Saturday, October 29, 2011

Najib Harumkan Malaysia, Bershit Memalukan Malaysia di Australia!!??

Najib menghadiri CHOGM untuk memastikan nama Malaysia sentiasa harum di muka dunia.  Kutu -kutu Ambiga pula ke sana untuk membuka pekung dirinya dan memalukan Malaysia.  

Siapa kata Bersih tidak bermotifkan politik?  Kenapa si mamat blurr ni bawa pelekat yang tulis macam ini?!!!
Apa kaitan tuntutan bersih dengan isu Lynas?!!!  Chom Lee yang merupakan penganjur Bershit ini gagal untuk memastikan agenda mereka diterima.  Nampaknya Bershit ini syok sendiri siap dengan contengan pipi ala pergi main jadi badut menan!!??
Najib tiba di Perth untuk CHOGM

Posted on October 28, 2011, Friday

KETIBAAN: Najib disambut pegawai Kementerian Luar sejurus tiba di hotel penginapannya bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), Perth, kelmarin. Turut hadir Mustapa Mohamad (kiri) dan Anifah Aman (dua, kiri). — Gambar Bernama

PERTH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di sini Rabu malam bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel(CHOGM) dan mesyuarat berkaitan.

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Salman Ahmad dan isteri Tengku Karina Tuan Yusoff serta Konsul Jeneral Malaysia di Perth Hamidah Ashari.

Turut hadir Menteri Persekutuan untuk Pengajian Tinggi, Kemahiran, Pekerjaan dan Perhubungan Tempat Kerja Senator Christopher Evans serta Menteri negeri untuk Polis, Perkhidmatan Kecemasan dan Keselamatan Jalan Raya Robert Frank Johnson.

Sepanjang berada di sini, Najib dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Australia Julia Gillard dan Presiden Sri Lanka Mahinda Rajapaksa pada Khamis.

Pada hari sama, beliau akan menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Building Infrastructre for the 21st Century’ pada Forum Perniagaan Komanwel serta menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman mengenai ‘penstandardan’ antara Malaysia dan Uganda.

Najib turut dijadual mempengerusikan sesi mengenai Peluang Perniagaan dan Pelaburan di Malaysia serta menyertai Rundingan Meja Bulat Perdana Menteri Australia bersama Ketua-ketua Kerajaan Komanwel dan tokoh perniagaan.

Beliau dijadual sibuk menghadiri mesyuarat dua hala, sesi eksekutif dan rundingan santai manakala Rosmah akan menyertai program untuk isteri-isteri Ketua Kerajaan Komanwel.

Perdana Menteri akan mengadakan majlis barbeku untuk rakyat Malaysia di Perth pada Ahad sebelum kembali ke tanah air.

Najib mengetuai delegasi Malaysia ke CHOGM yang disertai Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Mustapa Mohamed serta pegawai kementerian berkenaan.

CHOGM 2011 bertemakan ‘Membangunkan Ketahanan Nasional, Membina Ketahanan Global’, akan dirasmikan Ratu Elizabeth II, yang juga Ketua Komanwel pada Jumaat. — Bernama

Thursday, October 27, 2011

Muhyiddin Mahu Negeri Pakatan Jawab Teguran Ketua Audit Negara

Pihak pembangkang juga perlu menyatakan dan menjawab teguran yang diberi oleh Ketua Audit Negara.  Jangan hanya pandai menunding jari telunjuk tetapi ibu jari tetap menunding kepada diri sendiri.

Kalau setakat perjalanan ke Hong Kong yang tidak dapat membawa apa-apa pulangan kepada ekonomi negeri mahupun negara, maka ini sudah dianggap sebagai perbelanjaan yang boros juga dan tidak teliti ketika membuat pertimbangan?!!!
Negeri pakatan juga perlu jawab teguran Ketua Audit Negara: TPM
Posted Berita Harian,  2011/10/27 
 
SITIAWAN: Kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang PKR, PAS dan DAP juga perlu menjawab beberapa teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana laporan itu mencakupi prestasi semua kementerian, agensi dan kerajaan negeri seluruh negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang tidak patut sesuka hati melabel bahawa kelemahan perbelanjaan yang didedahkan dalam laporan itu adalah bukti kegagalan program transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau menjawab soalan wartawan ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita semalam yang melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengkritik dasar transformasi kerajaan berikutan ketirisan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara itu.

"Laporan itu mencakupi semua agensi dan kerajaan-kerajaan negeri. Tidak juga terkecuali kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang. Ada juga teguran dari audit yang mereka perlu jawab," katanya kepada pemberita selepas melancarkan akhbar mini 'The School Times' di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sepuluh di Lekir dekat sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, Anwar yang pernah berada dalam kerajaan dahulu sebagai Timbalan Perdana Menteri semestinya tahu bahawa laporan Ketua Audit Negara itu sentiasa disertakan dengan teguran-teguran penting untuk memastikan perbelanjaan negara dilaksanakan dengan penuh hemah dan baik.

"Laporan ini sebenarnya menunjukkan sesuatu, iaitu tanggungjawab Ketua Audit Negara mengambil kira semua aspek dan tentulah kalau ada kelemahan-kelemahan itu perlu diperbaiki.

"Waktu Ketua Pembangkang dalam kerajaan pun, dia menerajui banyak kementerian pun, dia tahu juga perkara ini, walaupun kita membuat penjelasan kepada juruaudit tetapi teguran sebegitu amat penting juga dan ia akan disertakan di dalam laporan," katanya.  
Oleh itu, Muhyiddin berharap semua kementerian dan agensi yang meneliti laporan itu supaya mengambil tindakan segera untuk memperbaiki kelemahan serta cara mereka membelanjakan peruntukan yang diberikan kepada mereka.

"Ini bukan pertama kali, kita mahu peraturan, cara perbelanjaan, wang yang diperuntukkan itu digunakan secara baik-baik. Tidak ada pembaziran, tidak ada salah guna, sekiranya ada elemen-elemen penyalahgunaan kuasa, langkah tertentu seperti tindakan disiplin boleh diambil.

"Kita juga perlu memastikan beberapa perkara asas seperti akauntabiliti, ketelusan dan apa-apa asas yang kita gunakan untuk menguruskan perbelanjaan negara itu mesti digunakan sebagai panduan utama untuk kebaikan rakyat jelata," katanya.

Mengenai akhbar mini itu, Muhyiddin berkata akhbar itu adalah inisiatif New Straits Times Press Bhd (NSTP) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran akan diedarkan ke 500 sekolah terpilih di kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengalu-alukan langkah NSTP itu dan berkata ia mampu membantu pelajar untuk menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik.

Akhbar itu sudah pun mula diedarkan ke sekolah-sekolah berkenaan sejak 29 September lalu dan ia diterbitkan setiap hari Khamis setiap minggu.

'School Times' yang memuatkan berita dan aktiviti itu diwujudkan khas untuk membantu pelajar sekolah terutamanya di luar bandar untuk menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik pada masa sama didedahkan berkenaan pengetahuan am dan cara pemikiran kreatif.

Timbalan Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan "Turun Padang" sehari ke Perak menghadiri pelbagai program bersama rakyat antaranya bertemu dengan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan akan meraikan sambutan Deepavali di Little India di Ipoh malam ini. - BERNAMA

Wednesday, October 26, 2011

Pengorbanan Presiden Gerakan Masih Menjadi Tanda Tanya??!!

Bagaimana bentuk pengorbanan yang akan diambil oleh Koh untuk memenangi balik kerusi Gerakan!!??  Gerakan yang sebelum ini digeruni oleh DAP telah hilang taring apabila DAP memenangi PRU-12 dan membina kubu kuat di Pulau Pinang!??  

