Sunday, April 1, 2012

Anwar Cuba Tipu 10 Ribu Penyokong Tegarnya?!?!!

Anwar tipu lagi kononnya tidak akan membalas dendam sekiranya menjadi Perdana Menteri?!!?  Sekiranya Anwar tidak mahu membalas dendam mengapa dia masih mahu meneruskan pengembaraan ke Putrajaya?!?!  Sepatutnya dia sudah bersara apabila dibebaskan dahulu dan tidak mempedulikan politik Malaysia atau melibatkan ahli keluarganya!!?!?!  Sekarang dia sudah melibatkan ahli keluarganya bererti perjuangan untuk membalas dendamnya akan menjadi lebih hebat!?!?!  Bolehkah Anwar yang juga lidah bercabang dipercayai!?!?   Retorik lagi kerana Anwar cuba menunjukkan dirinya seorang yang pemaaf!!??  Siapa tidak tahu akan Kampung Buah Pala?!!?  Semoga tiada yang mempercayai Anwar!!???
Jaminan Anwar, Tidak Akan Balas Dendam
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
1 April 2012

KOTA BHARU - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan beliau tidak akan membalas dendam terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) sekiranya berjaya memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) nanti.

Anwar berkata, beliau sedia memaafkan pemimpin yang melakukan pelbagai kezaliman kepada dirinya juga berharap rakyat mengambil sikap sama terhadap kesalahan­ pemimpin BN yang menyalahgunakan harta negara.

“Saya sama sekali tidak akan dera atau mengambil sikap untuk membalas dendam biar pun pelbagai perkara dan ancaman dihadapkan kepada saya dan rakan sekarang. Saya pernah melalui keadaan paling teruk dalam kehidupan, tetapi itu tidak menjadi dendam.

“Sama seperti saya lakukan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh pelbagai benda, namun selepas keluar saya tidak me­ngam­bil sikap membalas dendam terhadap perbuatannya,” kata ketika berucap depan 10,000 penyokong di Padang Perdana di sini, malam kelmarin.

Turut hadir, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Naib Presiden, Datuk Husam Musa; Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Terdahulu, program bermula dengan solat Maghrib berjemaah diimamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Demit, Mohamad Mustafa diikuti kuliah Maghrib dan Isyak oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, pendekatan pihak lawan yang sentiasa melakukan tindakan kontroversi, termasuk menuduhnya melakukan perkara yang tidak senonoh tidak sesekali akan melunturkan semangatnya untuk menukar Putrajaya.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More