Tuesday, January 3, 2012

Anwar Tidak Lagi Relevan Buat Pakatan Haram!!!???

Blogger Pakatan Haram pun tidak melanggan Meloyakini.  Ini terbukti kerana tidak semua mereka yang memiliki cerita penuh seperti di bawah ini.

Bagi mereka Anwar tidak lagi relevan kerana tamakkan kuasa maka kini siapa sahaja akan dicalonkan sebagai Perdana Menteri???    Mereka masih juga mahukan stor kunyit ini atau pemimpin tertinggi Pakatan Haram yang lain sudah mula mengukir senyuman dan mengatur rancangan untuk berkuasa dalam Pakatan Haram??!!!  Mungkin mereka rasa bersyukur kerana Stor Kunyit akan menjadi Perdana Menteri dalam kawasan Sungai Buloh sahaja!!!???  Selepas ini acara bersihkan Pakatan terutama sekali PKR daripada pengamal stor kunyit karipap akan dihapuskan atau mereka ini akan menjadi sasaran utama golongan PKR ???!!!!  Yang penting mereka sudah akur bahawa Anwar tidak lagi relevan???!!!
Pakatan hadapi kemungkinan Anwar dipenjara
Pakatan Rakyat tidak gentar sekalipun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dihumban ke penjara apabila penghakiman kes perbicaraan liwat II disampaikanpada 9 Januari ini.

"Kepimpinan Pakatan Rakyat, bukan sahaja saya atau Azizah sahaja tetapi juga Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan supremo DAP Lim Kit Siang. Kami telah bincangkan segala kemungkinan.

“Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami telah bincangkan situasi satu, dua dan tiga itu secara kolektif sebagai satu kumpulan," kata Anwar pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepimpinan Pakatan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Katanya, kepimpinan Pakatan juga mempunyai pelan kontingensi dan sedar mengenai apa yang mungkin terjadi pada 9 Januari, apabila keputusan perbicaraan kes liwat keduanya akan disampaikan.

"Jika ada orang dalam Umno yang berpendapat bahawa dengan memusnahkan Anwar, perjuangan Pakatan Rakyat akan terbantut, perkara yang sebaliknya akan berlaku.

“Kami akan teruskan perjuangan dan dipimpin oleh dasar-dasar Pakatan Rakyat," jamin Anwar.
Berita penuh

Pakatan sedia hadapi segala kemungkinan- Anwar

PETALING JAYA 3 Dis: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat bersedia menghadapi segala kemungkinan, menjelang keputusan perbicaraan kes Fitnah terhadapnya pada 9 Januari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas selesai mesyuarat Pakatan Rakyat di ibu Pejabat KEADILAN di sini, petang tadi.

“Kepimpinan Pakatan Rakyat, bukan sahaja saya atau (Presiden KEADILAN) Azizah sahaja tetapi juga Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan supremo DAP Lim Kit Siang.

“Kami telah bincangkan segala kemungkinan.

“Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami telah bincangkan situasi satu, dua dan tiga itu secara kolektif sebagai satu kumpulan,” kata Anwar.

Katanya, kepimpinan Pakatan juga mempunyai pelan kecemasan dan sedar mengenai apa sahaja kemungkinan yang bakal terjadi pada 9 Januari.

“Jika ada orang dalam Umno yang berpendapat bahawa dengan memusnahkan Anwar, perjuangan Pakatan Rakyat akan terbantut, perkara yang sebaliknya akan berlaku.

“Kami akan teruskan perjuangan dan dipimpin oleh dasar-dasar Pakatan Rakyat,” tegas Anwar.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan menentukan keputusan kes Anwar pada Isnin depan, selepas perbicaraan berjalan selama hampir dua tahun.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More