Apakah langkah yang akan diambil oleh Gerakan??  Adakah akan bertanding di luar kawasan asal iaitu di Sabah atau kembali bermaharajalela di Penang untuk mengusir lanun DAP???!!! 
Keputusan Tsu Koon Terus Jadi Teka-teki 
 
Oleh Alan Ting
 
25 Oktober, 2011 11:20 AM
 
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kenyataan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bahawa beliau sanggup "berkorban" untuk parti disambut dengan pelbagaitafsiran oleh pelbagai pihak, termasuk dalam kalangan anggota parti itu sendiri.

Walaupun ramai yang menyambut baik janji beliau itu, tetapi tidak kurang juga yang berpendapat bahawa kata-kata Koh bahawa beliau sedia berkorban selepas menimbang semua pilihan yang ada, masih diselubungi teka-teki dan belum dapat dilihat buktinya.

Ada yang berpendapat bahawa perkataan "berkorban" itu membawa maksud Koh tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, manakala ada pula yang membuat tafsiran bahawa beliau akan bertanding, tetapi di kerusi yang paling mencabar.

Sekiranya bekas Ketua Menteri Pulau Pinang ini mengambil keputusan untuk tidak bertanding, adakah ini bermakna beliau mengaku bertanggungjawab bagi prestasi buruk Gerakan pada Pilihan Raya Umum 2008 dan menerima hakikat bahawa beliaulah yang menjadi puncanya kerana dilihat sebagai pemimpin yang lemah?

Ramai berpendapat bahawa kekalahannya di tangan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P. Ramasamy bagi kerusi Parlimen Batu Kawan dan pencapaian buruk Gerakan pada pilihan raya umum lepas patut menimbulkan kesedaran di hati Koh untuk tidak lagi bertanding sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Tetapi, adakah Koh, yang kelihatan tidak kisah dengan semua itu, sanggup berundur daripada gelanggang politik sebagai seorang yang lari daripada medan perjuangan, sedangkan beliau telah berkhidmat dengan cemerlang sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selama 18 tahun dan sebagai anggota Kabinet selama tiga tahun?

Penganalisis politik dan anggota Gerakan berkata sekiranya beliau benar-benar tidak gentar untuk berkorban, Koh patut bertanding di kerusi paling mencabar dengan menentang gergasi Pembangkang yang mengikut perkiraan biasa, tidak mungkin boleh dimenangi calon Barisan Nasional (BN).

Kata mereka, sekiranya beliau bertanding dan kalah, ia adalah perkara biasa kerana kerusi berkenaan sudah dikira menjadi milik Pembangkang, tetapi sekiranya beliau menang, ia akan menjadi peniup semangat yang begitu penting untuk anggota Gerakan dan BN.

Kebanyakan anggota parti itu berharap Dr Koh tidak gentar untuk bertadning menentang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di kerusi parlimen Bagan pada pilihan raya umum akan datang.

"Biar Guan Eng tidak senang duduk di Pulau Pinang apabila Koh bertanding menentangnya. Berikutan sokongan yang semakin meningkat terhadap BN di Pulau Pinang sekarang, Koh mampu memberi tentangan hebat. Sama ada beliau menang atau kalah, bukan perkara utama," kata seorang anggota Gerakan.

Tetapi, adakah Koh benar-benar menjiwai erti sebenar "pengorbanan" sekiranya sebagai presiden parti, beliau dengan mudah boleh memperuntukkan kepadanya kerusi yang selamat di luar Pulau Pinang?

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia Dr Sivamurugan Pandian berkata terdapat banyak contoh pengorbanan yang dilakukan pemimpin politik, seperti pengorbanan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam Projek Tanjong 1 dan Tanjong 2 hingga beliau akhirnya berjaya mengalahkan Lim Chong Eu pada Pilihan Raya Umum 1990.

"Percaturan serupa turut dilakukan anaknya Guan Eng pada Pilihan Raya Umum 2008, yang membawa kepada penguasaan Pembangkang di Pulau Pinang.

"Koh juga boleh mencontohi bekas presiden MCA Tan Sri Lee San Choon, yang menyahut cabaran Lim Kit Siang pada 1980 untuk bertanding di kerusi Parlimen Seremban," katanya.

Pada pilihan raya umum 1982, Lee menyahut cabaran Kit Siang supaya menentangnya di kawasan majoriti Cina dengan memilih Seremban, yang merupakan kubu kuat DAP di bawah pimpinan Dr Chen Man Hin.

Bagaimanapun, Kit Siang pula melepaskan cabarannya dan meminta Dr Chen mempertahankan kawasan itu, yang akhirnya dimenangi Lee dengan majoriti 845 undi.

Penganalisis politik Datuk Cheah See Kian pula berkata beliau yakin Koh akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana ia merupakan langkah paling logik baginya sebagai presiden parti.

"Jika dilihat pada Pilihan Raya Umum 2008, Guan Eng tidak berani berdepan dengan Gerakan kerana mereka tahu parti itu lebih kuat daripada MCA. Beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Air Putih dan kerusi Parlimen Bagan.

"Kedua-dua kerusi itu ditandingi oleh MCA. Oleh itu, saya percaya Koh akhirnya akan memilih Tanjong, kerusi yang beliau menangi pada Pilihan Raya Umum 1982," kata Cheah.

Bagaimanapun, ada juga pihak yang berpendapat Koh kini tidak lagi memiliki "faktor "wow" dan sebarang kelebihan sekiranya beliau mengambil keputusan untuk menentang Guan Eng.

Mereka berkata sekiranya Koh ingin bertanding lagi, beliau perlu menilai dirinya sama ada termasuk dalam kelompok calon yang boleh menang seperti yang ditegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pilihan raya umum akan datang amat penting dan setiap kerusi begitu berharga sekali.

Bagaimanapun, banyak pihak masih ragu-ragu Koh akan membuat pengorbanan seperti yang fahami kebanyakan orang kerana ia merupakan keputusan yang paling sukar untuk beliau ambil dalam kerjaya politiknya memandangkan penggal pertama pelantikan beliau sebagai senator akan berakhir pada 9 April 2012.

Ada pihak bertanya sanggupkah beliau melepaskan segala-galanya apabila mengambil keputusan untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang?

Timbalan presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata setakat ini pilihan yang ada dalam rangka pengorbanan yang boleh dilakukan oleh Koh belum muktamad dan ia akan terserlah dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Persoalan yang timbul ialah adakah mesyuarat Jawatankuasa Pusat Gerakan (CC) pada pertengahan bulan depan akan menentukan langkah seterusnya yang patut diambil oleh Koh untuk meringankan beban beliau dalam membuat pilihan?

Atau adakah Koh akan mencari sendiri laluan yang perlu beliau tempuhi?

-- BERNAMA

Datuk Zulkifli Mantapkan Lagi PERKASA!!???

 Tahniah Datuk, walaupun sudah sampai di pertengahan jalan, namun masih ada lagi perjuangan yang perlu diteruskan!!
Zulkifli Noordin Naib Presiden Baru Perkasa



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin pada Rabu dilantik sebagai Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang baru.

Zulkifli dilantik menerusi satu usul tergempar yang dikemukakan ahli dewan tertinggi Perkasa, Muhammad Zahid Md Arip pada sesi perbahasan persidangan Agung Perkasa Kedua di Dewan Centrum, Taman Setiawangsa di sini.

Usul tersebut diluluskan sebulat suara.

Kira-kira 7,00 ahli Perkasa termasuk tetamu hadir pada persidangan itu.

Keliru Sejarah - Kenyataan Mat Sabu Dibidas!!??

