Wednesday, April 3, 2013

Betul ke Bohong? Dr Juanda Bertanding Tiket PKR?


Benarkah Dr Juanda bertanding atas tiket PKR di Kangar, Perlis??

Sebelum ini EP ada terdengar Dr Juanda adalah antara ulama yang bakal diturunkan dalam gelanggang pilihan raya untuk kali ini selain Dr Asri..

Nama beliau mula menjadi sebutan dalam senarai bakal calon PRU13 dan dilihat sebagai calon ‘boleh menang’ kerana memiliki karisma sebagai personaliti yang berlatarbelakangkan agama menjadi kelebihan pada Dr Juanda

Dan menguatkan lagi persepsi itu, Dr Juanda sering kali muncul di stesen TV tempatan dan beliau juga menunjukkan minat yang tinggi untuk berkecimpung dalam bidang politik sejak akhir-akhir ini..
Betul atau bohong..sama-sama kita nantikan hari penamaan calon..
 
Betul..betul..betul.. kata Upin & Ipin tapi ini bukan siri kartun?  Baru-baru ini Dr Juanda telah berada di Masjid Darul Hana, Kampung No 6 Jalan Patingan untuk mengadakan solat Maghrib berjemaah.  Tidak pula beliau menyatakan pilihan mana yang diambil?

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More