Tuesday, October 18, 2011

Pembahagian Kerusi Parlimen Sarawak Tidak Berubah - Taib

Pengerusi BN Sarawak membayangkan tiada perubahan besar dalam pembahagian kerusi parlimen.  Mungkin akan diturunkan muka baru?  Sebelum ini semasa PRN Ke - 10 hanya 10% muka baru yang diturunkan.  Adakah formula yang sama akan berlaku menjelang PRU-13?

Bagaimana halnya dengan sokongan terhadap Parti Bersatu Rakyat Sarawak?  Adakah mereka akan dikekalkan atau diturunkan muka baru?
Taib bayangkan pembahagian kerusi Parlimen Sarawak kekal pada PRU
Posted on October 18, 2011, Tuesday

 

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membayangkan pembahagian kerusi Parlimen di Sarawak akan dikekalkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri semalam, Taib yang juga pe-ngerusi Barisan Nasional (BN) Negeri memberitahu, Sarawak tidak terjejas dengan proses penyelarasan formula pembahagian kerusi pilihan raya yang diguna pakai sekarang.

“Saya rasa kita tidak mempunyai banyak perubahan di Sarawak dari segi peruntukan kerusi.

“Apa yang dirujuk oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) itu mungkin atas cadangan beberapa parti dalam BN untuk bertukar kerusi, demi menghasilkan keputusan (pilihan raya) lebih baik.

“Jadi, mereka ada mengkajinya sementara kita (BN Negeri) tidak pernah mengkaji apa-apa kerana tidak menjejaskan kita,” katanya.

Jelasnya, proses itu berkemungkinan hanya akan dijalankan di Semenanjung Malaysia sahaja berdasarkan cadangan beberapa parti komponen BN di sana.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Sarawak akan turut menjalani proses penyelarasan kepada formula pembahagian kerusi pilihan raya.

BN Negeri dibahagikan kepada empat komponen dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu diperuntukkan 14 kerusi parlimen, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (tujuh), Parti Rakyat Sarawak (lima) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (empat).

Laporan akhbar semalam menyiarkan Najib yang juga pengerusi BN Pusat memberitahu, penyelarasan itu perlu bagi menyesuaikan dengan keadaan setempat sama ada telah berlaku perubahan politik dinamik.

“Formula pembahagian kerusi dibuat pada 2004 dan dipakai pada 2008. PRU ini kita kena tengok sama ada berlaku perubahan politik dinamik yang menyebabkan kita perlu penyelarasan.

“Kita akan runding dengan pemimpin-pemimpin parti BN untuk mencari formula terbaik pembahagian kerusi,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Najib menambah: “Kita tidak akan rombak segala-galanya, tapi buat pelarasan pada tempat-tempat yang kita rasa perlu.”

0 comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Recent Posts

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More