Saturday, November 5, 2011

Pakatan Haram Tipu Orang Melayu!!???

Ahli Parlimen Pakatan memang sudah dibenarkan untuk berbohong.  Begitulah yang sentiasa berlaku apabila membaca artikel daripada media alternatif!!??  Mereka tidak pernah menulis berdasarkan fakta, tetapi bercanggah dengan fakta!!??  Hari ini FreeMeloyaToday menyiarkan artikel yang cuba menipu Melayu Pulau Pinang??!!.  Semua orang sudah tahu Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan menyelesaikan masalah Melayu untuk kebaikan orang Melayu!!? Sebaliknya modus operandi mereka adalah untuk menghapuskan orang Melayu dari Pulau Pinang!!??

Ini boleh dilihat daripada projek perancangan rumah kos rendah atau rumah mampu milik yang rata-ratanya untuk kepentingan orang Melayu semuanya tidak dilaksanakan!!?? Sebagai contoh, baru-baru ini rakan mymassa melaporkan bahawa ADUN Ayer Hitam dari DAP telah berjanji untuk mengecat Blok B, Flat Kampung Melayu!!??




Bagi menunjukkan DAP tunaikan janji, satu majlis perasmian olok-olok telah dibuat tetapi ADUN tersebut tidak hadir dan cuma menghantar wakilnya??!!  Semua ini adalah usaha olok-olok untuk menipu orang Melayu dan cubaan untuk mengharumkan nama Pakatan Haram yang semakin kotor!!??  Rakyat semakin sedar usaha kerajaan Barisan Nasional berbanding Pakatan Haram yang pandai berkokok dan komplen tetapi tidak menunjukkan prestasi yang baik!!??

Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2010 di atas jelas menunjukkan Akaun Perumahan Awam Kos Rendah yang berbaki RM 20 juta telah ditutup untuk menunjukkan kerajaan Pakatan Haram tidak akan membangunkan kawasan orang Melayu dan membanyakkan rumah mampu milik!!??  Apa cerita Parlimen Balik Pulau yang seperti tidak tahu apa yang terjadi dalam Pakatan Haram ini?


Undilah lagi Pakatan Haram, nescaya hilanglah kawasan serta kepentingan orang Melayu di Pulau Pinang!!??  Silalah baca petikan penipuan lagi dibawah??!!!  Syok sendiri betullah Ahli Parlimen ini!!??
Pakatan Rakyat akan selesaikan masalah Melayu

Muda Mohd. Noor | November 4, 2011

Ahli Parlimen Balik Pulau berkata, Pakatan Rakyat telah berjaya menyelesaikan banyak masalah yang ditinggalkan oleh BN di negeri itu


PETALING JAYA: Kerajaan Pusat perlu mencontohi Pulau Pinang dalam menguruskan pembangunan dan rakyat walaupun baru tiga tahun Pakatan Rakyat memerintah, kata seorang ahli Parlimen PKR hari ini.

Yusmadi Yusoff, ahli Parlimen Balik Pulau berkata, Pakatan Rakyat telah berjaya menyelesaikan banyak masalah yang ditinggalkan oleh BN di negeri itu.

Katanya, tidak seperti negeri-negeri lain, Pulau Pinang mencatatkan pelaburan asing tertinggi dan kadar jenayah terendah.

“Isu-isu asas dalam semua bidang terutama yang utama seperti perumahan, agama dan agama telah diselesaikan,” katanya yang dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, Yusmadi yang pertama kali menjadi ahli parlimen menegaskan kerajaan negeri perlu menyelesaikan beberapa isu lain di negeri itu.

Antaranya ialah isu kebudayaan, alam sekitar dan luar bandar yang perlu diberikan perhatian lebih supaya seimbang dengan pembangunan sedia ada.

Jika semua masalah ini boleh diselesaikan, Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya dalam pilihan raya nanti, katanya.

`Pecah amanah’

Mengenai keresah orang Melayu di Pulau Pinang yang mendakwa semakin terpinggir, ahli parlimen Balik Pulau menegaskan, isu tersebut perlu diselesaikan secara bersama membabitkan semua pihak.

Menurutnya, isu ini telah berlaku sejak tahun 70-an dan Umno yang berkuasa gagal menyelesaikannya.

“Saya percaya Pakatan Rakyat boleh menyelesaikannya dengan syarat ada muafakat yang bersungguh-sungguh dari semua pihak.

“Isu Melayu gagal diselesaikan kerana berlaku `pecah amanah’ oleh Umno,” dakwanya.

Yusmadi menegaskan jalan penyelesaian orang Melayu perlu berdasarkan keadilan sosial dan bukannya bersandarkan kepada kaum.

Katanya, jika gagal berbuat demikian sudah tentu masalah orang Melayu Pulau Pinang tidak akan selesai dan malah menjadi semakin teruk.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More