education director Mortadza Alop posing after the cheque presentation in Kuching recently.

“This is our first CSR project in Sarawak as far as education is concerned. We are also assisting schools in Peninsula Malaysia,” Sime Darby’s group human resources executive vice-president Mohamad Ishak Abdul Hamid said after presenting a cheque to State Land Development Minister Datuk Dr James Masing here recently.

Thanking Sime Darby for the contribution, Dr Masing said it was a move in the right direction for the company to focus on schools.

“The best way to develop our human capital is by supporting our schools and making sure they have good facilities. I hope other companies will follow suit,” he said.

He added that the schools would probably start their infrastructure projects next month.

A total of 340 pupils in the five schools will benefit from the projects.

_______________

More on Metro Sedia group/ Chew Chiaw Ann/ Okaw Gang/ Esawin Resources rewarded big projects by UMNO (Rural Electrification Scheme RES by Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah/ Datuk Shafie Afdal one of Najib's close crony ally and UMNO Semporna chief/ MP and big RISDA project Datuk Rahim Thambi Chik):

A. Maklumat Syarikat: :

Company Name : ESAWIN RESOURCES SDN. BHD.

Address : 1ST FLOOR, LOT 2137 & 2138 JALAN UTAMA PENDING INDUSTRIAL ESTATE

Postcode 93450

Town : KUCHING

State: SARAWAK

Telephone: -

Fax : -

Email : -

B. Maklumat Pendaftaran :

CIDB :

i) No Pendafataran : 0120091109-SR126622

ii) Bumiputra : Tiada Maklumat

iii) Tarikh Luput Pendaftaran : 14-12-2011

iv) Gred : G7

v) Pengkhususan :

E05 - PEMASANGAN VOLTAN TINGGI

E11 - KERJA-KERJA AM ELEKTRIK

Nombor Pendaftaran Perniagaan/Syarikat/Lain-Lain:

ROB :

ROC : 827089M

No Pendaftaran Lain:

No Lesen Berniaga Sabah:

Trading License: 470393

Status*: Aktif

G.Modal Berbayar / Modal Terkumpul :

a.Modal Dibenarkan (RM):

b.Modal Berbayar / Modal Terkumpul (RM): 1,000,000.00

H.Maklumat Projek:

Bil Tajuk Tarikh Anugerah Nilai (RM) Kilen

1. Pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Talian Grid Negeri Sarawak Tahun 2010-2111 (Bahagian Mukah, Sibu & Sri Aman) 01-08-2010 RM 120,000,000.00 KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

2. Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Talian Grid Negeri Sarawak Zon Satu B (1B), Zon Dua (2) & Zon Tiga (3) Tahun 2009-2010 Secara Rundingan Terus 'Design & Build' 23-07-2009 RM 80,000,000.00 RISDA DAERAH SEGAMAT

Saturday, December 17, 2011

Tan Kok Wai Patut Letak Jawatan Dalam Jawatankuasa Disiplin DAP?!!!

Memetik dari blog BigDog ke mana hala tuju DAP?  Memang DAP sudah patah atau kecundang dalam melaksanakan tindakan disiplin dan mengamalkan demokrasi dalam menegakkan perlembagaan parti!??  
 
Sekiranya ahli melakukan kesalahan maka tindakan disiplin sepatutnya dikenakan!!??  Bagaimana pula halnya apabila terdapat pilih kasih atau pilih bulu?!!  Sememangnya tidak adil kepada ahli yang lain?!!!  Adakah wajar orang yang sedemikian dibenarkan berkuasa untuk menjaga disiplin parti?  Sepatutnya Tan Kok Wai sudah meletak jawatan sekiranya dia tidak dapat mengetuai Jawatankuasa Tindakan Disiplin kerana boleh dipengaruhi oleh golongan tertentu!!!??  Tan Kok Wai fikirkanlah!!???  

10 Dec 2011Democratic Action Party (DAP) ini sudah jelas tidak demokratik, tidak mengamalkan demokrasi dan tidak mengambil tindakan (taking action), walaupun ianya perkara yang sewajarnya dilakukan (the right thing to do). Terutama jika ianya melibatkan menjaga kepentingan Chauvinis Cina dan mengutamakan nepotism Kepimpinan Tertinggi mereka.

