Friday, January 27, 2012

Senator Doris Wanita Pertama dari Sarawak Menjadi Timbalan YDP Dewan Negara

Selamat menjalankan tugas buat wanita pertama dari Sarawak yang dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara.  Senator Doris memang menjadi kebanggaan penduduk Sarawak!!  Terima kasih kepada Perdana Menteri yang mengiktiraf kaum wanita dari Sarawak.   
Doris kebanggaan Sarawak

Posted on January 27, 2012, Friday

Wanita Sarawak pertama dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara

SEDIA BERKHIDMAT: Doris mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara di Parlimen di Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Senator Doris Sophia Brodie semalam mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi wanita Sarawak pertama dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, di sini.

Doris Sophia, 52, yang juga ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) dilantik sebagai senator pada 12 Mac 2010.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Doris berkata, beliau berasa terharu dengan pelantikan itu yang disifatkannya bukan saja sebagai penghormatan kepada wanita Sarawak, tetapi juga wanita Malaysia amnya.

“Saya akan berkerjasama dengan Tan Sri (Abu Zahar) untuk memartabatkan Dewan yang mulia ini,” kata Doris Sophia yang juga naib presiden PRS.

Turut mengangkat sumpah semalam dua senator iaitu Datuk Dr Firdaus Abdullah dan Rahmani @ Rohani Abdullah.

Firdaus merupakan Felo Penyelidik Kanan (Pelawat) di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya manakala Rahmani pula ialah pegawai khas kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Kedua-dua pelantikan berkuat kuasa semalam untuk tempoh selama selama tiga tahun.

Pelantikan Firdaus, 68, adalah untuk penggal kedua manakala Rahmani, 65, adalah kali pertama. — Bernama

0 comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Recent Posts

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More