Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts

Friday, April 6, 2012

LGE Tahu DAP Karam Selepas PRU13?!?!!?!

Apa LGE nak kata selepas ini!?!? Semakin hari semakin ramai hati orang Islam di Pulau Pinang dan di Malaysia terguris kerana maruah orang Islamn dan juga ibu bapa yang menginginkan anak mereka untuk mendapat pendidikan kini punah!?!?!  Tapak masjid dan sekolah sudah dijual gara-gara mahu menambahkan modal kempen DAP?!!?!  DAP mungkin sedar inilah peluang terakhir yang mereka ada sebelum PRU13!?!?!  Pastinya tsunami politik akan memusnahkan Pakatan Haram yang menyebabkan LGE bertindak dengan segera untuk memastikan selepas PRU13 rakyat Islam dan Melayu tidak akan mempunyai apa-apa kepentingan lagi di Pulau Pinang!!?!!?  Adakah LGE sudah menjangkakan bahawa DAP akan tenggelam setelah PRU13 kelak!!?!?!  
Jual tapak masjid, sekolah: PPP, NGO lapor polis
06/04/2012 4:36pm

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR 6 April – Parti Progresif Penduduk (PPP) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara di negeri itu.

Laporan itu dibuat oleh PPP bersama Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (Desmma), Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Ikatan Rakyat Ihsan Muslim (IRMM) di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 11 pagi ini.

Menurut mereka, tindakan pemimpin Kerajaan Pulau Pinang mengambil ‘tanah emas’ Bayan Mutiara untuk membina bangunan Penang World City (PWC) itu disifatkan sebagai tindakan yang mengguris perasaan umat Islam dan masyarakat Melayu di negeri berkenaan.

Ahli Majlis Tertinggi PPP, Datuk Thajudeen Mohideen berkata, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang bersetuju terhadap penjualan tapak masjid dan sekolah kepada pemaju swasta itu ternyata menjatuhkan maruah umat Islam di negeri itu. – UTUSAN

Wednesday, November 2, 2011

Lagi DAP Lim Guan Eng Dirempit Rasis?!!!

LGE terkejut apabila Mat Rempit pun boleh buat demo liar di Pulau Pinang?!!  Mungkin dia ingat orang merempit ini kurang cerdik?!!  Kalau diikutkan skil mat rempit inilah paling tinggi memandangkan mereka terpaksa bergerak dengan laju sambil melakukan aksi tersendiri dan mengimbangi badan dan memastikan tidak melakukan kerosakan ke atas motosikal dan badan mereka!??

Sedangkan Tsy Koon pun jatuh basikal?!!! Bagaimana pula LGE?  Pandaikah Tuan Ketua Menteri naik motosikal dan mampukah Tuan Ketua Menteri hidupkan motosikal dengan kaki sendiri?!!!  Agaknya akibat daripada kekurangan skil maka motosikal pun tidak akan bergerak atau pun belum seminit LGE dah jatuh tergolek!!????

Jangan suka memperkecilkan kebolehan manusia akibat terlalu mengikut jari telunjuk syaitan puckatan!!!??? Jangan suka memainkan isu perkauman, kena panggil rasis tidak mahu pula???  Mungkin mahu jadi Ketua Kampung yang baru kepada kampung buah pala???  Mana mungkin sebab kampung itu sudah dirobohkan cuma tinggal kampung buah dada!!???

Mengapa polis tidak halang demontrasi liar Mat Rempit?

2 November 2011

GEORGETOWN,– Demontrasi liar membabitkan kira-kira 200 Mat Rempit di perkarangan Komtar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini tanpa dihalang secara serius oleh pihak polis telah menimbulkan tanda tanya.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berkata, demonstrasi bermotosikal yang menyebabkan kesesakan lalu lintas itu kelihatan agak tersusun, seolah-olah didalangi oleh pihak pembangkang.

Katanya lagi, baju kuning dengan kata-kata “LGE rasis” yang dipakai oleh Mat Rempt berkenaan juga cuba membawakan masej yang sering ditohmah oleh UMNO selama ini, iaitu kononnya Ketua Menteri Lim Guan Eng adalah seorang pemimpin yang rasis.

“Kalau mereka nak menuntut sebuah litar lumba, mereka tidak akan memakai baju ‘LGE rasis’ kerana rasis dan ‘racing’ (perlumbaan) maksudnya sangat berbeza.
“Demonstrasi mereka begitu organised atau terancang, mustahil dirancang oleh Mat Rempit,” ujar beliau, merujuk kepada kumpula-kumpulan pelumba haram yang biasanya berkeliaran tak tentu arah di jalan raya.