Sifat dan sikap Chauvinis Cina dan keangkuhan mereka amat menyerlah. Terutama setelah berjaya menubuhkan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan kerajaan boneka di Perak dan Selangor pasca PRU 12.

Apa dah jadi dengan DAP dulu Manoharan, ADUN Kota Alam Shah hina bendera Malaysia Jalur Gemilang mahu ditukar dengan yang lain dikenakan tindakan disiplin digantung keahliannya walaupun beliau meminta maaf. Bagaimanapun penggantungan keahlian telah ditarik balik oleh Jawatankuasa Disiplin parti diketuai Tan Kok Wai setelah nak disesuaikan dengan kenyataan Setiausaha Agungnya iaitu Lim Guan Eng di Singapura yang menghina negeri Johor didakwa kadar jenayah tinggi bahaya kepada pelabur sehingga beliau tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin.

Kali ini pula apabila Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis menghina Dato’ Seri Dr. Zamry Abd. Kadir, Menteri Besar Perak dengan “Hitam Metalik” dan “Perak Darul Kartun” tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin walaupun gesaan dan desakan berbuat demikian dilakukan oleh Karpal Singh, Pengerusi DAP Pusat dan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim Naib Pengerusi DAP Pusat sendiri.

Dikatakan setakat ini Jawatankuasa Disiplin DAP diketuai Tan Kok Wai hanya mengeluarkan surat tunjuk sebab sahaja kepada Nga Kor Ming malah serba salah untuk diambil tindakan disiplin kerana dipengaruhi Lim Guan Eng yang mahu supaya Nga Kor Ming tidak dikenakan sebarang tindakan atas permintaan maaf yang dilakukannya.

Inikah yang dikatakan parti demokratik? Sebarang keputusan dan arahan adalah daripada Setiausaha Agungnya iaitu Lim Guan Eng. Sedangkan beliau sendiri terlepas daripada hukuman disiplin kini rakannya pula Nga Kor Ming diarah dilepaskan. Inilah dinamakan parti “kuku besi” iaitu parti “anak” dan “bapa” untuk buat keputusan.

Bagaimana pula saranan Karpal Singh dan Tunku Aziz pun tidak diambil kira. Jadi bagi kaum India dan Melayu yang menyertai DAP harus sedar suara mereka dipinggirkan dan “tak laku” untuk dijaja dalam DAP kerana ia parti rasis sama seperti kenyataan Dato Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO baru lalu.

Friday, December 9, 2011

AWAS!!!?? Taktik Kotor Dikesan dari DAP!!!??

Baru-baru Bian dapat cerita bahawa DAP juga akan mengeluarkan borang yang serupa tapi tidak sama untuk mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM 500??

Tapi borang ini bukan untuk digunakan bagi memohon bantuan RM 500 tetapi sebagai borang untuk menyimpan  maklumat pengundi dalam rumah bagi kegunaan Pakatan Haram!!??  Mungkin borang ini tidak akan sampai kepada pihak yang berkaitan cuma diperap di dalam guni DAP, PAS mahupun PKR!!??  Awas dengan penipuan sedemikian!!??  Jangan sekali -kali menyerahkan borang kepada pihak pembangkang tetapi datanglah ke pusat dan agensi kerajaan yang telah dilantik!!??
Amaran sudah diberi dan sekiranya bantuan tidak sampai ke pihak yang memerlukan akibat angkara Pakatan Haram ini maka janganlah kita menyalahkan kerajaan!!??  Data yang dikongsi adalah maklumat berguna untuk pihak Pakatan Haram memancing undi!!??  Jaga maklumat peribadi keluarga anda dengan selamat sebelum disalahgunakan oleh Pakatan Haram!!???

Sila rujuk di sini

LHDN juga mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan agensi yang menjual borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia ini!!??

