Friday, October 14, 2011

Penjelasan Anak Merdeka Kepada Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) khususnya T. B. Hasanuddin !!!

T. B. Hasanuddin seharusnya menjaga baik hubungan persahabatan antar Indonesia dan Malaysia.  Hidup sudah serumpun namun janganlah mencari hal di negara orang.  Sebelum ini memang kerajaan Malaysia sentiasa menjaga sempadan dan pemilikan.  Jangankan masalah sempadan masalah pembakaran hutan di Indonesia pun Malaysia tidak berbuat demo tetapi menghulurkan bantuan untuk memadamkan api.

Kerajaan Indonesia jangan hanya mencari keburukan dan mencuba membawa isu sempadan untuk membawa mereka menjadi kerajaan yang nyatanya pihak pembangkang Indonesia harus cekap dan bijak dalam menangani masalah tempatan.  Naikkan taraf penduduk di kawasan masing-masing sebelum cuba mencari masalah dengan negara jiran.  

Isu remeh-temeh ini boleh diselesaikan secara perundingan dan bukan dengan menunjukkan perasaan yang tidak puas hati.   Bersabar dan cari akal sebelum bertindak seperti kera diberi belacan!!!
Jakarta abai rakyat Indonesia di sepanjang sempadan Kalimantan-Sarawak
Punca mengapa semakin hari semakin selalu kita dengar keluhan rakyat Indonesia yang mendiami kawasan sepanjang sempadan antara Kalimantan dengan negeri Sarawak iaitu mengenai tahap pembangunan di tempat mereka adalah disebabkan oleh sikap tidak peduli kebanyakkan pemimpin kerajaan Indonesia yang berpusat di Jakarta terhadap kebajikan rakyatnya yang tinggal jauh di bahagian pendalaman seperti itu.

Ramai penduduk Indonesia yang tinggal berjiran dengan rakyat Sarawak yang berhampiran sempadan sering mempersoalkan akan kebajikan mereka jika dibandingkan dengan nasib rakyat Sarawak yang mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak kerajaan Malaysia namun nasib mereka pula adalah sebaliknya pula apabila jelas terpinggir dari arus pembangunan atau dalam erti kata lainnya telah diabaikan oleh kerajaan Indonesia yang menguasai kuasa pemerintah dari Pulau Jawa.

Kepada para pemimpin pembangkang di Indonesia tidak perlulah mereka sering untuk menyalahkan kerajaan Malaysia apabila berlakunya rungutan daripada warganya sendiri yang menghuni kawasan sempadan dengan Sarawak jika ada diantara mereka lebih menyenangi kerajaan Malaysia jika dibandingkan dengan kerajaan Indonesia sendiri malah ada yang menaruh harapan agar suatu hari nanti wilayah yang mereka duduki kini menjadi sebahagian wilayah Malaysia.

Bagaimana keadaan hidup penduduk warga Indonesia yang tinggal di kawasan sempadan dengan Sarawak yang jarang sekali diberi perhatian oleh pihak kerajaan Indonesia dan ini mereka boleh lihat sendiri bermula dari kawasan yang dipertikaikan iaitu di Camar Bulan di Kalimantan Barat hinggalah ke kawasan Sungai Sekayan, kawasan Danau Sentarum, kawasan Hulu Kapuas, Senaning, Badau, Kelayam, Long Betaoh di Kalimantan Tengah dan seterusnya di Kalimantan Timur seperti di Long Temunyat, Long Ampung, Long Sungai Barang, Lo Nawang, Dian Dian, Long Peliran, Gura Moyang, Pow-a-pan, Long Bawan, Malinau dan lain-lainnya.
Ramai golongan belia dari kawasan-kawasan tersebut telah berhijrah melalui jalan tikus ke Sarawak semata-mata untuk mencari rezeki. Mereka berkerja dalam sektor perladangan serta pembalakan. Malah ada yang telah tinggal di Sarawak untuk tempoh yang begitu lama dan berkahwin dengan penduduk tempatan dan mereka ini tidak pernah terfikir lagi untuk pulang ke tempat asal mereka di wilayah Indonesia. Untuk kembali semula ke tanah asal adalah agak mustahil kerana tiada peluang pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan Indonesia kepada mereka.

Jadi kepada pihak Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) khususnya T. B. Hasanuddin yang telah mencetuskan isu baru antara Indonesia dengan Malaysia, diharap orang ini buat penyelidikan dengan cermat mengenai garis sempadan antara Kalimantan dengan negeri Sarawak dan bukannya hanya berdasarkan kepada andaian semata. Tidak mungkin bagi kerajaan Malaysia untuk bertindak sebodoh itu dengan mengubah garisan sempadan yang telah dipersetujui bersama pada tahun 1978 dulu.

Dan apa yang lebih penting ialah agar pihak DPR atau saudara T. B. Hasanuddin sendiri berusahalah mencari puncanya mengapa sejak-sejak akhir ini semakin kerap kedengaran para penduduk warga Indonesia di sepanjang kawasan sempadan lebih condong kepada Malaysia dan mereka mahu wilayah mereka menjadi sebahagian daripada wilayah Malaysia. Adakah itu semua kesalahan kerajaan Malaysia? Rakyat Indonesia dipendalaman khususnya dikawasan sempadan Kalimantan-Sarawak sebenarnya telah lama terpinggir dan kebajikan mereka telah sekian lama diabaikan !

Adalah sangat diharapkan agar pihak DPR serta saudara T. B. Hasanuddin sendiri wajar dan lekas dalam mencari jalan bagi mengatasi keadaan itu dan bukannya cuba melaga-lagakan kerajaan Malaysia dengan rakyat di Pulau Jawa yang tidak tahu menahu tentang apa yang berlaku di wilayah Pulau Borneo ini. Betapa bodohnya pemimpin yang suka dengan jalan singkat seperti apa yang dilakukan oleh saudara T. B. Hasanuddin itu, apakah dia tidak boleh berfikir bahawa penghakisan pantai akibat dipukul ombak sepanjang masa juga adalah penyumbang besar kepada berlakunya kehilangan tanah di daratan...

View article...

1 comments:

Indon ni bising-bising sebab nak dapatkan perhatian kerajaan mereka. Hakikatnya warga Kalimantan lebih rela pacak bendera Malaysia di rumah mereka berbanding bendera Indonesia. Bahkan dulu pernah mereka sengaja mencuba mengalihkan batu sempadan Malaysia masuk ke dalam wilayah Indonesia kerana inginkan kewarganegaraan Malaysia.

Malaysiaku bertuah!

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More