Monday, November 28, 2011

Langkah Mawan Selepas Memecat Entri?!!

Pemecatan Entri memang tidak memberi kesan terhadap sokongan rakyat terhadap BN!!  Namun ia sekarang mendatangkan kesan terhadap Presiden SPDP sendiri!!??  Kenapa hanya Entri sahaja yang dipecat sedangkan yang lain hanya dilucutkan jawatan?  Mereka inilah yang telah menang semasa Pilihan Raya dan terbukti merupakan calon boleh menang dalam Barisan Nasional?!!
Persoalan sekarang ini adalah sekiranya kesemua SPDP 5 dipecat maka Mawan tidak akan memiliki kerusi untuk SPDP memandangkan kawasan tersebut diperuntukkan untuk calon BN dari parti SPDP!??  Memang benar di kawasan luar bandar hanya logo dacing biru putih akan disokong tidak kira wajah dan rupa?!!  Namun penganalisis hendaklah mengambil kira undi golongan muda yang lebih cenderung untuk mencari kesalahan calon yang dipertandingkan oleh BN!!??  

Jika dalam DAP mereka akan memilih calon roket tidak kira calon tersebut rasis atau suka memburukkan orang, maka dalam masa terkini pihak DAP akan mencari calon yang memiliki latar belakang yang bersuh!!??  Calon yang menghantar orang tua mereka ke rumah tua pun akan diketepikan!!??  Begitulah juga halnya kepada BN!!??  Calon yang dipilih hendaklah boleh menang dan pasti menang tanpa memiliki latar belakang yang kurang elok seperti kaki songlap duit parti, kaki botol, kaki perempuan dan hendaklah memiliki pasangan isteri, anak dan keluarga yang elok juga!!??

Sekarang ini bukan Ketua Menteri dan Perdana Menteri sahaja yang akan menentukan syarat pemilihan calon  boleh menang!??  Kini sudah ada pihak ketiga yang akan memberi maklum balas mengenai potensi kemenangan!!??  Dipercayai mereka ini terdiri daripada orang lama dalam parti/ kerajaan dan pemerhati yang paling berpengalaman mengenai corak pemilihan calon di setiap kawasan!!??

Yang pastinya sokongan terhadap Mawan semakin menurun sekiranya dia tidak mengambil langkah seterusnya untuk memulihkan keadaan!!???
Pemecatan Sylvester Entri Tidak Beri Kesan Besar Terhadap BN - Penganalisis
BERNAMA 26 November, 2011 19:04 PM
Oleh Alan Ting

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Para penganalisis politik berpendapat pemecatan Datuk Sylvester Entri daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) tidak akan menjejaskan prestasi Barisan Nasional (BN) di Bumi Kenyalang.

Kata mereka pemecatan Entri tidak memberi kesan besar terhadap BN, terutama di kawasan luar bandar, kerana parti gabungan itu tetap popular di kawasan berkenaan.

"BN akan terus menang. Saya tak nampak sebarang kesan daripadanya. Hakikatnya, di kawasan luar bandar, asalkan seseorang calon itu daripada BN, pengundi akan tetap memilihnya.

Logo dacing, bukannya wajah popular yang akan menjadi pilihan," kata penganalis politik daripada Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Stanley Bye Kadam Kiai.

Lagi pun, kata beliau, SPDP dianggap hanya sebuah parti kecil dan tindakan tersebut tidak mungkin memberi kesan negatif kerana amat sukar bagi mereka yang dipecat menubuhkan parti baru di luar BN.

"Saya tidak pasti sama ada akhirnya mereka akan menubuhkan parti baru, tapi memang sukar bagi mereka untuk berbuat demikian. Persefahaman dalam BN ialah mereka tidak akan menerima anggota baru tanpa persetujuan SPDP," katanya.

Bagaimanapun, Stanley Bye berkata perkembangan terbaru dalam SPDP itu "tidak baik untuk politik Dayak" walaupun ia bukan sesuatu yang baru di Sarawak.

"Hal begini telah berlaku sejak 1987. Daripada SNAP (Parti Kebangsaan Sarawak) kepada PBDS (Parti Bansa Dayak Sarawak yang sudah berkubur), kemudian kepada PRS (Parti Rakyat Sarawak) dan SPDP," katanya.

Penganalisis daripada Institut Kajian Asia Timur, Unimas Dr Awang Azman Awang Pawi pula berkata jika Entri popular dalam kalangan penduduk di kawasannya sekalipun, akhirnya, mereka akan tetap mengundi BN, tanpa mengira calonnya.

"Ini terbukti dalam peristiwa Ming Court pada 1987. Apabila Dewan Undangan Negeri dibubarkan selepas itu, orang tetap memberi undi kepada BN pada pilihan raya," katanya.

Peristiwa Ming Court merujuk kepada usaha sekumpulan ahli politik yang diketuai bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Rahman Yaakub merancang menggulingkan kerajaan negeri di bawah pimpinan anak saudara beliau Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Mac 1987.

Peristiwa itu mendorong Abdul Taib mengadakan pilihan raya negeri mengejut, yang hasilnya menunjukkan BN memenangi sebahagian besar kerusi berbanding ahli politik yang menyokong Abdul Rahman.

Bagaimanapun, Awang Azman berkata imej Presiden SPDP Tan Sri William Mawan akan terjejas kerana sesetengah anggota parti itu akan mempertikaikan kenapa hanya Entri yang dipecat, tetapi empat lagi pemimpin yang menyokongnya tidak dikenakan tindakan serupa.

Empat pemimpin berkenaan ialah naib presiden kanan Datuk Peter Nansian, naib presiden Datuk Dr Tiki Lafe, ketua penerangan Paulus Palu Gumbang, anggota Majlis tertinggi Rosey Yunus.

"Berdasarkan pelbagai laporan akhbar, anda akan dapati Nansian juga tidak kurang lantang kritikannya, tetapi beliau tidak dipecat. Ini akan menimbulkan persoalan sama ada keputusan itu (pemecatan Entri) adalah bersifat peribadi," katanya.

Oleh itu, kata beliau, beberapa pihak mungkin akan memprotes walaupun beliau percaya Mawan sudah tentu telah berunding atau memberi penjelasan tentang keputusan yang diambil oleh parti itu kepada pemimpin BN di peringkat negeri dan kebangsaan.

Ketua Menteri Sarawak, yang juga pengerusi BN negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, dalam reaksinya pada Jumaat, berkata beliau ingin melihat "keadaan kembali sejuk terlebih dahulu" sebelum mengadakan perjumpaan dengan para pemimpin parti itu berhubung perkara berkenaan.

Pada Jumaat malam, Taib mengadakan perjumpaan tertutup dengan para pemimpin BN negeri di kediaman beliau. Bagaimanapun, setakat ini, perkara yang dibincangkan pada perjumpaan itu tidak diketahui.

Sumber parti itu berkata para pemimpin BN prihatin tentang pemecatan Entri kerana beliau bukan Anggota Dewan Undangan Negeri sembarangan, tetapi dipilih sendiri oleh pucuk pimpinan negeri untuk bertanding di Marudi atas tiket SPDP pada pilihan raya negeri 1996.

0 comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Recent Posts

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More