Beliau juga berkata, ada kemungkinan kumpulan penunjuk demontsrasi itu bukan Mat Rempit yang sebenar tetapi dari kalangan pemuda dan mungkin juga pelajar sebuah sekolaj dari sebuah dareah di Pulau Pinang diperalat untuk berbuat demikian.

Ketua Menteri Pulau Pinang pula mempersoal tindakan polis kerana dilihat tidak membuat sekatan serius ke atas demonstrasi liar berkenaan.

“Macam mana 200 Mat Rempit berani mencabar sebuah kerajaan negeri kalau tidak mendapat sokongan pihak tertentu…Mat Rempit boleh bersuka ria, seolah-olah dibenarkan oleh polis mengadakan perhimpunan (liar) dari Komtar ke Dewan Undangan Negeri (Pulau Pinang),” ujarnya.

Katanya, orang Melayu Pulau Pinang sendiri tidak menyukai sikap merempit di kalangan golongan muda Melayu kerana mengganggu ketenteraman awam. – Baghalkini.com

Wednesday, October 26, 2011

Pengorbanan Presiden Gerakan Masih Menjadi Tanda Tanya??!!

Bagaimana bentuk pengorbanan yang akan diambil oleh Koh untuk memenangi balik kerusi Gerakan!!??  Gerakan yang sebelum ini digeruni oleh DAP telah hilang taring apabila DAP memenangi PRU-12 dan membina kubu kuat di Pulau Pinang!??  

Apakah langkah yang akan diambil oleh Gerakan??  Adakah akan bertanding di luar kawasan asal iaitu di Sabah atau kembali bermaharajalela di Penang untuk mengusir lanun DAP???!!! 
Keputusan Tsu Koon Terus Jadi Teka-teki 
 
Oleh Alan Ting
 
25 Oktober, 2011 11:20 AM
 
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kenyataan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bahawa beliau sanggup "berkorban" untuk parti disambut dengan pelbagaitafsiran oleh pelbagai pihak, termasuk dalam kalangan anggota parti itu sendiri.

Walaupun ramai yang menyambut baik janji beliau itu, tetapi tidak kurang juga yang berpendapat bahawa kata-kata Koh bahawa beliau sedia berkorban selepas menimbang semua pilihan yang ada, masih diselubungi teka-teki dan belum dapat dilihat buktinya.

Ada yang berpendapat bahawa perkataan "berkorban" itu membawa maksud Koh tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, manakala ada pula yang membuat tafsiran bahawa beliau akan bertanding, tetapi di kerusi yang paling mencabar.

Sekiranya bekas Ketua Menteri Pulau Pinang ini mengambil keputusan untuk tidak bertanding, adakah ini bermakna beliau mengaku bertanggungjawab bagi prestasi buruk Gerakan pada Pilihan Raya Umum 2008 dan menerima hakikat bahawa beliaulah yang menjadi puncanya kerana dilihat sebagai pemimpin yang lemah?

Ramai berpendapat bahawa kekalahannya di tangan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P. Ramasamy bagi kerusi Parlimen Batu Kawan dan pencapaian buruk Gerakan pada pilihan raya umum lepas patut menimbulkan kesedaran di hati Koh untuk tidak lagi bertanding sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Tetapi, adakah Koh, yang kelihatan tidak kisah dengan semua itu, sanggup berundur daripada gelanggang politik sebagai seorang yang lari daripada medan perjuangan, sedangkan beliau telah berkhidmat dengan cemerlang sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selama 18 tahun dan sebagai anggota Kabinet selama tiga tahun?

Penganalisis politik dan anggota Gerakan berkata sekiranya beliau benar-benar tidak gentar untuk berkorban, Koh patut bertanding di kerusi paling mencabar dengan menentang gergasi Pembangkang yang mengikut perkiraan biasa, tidak mungkin boleh dimenangi calon Barisan Nasional (BN).

Kata mereka, sekiranya beliau bertanding dan kalah, ia adalah perkara biasa kerana kerusi berkenaan sudah dikira menjadi milik Pembangkang, tetapi sekiranya beliau menang, ia akan menjadi peniup semangat yang begitu penting untuk anggota Gerakan dan BN.

Kebanyakan anggota parti itu berharap Dr Koh tidak gentar untuk bertadning menentang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di kerusi parlimen Bagan pada pilihan raya umum akan datang.

"Biar Guan Eng tidak senang duduk di Pulau Pinang apabila Koh bertanding menentangnya. Berikutan sokongan yang semakin meningkat terhadap BN di Pulau Pinang sekarang, Koh mampu memberi tentangan hebat. Sama ada beliau menang atau kalah, bukan perkara utama," kata seorang anggota Gerakan.