Wednesday, December 7, 2011

PKR Pengecut!!?? Zahid Selam Guan Eng di Langkawi 2011

Beranikah Guan Eng menyahut cabaran Zahid untuk menyelam bersama KD Tun Razak?  Nurul Izzah sudah menyatakan bahawa dia tidak sudi diselamkan oleh KD Tun Razak kerana masih paranoia mengenai isu kapal selam yang tidak boleh tenggelam!???   Nampaknya Guan Eng sahaja yang berani menyahut cabaran Zahid atau dia akan cabut lari pada saat yang terakhir?!!!  Guan Eng ni memang cakap tak serupa bikin!!??
Zahid Bawa Guan Eng Menyelam Bersama KD Tun Razak 
 
BERNAMA 07 Disember, 2011 14:37 PM
 
LANGKAWI, 7 Dis (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menaiki kapal selam KD Tun Razak Jumaat ini bagi membuktikan bahawa dakwaan pembangkang yang kapal selam negara tidak boleh menyelam adalah tidak betul.

Ahmad Zahid berkata beliau dan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP akan menaiki kapal selam itu di pusat pameran maritim sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA '11) di Awana Porto Malai pada pukul 3 petang.

Beliau berkata ini merupakan pendekatan Kementerian Pertahanan untuk memperlihatkan aset itu yang dikatakan tidak boleh menyelam.

"Guan Eng ada telefon saya semalam untuk datang ke sini. Walaupun kapal selam itu untuk LIMA kali ini hanya membuat pertunjukan statik tetapi saya akan minta kapal selam itu menyelam untuk membawa Guan Eng," katanya pada sidang akhbar di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini Rabu.

Ahmad Zahid berkata beliau turut menghantar surat jemputan kepada semua Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Negara termasuk daripada parti pembangkang untuk menaiki dan menyelam bersama kapal selam negara.

"(Selain Lim) Pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain, hanya Nurul Izzah Anwar (Anggota Parlimen Lembah Pantai) yang memberi respons tak boleh datang. Yang lain cakap je banyak tetapi tak berani menyelam (dengan kapal selam)," katanya.

Mengenai LIMA '11, Ahmad Zahid berkata sehingga kini, tujuh kontrak telah dimeterai dan beliau menjangkakan keseluruhannya 15 kontrak akan dimeterai selepas berakhirnya LIMA '11 Sabtu ini.

Sunday, December 4, 2011

Roboh Gerai!!?? Wakil Rakyat DAP Tidak Mendahulukan Rakyat di Sarikei!!!??

Tindakan DAP yang mengusulkan agar gerai-gerai di tebingan Sungai Nelung Sarikei, Sarawak mendapat bantahan daripada peniaga di kawasan tersebut.  Mereka kesal dengan sikap malas berusaha dan tidak mahu mencari jalan penyelesaian yang dimiliki oleh wakil rakyat DAP iaitu Dr Wong!!???  Memang betullah wakil rakyat DAP tidak pandai bekerja dan cuma suka mengejar populariti sebagai wakil rakyat sahaja!!??   Kalau DAP hanya pandai meminta UBAH tetapi setelah rakyat memilih mereka pula tidak pandai memudahkan permintaan rakyat??? 
24 peniaga bantah tindakan roboh gerai

Utusan Borneo by Kepu Sidi. Posted on December 3, 2011, Saturday


Kesal wakil rakyat tidak usaha cari penyelesaian, Dr Wong sifatkan kumpulan tak faham

PROTES AMAN: Sekumpulan peniaga gerai di sekitar Tebingan Sungai Nyelong mengadakan bantahan terhadap tindakan merobohkan gerai-gerai mereka.

SARIKEI: Wakil rakyat yang dipilih melalui proses pilihan raya sepatutnya membantu dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Mereka sepatutnya membantu masyarakat yang menghadapi masalah serta berusaha untuk menyalurkan pembangunan, bukan cuba memusnahkan perancangan pembangunan yang telah dirancang oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensi telah dilantik, kata 24 orang pemilik gerai di kawasan Tebingan Sungai Nyelong di sini, petang kelmarin.

Kumpulan tersebut berkata demikian semasa mengadakan protes aman di Tebingan Sungai Nyelong kerana membantah tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dr Wong Hua Seh yang mahu gerai-gerai mereka dirobohkan berikutan pembinaannya belum mendapat sebarang kelulusan.

