Saturday, February 25, 2012

Senarai Ahli Parlimen Sarawak Lengkap?!!!

Apabila TPM telah turun ke Sarawak adakah ini bermaksud senarai ahli parlimen BN Sarawak sudah lengkap? Sebelum ini terdapat ura-ura dan khabar angin yang menyatakan sebanyak 10% kerusi akan dilepaskan kepada orang muda!!!??  Umpama peribahasa patah tumbuh hilang berganti!!??  Adakah ini bermaksud jentera BN Sarawak sudah bersedia untuk mempertahan atau mengembalikan kegemilangan BN Sarawak?!!!  

Hubungan Baik Kerajaan BN Pusat, BN Sarawak Perlu Dikekalkan - Muhyiddin 
BINTULU, 24 Feb (Bernama) -- Kerjasama baik kerajaan Barisan Nasional (BN) Persekutuan dengan kerajaan BN Sarawak, yang diterajui Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menyaksikan negeri ini muncul sebagai antara yang pesat membangun di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kewujudan kerjasama erat itu membolehkan kerajaan menyusun strategi dengan lebih mudah untuk membangunkan Sarawak, termasuk projek berasaskan gas dan minyak di kawasan Bintulu.

Muhyiddin berkata Sarawak kini berperanan penting dalam menentukan rancangan pembangunan ekonomi negara tercapai, sekaligus membantu Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020.

"Hubungan baik ini perlu dikekalkan demi kesinambungan pembangunan ekonomi yang ternyata banyak memberikan faedah kepada rakyat di negeri ini," katanya ketika berucap pada majlis jamuan malam bersama rakyat di Dewan Suarah Bintulu.

Beliau berkata kerajaan Persekutuan akan memastikan tidak ada kawasan atau rakyat di Sarawak yang terpinggir dalam arus perdana pembangunan ekonomi negara.

Katanya, ini selaras dengan wawasan kerajaan melalui program transformasi pembangunan negara yang menekankan penglibatan rakyat dalam semua aspek, termasuk peluang ekonomi.

Muhyiddin berkata walaupun negara maju, termasuk Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah seperti Greece, Portugal, Sepanyol dan Itali, dilanda masalah ekonomi yang teruk sejak kebelakangan ini, Malaysia masih berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi memberangsangkan iaitu sekitar 5.1 peratus pada tahun lepas.

Beliau yakin pelaburan domestik akan menyumbang ke arah memacu ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi, terutama dalam tempoh 10 tahun akan datang.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More