Sunday, December 4, 2011

Roboh Gerai!!?? Wakil Rakyat DAP Tidak Mendahulukan Rakyat di Sarikei!!!??

Tindakan DAP yang mengusulkan agar gerai-gerai di tebingan Sungai Nelung Sarikei, Sarawak mendapat bantahan daripada peniaga di kawasan tersebut.  Mereka kesal dengan sikap malas berusaha dan tidak mahu mencari jalan penyelesaian yang dimiliki oleh wakil rakyat DAP iaitu Dr Wong!!???  Memang betullah wakil rakyat DAP tidak pandai bekerja dan cuma suka mengejar populariti sebagai wakil rakyat sahaja!!??   Kalau DAP hanya pandai meminta UBAH tetapi setelah rakyat memilih mereka pula tidak pandai memudahkan permintaan rakyat??? 
24 peniaga bantah tindakan roboh gerai

Utusan Borneo by Kepu Sidi. Posted on December 3, 2011, Saturday


Kesal wakil rakyat tidak usaha cari penyelesaian, Dr Wong sifatkan kumpulan tak faham

PROTES AMAN: Sekumpulan peniaga gerai di sekitar Tebingan Sungai Nyelong mengadakan bantahan terhadap tindakan merobohkan gerai-gerai mereka.

SARIKEI: Wakil rakyat yang dipilih melalui proses pilihan raya sepatutnya membantu dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Mereka sepatutnya membantu masyarakat yang menghadapi masalah serta berusaha untuk menyalurkan pembangunan, bukan cuba memusnahkan perancangan pembangunan yang telah dirancang oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensi telah dilantik, kata 24 orang pemilik gerai di kawasan Tebingan Sungai Nyelong di sini, petang kelmarin.

Kumpulan tersebut berkata demikian semasa mengadakan protes aman di Tebingan Sungai Nyelong kerana membantah tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dr Wong Hua Seh yang mahu gerai-gerai mereka dirobohkan berikutan pembinaannya belum mendapat sebarang kelulusan.

“Kami berasa amat kesal dan marah akan tindakan wakil rakyat tersebut kerana apa yang sepatutnya berlaku ialah beliau (Dr Wong) harus berusaha untuk membantu pihak kita untuk menambah pendapatan dan bukan menghentikan mata pencarian dan rezeki kami.

“Apa yang paling menyedihkan ialah kami telah membelanjakan banyak wang simpanan kami untuk memulakan perniagaan ini, terutama untuk membeli bahan-bahan permulaan perniagaan tetapi sekarang, ia hendak dirobohkan pula.

“Kenapa perkara ini tidak dibincang atau diambil tindakan awal pada sebelum pembinaannya dahulu dan baru sekarang hendak dibangkitkan… apa yang pasti kami menjadi mangsa keadaan dan siapakah yang bakal bertanggungjawab dalam perkara ini?” kata Alwyn Lau Peng Seng selaku jurucakap kumpulan terbabit.

Tambahnya, mengapa gerai yang sudah terbina dengan cantik dan terletak di kawasan strategik itu mahu dirobohkan dan jika ia hendak dirobohkan, maka amat jelas pembaziran yang berlaku.

“Berdasarkan perkara ini, kita dapat lihat dengan jelas bahawa cara Dr Wong amat berbeza jika dibandingkan dengan bekas ADUN yang lepas iaitu Datuk David Teng Lung Chi.

“Jika dahulu, Datuk David begitu mengambil berat akan hal rakyat dan sentiasa berkorban untuk memastikan rakyat mendapat apa yang sepatutnya, tetapi wakil rakyat pada kali ini pula lain caranya.

“Seharusnya sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab beliau mempunyai nilai sentiasa ikhlas untuk berkhidmat demi rakyat dan bukan berusaha untuk tindakan sebaliknya,” kata Lau.

Justeru, kumpulan terbabit berharap kerajaan dapat menarik balik kelulusan untuk meroboh gerai-gerai terbabit.

Sementara itu, mengulas mengenai bantahan pemilik-pemilik gerai itu, Dr Wong Hua Seh dalam pada sidang media semalam menyifatkan kumpulan terbabit sebagai tidak memahami situasi sebenar perkara terbabit.

“Sebenarnya pembinaan gerai-gerai tersebut mempunyai banyak masalah selain tidak mendapat kelulusan daripada pihak berwajib seperti pihak Jabatan Tanah dan Survei serta pihak berkuasa tempatan lain yang bertanggungjawab dalam memberikan kelulusan terhadap projek itu.

“Masalah ini kita telah bawa pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebanyak dua kali iaitu pada Jun 2011 dan membuat susulan pada persidangan DUN bulan November lepas, di mana kita mendapat jawapan daripada Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Adat Bumiputera dan Penan) merangkap Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datuk John Sikie Tayai yang menjelaskan perkara tersebut seharusnya telah diselesaikan.

“Gerai berkenaan yang didirikan tanpa kelulusan harus dirobohkan pada 27 November lepas dan para peniaga wajar mengosongkan gerai-gerai terbabit dalam tempoh 30 hari selepas notis pengosongan dikeluarkan, tetapi apa yang menjadi keraguan di pihak kita ialah arahan tersebut masih lagi belum dilaksanakan oleh pihak yang telah dipertanggungjawabkan,” kata Dr Wong.

Tambahnya, kawasan Tebingan Sungai Nyelong telah didaftarkan sebagai kawasan rekreasi dan taman permainan dan kenapa ia hendak dibangunkan dengan pembinaan gerai-gerai sedangkan banyak lagi kawasan lain boleh dimajukan untuk pembinaan gerai-gerai sedemikian seperti kawasan berhampiran dengan Central Market yang masih luas dan sesuai untuk aktiviti terbabit.

Pada masa sama, Dr Wong memohon agar pihak majlis tempatan menjalankan tanggungjawab mereka dan tegas dalam melaksanakan tugas dan jangan mengamalkan sikap pilih kasih.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More