Friday, November 5, 2010

1Malaysia di Batu Sapi - Penilai Kesetiaan Tak Berbelah Bagi


05 November, 2010 01:07 AM

Konsep 1Malaysia Najib Diterima Cemerlang Dalam Ujian Politik Pertama Di Sabah

Oleh Newmond Tibin

SANDAKAN, 5 Nov (Bernama) -- Konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terbukti diterima dengan cemerlang, dalam ujian politik pertama di Sabah, bila rakyat Batu Sapi bersatu di belakang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil parlimen kawasan itu yang baru saja selesai.

Dilihat sebagai kemenangan yang cukup sentimental dan manis buat calon BN Datin Linda Tsen, yang baru kehilangan suami, penyandang kerusi parlimen Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam kemalangan jalan raya 9 Okt lepas, parti pemerintah membuktikan bahawa BN sentiasa menjadi "pilihan nombor satu" rakyat Sabah.

Berdepan dengan segala kemungkinan, Tsen menumpaskan dua calon pembangkang - presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah dalam pilihan raya kecil itu dengan itu mengekalkan kerusi di tangan BN.

Tsen, dari Parti Bersatu Sabah (PBS), memenangi kerusi itu dengan majoriti bertambah 6,359 undi.

Beliau meraih 9,773 undi sementara Ansari dan Yong, masing-masing mendapat 3,414 dan 2,031 undi.

"Kemenangan ini adalah sokongan begitu jelas dan ketara terhadap konsep 1Malaysia Najib serta sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah.

"Ia juga membuktikan Sabah memang sebenarnya "fixed deposit" atau simpanan tetap buat BN," kata timbalan pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak kepada Bernama.

Salleh berkata kemenangan BN menunjukkan bahawa rakyat Batu Sapi mahukan politik pembangunan menerusi hubungan baik antara kerajaan negeri dengan Pusat.

"Penduduk Batu Sapi mengetahui dengan pasti bahawa hanya Barisan Nasional boleh membawa pembangunan untuk mereka. Mereka juga berharap konsep 1Malaysia untuk mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik.

"Mereka tahu bawa mereka mempunyai masa depan lebih cerah dalam BN," kata beliau.

Salleh, bekas Ketua Menteri, berkata majoriti besar yang tidak dijangkakan itu membuktikan penolakan terhadap stail politik konfrontasional dan kedaerahan (Sabah untuk rakyat Sabah) yang diamal oleh SAPP dan jenama politik pembangkang.

"Ini adalah permulaan baru buat BN untuk meraih kembali keyakinan rakyat selepas tsunami politik 2008, terutama di Semenanjung Malaysia.

"Pengundi Batu Sapi termasuk masyarakat Cina memperakui bahawa BN adalah juga untuk rakyat Sabah. Kita harap rakyat Sabah akan terus menyokong Barisan Nasional dan menentukan Sabah terus menjadi simpanan tetap untuk parti gabungan yang memerintah," kata beliau.

Salleh berkata keputusan itu juga menunjukkan sentuhan ajaib Musa, selaku pengarah pilihan raya kecil BN.

Musa, yang mengemudi BN negeri kepada kemenangan besar dalam pilihan raya umum 2008, membuktikan kecekalannya untuk memenangi hati dan fikiran pengundi Batu Sapi.

BN negeri hampir menyapu bersih dengan memenangi 24 daripada 25 kerusi parlimen dan 59 daripada 60 kerusi negeri yang dipertaruhkan pada piliha raya umum itu.

Para penganalisis politik melihat kekalahan yang cukup mengaibkan buat "Taiko" SAPP Yong dan Ansari, sebagai satu panggilan untuk mengejutkan parti-parti pembangkang agar mendengar gesaan penyokong supaya mereka membentuk satu gabungan dalam berdepan dengan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Mereka berkata kekalahan ini satu pelajaran pahit buat mereka.

"Kita tidak menjangka SAPP dan PKR kalah begitu teruk dalam pilihan kecil Batu Sapi," kata seorang daripada penganalisis itu.

-- BERNAMA

Thursday, November 4, 2010

Soalan Bocor 2013: Sejarah Sebagai Pelajaran Wajib Lulus

Disebabkan Sejarah akan m'jadi mata pelajaran wajib lulus utk SPM 2013 sila jawab soalan dibwh ini ‎​Dilarang senyum atau ketawa semasa menjawab, kalau tidak anda akan
digagalkan.