Bekas Ketua Polis Negara melenting apabila orang yang kurang membaca sejarah seperti Mat Sabu mula bercakap pasal sejarah polis dan kemerdekaan!???  Ini berikutan dari Mat Sabu yang ingin mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan selari dengan Chin Peng??!!!   Mat Sabu ni memang terkenal dengan cakap main lepasnya yang tidak pernah mempunyai isi yang kukuh!!??  Lihatlah rupanya sudah tahu tinggi mana ilmu di dadanya!!??  
Abdul Rahim Bidas Kenyataan Mat Sabu

Oleh SUSAN ALBERT KASSIM

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor membidas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang menyifatkan komunis yang menyerang pasukan keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 merupakan hero sebenar.

"Ini bukan serangan secara peribadi tetapi saya membidas pandangannya berhubung peristiwa Bukit Kepong. Beliau tidak ubah seperti penglipur lara kerana tidak suka membaca," katanya ketika berucap pada Persidangan Agung Tahunan Kedua Perkasa di Dewan Centrum, Taman Setiawangsa di sini, Rabu.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menerima kecaman daripada pelbagai pihak kerana menganggap pengganas dalam Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaysia (PKM) yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis serta keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

Sehubungan itu, Abdul Rahim menafikan dakwaan Mat Sabu bahawa polis yang bekerja dengan British sebagai pengkhianat.

"Polis bukan menentang PKM dan pemimpin kiri Melayu yang tidak berjuang menuntut kemerdekaan tetapi mereka yang bersetuju untuk menubuhkan Republik Rakyat Malaya.

"Apa yang dinyatakan oleh Mat Sabu hanyalah sebahagian daripada sejarah Bukit Kepong," katanya.

Justeru, Abdul Rahim menggesa semua umat Islam di negara ini supaya bersatu seperti pada 1946 supaya detik hitam itu tidak berulang lagi.

Sementara itu, beliau turut memberi amaran kepada rakyat Malaysia supaya bersiap sedia menghadapi gelombang hak asasi manusia yang tidak dapat dielakkan di seluruh dunia.

"Sekarang ini, kita lihat gelombang hak asasi manusia banyak mempersoalkan hak yang telah diterima termasuk kontrak sosial. Dasar yang telah dipersetujui seolah-olah di pandang remah soal," jelasnya.

Kira-kira 7,00 ahli Perkasa termasuk tetamu hadir pada persidangan itu.

Bongkar!!! PAS Parti Angkat Senjata?

Ustaz Saidi kali ini dibogelkan oleh Gomo dan taipingmali... Apa tujuan mereka berseronok di Selatan Thailand?!! Bukannya kahwin baru tapi main senjata api?  Apa tujuan Ustaz Saidi belajar senjata api?  Bukannya ada kem menembak di Kelantan?!!  Ini sudah mendatangkan kemusykilan ini!!??
Apa Motif PAS Wujudkan Kem Bersenjata Di Selatan Thai?

Wednesday, October 26, 2011
papagomo

Video diatas menjelaskan mengenai kewujudan Kem Latihan Ketenteraan buat Ahlol PAS terutama yang menjawat jawatan Pengawal Keselamatan PAS di Selatan Thailand.

Mengikut apa yang dinyatakan oleh Ustaz Saidi, mereka yang mendapat latihan dikem tersebut diberi latihan pertempuran dan juga Senjata.

Apakah pihak Keselamatan Malaysia terlepas pandang dengan apa yang telah dinyatakan oleh Ustaz Saidi ini? APakah kita sebagai kerajaan yang berdaulat membiarkan pekara ini wujud?

Al Maunah merupakan ahli PAS yang juga mendapat latihan ketenteraan di Selantan Thai sebelum bergiat aktif dan kemudiannya melakukan peperangan ke atas YDP Agong dan Kerajaan Malaysia. Apakah kita lupa?

Isu Al Maunah turut disokong PAS dengan menyatakan sokongan mereka ke atas Al Maunah. Apakah kerajaan terutama pihak Keselamatan seperti PDRM, TENTERA, MKN, dan lain lain agensi hanya menutup mata diatas apa yang dilakukan PAS ini?

Gomo yakin jika Kelantan Tumbang pada PRU 13 ini dan negeri tersebut berada dibawah pentadbiran Barisan Nasional adalah tidak mustahil akan wujud persekentaan yang mana mungkin akan mengakibatkan kehilangan nyawa.

Pohon Pihak Keselamatan Negara PDRM,TENTERA, MKN dan mana mana agensi yang berkenaan menyiasat secara detail apa yang dinyatakan oleh Ustaz Saidi sepetimana didalam Video diatas.

Jangan Biarkan Pekara Ini Membawa Musibat kepada negara Malaysia.


Psssttt.. Dasyat depa gunakan duit untuk buat semua tu, Babi lah PAS ni

Bongkar!! Siapa Bagi Info Dalaman Rosmah Kepada PKR Saifuddin Nasution?!!!

 Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai orang tersebut silalah ke pautan MIK!!

Monday, October 24, 2011

SPDP Mawan Gempur Ulu Teru!!!???

Mawan memang seorang pemimpin yang bersabar.  Tahniah kerana beliau meneruskan perjuangan untuk bersama rakyat pada Ahad lepas.  Walaupun sudah diberikan amaran bahawa pihak Unit Khas telah menasihatkan agar Mawan tidak pergi ke Ulu Teru.

Namun sebagai seorang pemimpin laksana panglima yang tidak gentar, beliau telah menyahut cabaran TPM untuk meneruskan acara Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Henry Gomes.  

Mungkin sudah tiba masanya untuk Rebel 5 membenarkan siasatan ke atas mereka yang gagal menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi dalam tempoh dua tahun.  Buang yang keruh ambillah yang jernih.  Perkukuhkanlah lagi jentera pilihan raya SPDP.  Usahlah membawa hati, kerana rakyat memerlukan pemimpin yang cekal dan berani.  Berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing!!!
Mawan Masih Yakin Terhadap 'SPDP Five' Yang Hilang Keyakinan Terhadap Beliau 

 
24 Oktober, 2011 17:17 PM  

MIRI, 24 Okt (Bernama) -- Walaupun lima wakil rakyat Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mengumumkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden parti Tan Sri William Mawan, namun beliau tetap menaruh keyakinan terhadap mereka.

Beliau berkata Datuk Peter Nansian (DUN Tasik Biru), Datuk Sylvester Entri Muran (DUN Marudi), Datuk Dr Tiki Lafe (Parlimen Mas Gading), Rosey Yunus (DUN Bekenu) dan Paulus Palu Gumbang (DUN Batu Danau) -- adalah antara pemimpin yang beliau rasakan boleh menggantikan beliau menerajui parti pada masa depan.

"Saya berkeyakinan penuh terhadap mereka, mempunyai banyak harapan pada diri mereka, yang boleh menggantikan saya pada masa akan datang. Lagipun, saya yang menaikkan mereka. Saya tidak mengatakan mereka tidak baik. Saya tidak mengatakan mereka salah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan sesi pemimpin bertemu rakyat di Rumah Panjang Henry Gomes, di Ulu Teru, Baram, kira-kira lapan jam perjalanan dari sini Ahad malam.

Nansian, yang merupakan Naib Presiden kanan SPDP, bersama dengan Naib Presiden Entri, Dr Tiki, Rosey dan Ketua Penerangan Paulus, telah bertelingkah dengan Mawan berikutan keengganan mereka menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti sejak dua tahun lepas.

Kumpulan berkenaan, yang digelar 'SPDP Five' mendakwa Mawan gagal mengotakan janjinya untuk mengekalkan status quo dalam kepimpinan parti dengan menggantikan Entri dengan bekas wakil rakyat Ba'Kelalan, Nelson Balang Rining sebagai Setiausaha Agung.

Ini telah menyebabkan Entri dan empat yang lain menyerbu keluar daripada satu mesyuarat MT. Sejak itu mereka tidak pernah menghadiri mesyuarat tertinggi parti.
 
