Showing posts with label Abdul Taib Mahmud. Show all posts
Showing posts with label Abdul Taib Mahmud. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Dodgy Globalwitness Kena Tipu Kaw Kaw!

Globalwitness yang menyamar untuk melabur dalam SCORE terlebih dahulu telah diketahui dan dikesan oleh agensi kerajaan.  
Apabila mereka bertemu dengan sebahagian daripada people of subtance di Sarawak, alangkah terkejutnya mendengar pendedahan daripada keluarga Ketua Menteri.  Sebenarnya ejen Globalwitness tidak tahu bahawa dia telah di'enjen' atau kena 'goreng baik' oleh anak mantan Ketua Menteri Sarawak yang sudah dimaklumkan terlebih dahulu mengenai kedatangan ejen itu.

Sememangnya ejen globalwitness mendapat story of his life time.  Pucuk dicita ulam mendatang.  Berbekalkan video temuramah yang tersembunyi maka ejen Globalwitness ini pun kembali ke London tetapi tidak membeli atau melabur walau satu sen pun di Sarawak.

Perwatakan ejen ini yang 'dodgy' sudah cukup untuk membuktikan bahawa dia bukan pelabur yang serius.  Ilmu yang cetek mengenai Sarawak dan Malaysia membuatkan dia lebih senang dienjen lagi sehingga dia percaya tentang RPGT! 

Semestinya Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarga beliau yang rapat sedar tentang plot pihak pembangkang untuk mengenakan beliau!   Kenapa mereka sedar?  Mereka adalah kerajaan sekarang dan setiap pergerakan keluar masuk imigresen sememangya dipantau oleh Pejabat Ketua Menteri!

Janganlah mereka lupa bahawa terdapat penafian tentang penglibatan pada akhir video tersebut! 

Saturday, August 18, 2012

DAP sokong Alfred Jabu sebagai calon Ketua Menteri Sarawak?


DAP yamg mengaku mereka dapat menjalankan tugas pemilihan Ketua Menteri dengan baik adalah tipu lagi!

Pulau Pinang menyaksikan bukan anak tempatan telah dinaikkan oleh DAP Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri iaitu Lim Guan Eng yang memang datang dari Melaka!

Adakah tiada calon yang layak daripada DAP Pulau Pinang sehingga
mereka akur dengan keputusan DAP untuk meletakkan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang!!!

DAP tak terkejut pengumuman Alfred Jabu calon sesuai KM

Berita Harian Online 18 Ogos 2012 - 07:20:13 AM



SIBU: Tindakan bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Yaacub secara tiba-tiba mengumumkan nama Tan Sri Alfred Jabu Numpang, sebagai calon sesuai menggantikan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, tidak mengejutkan DAP.

Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, berkata pihaknya menganggap pengumuman itu lebih kepada usaha memancing undi pengundi Bumiputera terutama di kalangan masyarakat Dayak di kawasan Parlimen Sibu.

Katanya, tindakan itu jelas menunjukkan Taib tidak mempunyai sebarang rancangan peralihan dengan pihak ketiga terpaksa campur tangan dengan mencadangkan Jabu yang juga Timbalan Ketua Menteri menjadi Ketua Menteri.

"Jika Ketua Menteri sendiri tidak boleh memilih penggantinya, maka kami boleh memilihnya dan ia tidak menjadi masalah kerana DAP mempunyai ramai calon berkelayakan. Situasi seperti ini sudah berlaku di Pulau Pinang dan kita berjaya melakukannya," katanya ketika ditemui selepas melawat rumah panjang di kawasan Pasai di sini, kelmarin.

Saturday, February 25, 2012

Senarai Ahli Parlimen Sarawak Lengkap?!!!

Apabila TPM telah turun ke Sarawak adakah ini bermaksud senarai ahli parlimen BN Sarawak sudah lengkap? Sebelum ini terdapat ura-ura dan khabar angin yang menyatakan sebanyak 10% kerusi akan dilepaskan kepada orang muda!!!??  Umpama peribahasa patah tumbuh hilang berganti!!??  Adakah ini bermaksud jentera BN Sarawak sudah bersedia untuk mempertahan atau mengembalikan kegemilangan BN Sarawak?!!!  

