Monday, December 30, 2013

Cakap Tak Serupa Bikin – Parti Konfius Rakyat

Ada lagi ancaman buat Ketua Menteri Sarawak, kali ini daripada Sutan Sinaro atau Yusuf Baharudin.  Gara-gara tidak terpilih oleh pihak PKR untuk bertanding maka dia telah melepaskan kemarahan ke atas KM Sarawak yang tidak mungkin akan memilihnya untuk bertanding baik PRN 11/12 atau pun 13 kelak.

Inikah Setiausaha AMK Sarawak yang mampu memecahkan kepala KM Sarawak?  Nyata sekali indah khabar dari rupa?  Sekali lagi penyakit Bang Non kaki kincing dah menjadi trend dalam AMK?  Baik si jaharu Chegubard mahupun Yusuf Baharudin tidak mampu untuk menunaikan janji mengadakan demonstrasi di kediaman Ketua Menteri Sarawak kelmarin!

Inikah parti keadilan rakyat, pandai berjanji hingga ke peringkat AMK tapi menunaikan pun belum pasti?

Photo: Seluruh rakyat Sarawak amat khuatir dengan situasi terkini berhubung ancaman untuk mencederakan Ketua Menteri Sarawak yang mana ianya boleh menyebabkan kematian. Ini adalah ancaman bunuh dan....ikuti seterusnya KLIK http://www.sematankelawas.com/2013/12/identiti-lelaki-ancam-bunuh-ketua.html

 

PKR hanya bercakap besar untuk menawan Sarawak: Abdullah

Posted on December 30, 2013, Monday

KUCHING: Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya bercakap besar untuk menawan Sarawak pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang.

Beliau memberitahu, dari dahulu lagi PKR mengatakan perkara yang sama tetapi sehingga sekarang masih lagi belum berjaya menambat hati rakyat Sarawak.

Malah, Abdullah menegaskan bahawa amalan perjuangan politik PKR yang berasaskan budaya putar belit dan kebiadapan rakan-rakan parti itu dari Sememanjung Malaysia tidak mungkin mendapat perhatian daripada majoriti rakyat Sarawak.

“PKR dari dulu sentiasa buat kenyataan politik yang sensasi tetapi satu pun tidak menjadi… PKR tanpa sokongan DAP dan PAS tentu sudah lama terkubur.

“Contohnya mereka belum berkuasa lagi tetapi sudah menunjukkan sikap sombong dan bongkak dengan ingin menganjurkan kempen menyingkirkan Ketua Menteri (Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) selepas tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang mana kita Barisan Nasional (BN) menang besar dan kekal di hati rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Wanita PKR Pusat Zuraida Kamaluddin yang yakin PR mampu menang lebih 36 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

“Benar mereka berjaya di Selanggor tapi saya rasa tembelang mereka semakin hari semakin terserlah.

“Kami wakil rakyat BN Sarawak kurang bercakap dan bermain politik cetek tetapi bekerja keras untuk mendapatkan pembangunan di kawasan masing-masing,” tegas Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak itu.

Menurutnya lagi jangka hayat PKR di Sarawak semakin nazak dan tenat kerana sikap DAP Sarawak yang juga semakin angkuh sejak kebelakangan ini sekali gus menyebabkan PKR Sarawak kelihatan tidak releven dan mungkin tersisih.

“Di Sabah beberapa wakil rakyat mereka sudah keluar parti dan cuba tengok prestasi tiga wakil rakyat mereka di Sarawak apa sumbangan mereka kepada kawasan yang diwakili mereka selain daripada melalak sana sini konon jadi hero rakyat,” ujarnya.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More