Berhubung surat tunjuk sebab yang dikeluarkan terhadap Entri bulan lepas, Mawan berkata ia hanyalah sebahagian daripada proses siasatan yang dijalankan oleh jawatankuasa disiplin parti dan tidak harus dianggap sebagai satu hukuman.

"Malah sehingga kini pintu saya masih terbuka tetapi pada masa yang sama anda tidak boleh bertolak ansur dengan mekanisme parti. Kami mempunyai sistem. Saya tidak boleh (sewenang-wenangnya) ketepikan ini (peraturan dan undang-undang parti) begitu sahaja," katanya tanpa menjelaskan lebih lanjut berhubung isu itu memandangkan inkuiri masih berjalan.

Berhubung lawatan beliau ke Ulu Teru, yang secara kebetulan di dalam bahagian pilihan raya negeri diwakili oleh Entri, Mawan, yang juga Menteri Kanan negeri dan Menteri Pembangunan Sosial berkata kehadirannya adalah untuk berinteraksi dengan rakyat tempatan di sana dan mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat di situ.

Menolak spekulasi awal bahawa kehadiran beliau tidak diterima di Ulu Teru, Mawan berkata penduduk yang datang lebih berminat untuk mengetahui masalah mereka didengar oleh pemimpin dan mahu mengetahui lebih lanjut tentang rancangan kerajaan untuk mereka.

"Ini bukan arena untuk menyelesaikan masalah dalam parti. Orang ramai mahu mendengar tentang pembangunan, yang suka kerajaan. Imej Barisan Nasional (BN) harus dipertahankan," katanya.

Katanya lawatan beliau adalah sebahagian daripada persediaan untuk menghadapi pilihan raya Parlimen di Baram akan datang, di mana parti itu telah mengesyorkan Naib Presiden kanan, Datuk Jacob Dungau Sagan, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dikekalkan sebagai calon BN.

Semasa sesi itu, yang dihadiri kira-kira 4,000 penduduk tempatan daripada 62 rumah panjang sekitar Ulu Teru, Baram, Mawan mengumumkan geran RM30,000 untuk Rumah Henry Gomes dan RM20,000 untuk membaik pulih gelanggang futsal Sekolah Kebangsaan Pengiran Entri yang terletak berhampiran.

Beliau juga mencadangkan agar SK Pengiran Entri dijadikan sekolah angkat di bawah kementeriannya dan akan mengarahkan pegawainya merancang mengadakan program sukan untuk sekolah itu.

-- BERNAMA

Sunday, October 23, 2011

Guan Eng - Ketua Menteri Pulau Pinang Yang Gagal!!???

Isu 3R DAP masih belum selesai, tetapi Guan Eng sudah dikecam hebat.  Baru-baru ini, 6 NGO sudah berhimpun di KOMTAR mengecam corak pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang.  Lim Guan Eng yang datang dari Melaka memang gagal menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang memandangkan beliau bukan anak jati Pulau Pinang??!!  Ini merupakan penyebab utama corak pentadbiran beliau gagal diterima di Pulau Pinang!!??


Ke mana pula perginya DAP Pulau Pinang?  Tidak adakah antara mereka yang layak menjadi Ketua Menteri sehinggakan terpaksa mengimport orang Melaka sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang?  Sememangnya Guan Eng sepatutnya meletak jawatan di atas kegagalan dia menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang melibatkan isu skandal seks anak beliau yang dikhabarkan oleh roketkini??!!  Semoga rakyat sedar tentang kegagalan DAP sebagai Ketua Menteri Import!!???
Enam NGO membantah corak pentadbiran Guan Eng

Posted on October 22, 2011, Saturday

GEORGE TOWN: Seramai 200 orang daripada enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam menganjurkan perhimpunan secara aman di Komtar di sini bagi membantah dasar-dasar kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Mereka berkumpul di pintu masuk utama Komtar sambil membawa sepanduk serta meniupkan wisel dan membunyikan hon angin selama 15 minit sebelum bersurai.

Mereka terdiri anggota Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Persatuan Kebajikan Insan Mulia, Persatuan Kemajuan Insan Malaysia (KESAN), Persatuan Peniaga Negeri Pulau Pinang dan Badan Bertindak Peniaga India Muslim.

Jurucakap kumpulan itu, Mohamad Ridzuad Mohamad Azudin, berkata tujuan perhimpunan itu adalah bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap dasar kerajaan negeri berhubung pengharaman permainan air di Batu Feringghi dan dasar pengambilan tanah yang dianggap menindas rakyat.

Mereka turut membakar risalah terbitan kerajaan negeri bertajuk 30 Dasar Kerajaan Berjiwa Rakyat. — Bernama

Friday, October 21, 2011

Promo Diri: PKR Rafizi Ingin Rebut Kerusi Kemaman??!!!


Baru sahaja kahwin dah nak berpolitik.  Semalam Rafizi turun untuk Budget Analysis Debate 2012 di UIA.  Dengar khabar dia nak jadi wakil di Kemaman. 

Thursday, October 20, 2011

Ahli SPDP Hilang Kepercayaan Terhadap Mawan!!???

Pertikaian pucuk kepimpinan SPDP semakin meruncing.  Kini rakyat mula berpuak-puak untuk menyokong wakil mereka.  Ada yang mengubah haluan sehinggakan TPM terpaksa menjadi orang tengah untuk meninjau suasana di bahagian Utara Sarawak.  

Akibat daripada tekanan situasi dan terlalu menyayangi pemimpin mereka ada ketua rumah panjang yang tidak berani membenarkan rumah panjang mereka untuk dilawati oleh William Mawan walaupun dia bersama Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Naib Presiden BN.  

TPM yang akan tiba untuk Majlis Bersama Rakyat pada hujung minggu ini diharap tidak akan menerima sebarang kerumitan memandangkan ada ketua rumah panjang yang masih bersikap dingin dengan Presiden SPDP. 

Perlukah Ketua Menteri Sarawak campurtangan dalam menangani krisis SPDP yang semakin meruncing ini atau mampukah William Mawan untuk memujuk ahli-ahli SPDP agar mempercayai beliau semula!??
Mawan seru ahli SPDP bertenang dan terus bersatu
SPDP 5
KUCHING: Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan menyeru ahli-ahli partinya di seluruh negeri agar bertenang dan terus bersatu.
 
Posted Utusan Borneo Thu 20/10/2011 1:19 PM
 
Beliau melahirkan penghargaan serta terima kasih kepada ribuan ahli parti yang terus kekal bersatu serta menyatakan sokongan mereka kepada presiden melalui media, rangkaian sosial dan panggilan telefon.

Mawan menasihati ahli parti supaya bertindak dengan penuh tanggungjawab dan mengelak daripada membuat sebarang kenyataan negatif secara terbuka mengenai mana-mana individu walaupun tindakan mereka menjejaskan kepenti-ngan parti.

Menurut Menteri Pembangunan Sosial itu, SPDP ada peraturan dan prosedur untuk berurusan dengan mana-mana ahli yang didakwa menjejaskan kepentingan parti.

Maka itu katanya, ahli parti dinasihatkan mematuhi undang-undang serta amalan terbaik dalam demokrasi.

Mawan menyeru kepada mereka supaya mengukuhkan kekuatan dan sumber selain menyalurkan tenaga mereka kepada usaha mempersiapkan diri untuk Pilihan Raya Umum akan datang.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, majlis yang diadakan di Ulu Teru, Baram Miri pada hujung minggu ini adalah majlis Barisan Nasional (BN) yang akan dihadiri ramai pemimpin BN yang lain.

Oleh itu katanya majlis yang dikenali ‘Pemimpin Bersama Rakyat’ yang dijadual diadakan pada 22 dan 23 Oktober ini dan bakal dirasmikan oleh Naib Pengerusi BN Pusat dan Menteri Kanan Sarawak Tan Sri William Mawan Ikom tidak wajar dibantah penganjurannya.

