Saturday, November 26, 2011

BNBBC Akan Aktifkan Penggunaan Media Siber

Saya sentiasa tertanya-tanya apa kaitan kelab penyokong BN dan pilihan raya? Memang kedua-duanya berunsur politik atau cuma untuk berparti?!!  Namun sekarang sudah jelas bahawa dibawah Pengerusinya yang baru mungkin lebih banyak maklumat mengenai Barisan Nasional akan disebarkan kepada penyokong mereka?  
Adakah ini bermaksud lebih banyak sukarelawan akan diberikan kemudahan internet?  Sebelum ini kemudahan wifi percuma begitu banyak terdapat di sekitar Bandaraya Kuching tapi kini tiada lagi wifi cuma broadband berbayar sahaja yang ada!??  Adakah BNBBC akan memastikan penggunaan wifi percuma di sekitar bandaraya utama di seluruh Sarawak??

Wifi percuma Satok Lestari pun sudah tiada?!!  Adakah disebabkan untuk memberi laluan kepada Wifi percuma BNBBC? 
BNBBC guna Internet untuk sebar maklumat

by Jessica Jawing. Posted on November 25, 2011, Friday


MENJAMU SELERA: Taib serta isteri, Ragad bersama-sama memilih makanan sendiri yang dihidangkan secara bufet dalam majlis berkenaan malam kelmarin. — Gambar Chimon Upon

Jangan abai peranan teknologi sebar informasi melalui media elektronik, rangkaian sosial

KUCHING: Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak menjadikan kemudahan Internet sebagai pendekatan dalam menyebarkan maklumat mereka.

Pengerusinya yang baharu dilantik, Abdullah Saidol berkata ahli-ahli BNBBC tidak boleh mengabaikan peranan signifikan teknologi terkini dalam menyebarkan informasi melalui pelbagai bentuk media elektronik atau rangkaian sosial.

“Menerusi pengurusan teratur dan struktur yang elok, kita seharusnya dapat gunakan Internet sebagai satu lagi senjata propaganda.

“Terutama untuk menangkis atau menguruskan usaha pembangkang yang sentiasa cuai dan tidak cermat dalam analisis mereka terhadap perancangan dan tindakan kita,” katanya berucap pada Majlis Malam Mesra BNBBC di sini, malam kelmarin.

Majlis yang diadakan itu merupakan tradisi sebagai meraikan tamatnya Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dihadiri Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop menambah, kadangkala menjelang pilihan raya pembangkang khasnya menjadi lebih brutal sehingga tidak percaya bahawa mereka juga adalah rakyat Sarawak.

“Mereka ini bersedia untuk membakar apa sahaja demi satu perjuangan, yang saya percaya mereka sendiri masih belum jelas mengenai perjuangan itu,” tegasnya.

Beliau dalam pada itu memberi jaminan, sebagai penge-rusi yang baharu beliau akan memastikan pasukannya lebih kreatif dan inovatif dalam politik.

Katanya, mereka akan lebih sensitif terhadap perubahan suasana politik selain harapan dan tuntutan daripada rakyat yang semakin meningkat.

Sementara itu bekas Pengerusi BNBBC Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sepanjang mengetuai kelab itu iaitu dari 2004 hingga 2011, banyak fasa manis dan pahit yang dilalui.

Katanya, selain menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di dalam DUN, ahli-ahli kelab juga perlu bertembung dengan kerenah pembangkang.

“Namun apa yang menariknya menganggotai kelab ini, ia mampu merapatkan hubungan ADUN bukan sahaja di Sarawak tetapi seluruh Malaysia, yang juga terdiri daripada ahli-ahli BNBBC setiap negeri,” tegasnya.

Abdul Karim berharap dengan tampuk kempimpinan baru itu nanti, kelab penyokong berkenaan dapat meneruskan segala tanggungjawab dan perancangan yang telah diatur sebelum ini.

Majlis yang bertemakan ‘Old School and Pop Yeh Yeh’ dimeriahkan dengan persembahan nyanyian serta makan malam secara bufet.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More