Thursday, October 13, 2011

Snowdan Cabar Firefly

Berikutan dengan kes pertukaran saham Air Asia dan MAS, maka penerbangan Firefly telah terjejas.  Sebelum ini, Firefly merupakan saingan sengit kepada Air Asia yang dibawah MAS untuk menarik perkhdimatan penerbangan tiket murah.  Memandangkan saingan sengit kepada Air Asia ini amat menguntungkan sehingga menawarkan tiket sebanyak 50 sen dan menggunakan Aerobridge di KLIA jika dibandingkan dengan Air Asia yang hanya mampu mendarat di LCCT.  
 
Perkhidmatan yang paling terjejas adalah ke Sabah dan Sarawak memandangkan di rantau ini hanya penerbangan kapal terbang sahaja yang dapat menjadi laluan untuk berhubung ke Semenanjung.   Kini penderitaan dapat dirasa oleh suami isteri yang bertugas di seberang lautan yang hanya dapat berhubung pada hujung minggu.  
 
Semoga kerajaan atau tauke balak kaya sanggup menyumbang Boeing atau Airbus untuk diserapkan ke dalam Hornbill Skyways atau Mas Wings untuk memudahkan pergi balik ke Kuching- Kota Kinabalu- Kuala Lumpur 


Penamatan penerbangan Firefly jejaskan pelancongan dan penduduk luar bandar

Borneo Post October 5, 2011, Wednesday

KUCHING: Sekiranya khidmat penerbangan yang ditawarkan Firefly benar-benar ditamatkan di negeri ini, ia bukan sahaja akan menjejaskan sektor pelancongan Sarawak secara serius, tetapi termasuk penduduk luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Snowdan Lawan memberitahu, pembatalan penerbangan itu khususnya untuk sektor Kuching-Johor-Kuching akan meninggalkan kesan agak besar kerana ramai penduduk Sarawak, khasnya dari luar bandar mencari rezeki di Johor Bahru.

“Penduduk luar bandar akan berhadapan dengan masalah tiada alternatif peng-angkutan tambang murah.
“Firefly telah menjalankan tanggungjawab dengan baik, dengan perkhidmatan yang baik, harga tidak terlalu mahal, banyak pilihan waktu penerbangan,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.

Snowdan yang juga Timbalan Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS) melahirkan kebimbangan sekiranya khidmat penerbangan ditawarkan hanya dimonopoli sebuah syarikat sahaja, ia mungkin tidak dapat menampung keperluan penduduk Sarawak.

Penurunan pada angka kemasukan pelancong domestik juga akan dapat disaksikan sekiranya pembatalan perkhidmatan itu diteruskan, katanya.

“Justeru, saya berharap terdapat penyelesaian terhadap masalah ini bagi memartabatkan industri pelancongan negeri sekali gus memberi manfaat kepada penduduk luar bandar,” katanya.

Baru-baru ini, beberapa tokoh kenamaan melahirkan kekhuatiran mengenai penggabungan anak Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Firefly dengan AirAsia.

Perkara itu dijangka akan menyebabkan khidmat penerbangan Firefly ke Malaysia Timur dihentikan.

Isu ini pertama sekali di bangkitkan untuk Sarawak oleh Biro Ekonomi Pemuda PBB Sarawak menerusi wakilnya Abdul Aziz Adenan.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More