1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Parang Kontot

2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di
sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh

3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?
a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke

4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Francisca Peters
d. Light and Easy
e. Francis Light

5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang…
a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. Tuk Misai A Galak
e. Tuk Bulu Hidung

6. Pahlawan Melayu di Pahang..
a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit

7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh
Datuk Maharajalela?
a. Jawa Jerongos
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.W.Marriot
e. Jawa Rangers

8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?
a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Blunder

9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka?
a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab

10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Arnold Susahanakeja

11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kepala Hotak Hang!
c. Puteri Opah Hang!
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing

12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?
a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Terkini PAS Menang di Galas

Semua tahu hari ini PAS Menang.
PAS Menang
- Sorak
- Pukul Puteri UMNO
- Rasuah Baju Hijau
- Bendera
- Tukang Provokasi
- Kencing Tepi Jalan
- Pancing Undi
- Politik Kotor

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, November 3, 2010

Mimpi Sapi Yong Teck Lee

Dalam kesibukan untuk memastikan Jentera Pilihanraya berjalan dengan lancar, Yong Teck Lee telah mula menanam angan-angan. Dia menyatakan bahawa terdapat konspirasi BN untuk menggugurkan dirinya daripada kerusi Batu Sapi.  

Adakah Yong Teck Lee masih bermimpi? Sedarkah dia bahawa SAPP belum lagi memenangi kerusi Batu Sapi?  Kenapa dia sungguh yakin bahawa kerusi Batu Sapi milik SAPP?

Kartun dibawah disadur dari www.parpukari.com untuk hiasan




Tuesday, November 2, 2010

PKR dan DAP Main Belakang PAS

Sesiapa yang sudah membaca blog Zulkifli pasti sudah panas apabila mengetahui taktik kotor DAP dan PKR dibelakang PAS.  Kesian PAS tidak dipakat bersama oleh DAP dan PKR.  Agaknya PAS minta Kelantan jangan diusik kalau pakatan rakyat memerintah kerajaan persekutuan kelak.  

Anwar nak jadi Perdana Menteri.  Itu sahaja! Dia pasti tidak akan menjadi Perdana Menteri yang lama mungkin yang paling sekejap dalam sejarah Malaysia.  Timbalan Perdana Menteri Lim Kit Siang akan naik dengan segera dan wujudlah Singapura di Tanah Malaya kelak?  Mungkin ini sudah bermain dalam fikiran Lim Kit Siang dan Lee Kwan Yew?  Mustahilkah tidak lama lagi Malaysia akan dimiliki oleh Lee Kwan Yew menggunakan badut DAP dan PKR?


‘Konspirasi syaitan’ makin panas

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 1 Nov. – Pendedahan mengenai ‘konspirasi syaitan’ antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin panas apabila strategi halus parti itu untuk menguasai Kerajaan Persekutuan pula ‘dilondehkan’ oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar).

Beliau yang juga bekas wakil rakyat PKR mendakwa, dalam usaha untuk memastikan jawatan Timbalan Perdana Menteri diisi oleh DAP tanpa sebarang bantahan oleh masyarakat bumiputera, parti tersebut akan meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi Parlimen.

Jelasnya, strategi itu selaras dengan janji Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melantik pemimpin Cina sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan tetapi ia akan dilakukan secara halus.

DAP akan meletakkan seorang dua calon Melayu sebagai ‘badut’ untuk bertanding di kerusi Parlimen yang selamat dan jika pembangkang menang pilihan raya umum, langkah sementara adalah melantik ‘badut’ tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memenuhi kuota DAP.

“Kedudukan ini akan berterusan sehingga suasana politik tenang dan stabil. DAP akan menunggu sehingga mereka benar-benar mencengkam Kerajaan Persekutuan dan selepas itu barulah Penasihat DAP, Lim Kit Siang ‘ditabal’ sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Semua ini taktik licik kerana mereka tahu orang Melayu tidak akan boleh menerima Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau antara cauvinis paling teruk yang pernah disaksikan dalam sejarah negara,” dakwanya.

Beliau membuat dakwaan terbaru itu dalam entri terkini bertajuk Konspirasi Syaitan II di dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com, hari ini, sebagai susulan kepada pendedahan awal yang dibuat semasa membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat minggu lalu.

Sebelum ini, Zulkifli mendakwa, wujud perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara DAP dengan PKR yang tidak diketahui Pas bagi membolehkan parti tersebut memiliki autonomi ke atas Pulau Pinang selain dilantik sebagai menteri besar di negeri-negeri yang dimenangi.

Pendedahan itu kemudian dikukuhkan lagi dengan pengakuan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, yang percaya dalang utama di sebalik konspirasi tersebut adalah Anwar, memandangkan Ketua Umum PKR itu pernah menasihat agar tidak diberikan ruang kepada Pas.

Mengulas lanjut, beliau menambah, bagi memenangi hati bumiputera, DAP akan melaksanakan kempen kononnya parti itu menghormati orang Melayu selaku penduduk asal negara ini apabila memilih kaum majoriti itu sebagai calon untuk bertanding di bawah bendera parti berkenaan.

Katanya, langkah tersebut disusuli pula dengan sokongan kelompok ‘Anwarinas’ dalam Pas yang gah mendabik dada kononnya, inilah bukti DAP mengiktiraf Islam selaras dengan slogan ‘kepimpinan khalifah’ seperti yang dilaung-laungkan sekarang.