Menurut Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN Pusat, tindakan membantah penganjuran serta kehadiran Mawan yang juga presiden SPDP merasmikan majlis itu sama seperti tindakan yang cukup jelas menentang atau anti-kerajaan.

Beliau dipetik berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Setiausaha Agung SPDP Paul Igai semalam.

Menurut Igai, Muhyiddin juga merestui penganjuran majlis itu yang akan turut dihadiri Ahli Parlimen Baram yang juga Timbalan Menteri Perdaga-ngan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan selain penyokong-penyokong BN lain.

“Kami telah mendapat restu daripada TPM (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk meneruskan kunjungan ke Baram (Ulu Teru).

“TPM berkata, kunjungan ke kerusi Parlimen Baram oleh Naib Pengerusi BN Pusat dan Menteri Kanan Negeri (Tan Sri William Mawan) adalah majlis BN yang turut dihadiri Ahli Parlimen Baram Datuk Jacob,” katanya yang juga setiausaha politik Ketua Menteri.

Ahad lepas akhbar Utusan Borneo melaporkan tiga ketua masyarakat dari Ulu Teru, Miri meminta agar Mawan membatalkan hasrat menganjurkan aktiviti di kawasan berkenaan yang dijadual diadakan pada hujung bulan ini.

Ketua-ketua masyarakat yang dimaksudkan itu ialah Tuai Rumah) Henry Gomes, Tuai Rumah Abok Jabu dan Kaunselor Kalang Ami dan dalam kenyataannya mereka berkata, penganjuran aktiviti itu dikhuatiri akan mengeruhkan lagi perbalahan di kalangan penyokong parti itu ekoran isu kumpulan berlima SPDP dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Sylvester Entri salah seorang daripada kumpulan tersebut.

Menurut ketua-ketua masyarakat itu majlis yang dijadual diadakan pada 22 dan 23 Oktober ini di Rumah Henry dianjurkan oleh Timbalan Pengerusi SPDP Samarahan Alexander Asing.

Mereka menuduh penganjuran aktiviti itu bermotif tidak baik dan hanya akan terus mewujudkan puak-puak dalam parti khususnya di Ulu Teru.

“Penduduk di Ulu Teru melihat langkah itu sebagai tidak kondusif. Tuai-tuai rumah di Ulu Teru mempersoalkan motif penganjuran aktiviti itu oleh Asing yang juga merupakan Timbalan Pengerusi SPDP Samarahan,” jelas kenyataan bersama dikeluarkan Henry, Abok dan Kalang sambil menambah penganjuran majlis itu amat tidak dialu-alukan.

Tindakan sama dilakukan oleh SPDP Ranting Nabor kelmarin apabila Pengerusinya Tuai Rumah Joshua Bungkong berkata, penganjuran majlis berkenaan disifatkan mempunyai agenda politik.

“Semua tuai rumah dan penghulu cawangan SPDP Baram yang mewakili Nabor, Pelayan, Marudi, Beluru, Jegan dan Teruking tetap bertegas membantah penganjuran majlis itu kerana ia disifatkan mempunyai agenda lain,” katanya

Joshua memberitahu, jika program sedemikian tetap diteruskan, maka ia akan menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk kerana penganjurannya tidak dimaklumkan kepada penduduk lebih awal.

Tuesday, October 18, 2011

Pucuk Kepimpinan SPDP Perlu Belajar Menyesuaikan Diri - Taib

Memalukan betul isu dalaman dibesar-besarkan.  Semua yang terlibat berpangkat dan berpengaruh namun tidak ada disiplin di dalam parti!!??  Sampai bilakah SPDP akan bertahan dengan karenah pemimpin mereka??
Taib menyifatkan pergolakan SPDP ‘perbezaan pendapat pucuk kepimpinan’
Posted on October 18, 2011, Tuesday
  
KUCHING: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan pergolakan dalam Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) sebagai ‘perbezaan pendapat pucuk kepimpinan’.

Taib yang juga Ketua Menteri berkata, SPDP bagaimanapun merupakan sebuah parti yang sangat bersatu padu khususnya di peringkat akar umbi.

“Ia bukan sebuah krisis, tetapi sekadar perbezaan pendapat di peringkat pucuk kepimpinan.

“Mereka tidak mempunyai banyak perbezaan (pendapat) di peringkat akar umbi… tetapi di peringkat kepimpinan itu kadang-kadang terdapat persaingan, jadi mereka perlu belajar menyesuaikan diri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri di sini, semalam.

Masalah dalam SPDP bermula apabila Kumpulan Berlima mengisytiharkan mereka hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap presiden parti, Tan Sri William Mawan Ikom.

Kumpulan berlima itu dianggotai oleh Naib Presiden Kanan SPDP Datuk Peter Nansian Ngusie, Naib Presiden Datuk Sylvester Entri Muran, Naib Presiden Datuk Dr Tiki Lafe, Ketua Penerangan SPDP Paulus Palu Gumbang dan Ahli Majlis Tertinggi Rosey Yunus.

Menurut Nansian, ketegangan dalam parti bermula apabila Mawan gagal mengotakan janji untuk mengekalkan barisan sedia ada semasa pemilihan parti pada 23 Januari lepas.

Bara kemarahan kumpulan itu mula memuncak apabila Jawatankuasa Disiplin mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Entri dan menyifatkan Mawan gagal menguruskan krisis dalam parti dengan baik.

Katanya, Mawan perlu membentuk Jawatankuasa Penyesuaian atau Perpaduan sekiranya presiden serius mahu menyelesaikan konflik semasa dalam parti

Pembahagian Kerusi Parlimen Sarawak Tidak Berubah - Taib

Pengerusi BN Sarawak membayangkan tiada perubahan besar dalam pembahagian kerusi parlimen.  Mungkin akan diturunkan muka baru?  Sebelum ini semasa PRN Ke - 10 hanya 10% muka baru yang diturunkan.  Adakah formula yang sama akan berlaku menjelang PRU-13?

Bagaimana halnya dengan sokongan terhadap Parti Bersatu Rakyat Sarawak?  Adakah mereka akan dikekalkan atau diturunkan muka baru?
Taib bayangkan pembahagian kerusi Parlimen Sarawak kekal pada PRU
Posted on October 18, 2011, Tuesday

 

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membayangkan pembahagian kerusi Parlimen di Sarawak akan dikekalkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri semalam, Taib yang juga pe-ngerusi Barisan Nasional (BN) Negeri memberitahu, Sarawak tidak terjejas dengan proses penyelarasan formula pembahagian kerusi pilihan raya yang diguna pakai sekarang.

“Saya rasa kita tidak mempunyai banyak perubahan di Sarawak dari segi peruntukan kerusi.

“Apa yang dirujuk oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) itu mungkin atas cadangan beberapa parti dalam BN untuk bertukar kerusi, demi menghasilkan keputusan (pilihan raya) lebih baik.

“Jadi, mereka ada mengkajinya sementara kita (BN Negeri) tidak pernah mengkaji apa-apa kerana tidak menjejaskan kita,” katanya.

Jelasnya, proses itu berkemungkinan hanya akan dijalankan di Semenanjung Malaysia sahaja berdasarkan cadangan beberapa parti komponen BN di sana.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Sarawak akan turut menjalani proses penyelarasan kepada formula pembahagian kerusi pilihan raya.

BN Negeri dibahagikan kepada empat komponen dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu diperuntukkan 14 kerusi parlimen, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (tujuh), Parti Rakyat Sarawak (lima) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (empat).

Laporan akhbar semalam menyiarkan Najib yang juga pengerusi BN Pusat memberitahu, penyelarasan itu perlu bagi menyesuaikan dengan keadaan setempat sama ada telah berlaku perubahan politik dinamik.

