Tuesday, November 2, 2010

PAS Menangguk di Air yang Keruh

Sudahlah jatuh ditimpa tangga.  PAS yang baru didedahkan dengan isu rasuah terhadap orang Asli kini hilang arah untuk meneruskan jentera pilihanraya mereka.  

PAS sudah mati kutu dan mula mengamalkan politik kotor iaitu politik wang.  Baru-baru ini sprm disuruh menyiasat isu pengundi luar yang diberi wang sogokan untuk mengundi PAS menjelang PRK Galas.  Belum habis isu ini kini timbul pula isu yang lebih panas.  


Bagaimana boleh terlepas gambar Nik Aziz memberi sedekah berupa rasuah kepada penduduk orang Asli di Galas.  Ini memandangkan mereka yang baru ditipu mengenai sijil tanah seperti mana yang telah berlaku pada tahun 2007 lepas.  Kenapa PAS sanggup mengulangi taktik kotor ini?  Adakah PAS sudah kehilangan modal dan arah untuk menggerakkan jentera pilihanraya mereka? 

Kerajaan Pas berbohong - Ku Li
TENGKU Razaleigh Hamzah bersama Datuk Mustapha Mohamad serta calon Barisan Nasional Abdul Aziz Yusoff menjulang Piala Malaysia selepas meraikan pemain Kelantan pada Piala Malaysia di Dataran Kesedar, Gua Musang, semalam.

GUA MUSANG 1 Nov. - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa Kerajaan Pas Kelantan berbohong apabila menuduhnya menghilangkan dokumen penting berkaitan masyarakat Orang Asli di negeri ini ketika kerajaan campuran Kelantan di antara Parti Melayu Semangat 46 dan Pas berpecah kira- kira 14 tahun lalu.

Tegas beliau, ia adalah rekaan semata-mata malah hal ehwal mengenai Orang Asli tidak pernah dibincang dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang mewakili kedua-dua parti ketika itu.

Jelasnya, beliau sendiri yang berusaha memberikan tanah kepada mereka melalui kuasa pegawai daerah yang menguruskan tanah mengikut dasar kerajaan negeri bukannya melalui parti.

"Benda ini tidak betul. Saya pun hairan kenapa orang yang mewakili parti Islam berbohong macam itu kerana kita tidak pernah bincang soal Orang Asli.

"Orang Asli ada di Gua Musang jadi saya bertanggungjawab tetapi tidak pernah dibincangkan dalam Angkatan Perpaduan Ummah malah orang yang tuduh itu tidak pernah berada dalam posisi itu.

''Tetapi tidak apalah, tuduhan itu tidak betul, biarlah mereka jawab," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sebelum ini, Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika membuat tuduhan berkenaan ke atas Tengku Razaleigh menganggap Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) itu sebagai pengkhianat.

Tuduhan tersebut merupakan serangan peribadi terhadap Tengku Razaleigh meskipun Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengeluarkan kenyataan untuk tidak berbuat demikian.

Selain itu, dalam siri kempennya Pas telah memulakan serangan peribadi terutama dalam butir-butir ucapan yang diberikan oleh penceramah pembangkang.

Sementara itu, Tengku Razaleigh berkata, Barisan Nasional (BN) akan tetap meneruskan kempen secara berhemah dan tidak akan menyerang balik dengan cara yang sama.

Tegasnya, jentera pilihan raya BN akan meneruskan langkah mengutamakan perjuangan dasar parti dan tidak akan menyerang peribadi sesiapa pun.

"Kita tidak akan serang peribadi sesiapa walaupun saya ada menerima risalah menuduh calon Pas tetapi saya tidak mahu ini dilakukan malah saya mendapat maklumat ia daripada kalangan parti mereka sendiri.

"Bagaimanapun kita tetap tidak akan menyerang atau menuduh sesiapa kerana apa yang mahu kita serang hanya dasar kerajaan negeri," tambahnya.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More