Friday, February 3, 2012

Anwar Tarik Israel Guna Buku Jinggay?!?!!

Taktik Blietzkrig Anwarinas yang terbaru adalah menggunakan sokongan luar?!!  Baru - baru ini, hangat menceritakan mengenai sokongan Anwarinas terhadap Israel!??  Adakah Anwar sudah bosan dengan sistem Islam sehingga ingin mengambil sistem Israel sebagai model terbaru kerajaan Jinggay?!!  
Sebelum ini puak-puak Anwarinas mengaitkan jenama 1Malaysia dengan Israel?!!  Kenapa pula Anwarinas yang secara terang-terangan menyokong padu Israel??!!!  Kemanakah arah tuju Anwarinas?!!  Mungkinkah Anwarinas mahu pihak Israel memberi latihan kepada AMK dan pemimpin PKR yang lembab?!!  Mahukah Israel membantu golongan Anwarinas ini?!!
'Anwar sokong Israel cuba tarik AS, Yahudi'
 
Oleh Anwar Hussin dan Khairul Anuar Abdul Samad
bhnews@bharian.com.my
2012/02/03
MUHYIDDIN dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman bersama Mustapa dan Awang Adek serta sebahagian warga pendidik mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Kelantan di Kompleks YKK di Peringkat, Kota Bharu, semalam. - Foto Zaman Huri Isa TPM selar pembangkang salahkan UMNO jika krisis
KOTA BHARU: Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong usaha menjaga keselamatan Israel, sebagai cubaan membawa campur tangan Yahudi dan Amerika Syarikat dalam politik Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri berkata, mungkin ada kebenarannya apabila Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) menganggap kenyataan Anwar itu sebagai cubaan memancing kuasa Yahudi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Itu kenyataan MUBARAK, mungkin ada kebenarannya. Soalnya sehingga hari ini, Anwar tidak dapat menjelaskan keadaan sebenar dan pihak PAS, parti dalam pakatan pun mempertikaikannya,” katanya selepas merasmikan Majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Negeri Kelantan di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di Peringat dekat sini, semalam.

Pada masa sama, Muhyiddin menyelar pembangkang yang sering menyalahkan UMNO setiap kali mereka menghadapi krisis.

Katanya, dalam kes bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, sehingga tokoh itu dipecat daripada parti itu, PAS tidak mencari punca mengapa masalah berkenaan berlaku tapi menyalahkan pihak lain.
 
“Pembangkang mengalami sindrom penafian dengan menyalahkan UMNO atas segala masalah mereka hadapi tanpa melihat pada kekurangan diri,” katanya.

Beliau juga menyentuh mengenai Buku Jingga yang menjadi pertikaian sehingga ada setengah pemimpin pembangkang menganggap ia tidak sesuai.

Katanya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyatakan Buku Jingga itu mungkin sesuai di sesetengah tempat tapi tidak sesuai di sesetengah negeri.

0 comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget

Recent Posts

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More