Tetapi, adakah Koh benar-benar menjiwai erti sebenar "pengorbanan" sekiranya sebagai presiden parti, beliau dengan mudah boleh memperuntukkan kepadanya kerusi yang selamat di luar Pulau Pinang?

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia Dr Sivamurugan Pandian berkata terdapat banyak contoh pengorbanan yang dilakukan pemimpin politik, seperti pengorbanan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam Projek Tanjong 1 dan Tanjong 2 hingga beliau akhirnya berjaya mengalahkan Lim Chong Eu pada Pilihan Raya Umum 1990.

"Percaturan serupa turut dilakukan anaknya Guan Eng pada Pilihan Raya Umum 2008, yang membawa kepada penguasaan Pembangkang di Pulau Pinang.

"Koh juga boleh mencontohi bekas presiden MCA Tan Sri Lee San Choon, yang menyahut cabaran Lim Kit Siang pada 1980 untuk bertanding di kerusi Parlimen Seremban," katanya.

Pada pilihan raya umum 1982, Lee menyahut cabaran Kit Siang supaya menentangnya di kawasan majoriti Cina dengan memilih Seremban, yang merupakan kubu kuat DAP di bawah pimpinan Dr Chen Man Hin.

Bagaimanapun, Kit Siang pula melepaskan cabarannya dan meminta Dr Chen mempertahankan kawasan itu, yang akhirnya dimenangi Lee dengan majoriti 845 undi.

Penganalisis politik Datuk Cheah See Kian pula berkata beliau yakin Koh akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana ia merupakan langkah paling logik baginya sebagai presiden parti.

"Jika dilihat pada Pilihan Raya Umum 2008, Guan Eng tidak berani berdepan dengan Gerakan kerana mereka tahu parti itu lebih kuat daripada MCA. Beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Air Putih dan kerusi Parlimen Bagan.

"Kedua-dua kerusi itu ditandingi oleh MCA. Oleh itu, saya percaya Koh akhirnya akan memilih Tanjong, kerusi yang beliau menangi pada Pilihan Raya Umum 1982," kata Cheah.

Bagaimanapun, ada juga pihak yang berpendapat Koh kini tidak lagi memiliki "faktor "wow" dan sebarang kelebihan sekiranya beliau mengambil keputusan untuk menentang Guan Eng.

Mereka berkata sekiranya Koh ingin bertanding lagi, beliau perlu menilai dirinya sama ada termasuk dalam kelompok calon yang boleh menang seperti yang ditegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pilihan raya umum akan datang amat penting dan setiap kerusi begitu berharga sekali.

Bagaimanapun, banyak pihak masih ragu-ragu Koh akan membuat pengorbanan seperti yang fahami kebanyakan orang kerana ia merupakan keputusan yang paling sukar untuk beliau ambil dalam kerjaya politiknya memandangkan penggal pertama pelantikan beliau sebagai senator akan berakhir pada 9 April 2012.

Ada pihak bertanya sanggupkah beliau melepaskan segala-galanya apabila mengambil keputusan untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang?

Timbalan presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata setakat ini pilihan yang ada dalam rangka pengorbanan yang boleh dilakukan oleh Koh belum muktamad dan ia akan terserlah dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Persoalan yang timbul ialah adakah mesyuarat Jawatankuasa Pusat Gerakan (CC) pada pertengahan bulan depan akan menentukan langkah seterusnya yang patut diambil oleh Koh untuk meringankan beban beliau dalam membuat pilihan?

Atau adakah Koh akan mencari sendiri laluan yang perlu beliau tempuhi?

-- BERNAMA

Sunday, October 23, 2011

Guan Eng - Ketua Menteri Pulau Pinang Yang Gagal!!???

Isu 3R DAP masih belum selesai, tetapi Guan Eng sudah dikecam hebat.  Baru-baru ini, 6 NGO sudah berhimpun di KOMTAR mengecam corak pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang.  Lim Guan Eng yang datang dari Melaka memang gagal menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang memandangkan beliau bukan anak jati Pulau Pinang??!!  Ini merupakan penyebab utama corak pentadbiran beliau gagal diterima di Pulau Pinang!!??


Ke mana pula perginya DAP Pulau Pinang?  Tidak adakah antara mereka yang layak menjadi Ketua Menteri sehinggakan terpaksa mengimport orang Melaka sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang?  Sememangnya Guan Eng sepatutnya meletak jawatan di atas kegagalan dia menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang melibatkan isu skandal seks anak beliau yang dikhabarkan oleh roketkini??!!  Semoga rakyat sedar tentang kegagalan DAP sebagai Ketua Menteri Import!!???
Enam NGO membantah corak pentadbiran Guan Eng

Posted on October 22, 2011, Saturday

GEORGE TOWN: Seramai 200 orang daripada enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam menganjurkan perhimpunan secara aman di Komtar di sini bagi membantah dasar-dasar kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Mereka berkumpul di pintu masuk utama Komtar sambil membawa sepanduk serta meniupkan wisel dan membunyikan hon angin selama 15 minit sebelum bersurai.