Apa yang Pas tidak tahu adalah kepimpinan DAP dan PKR sebenarnya sedang bermain sandiwara dan silap mata bagi membuktikan parti itu bukan cauvinis atau rasis, kelak nanti akan terbongkar tembelang mereka dan masa itu barulah golongan badut ini akan ternganga,” ujarnya.

Pada masa sama, Zulkifli mendakwa, calon Melayu juga akan diletakkan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang selain negeri-negeri pantai barat bagi membolehkan calon tersebut dilantik sebagai exco yang menjaga hal-ehwal Islam.

Ini kerana jelas beliau, DAP tidak mahu jawatan exco tersebut yang berkuasa ke atas Majlis Hal Ehwal Islam, terlepas ke tangan wakil rakyat daripada parti lain memandangkan majlis itu mempunyai simpanan harta dan tanah wakaf bernilai ratusan juta di Pulau Pinang.

PAS Menangguk di Air yang Keruh

Sudahlah jatuh ditimpa tangga.  PAS yang baru didedahkan dengan isu rasuah terhadap orang Asli kini hilang arah untuk meneruskan jentera pilihanraya mereka.  

PAS sudah mati kutu dan mula mengamalkan politik kotor iaitu politik wang.  Baru-baru ini sprm disuruh menyiasat isu pengundi luar yang diberi wang sogokan untuk mengundi PAS menjelang PRK Galas.  Belum habis isu ini kini timbul pula isu yang lebih panas.  


Bagaimana boleh terlepas gambar Nik Aziz memberi sedekah berupa rasuah kepada penduduk orang Asli di Galas.  Ini memandangkan mereka yang baru ditipu mengenai sijil tanah seperti mana yang telah berlaku pada tahun 2007 lepas.  Kenapa PAS sanggup mengulangi taktik kotor ini?  Adakah PAS sudah kehilangan modal dan arah untuk menggerakkan jentera pilihanraya mereka? 

Kerajaan Pas berbohong - Ku Li
TENGKU Razaleigh Hamzah bersama Datuk Mustapha Mohamad serta calon Barisan Nasional Abdul Aziz Yusoff menjulang Piala Malaysia selepas meraikan pemain Kelantan pada Piala Malaysia di Dataran Kesedar, Gua Musang, semalam.

GUA MUSANG 1 Nov. - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa Kerajaan Pas Kelantan berbohong apabila menuduhnya menghilangkan dokumen penting berkaitan masyarakat Orang Asli di negeri ini ketika kerajaan campuran Kelantan di antara Parti Melayu Semangat 46 dan Pas berpecah kira- kira 14 tahun lalu.

Tegas beliau, ia adalah rekaan semata-mata malah hal ehwal mengenai Orang Asli tidak pernah dibincang dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang mewakili kedua-dua parti ketika itu.

Jelasnya, beliau sendiri yang berusaha memberikan tanah kepada mereka melalui kuasa pegawai daerah yang menguruskan tanah mengikut dasar kerajaan negeri bukannya melalui parti.

"Benda ini tidak betul. Saya pun hairan kenapa orang yang mewakili parti Islam berbohong macam itu kerana kita tidak pernah bincang soal Orang Asli.

"Orang Asli ada di Gua Musang jadi saya bertanggungjawab tetapi tidak pernah dibincangkan dalam Angkatan Perpaduan Ummah malah orang yang tuduh itu tidak pernah berada dalam posisi itu.

''Tetapi tidak apalah, tuduhan itu tidak betul, biarlah mereka jawab," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sebelum ini, Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika membuat tuduhan berkenaan ke atas Tengku Razaleigh menganggap Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) itu sebagai pengkhianat.

Tuduhan tersebut merupakan serangan peribadi terhadap Tengku Razaleigh meskipun Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengeluarkan kenyataan untuk tidak berbuat demikian.

Selain itu, dalam siri kempennya Pas telah memulakan serangan peribadi terutama dalam butir-butir ucapan yang diberikan oleh penceramah pembangkang.

Sementara itu, Tengku Razaleigh berkata, Barisan Nasional (BN) akan tetap meneruskan kempen secara berhemah dan tidak akan menyerang balik dengan cara yang sama.

Tegasnya, jentera pilihan raya BN akan meneruskan langkah mengutamakan perjuangan dasar parti dan tidak akan menyerang peribadi sesiapa pun.

"Kita tidak akan serang peribadi sesiapa walaupun saya ada menerima risalah menuduh calon Pas tetapi saya tidak mahu ini dilakukan malah saya mendapat maklumat ia daripada kalangan parti mereka sendiri.

"Bagaimanapun kita tetap tidak akan menyerang atau menuduh sesiapa kerana apa yang mahu kita serang hanya dasar kerajaan negeri," tambahnya.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More