Monday, December 12, 2011

Syabas Riot Sebagai Bumiputera Pertama Menjadi Timbalan Presiden SUPP!!

Sebelum ini SUPP jarang membenarkan penglibatan kaum lain dalam menentukan pucuk kepimpinan parti, tetapi setelah berlangsungnya TDC SUPP 2011, Richard Riot telah diberi penghormatan bukan sahaja untuk dirinya tetapi sebagai pengiktirafan buat kaum bumiputera yang SUPP adalah parti untuk semua dan tidak sahaja diperuntuk kepada kaum Cina.  Ini juga mungkin kesan daripada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang ke-10 di mana kerusi SUPP kaum Cina hampir kesemuanya dirampas oleh DAP??!!  Semoga lebih banyak lagi pengiktirafan terhadap kaum bumiputera akan diberi oleh Jawatankuasa Kerja Pusat SUPP!!?? Mungkin ke atas Ketua Wanita atau Ketua Pemuda mereka kelak!!  Ketua Pemuda juga diharap tidak memperuntukkan pembangunan khusus kepada kaum Cina sahaja tetapi ingatlah juga kaum bumiputera lain di luar bandar yang memastikan kemenangan SUPP!!??
 
Datuk Richard Riot merupakan ahli bukan Cina yang pertama dilantik sebagai Timbalan Pesiden SUPP sempena TDC 2011 minggu lepas.  Ini telah membuka mata kepada penyokong SUPP bahawa parti ini sudah berubah menurut landasan yang betul!!!
 
Semoga lebih banyak lagi perubahan yang dilakukan kelak terutama sekali untuk menarik kembali kepercayaan kaum Cina kepada SUPP!!
Riot Bumiputera pertama dilantik sebagai timbalan presiden SUPP
Posted on December 12, 2011, Monday


KUCHING: Datuk Richard Riot Jaem melakar sejarah baharu apabila dilantik sebagai timbalan presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bukan Cina (Bumiputera) yang pertama.

Pelantikan tersebut sekali gus membuka lembaran baharu kepada SUPP untuk terus kekal kukuh dan bersatu di bawah satu parti tanpa mengira kaum.

Pada sidang media selepas penangguhan Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) semalam Riot ternyata terharu dengan keyakinan dan kepercayaan yang diberikan oleh jawatankuasa pusat (CC) kepadanya untuk memegang jawatan kedua tertinggi dalam parti.

“Saya melihat tiada sebab untuk saya menolak jawatan ini kerana kepercayaan dan keyakinan perwakilan kepada saya sebagai timbalan presiden.

“Sebagai timbalan presiden daripada bukan Cina, saya berharap mulai detik ini, masyarakat Dayak akan diberi perhatian seperti rakan lain dalam parti ini,” katanya.

Beliau yang ditemui selepas sidang media menambah, masih terlalu awal untuk membuat andaian bahawa pelantikan beliau akan menarik lebih ramai Dayak terhadap SUPP.

Tetapi beliau percaya pelantikannya sebagai timbalan presiden daripada kalangan bukan Cina akan membolehkannya bergerak lebih kerap di kalangan masyarakat Dayak.

“Seperti yang telah saya nyatakan awal tadi, ini merupakan kali pertama ahli bukan Cina dipilih sebagai timbalan presiden dalam sejarah SUPP.

“Justeru saya berharap di kalangan ahli Bidayuh yang bertindak untuk keluar parti akan kembali kepada parti seperti gesaan Presiden Datuk Seri Peter Chin,” katanya.

Riot dilantik sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan P199 Serian pada 1990 menerusi tiket bebas dan mulai menyertai SUPP pada 1 Mei 1993.

Selain Ahli Parlimen Serian dan timbalan presiden SUPP, Riot juga merupakan Timbalan Menteri Luar Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More