“Formula pembahagian kerusi dibuat pada 2004 dan dipakai pada 2008. PRU ini kita kena tengok sama ada berlaku perubahan politik dinamik yang menyebabkan kita perlu penyelarasan.

“Kita akan runding dengan pemimpin-pemimpin parti BN untuk mencari formula terbaik pembahagian kerusi,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Najib menambah: “Kita tidak akan rombak segala-galanya, tapi buat pelarasan pada tempat-tempat yang kita rasa perlu.”

Gangsterisme di Kolej Swasta - Kaji Semula Pas Pelajar Asing

Perkara ini bukan asing lagi di Malaysia.   Di Kuching di mana terdapat kolej swasta yang dihadiri oleh pelajar asing memang tidakl lari dari masalah demikian.  
 
Terdapat segelintir daripada mereka ini membawa perangai gangsterisme.  Pernah segelintir pelajar gagak hitam ini menyewa sebuah kereta kancil untuk bersiar-siar di Kuching tetapi tidak mahu membayar sewa dan sebaliknya merosakkan kereta yang disewa itu.  Penyewanya juga tidak mempunyai permit untuk menyewa kereta secara sah, maka beliau tidak berani melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa. 

Cukuplah cerita sebegini belum lagi masalah HIV yang meningkat di Kuching?  Adakah ia bersangkut-paut dengan pelajar-pelajar ini juga?


Kolej sarang penjenayah?
Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Betapa mudahnya pelajar warga asing khususnya dari benua Afrika untuk masuk ke negara ini, seterusnya menjalankan kegiatan berunsur jenayah dan seolah-olah dilindungi pula oleh kolej swasta tempat mereka belajar.

Modus operandinya, pelajar itu hanya perlu mendaftarkan diri di kolej terbabit tanpa diwajibkan menghadiri kelas. Mereka hanya perlu menduduki peperiksaan apabila tiba waktunya.

Jika gagal, mereka akan dibantu pihak kolej untuk memperbaharui visa kemasukan dan pas pelajar bagi menyambung pengajian sekali gus tinggal di negara ini.

Malah, terdapat pelajar asing yang cuba memperbaharui dokumen mereka lebih daripada sekali, meskipun tidak pernah hadir kelas dan disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah seperti dadah, pelacuran dan penggubahan wang haram.

Kegiatan lima buah kolej swasta di ibu negara itu yang seolah-olah melindungi pelajar asing tersebut terbongkar apabila ia dikesan Jabatan Imigresen ketika membuat permohonan memperbaharui dokumen pelajar masing-masing.

Pihak Imigresen bagaimanapun menolak permohonan itu selepas mengesyaki pas beberapa pelajar tersebut disalah guna hasil siasatan terperinci ke atas rekod kehadiran ke kelas serta keputusan akhir peperiksaan.

Malah, ketika permohonan, pihak pengurusan kolej bersungguh-sungguh merayu supaya dokumen pelajar mereka diperbaharui, dipercayai kerana pelajar tersebut sudah membayar wang pengajian.

Pengarah Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Zahari Hassan memberitahu, pihak pengurusan dan pentadbiran lima kolej berkenaan telah dipanggil dan diberi amaran lisan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan selain memantau aktiviti pelajar mereka.

“Pihak kami dapati, segelintir pelajar asing kolej berkenaan mendaftar tetapi tidak memasuki kelas dan gagal dalam peperiksaan akhir.

“Berikutan itu, pihak kolej diminta mengemukakan keputusan peperiksaan serta rekod kehadiran ke kelas setiap pelajar warga asing sebelum pas mereka diperbaharui setiap tahun.

“Tindakan tegas boleh dikenakan termasuk menyenarai hitam kolej-kolej terlibat serta membatalkan serta-merta permit kelayakan pelajar asing,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan yang mula beroperasi di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Jalan Duta di sini hari ini.

Mohd. Zahari berkata, pihaknya mendapati kolej terbabit tidak mengambil berat prestasi dan memantau aktiviti luar pelajar asing.

Beliau tidak menolak kemungkinan pelajar terbabit ‘mengisi masa lapang’ dan menyalahgunakan pas pelajar dengan terlibat dalam kegiatan tidak sihat termasuk pengedaran dadah, pelacuran dan penggubahan wang haram.

“Dalam serbuan yang dijalankan bersama agensi penguat kuasa lain, ada pelajar wanita warga asing yang dipercayai pelacur tidak mengaku mereka terlibat dalam jenayah itu. Sebaliknya, mereka memberi pelbagai alasan termasuk pasangan dibawa itu kekasih mereka,” katanya.

Monday, October 17, 2011

Menjelang PRU- 13!!! Rosmah dan Najib Difitnah Lagi!!!

Rekayasa Fitnah Pakatan Haprak!!!
Momentum PRU-13 kini bermula.  Ini dengan tersebarnnya rekayasa fitnah cincin Rosmah.  Kalau tidak Chegubard siapa lagi?  Hanya Chegubard yang masih frust menonggeng kerana tidak ditonggeng oleh Anwari!!!???  

Adakah ini bermaksud Pakatan Haprak akan membubarkan kabinet negeri untuk berentap di PRU-13?  Beranikah mereka untuk melepaskan negeri mereka yang diidamkan sekian lama?  Mereka sudah mengetahui bahawa keputusan PRU-13 tidak akan menyebelahi mereka lagi!!??  Rakyat sedar dengan pembohongan mereka!!!??  Sememangnya mereka memang sudah tahu kekalahan akan mengetuk pintu rezeki mereka menyebabkan mereka mengeluarkan fitnah dalam bentuk rekayasa.  

Siapa yang pandai mengolah ayat memang orang yang bijak...tetapi siapa yang suka menabur fitnah adalah orang yang rugi!!!

Semua orang sedar cincin itu bukan milik Rosmah!!??  Kerana begitu terdesak maka Pakatan terpaksa mengedarkan bahan cetak yang sudah ditempah sebelum ini!!??  Walaupun  mereka sedar bahawa mereka akan terbukti menipu rakyat serta pecah tembelang sekali lagi!!??  Apa nak buat!!??  Wang pendahuluan sudah dibayar, kalau tidak disebarkan maka rugilah Chegubard!!???  Dah sah terdesak!!???

Kalau Nenek Kencing Berdiri Cucu Kencing Berlari!!???

Kalau tak buat hal kenapa nak pindah sekolah?  Kalau pengawas sebab dipilih tidak apa juga? Ini sebab pengawas dipaksabagijawatan!??  Memang tidak hairan perangai pelik-pelik ini berlaku dalam Pakatan Haprak... Sokonglah mereka ini untuk kehancuran moral!!!???
Dakwaan anak VVIP ramas buah dada, Lim enggan ulas


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng enggan mengulas laporan dalam blog pro-Umno yang mendakwa anak lelaki seorang kenamaan di negeri itu mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanitanya.

Sebaliknya, Lim yang juga setiausaha agung DAP mencabar Umno supaya menerbitkan dakwaan itu di akhbar-akhbar dan media milik mereka.

"Biarkan Umno menerbitkan berita itu dulu, kemudian anda boleh saksikan apa yang akan kami buat.


"Apa yang berlaku sekarang, mereka baling batu, sembunyi tangan. Mengapa harus saya menjawab mereka setiap kali?” soalnya pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Menurut Lim, beliua mempunyai tugas lain yang lebih mendesak bagi menguruskan kerajaan negeri daripada menjawap tohmahan seumpama itu.

Awla hari ini, isteri Lim, Betty Chew, juga enggan mengulas dan hanya berkata, "Tolong kemukakan soalan kepada KM".