Hubungan Baik Kerajaan BN Pusat, BN Sarawak Perlu Dikekalkan - Muhyiddin 
BINTULU, 24 Feb (Bernama) -- Kerjasama baik kerajaan Barisan Nasional (BN) Persekutuan dengan kerajaan BN Sarawak, yang diterajui Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menyaksikan negeri ini muncul sebagai antara yang pesat membangun di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kewujudan kerjasama erat itu membolehkan kerajaan menyusun strategi dengan lebih mudah untuk membangunkan Sarawak, termasuk projek berasaskan gas dan minyak di kawasan Bintulu.

Muhyiddin berkata Sarawak kini berperanan penting dalam menentukan rancangan pembangunan ekonomi negara tercapai, sekaligus membantu Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020.

"Hubungan baik ini perlu dikekalkan demi kesinambungan pembangunan ekonomi yang ternyata banyak memberikan faedah kepada rakyat di negeri ini," katanya ketika berucap pada majlis jamuan malam bersama rakyat di Dewan Suarah Bintulu.

Beliau berkata kerajaan Persekutuan akan memastikan tidak ada kawasan atau rakyat di Sarawak yang terpinggir dalam arus perdana pembangunan ekonomi negara.

Katanya, ini selaras dengan wawasan kerajaan melalui program transformasi pembangunan negara yang menekankan penglibatan rakyat dalam semua aspek, termasuk peluang ekonomi.

Muhyiddin berkata walaupun negara maju, termasuk Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah seperti Greece, Portugal, Sepanyol dan Itali, dilanda masalah ekonomi yang teruk sejak kebelakangan ini, Malaysia masih berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi memberangsangkan iaitu sekitar 5.1 peratus pada tahun lepas.

Beliau yakin pelaburan domestik akan menyumbang ke arah memacu ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi, terutama dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Saturday, November 26, 2011

BNBBC Akan Aktifkan Penggunaan Media Siber

Saya sentiasa tertanya-tanya apa kaitan kelab penyokong BN dan pilihan raya? Memang kedua-duanya berunsur politik atau cuma untuk berparti?!!  Namun sekarang sudah jelas bahawa dibawah Pengerusinya yang baru mungkin lebih banyak maklumat mengenai Barisan Nasional akan disebarkan kepada penyokong mereka?  
Adakah ini bermaksud lebih banyak sukarelawan akan diberikan kemudahan internet?  Sebelum ini kemudahan wifi percuma begitu banyak terdapat di sekitar Bandaraya Kuching tapi kini tiada lagi wifi cuma broadband berbayar sahaja yang ada!??  Adakah BNBBC akan memastikan penggunaan wifi percuma di sekitar bandaraya utama di seluruh Sarawak??

Wifi percuma Satok Lestari pun sudah tiada?!!  Adakah disebabkan untuk memberi laluan kepada Wifi percuma BNBBC? 
BNBBC guna Internet untuk sebar maklumat

by Jessica Jawing. Posted on November 25, 2011, Friday


MENJAMU SELERA: Taib serta isteri, Ragad bersama-sama memilih makanan sendiri yang dihidangkan secara bufet dalam majlis berkenaan malam kelmarin. — Gambar Chimon Upon

Jangan abai peranan teknologi sebar informasi melalui media elektronik, rangkaian sosial

KUCHING: Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak menjadikan kemudahan Internet sebagai pendekatan dalam menyebarkan maklumat mereka.

Pengerusinya yang baharu dilantik, Abdullah Saidol berkata ahli-ahli BNBBC tidak boleh mengabaikan peranan signifikan teknologi terkini dalam menyebarkan informasi melalui pelbagai bentuk media elektronik atau rangkaian sosial.

“Menerusi pengurusan teratur dan struktur yang elok, kita seharusnya dapat gunakan Internet sebagai satu lagi senjata propaganda.

“Terutama untuk menangkis atau menguruskan usaha pembangkang yang sentiasa cuai dan tidak cermat dalam analisis mereka terhadap perancangan dan tindakan kita,” katanya berucap pada Majlis Malam Mesra BNBBC di sini, malam kelmarin.

Majlis yang diadakan itu merupakan tradisi sebagai meraikan tamatnya Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dihadiri Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop menambah, kadangkala menjelang pilihan raya pembangkang khasnya menjadi lebih brutal sehingga tidak percaya bahawa mereka juga adalah rakyat Sarawak.