“Kami berasa amat kesal dan marah akan tindakan wakil rakyat tersebut kerana apa yang sepatutnya berlaku ialah beliau (Dr Wong) harus berusaha untuk membantu pihak kita untuk menambah pendapatan dan bukan menghentikan mata pencarian dan rezeki kami.

“Apa yang paling menyedihkan ialah kami telah membelanjakan banyak wang simpanan kami untuk memulakan perniagaan ini, terutama untuk membeli bahan-bahan permulaan perniagaan tetapi sekarang, ia hendak dirobohkan pula.

“Kenapa perkara ini tidak dibincang atau diambil tindakan awal pada sebelum pembinaannya dahulu dan baru sekarang hendak dibangkitkan… apa yang pasti kami menjadi mangsa keadaan dan siapakah yang bakal bertanggungjawab dalam perkara ini?” kata Alwyn Lau Peng Seng selaku jurucakap kumpulan terbabit.

Tambahnya, mengapa gerai yang sudah terbina dengan cantik dan terletak di kawasan strategik itu mahu dirobohkan dan jika ia hendak dirobohkan, maka amat jelas pembaziran yang berlaku.

“Berdasarkan perkara ini, kita dapat lihat dengan jelas bahawa cara Dr Wong amat berbeza jika dibandingkan dengan bekas ADUN yang lepas iaitu Datuk David Teng Lung Chi.

“Jika dahulu, Datuk David begitu mengambil berat akan hal rakyat dan sentiasa berkorban untuk memastikan rakyat mendapat apa yang sepatutnya, tetapi wakil rakyat pada kali ini pula lain caranya.

“Seharusnya sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab beliau mempunyai nilai sentiasa ikhlas untuk berkhidmat demi rakyat dan bukan berusaha untuk tindakan sebaliknya,” kata Lau.

Justeru, kumpulan terbabit berharap kerajaan dapat menarik balik kelulusan untuk meroboh gerai-gerai terbabit.

Sementara itu, mengulas mengenai bantahan pemilik-pemilik gerai itu, Dr Wong Hua Seh dalam pada sidang media semalam menyifatkan kumpulan terbabit sebagai tidak memahami situasi sebenar perkara terbabit.

“Sebenarnya pembinaan gerai-gerai tersebut mempunyai banyak masalah selain tidak mendapat kelulusan daripada pihak berwajib seperti pihak Jabatan Tanah dan Survei serta pihak berkuasa tempatan lain yang bertanggungjawab dalam memberikan kelulusan terhadap projek itu.

“Masalah ini kita telah bawa pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebanyak dua kali iaitu pada Jun 2011 dan membuat susulan pada persidangan DUN bulan November lepas, di mana kita mendapat jawapan daripada Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Adat Bumiputera dan Penan) merangkap Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datuk John Sikie Tayai yang menjelaskan perkara tersebut seharusnya telah diselesaikan.

“Gerai berkenaan yang didirikan tanpa kelulusan harus dirobohkan pada 27 November lepas dan para peniaga wajar mengosongkan gerai-gerai terbabit dalam tempoh 30 hari selepas notis pengosongan dikeluarkan, tetapi apa yang menjadi keraguan di pihak kita ialah arahan tersebut masih lagi belum dilaksanakan oleh pihak yang telah dipertanggungjawabkan,” kata Dr Wong.

Tambahnya, kawasan Tebingan Sungai Nyelong telah didaftarkan sebagai kawasan rekreasi dan taman permainan dan kenapa ia hendak dibangunkan dengan pembinaan gerai-gerai sedangkan banyak lagi kawasan lain boleh dimajukan untuk pembinaan gerai-gerai sedemikian seperti kawasan berhampiran dengan Central Market yang masih luas dan sesuai untuk aktiviti terbabit.

Pada masa sama, Dr Wong memohon agar pihak majlis tempatan menjalankan tanggungjawab mereka dan tegas dalam melaksanakan tugas dan jangan mengamalkan sikap pilih kasih.

Thursday, November 24, 2011

ADUN DAP Dah Kecut Telur Dalam DUN Sarawak!!???