Media di Pulau Pinang hari ini kecoh apabila blog pro-Umno mendakwa anak pemimpin tinggi politik mencabul kehormatan budak sekolah dan bagi menutup perbuatan itu, bayaran RM200,000 didakwa disogok kepada ibu bapa budak perempuan itu supaya tidak menghebohkannya.

Pindahkan anak

“Dek tidak dapat menanggung malu, bapa VVIP itu telah memindahkan anak beliau ke sekolah lain. Dan perkara ini hanya diketahui oleh mereka yang terlibat sahaja dan juga pegawai-pegawai penting VVIP tersebut!

“Siapalah VVIP negeri Pulau Pinang yang ada ilmu kira-kira dan matematik hingga dapat mengira RM100,000 untuk 1 buah dada yang diramas oleh anak lelaki beliau?” tulis blogger dengan nama Dr MiM di novandri.blogspot.

Berikutan pendedahan itu, blog pro-Umno terus membuat spekulasi bahawa identi orang kenamaan yang dimaksudkan itu adalah Lim.

Anak lelaki ketua menteri itu yang berusia 16 tahun itu didakwa baru-baru ini dipindahkan dari sekolah Cina Heng Ee ke Sekolah St Xavier’s Institution baru-baru ini keraja masalah disiplin.

Bagaimanapun pihak sekolah telah menafikan dakwaan berkenaan.

Sumber dari sekolah Heng Ee mengesahkan anak Lim memang dipindahkan ke sekolah lain dan proses dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Beliau menafikan dakwaan pemindahan ke St Xavier’s Institution adalah kerana masalah disiplin seperti yang didakwa itu.

“Dia adalah seorang pengawas di sekolah dan mempunyai prestasi yang agak baik dalam bidang akademik. Kami tidak mahu dia meninggalkan sekolah ini.

"Malah ibu bapanya juga tidak mahu dia meninggalkan sekolah ini tetapi dia memilih untuk belajar di sekolah lain,” kata sumber yang tidak mahu identitinya didedahkan.

Malaysia Tipu Kini

Cabaran Utama Buat Bakal Presiden SUPP!!??

Mungkin arus sudah berubah.  Sememangnya sekarang ini kelihatan Peter Chin mendahului dalam merebut kerusi Presiden SUPP.  Tetapi mampukah Peter Chin menyandang jawatan tersebut sambil memastikan perpaduan dalam SUPP?  Cabaran yang paling utama adalah, mampukah Peter Chin meraih kembali kepercayaan dan sokongan kaum Tiong Hua terhadap kerajaan Barisan Nasional?

SOKONG PADU: Chin (lapan kiri) merakam kenangan bersama 306 pemimpin daripada 33 cawangan SUPP seluruh negeri

306 pemimpin 33 cawangan mahu beliau menerajui parti untuk tiga tahun seterusnya


KUCHING: Setiausaha Kerja Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin akan menentang Timbalan Setiausaha Agung I Dato Sri Wong Soon Koh untuk merebut jawatan presiden pada Persidangan Perwakilan Tritahunan SUPP Disember nanti.

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat parti semalam, Chin memberitahu keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan sokongan begitu kuat yang dilahirkan oleh lebih 306 pemimpin akar umbi 33 daripada 43 cawangan parti di seluruh negeri.

“Sebanyak 33 cawangan parti menghantar 306 pemimpin untuk menghadiri mesyuarat saat akhir hari ini (semalam) dan saya menerima permintaan mereka yang mahu saya menerajui parti ini untuk tiga tahun seterusnya.

“Dengan sokongan begitu banyak, bagaimana saya boleh menolak permintaan mereka?,” katanya.

Chin yang juga Ahli Parlimen Miri merangkap Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air memberitahu beliau akan melupakan hasrat untuk bersara memandangkan beliau perlu memimpin parti itu ke arah pembaharuan.

Menurutnya, beliau juga sudah melahirkan hasratnya itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika ditanya sama ada presiden parti Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan ada memberi restu kepadanya, beliau yang enggan mengulas lanjut berkata:

“Saya rasa lebih baik anda tanya dia. Memang saya ada berjumpa dengannya tetapi lebih baik kita rahsiakan apa yang dibincangkan, sama seperti perbualan saya dengan (ahli jawatankuasa kerja pusat) Datuk Lee Kim Shin baru-baru ini.” Turut hadir, Bendahari SUPP Datuk David Teng. Sepuluh cawangan SUPP yang tidak menghadiri mesyuarat tertutup itu adalah Bengoh, Telang Usan, Sibu, Senadin, Opar, Mukah, Kanowit, Belaga dan Baram.

Bongkar!!?? Isu Seks Bawah 18 tahun!!!?? Cucu Lim Kit Siang Rupanya!!!??

Selidik punya selidik kes ini berlaku di Penang. Cucu milik pemimpin kesayangan PAS iaitu khalifah LKS. Ikuti kisah sebenar melalui pen'dada'han oleh pisau.net

Tunai RM200 ribu untuk tutup mulut kes anak pemimpin VVIP Ahli Politik ?

Cucu Lim Kit Siang??
Pisau pernah kata dan tweet mengenai isu ini sejak bulan May 2011,memberi bayangan siapakah gerangan si pelaku dan ayah kepada si pelaku ini.

Selepas Tweet Pisau minggu lepas mengenai siapakah sipelaku dan jumlah wang yang digunakan.Isu ini menjadi semakin panas apabila artikel rakan rakan blogger mula tersebar hingga turut sama disiarkan oleh blogger pakatan. Mereka turut mendesak kononnya si pelaku adalah anak vvip pemimpin BN.Sebenarnya buat pengetahuan pembaca ia tidak melibatkan anak pemimpin BN,tetapi anak kepada khalifah umar kesayangan khawarij PAS.

Kes ini berlaku sekitar bulan May sebelum cuti sekolah. Dikhabarkan anak VVIP DAP si Marcus@ LWT telah meraba buah dada rakan sekolahnya,keduanya berumur 16 tahun. Mangsa melapurkan kepada guru displin dan Marcus di panggil mengadap. Dengan angkuh dan sombongnya dia berkata "apa you boleh buat,I anak CM!" Cerita ini menjadi heboh dan mangsa mengugut untuk membuat laporan polis.

Berlaku campur tangan orang tua marcus ,untuk mengelakkan cerita ini heboh Marcus dibuang sekolah dan ditukarkan dari SMJK Heng Ee ke Sekolah Menengah St Xavier.

Orang tua Marcus bertemu dengan mangsa dan keluarganya untuk menyelesaikan kes dan mahu menutup isu ini dari pengetahuan umum. Dikhabarkan ketika itu jumlah tuntutan mencecah 500ribu,setelah berunding dengan keluarga mangsa jumlah itu dikurangkan kepada RM200 ribu.

Wang tunai RM200 ribu dikhabarkan sumbernya dari pihak pemaju.Apakah kepentingan pihak pemaju untuk mengeluarkan wang sebanyak itu untuk membantu vvip ini? Adakah ia membabitkan kontrak atau projek yang mencecah ratusan juta ringgit?

Adakah pemaju ini menyebabkan kampung kampung melayu dirobohkan?

Khalifah sosialis ini cukup terkenal dengan pembohongan,putar belit semata mata untuk menunjukkan diri beliau telah difitnah,sebaliknya berpuluh kali kantoi menipu. Selepas ini kita akan menyaksikan aksi taichi daripada beliau kononnya beliau dianaiya dan difitnah....

Pisau kata " sekali pegang 200 ribu,5 kali dah sejuta..kaya kaya kaya..itu baru pegang luarnya..belum lagi dalamnya".

Sunday, October 16, 2011

Bongkar!!! Anak VVIP Kaki Raba Bakal Didedah!!!