“Mereka ini bersedia untuk membakar apa sahaja demi satu perjuangan, yang saya percaya mereka sendiri masih belum jelas mengenai perjuangan itu,” tegasnya.

Beliau dalam pada itu memberi jaminan, sebagai penge-rusi yang baharu beliau akan memastikan pasukannya lebih kreatif dan inovatif dalam politik.

Katanya, mereka akan lebih sensitif terhadap perubahan suasana politik selain harapan dan tuntutan daripada rakyat yang semakin meningkat.

Sementara itu bekas Pengerusi BNBBC Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sepanjang mengetuai kelab itu iaitu dari 2004 hingga 2011, banyak fasa manis dan pahit yang dilalui.

Katanya, selain menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di dalam DUN, ahli-ahli kelab juga perlu bertembung dengan kerenah pembangkang.

“Namun apa yang menariknya menganggotai kelab ini, ia mampu merapatkan hubungan ADUN bukan sahaja di Sarawak tetapi seluruh Malaysia, yang juga terdiri daripada ahli-ahli BNBBC setiap negeri,” tegasnya.

Abdul Karim berharap dengan tampuk kempimpinan baru itu nanti, kelab penyokong berkenaan dapat meneruskan segala tanggungjawab dan perancangan yang telah diatur sebelum ini.

Majlis yang bertemakan ‘Old School and Pop Yeh Yeh’ dimeriahkan dengan persembahan nyanyian serta makan malam secara bufet.

Thursday, November 24, 2011

ADUN DAP Dah Kecut Telur Dalam DUN Sarawak!!???

Setiausaha DAP Sarawak telah diberi amaran agar tidak mengulangi tuduhan liarnya ke atas penganugerahan projek kerajaan oleh Ketua Menteri!!??  Dia telah menyampuk ketika Pehin Sri sedang memberi ucapan penggulungan untuk sesi penutupan persidangan DUN Sarawak semalam!!!??  Pehin Sri juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Chong!!??

Dalam persidangan yang sama juga menyelar tuduhan DAP Wong Ho Leng yang menyatakan lebih 100 000 orang Dayak sedang bekerja di Semenanjung!!??  Mungkin menetap di Semenanjung dan berulang-alik ke Singapura yang menjanjikan peluang pekerjaan yang lumayan!!?? 

Mungkin angka ini benar kalau di Johor memandangkan begitu banyak orang Dayak diterima bekerja di kilang-kilang berteknologi tinggi di Singapura.  Bukan orang Dayak sahaja malah orang Melayu Sarawak pun banyak diberi latihan dan kepercayaan untuk mengendalikan jentera berat di sana.  Di dalam industri carigali, juga terdapat ramai orang Sarawak bekerja sehingga ke Jakarta dan ke Arab Saudi untuk mengejar peluang pekerjaan dan gaji bebas cukai serta taraf hidup yang lebih tinggi!!??  Tidak kurang juga jururawat dari hospital swasta yang di ambil bekerja di negara Timur Tengah yang menyediakan gaji yang lebih lumayan dengan pengalaman lebih dari 3 tahun dalam industri perubatan dan kesihatan.  

Doktor Pakar Psikologi Kanak-kanak juga berasal dari Sarawak yang kini berulang-alik dari Perth dan Oxford!!??  Semoga kerajaan negeri akan lebih membuka mata untuk menyediakan kemudahan prasarana yang baik di samping industri berteknologi tinggi yang dibangunkan.  

Manusia perlu bekerja dan berhibur!!??  Sekiranya ruang untuk bekerja sudah diwujudkan bagaimana pula dengan ruang untuk berhibur dan bersantai setelah penat bekerja???  Apakah rangsangan dan pakej kerajaan untuk menggalakkan tenaga mahir di Sarawak meneruskan kegiatan dan kemahiran mereka dalam industri berteknologi tinggi atau berubah kepada industri ekonomi dan dagangan?!!

