Thursday, October 20, 2011

Ahli SPDP Hilang Kepercayaan Terhadap Mawan!!???

Pertikaian pucuk kepimpinan SPDP semakin meruncing.  Kini rakyat mula berpuak-puak untuk menyokong wakil mereka.  Ada yang mengubah haluan sehinggakan TPM terpaksa menjadi orang tengah untuk meninjau suasana di bahagian Utara Sarawak.  

Akibat daripada tekanan situasi dan terlalu menyayangi pemimpin mereka ada ketua rumah panjang yang tidak berani membenarkan rumah panjang mereka untuk dilawati oleh William Mawan walaupun dia bersama Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Naib Presiden BN.  

TPM yang akan tiba untuk Majlis Bersama Rakyat pada hujung minggu ini diharap tidak akan menerima sebarang kerumitan memandangkan ada ketua rumah panjang yang masih bersikap dingin dengan Presiden SPDP. 

Perlukah Ketua Menteri Sarawak campurtangan dalam menangani krisis SPDP yang semakin meruncing ini atau mampukah William Mawan untuk memujuk ahli-ahli SPDP agar mempercayai beliau semula!??
Mawan seru ahli SPDP bertenang dan terus bersatu
SPDP 5
KUCHING: Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan menyeru ahli-ahli partinya di seluruh negeri agar bertenang dan terus bersatu.
 
Posted Utusan Borneo Thu 20/10/2011 1:19 PM
 
Beliau melahirkan penghargaan serta terima kasih kepada ribuan ahli parti yang terus kekal bersatu serta menyatakan sokongan mereka kepada presiden melalui media, rangkaian sosial dan panggilan telefon.

Mawan menasihati ahli parti supaya bertindak dengan penuh tanggungjawab dan mengelak daripada membuat sebarang kenyataan negatif secara terbuka mengenai mana-mana individu walaupun tindakan mereka menjejaskan kepenti-ngan parti.

Menurut Menteri Pembangunan Sosial itu, SPDP ada peraturan dan prosedur untuk berurusan dengan mana-mana ahli yang didakwa menjejaskan kepentingan parti.

Maka itu katanya, ahli parti dinasihatkan mematuhi undang-undang serta amalan terbaik dalam demokrasi.

Mawan menyeru kepada mereka supaya mengukuhkan kekuatan dan sumber selain menyalurkan tenaga mereka kepada usaha mempersiapkan diri untuk Pilihan Raya Umum akan datang.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, majlis yang diadakan di Ulu Teru, Baram Miri pada hujung minggu ini adalah majlis Barisan Nasional (BN) yang akan dihadiri ramai pemimpin BN yang lain.

Oleh itu katanya majlis yang dikenali ‘Pemimpin Bersama Rakyat’ yang dijadual diadakan pada 22 dan 23 Oktober ini dan bakal dirasmikan oleh Naib Pengerusi BN Pusat dan Menteri Kanan Sarawak Tan Sri William Mawan Ikom tidak wajar dibantah penganjurannya.

Menurut Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN Pusat, tindakan membantah penganjuran serta kehadiran Mawan yang juga presiden SPDP merasmikan majlis itu sama seperti tindakan yang cukup jelas menentang atau anti-kerajaan.

Beliau dipetik berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Setiausaha Agung SPDP Paul Igai semalam.

Menurut Igai, Muhyiddin juga merestui penganjuran majlis itu yang akan turut dihadiri Ahli Parlimen Baram yang juga Timbalan Menteri Perdaga-ngan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan selain penyokong-penyokong BN lain.

“Kami telah mendapat restu daripada TPM (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk meneruskan kunjungan ke Baram (Ulu Teru).

“TPM berkata, kunjungan ke kerusi Parlimen Baram oleh Naib Pengerusi BN Pusat dan Menteri Kanan Negeri (Tan Sri William Mawan) adalah majlis BN yang turut dihadiri Ahli Parlimen Baram Datuk Jacob,” katanya yang juga setiausaha politik Ketua Menteri.

Ahad lepas akhbar Utusan Borneo melaporkan tiga ketua masyarakat dari Ulu Teru, Miri meminta agar Mawan membatalkan hasrat menganjurkan aktiviti di kawasan berkenaan yang dijadual diadakan pada hujung bulan ini.

Ketua-ketua masyarakat yang dimaksudkan itu ialah Tuai Rumah) Henry Gomes, Tuai Rumah Abok Jabu dan Kaunselor Kalang Ami dan dalam kenyataannya mereka berkata, penganjuran aktiviti itu dikhuatiri akan mengeruhkan lagi perbalahan di kalangan penyokong parti itu ekoran isu kumpulan berlima SPDP dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Sylvester Entri salah seorang daripada kumpulan tersebut.

Menurut ketua-ketua masyarakat itu majlis yang dijadual diadakan pada 22 dan 23 Oktober ini di Rumah Henry dianjurkan oleh Timbalan Pengerusi SPDP Samarahan Alexander Asing.

Mereka menuduh penganjuran aktiviti itu bermotif tidak baik dan hanya akan terus mewujudkan puak-puak dalam parti khususnya di Ulu Teru.

“Penduduk di Ulu Teru melihat langkah itu sebagai tidak kondusif. Tuai-tuai rumah di Ulu Teru mempersoalkan motif penganjuran aktiviti itu oleh Asing yang juga merupakan Timbalan Pengerusi SPDP Samarahan,” jelas kenyataan bersama dikeluarkan Henry, Abok dan Kalang sambil menambah penganjuran majlis itu amat tidak dialu-alukan.

Tindakan sama dilakukan oleh SPDP Ranting Nabor kelmarin apabila Pengerusinya Tuai Rumah Joshua Bungkong berkata, penganjuran majlis berkenaan disifatkan mempunyai agenda politik.

“Semua tuai rumah dan penghulu cawangan SPDP Baram yang mewakili Nabor, Pelayan, Marudi, Beluru, Jegan dan Teruking tetap bertegas membantah penganjuran majlis itu kerana ia disifatkan mempunyai agenda lain,” katanya

Joshua memberitahu, jika program sedemikian tetap diteruskan, maka ia akan menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk kerana penganjurannya tidak dimaklumkan kepada penduduk lebih awal.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More