Isu skandals seks anak seorang VVIP minggu lalu kini makin panas.  Kononnya keluarga mangsa sudah disogok dengan wang sebanyak RM 200 000.  Anak VVIP ini memang memiliki perangai yang diluar tabii budak sekolah, kecil-kecil dah kaki raba kalau dah besar mesti dok ikut perangai tuuut!!
Gambar Hiasan
Menurut blogger Duke of UMNO, sekarang tengah menunggu kepastian untuk mendapat pengesahan berkaitan dengan keluarga mangsa.  Untuk memburukkan lagi keadaan, keluarga mangsa sedang diawasi 24 jam oleh samseng upahan VVIP itu agar tidak membocorkan rahsia.  

Mampukah video pengakuan mangsa itu dibongkar dan didedahkan sebelum PRU-13 kelak!!!  

Bertaubatlah sebelum terlambat wahai orang kaya Litlle Napoleon!!!

Nansian Tidak Gentar Menghadapi Presiden SPDP Kerana...

Apakah penyebab utama Rebel 5 tidak gentar dengan keputusan 10 bahagian parti untuk menyingkirkan mereka?   Sebelum ini mereka pernah dikaitkan dengan parti komponen lain BN namun telah dinafikan dalam akhbar tempatan.   Siapakah yang menjadi dalang mereka?  Adakah mereka di bawah perintah bakal Ketua Menteri Sarawak sehingga mereka lansung tidak gentar dengan apa jua keputusan parti mereka?

Kumpulan SPDP 5 tak gentar: Nansian

Posted Utusan Borneo on October 15, 2011, Saturday
PETER NANSIAN

BAU: Kumpulan SPDP 5 tidak gentar dengan desakan 10 bahagian Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dari Zon Tengah yang mahu mereka disingkirkan daripada parti.

Anggota SPDP 5, Datuk Peter Nansian yang juga Naib Presiden Kanan parti yang enggan mengulas lanjut perkara ini berkata: “Komen saya ringkas, hanya satu ayat sahaja… kami tidak percaya orang itu (Presiden Tan Sri William Mawan).

“Tiada apa lagi untuk dibincangkan… kami tidak percaya beliau lagi…noktah!” tegasnya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang media Festival Gong Sarawak 2011 di sini semalam.

Nansian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, bagaimanapun enggan mendedahkan tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh mereka berhubung perkara ini.

Beliau hanya terus bertegas bahawa mereka (SPDP 5) telah hilang keyakinan terhadap presiden dan tidak mahu perkara ini dibangkitkan lagi.

Mengulas mengenai desakan 10 bahagian SPDP pula, Nansian berkata, ia terpulang kepada mereka untuk berkata apa-apa, namun beliau bertegas tidak gentar dengan desakan itu.

Sepuluh bahagian terbabit ialah SPDP Bahagian Bawang Assan, Nangka, Pelawan, Dudong, Bukit Asek, Tamin, Pakan, Meluan, Machan dan Ngemah.

Setiausaha SPDP Zon Tengah, Ngelai Majan yang mewakili 10 bahagian SPDP terbabit semalam berkata Kumpulan SPDP 5 itu telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap Mawan.

Namun pada masa yang sama, menurutnya, mereka (SPDP 5) tidak mempunyai dendam peribadi terhadap Mawan.

Friday, October 14, 2011

Ngelai Mahu Rebel 5 Disingkir!!??

Berikutan dengan sidang akhbar semalam, hari ini Setiausaha SPDP Zon Tengah mengsyorkan agar Rebel 5 atau Kumpulan 5 ini terus disingkirkan.  Ini kerana mengaku bahawa mereka ber5 telah hilang kepercayaan dan keyakinan dengan kepimpinan presiden mereka sekarang.

Punca mereka 'memberontak' kononnya hasil daripada pemilihan calon dan cara pengendalian parti semasa PRN Sarawak ke- 10 yang lepas. 

Mereka juga tidak berpuas hati kerana dikenakan tindakan disiplin apabila tidak menghadirkan diri ke mesyuarat.  Apakah hasil daripada penyiasatan yang telah dijalankan?  Adakah mereka ber5 ini akan didenda atau disingkirkan terus daripada SPDP?  Sama-samalah kita nantikan bersama.... 


Singkirkan Kumpulan 5 SPDP
Utusan Borneo Fri 14/10/2011 11:45 AM 
Demikian pendirian 10 bahagian SPDP zon tengah kenyataan kumpulan itu yang hilang kepercayaan terhadap Mawan

SIBU: Sepuluh bahagian Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dari zon tengah mahu ahli Kumpulan 5 disingkirkan daripada parti terbabit berikutan kenyataan mereka yang hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Presiden Tan Sri William Mawan Ikom.

Bahagian terbabit ialah SPDP Bahagian Bawang Assan, Nangka, Pelawan, Dudong, Bukit Assek, Tamin, Pakan, Meluan, Machan dan Ngemah.

Setiausaha SPDP Zon Tengah Ngelai Majan yang mewakili 10 bahagian SPDP terbabit berkata, Kumpulan 5 itu telah menyatakan hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Mawan, namun pada masa sama memberitahu tidak mempunyai dendam peribadi terhadap beliau.

“Dalam kenyataan sebelum ini, mereka menyuarakan sokongan penuh kepada presiden tetapi pada masa sama menuduh beliau berlaku tidak adil dan konsisten. Ini sesuatu yang amat bercanggah,” ujarnya pada satu sidang media di sini, semalam.

Menurut Ngelai, presiden parti amat bertolak ansur, sabar dan tenang dalam menyelesaikan konflik semasa yang berlaku dalam parti, terutama melibatkan Kumpulan 5 terbabit.

Katanya, ahli-ahli parti di peringkat bahagian telah sedar yang pihak yang patut disalahkan dalam konflik terbabit adalah mereka yang menggelarkan diri mereka Kumpulan SPDP 5.

“Mengapa mereka perlu membawa keluar masalah dalam parti dan menentang presiden. Pada masa sama mereka mencemuh parti serta melabelkan presiden tidak mempunyai belas kasihan.

“Kita tidak harus hilang keyakinan dan kepercayaan kepada presiden, tetapi kepada mereka (Kumpulan 5) lebih-lebih lagi berhubung bagaimana mereka berdepan dengan konflik yang berlaku,” jelas Ngelai.

Ngelai yang juga setiausaha SPDP Bahagian Bawang Assan berkata, Kumpulan 5 terbabit juga tidak lagi menghormati Majlis Tertinggi (MT) parti dengan tidak menghadiri mesyuarat bagi tempoh lebih dua tahun.

“Sebagai ahli parti dan MT, kita juga sibuk dengan tugas namun kita dapat hadir pada mesyuarat selama ini,” katanya sambil menambah alasan yang diberikan oleh mereka itu hanya alasan semata-mata.

Menurut beliau lagi, Kumpulan 5 itu sekadar berlakon dengan menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) parti yang diadakan sebelum pilihan raya negeri April lepas.

“Mereka ini juga yang melibatkan pemimpin daripada parti komponen Barisan Nasional dalam konflik semasa dalam parti. Apakah ini dilakukan bagi mendapatkan simpati pemimpin BN yang lain.

“Kami ahli parti dari zon tengah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada presiden dan juga parti,” tambah Ngelai.

Kumpulan 5 dalam sidang media kelmarin menyuarakan hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Mawan dengan memberitahu bahawa presiden parti tidak lagi dapat menyelesaikan konflik dalam parti secara baik.

Naib Presiden Kanan SPDP Datuk Peter Nansian Ngusie dipetik berkata, mereka tidak mempunyai dendam peribadi terhadap presiden dan sesiapa sahaja dalam parti, tetapi tidak bersetuju dengan cara pengurusan parti yang boleh menjejaskan kekuatan BN. Selain Nansian, hadir sama ialah Naib Presiden Datuk Sylvester Entrie Muran dan ahli-ahli MT iaitu Rosey Yunus dan Paulus Palu Ngumbang.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More