Taib cabar Chong ulangi tuduhan liarnya di luar DUN

Posted on November 24, 2011, Thursday


KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mencabar Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) agar mengulangi tuduhan liar yang dituturkannya ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Jika Chong yang juga setiausaha DAP Sarawak mengulanginya, kata Taib dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Chong ketika mencelah Taib semasa menggulung hujah dalam Dewan, mendakwa projek-projek besar kerajaan hanya diberikan kepada syarikat berkaitan dengan Ketua Menteri dan keluarganya.

Taib yang berang dengan tuduhan itu turut menyifatkan Chong berselindung di sebalik keistimewaan Dewan.

“Jika anda mahu ulangi menerusi akhbar, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap anda. Jangan gunakan keistimewaan Dewan ini untuk membuat tuduhan palsu,” katanya.

Beliau turut menyifatkan Chong tidak faham prinsip ekonomi.

“Anda seharusnya mengkaji sistem itu dengan baik. Saya tidak mempunyai kaitan dengannya (pemberian projek besar) dan prosedur tadbir urus yang sewajarnya telahpun dipatuhi,” katanya.

Sementara itu, Taib turut menempelak Wong Ho Leng (DAP-Bukit Assek) atas dakwaan seramai 100,000 Dayak keluar dari negeri ini untuk bekerja di Semenanjung Malaysia.

Menurutnya, angka itu tidak logik kerana melibatkan jumlah tenaga pekerja yang amat besar iaitu seramai 250,000 termasuk keluarga mereka.

Jelasnya, mustahil perkara serius itu dapat berlaku tanpa disedari dan terlepas pandang oleh kerajaan.

Bagaimanapun sekiranya benar, beliau mahu Wong membuktikan kesahihan angka itu pada Persidangan DUN seterusnya.

“Tidak masuk akal. Tidak mungkin angka migrasi keluar Sarawak sebanyak itu. Itu hanya imaginasi anda. Jangan membuat kenyataan yang tidak berasas,” katanya.

Taib Mahmud Gertak Chieng Jen!!!

Menurut UnreportedNews, KM Sarawak telah menggertak Chieng yang cuba mencelah ketika beliau sedang menggulung ucapan KM sempena berakhirnya persidangan DUN ke-17 tadi.  
KM memberi amaran terakhir mengenai serangan peribadi ke atas dirinya yang sering dibuat oleh Chieng Jen setiap kali selepas perbincangan DUN selesai kepada para pemberita.  Chieng Jen memfitnah KM mengenai salah guna kuasa!!???  KM akan menyaman Chieng Jen tanpa berfikir dua kali kerana itulah permainan kotor politik pembangkang untuk memusnahkan beliau dengan fitnah yang tiada berasas dan bukti yang sahih!!??  

Chieng Jen begitu gentar sehingga tidak mampu bersuara dan terus balik sebaik sahaja DUN berakhir!!??  Padan muka kepada DUN Biadap yang tidak mampu menggunakan pakaian rasmi!!??  Dahla kurang ajar dan mencelah apabila KM berucap ada hati pula untuk melemparkan tuduhan palsu!??

DAP mungkin tidak sedar lama-kelamaan orang seperti KM sekiranya terlalu dituduh akan mengakibatkan overkill!!??  Rakyat bukannya bodoh untuk mempercayai DAP sebegitu sahaja!??  Jasa KM begitu banyak ke atas pembangunan Sarawak dari segi ekonomi dan infrastruktur asas!!???  Sudahlah DAP, baik jadi wakil rakyat berhemah daripada menabur fitnah barulah dapat sokongan kaum lain!!???

Tuesday, October 18, 2011

Pucuk Kepimpinan SPDP Perlu Belajar Menyesuaikan Diri - Taib

Memalukan betul isu dalaman dibesar-besarkan.  Semua yang terlibat berpangkat dan berpengaruh namun tidak ada disiplin di dalam parti!!??  Sampai bilakah SPDP akan bertahan dengan karenah pemimpin mereka??
Taib menyifatkan pergolakan SPDP ‘perbezaan pendapat pucuk kepimpinan’
Posted on October 18, 2011, Tuesday
  
KUCHING: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan pergolakan dalam Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) sebagai ‘perbezaan pendapat pucuk kepimpinan’.

Taib yang juga Ketua Menteri berkata, SPDP bagaimanapun merupakan sebuah parti yang sangat bersatu padu khususnya di peringkat akar umbi.