Setiausaha DAP Sarawak telah diberi amaran agar tidak mengulangi tuduhan liarnya ke atas penganugerahan projek kerajaan oleh Ketua Menteri!!??  Dia telah menyampuk ketika Pehin Sri sedang memberi ucapan penggulungan untuk sesi penutupan persidangan DUN Sarawak semalam!!!??  Pehin Sri juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Chong!!??

Dalam persidangan yang sama juga menyelar tuduhan DAP Wong Ho Leng yang menyatakan lebih 100 000 orang Dayak sedang bekerja di Semenanjung!!??  Mungkin menetap di Semenanjung dan berulang-alik ke Singapura yang menjanjikan peluang pekerjaan yang lumayan!!?? 

Mungkin angka ini benar kalau di Johor memandangkan begitu banyak orang Dayak diterima bekerja di kilang-kilang berteknologi tinggi di Singapura.  Bukan orang Dayak sahaja malah orang Melayu Sarawak pun banyak diberi latihan dan kepercayaan untuk mengendalikan jentera berat di sana.  Di dalam industri carigali, juga terdapat ramai orang Sarawak bekerja sehingga ke Jakarta dan ke Arab Saudi untuk mengejar peluang pekerjaan dan gaji bebas cukai serta taraf hidup yang lebih tinggi!!??  Tidak kurang juga jururawat dari hospital swasta yang di ambil bekerja di negara Timur Tengah yang menyediakan gaji yang lebih lumayan dengan pengalaman lebih dari 3 tahun dalam industri perubatan dan kesihatan.  

Doktor Pakar Psikologi Kanak-kanak juga berasal dari Sarawak yang kini berulang-alik dari Perth dan Oxford!!??  Semoga kerajaan negeri akan lebih membuka mata untuk menyediakan kemudahan prasarana yang baik di samping industri berteknologi tinggi yang dibangunkan.  

Manusia perlu bekerja dan berhibur!!??  Sekiranya ruang untuk bekerja sudah diwujudkan bagaimana pula dengan ruang untuk berhibur dan bersantai setelah penat bekerja???  Apakah rangsangan dan pakej kerajaan untuk menggalakkan tenaga mahir di Sarawak meneruskan kegiatan dan kemahiran mereka dalam industri berteknologi tinggi atau berubah kepada industri ekonomi dan dagangan?!!

Taib cabar Chong ulangi tuduhan liarnya di luar DUN

Posted on November 24, 2011, Thursday


KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mencabar Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) agar mengulangi tuduhan liar yang dituturkannya ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Jika Chong yang juga setiausaha DAP Sarawak mengulanginya, kata Taib dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Chong ketika mencelah Taib semasa menggulung hujah dalam Dewan, mendakwa projek-projek besar kerajaan hanya diberikan kepada syarikat berkaitan dengan Ketua Menteri dan keluarganya.

Taib yang berang dengan tuduhan itu turut menyifatkan Chong berselindung di sebalik keistimewaan Dewan.

“Jika anda mahu ulangi menerusi akhbar, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap anda. Jangan gunakan keistimewaan Dewan ini untuk membuat tuduhan palsu,” katanya.

Beliau turut menyifatkan Chong tidak faham prinsip ekonomi.

“Anda seharusnya mengkaji sistem itu dengan baik. Saya tidak mempunyai kaitan dengannya (pemberian projek besar) dan prosedur tadbir urus yang sewajarnya telahpun dipatuhi,” katanya.

Sementara itu, Taib turut menempelak Wong Ho Leng (DAP-Bukit Assek) atas dakwaan seramai 100,000 Dayak keluar dari negeri ini untuk bekerja di Semenanjung Malaysia.

Menurutnya, angka itu tidak logik kerana melibatkan jumlah tenaga pekerja yang amat besar iaitu seramai 250,000 termasuk keluarga mereka.

Jelasnya, mustahil perkara serius itu dapat berlaku tanpa disedari dan terlepas pandang oleh kerajaan.

Bagaimanapun sekiranya benar, beliau mahu Wong membuktikan kesahihan angka itu pada Persidangan DUN seterusnya.

“Tidak masuk akal. Tidak mungkin angka migrasi keluar Sarawak sebanyak itu. Itu hanya imaginasi anda. Jangan membuat kenyataan yang tidak berasas,” katanya.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More