Thursday, January 26, 2012

Mana Air Percuma PKR Selangor?!!!

Gara-gara begitu ghairah untuk memberi air percuma, krisis bekalan air bersih Selangor akan meletup dalam tempoh beberapa tahun lagi!!??  Adakah air di Selangor bersih kerana ia percuma?!!  Mengapakah Negeri Sembilan pula berhempas pulas untuk membekal sehingga 56 juta liter kepada Selangor?!!!
Dasar kerajan Parti Kelentong Rakyat!!!!?? Nah!! ambik kau!!???


Negeri Sembilan setuju bekal air kepada Selangor
 
Oleh Ifwan Tun Tuah
bharian.com.my
 
2012/01/26 SPAN minta salur 56 juta liter sehari

SEREMBAN: Kerajaan negeri bersetuju membekalkan air bersih kepada Selangor bagi membantu negeri jiran itu yang dijangka mengalami krisis bekalan air serius dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan kerajaan negeri masih dalam proses perbincangan bagi membolehkan negeri ini menyalurkan bekalan air terawat ke Selangor.
 
“Sebenarnya, ketika ini kita membekalkan air ke Selangor melalui Loji Rawatan Air Broga, Lenggeng dekat sini untuk kegunaan penduduk kawasan Semenyih, namun dibuat dalam skala kecil.

“Kini SPAN meminta kita menyediakan bekalan air dalam skala besar, iaitu antara 38 juta hingga 56 juta liter air sehari kepada Selangor tidak lama lagi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di sini, semalam.

Mohamad berkata, walaupun bersedia membantu Selangor, kerajaan negeri berpendapat bantuan berkenaan lebih sesuai dimulakan tahun depan, iaitu selepas Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi di sini, beroperasi pada tahap maksimum akhir tahun ini.

Projek pembinaan fasa pertama Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi yang akan siap sepenuhnya akhir tahun ini mampu menghasilkan 113 juta liter air sehari, diikuti fasa kedua yang mampu mengeluarkan air pada kapasiti sama.

Beliau berkata, loji berkenaan hanya perlu membekalkan 19 juta liter air sehari bagi menampung keperluan pengguna di Seremban, manakala bekalan selebihnya iaitu kira-kira 246 juta liter ditampung Loji Rawatan Air Sungai Terip.

Ditanya bila projek bekalan air ke Selangor itu akan dimulakan, Mohamad berkata perkara berkenaan terpulang kepada SPAN dan kerajaan Selangor.

Katanya, bekalan air itu akan disalurkan ke Selangor melalui saluran paip di Bandar Enstek.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More