“Ia bukan sebuah krisis, tetapi sekadar perbezaan pendapat di peringkat pucuk kepimpinan.

“Mereka tidak mempunyai banyak perbezaan (pendapat) di peringkat akar umbi… tetapi di peringkat kepimpinan itu kadang-kadang terdapat persaingan, jadi mereka perlu belajar menyesuaikan diri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri di sini, semalam.

Masalah dalam SPDP bermula apabila Kumpulan Berlima mengisytiharkan mereka hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap presiden parti, Tan Sri William Mawan Ikom.

Kumpulan berlima itu dianggotai oleh Naib Presiden Kanan SPDP Datuk Peter Nansian Ngusie, Naib Presiden Datuk Sylvester Entri Muran, Naib Presiden Datuk Dr Tiki Lafe, Ketua Penerangan SPDP Paulus Palu Gumbang dan Ahli Majlis Tertinggi Rosey Yunus.

Menurut Nansian, ketegangan dalam parti bermula apabila Mawan gagal mengotakan janji untuk mengekalkan barisan sedia ada semasa pemilihan parti pada 23 Januari lepas.

Bara kemarahan kumpulan itu mula memuncak apabila Jawatankuasa Disiplin mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Entri dan menyifatkan Mawan gagal menguruskan krisis dalam parti dengan baik.

Katanya, Mawan perlu membentuk Jawatankuasa Penyesuaian atau Perpaduan sekiranya presiden serius mahu menyelesaikan konflik semasa dalam parti

Pembahagian Kerusi Parlimen Sarawak Tidak Berubah - Taib

Pengerusi BN Sarawak membayangkan tiada perubahan besar dalam pembahagian kerusi parlimen.  Mungkin akan diturunkan muka baru?  Sebelum ini semasa PRN Ke - 10 hanya 10% muka baru yang diturunkan.  Adakah formula yang sama akan berlaku menjelang PRU-13?

Bagaimana halnya dengan sokongan terhadap Parti Bersatu Rakyat Sarawak?  Adakah mereka akan dikekalkan atau diturunkan muka baru?
Taib bayangkan pembahagian kerusi Parlimen Sarawak kekal pada PRU
Posted on October 18, 2011, Tuesday

 

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membayangkan pembahagian kerusi Parlimen di Sarawak akan dikekalkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri semalam, Taib yang juga pe-ngerusi Barisan Nasional (BN) Negeri memberitahu, Sarawak tidak terjejas dengan proses penyelarasan formula pembahagian kerusi pilihan raya yang diguna pakai sekarang.

“Saya rasa kita tidak mempunyai banyak perubahan di Sarawak dari segi peruntukan kerusi.

“Apa yang dirujuk oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) itu mungkin atas cadangan beberapa parti dalam BN untuk bertukar kerusi, demi menghasilkan keputusan (pilihan raya) lebih baik.

“Jadi, mereka ada mengkajinya sementara kita (BN Negeri) tidak pernah mengkaji apa-apa kerana tidak menjejaskan kita,” katanya.

Jelasnya, proses itu berkemungkinan hanya akan dijalankan di Semenanjung Malaysia sahaja berdasarkan cadangan beberapa parti komponen BN di sana.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Sarawak akan turut menjalani proses penyelarasan kepada formula pembahagian kerusi pilihan raya.

BN Negeri dibahagikan kepada empat komponen dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu diperuntukkan 14 kerusi parlimen, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (tujuh), Parti Rakyat Sarawak (lima) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (empat).

Laporan akhbar semalam menyiarkan Najib yang juga pengerusi BN Pusat memberitahu, penyelarasan itu perlu bagi menyesuaikan dengan keadaan setempat sama ada telah berlaku perubahan politik dinamik.

“Formula pembahagian kerusi dibuat pada 2004 dan dipakai pada 2008. PRU ini kita kena tengok sama ada berlaku perubahan politik dinamik yang menyebabkan kita perlu penyelarasan.

“Kita akan runding dengan pemimpin-pemimpin parti BN untuk mencari formula terbaik pembahagian kerusi,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Najib menambah: “Kita tidak akan rombak segala-galanya, tapi buat pelarasan pada tempat-tempat yang kita rasa perlu.”

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More