Mereka terdiri anggota Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Persatuan Kebajikan Insan Mulia, Persatuan Kemajuan Insan Malaysia (KESAN), Persatuan Peniaga Negeri Pulau Pinang dan Badan Bertindak Peniaga India Muslim.

Jurucakap kumpulan itu, Mohamad Ridzuad Mohamad Azudin, berkata tujuan perhimpunan itu adalah bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap dasar kerajaan negeri berhubung pengharaman permainan air di Batu Feringghi dan dasar pengambilan tanah yang dianggap menindas rakyat.

Mereka turut membakar risalah terbitan kerajaan negeri bertajuk 30 Dasar Kerajaan Berjiwa Rakyat. — Bernama

Monday, October 17, 2011

Kalau Nenek Kencing Berdiri Cucu Kencing Berlari!!???

Kalau tak buat hal kenapa nak pindah sekolah?  Kalau pengawas sebab dipilih tidak apa juga? Ini sebab pengawas dipaksabagijawatan!??  Memang tidak hairan perangai pelik-pelik ini berlaku dalam Pakatan Haprak... Sokonglah mereka ini untuk kehancuran moral!!!???
Dakwaan anak VVIP ramas buah dada, Lim enggan ulas


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng enggan mengulas laporan dalam blog pro-Umno yang mendakwa anak lelaki seorang kenamaan di negeri itu mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanitanya.

Sebaliknya, Lim yang juga setiausaha agung DAP mencabar Umno supaya menerbitkan dakwaan itu di akhbar-akhbar dan media milik mereka.

"Biarkan Umno menerbitkan berita itu dulu, kemudian anda boleh saksikan apa yang akan kami buat.


"Apa yang berlaku sekarang, mereka baling batu, sembunyi tangan. Mengapa harus saya menjawab mereka setiap kali?” soalnya pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Menurut Lim, beliua mempunyai tugas lain yang lebih mendesak bagi menguruskan kerajaan negeri daripada menjawap tohmahan seumpama itu.

Awla hari ini, isteri Lim, Betty Chew, juga enggan mengulas dan hanya berkata, "Tolong kemukakan soalan kepada KM".

Media di Pulau Pinang hari ini kecoh apabila blog pro-Umno mendakwa anak pemimpin tinggi politik mencabul kehormatan budak sekolah dan bagi menutup perbuatan itu, bayaran RM200,000 didakwa disogok kepada ibu bapa budak perempuan itu supaya tidak menghebohkannya.

Pindahkan anak

“Dek tidak dapat menanggung malu, bapa VVIP itu telah memindahkan anak beliau ke sekolah lain. Dan perkara ini hanya diketahui oleh mereka yang terlibat sahaja dan juga pegawai-pegawai penting VVIP tersebut!

“Siapalah VVIP negeri Pulau Pinang yang ada ilmu kira-kira dan matematik hingga dapat mengira RM100,000 untuk 1 buah dada yang diramas oleh anak lelaki beliau?” tulis blogger dengan nama Dr MiM di novandri.blogspot.

Berikutan pendedahan itu, blog pro-Umno terus membuat spekulasi bahawa identi orang kenamaan yang dimaksudkan itu adalah Lim.

Anak lelaki ketua menteri itu yang berusia 16 tahun itu didakwa baru-baru ini dipindahkan dari sekolah Cina Heng Ee ke Sekolah St Xavier’s Institution baru-baru ini keraja masalah disiplin.

Bagaimanapun pihak sekolah telah menafikan dakwaan berkenaan.

Sumber dari sekolah Heng Ee mengesahkan anak Lim memang dipindahkan ke sekolah lain dan proses dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Beliau menafikan dakwaan pemindahan ke St Xavier’s Institution adalah kerana masalah disiplin seperti yang didakwa itu.

“Dia adalah seorang pengawas di sekolah dan mempunyai prestasi yang agak baik dalam bidang akademik. Kami tidak mahu dia meninggalkan sekolah ini.

"Malah ibu bapanya juga tidak mahu dia meninggalkan sekolah ini tetapi dia memilih untuk belajar di sekolah lain,” kata sumber yang tidak mahu identitinya didedahkan.

Malaysia Tipu Kini

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More