Setiausaha DAP Sarawak telah diberi amaran agar tidak mengulangi tuduhan liarnya ke atas penganugerahan projek kerajaan oleh Ketua Menteri!!?? Dia telah menyampuk ketika Pehin Sri sedang memberi ucapan penggulungan untuk sesi penutupan persidangan DUN Sarawak semalam!!!?? Pehin Sri juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Chong!!??
Dalam persidangan yang sama juga menyelar tuduhan DAP Wong Ho Leng yang menyatakan lebih 100 000 orang Dayak sedang bekerja di Semenanjung!!?? Mungkin menetap di Semenanjung dan berulang-alik ke Singapura yang menjanjikan peluang pekerjaan yang lumayan!!??
Mungkin angka ini benar kalau di Johor memandangkan begitu banyak orang Dayak diterima bekerja di kilang-kilang berteknologi tinggi di Singapura. Bukan orang Dayak sahaja malah orang Melayu Sarawak pun banyak diberi latihan dan kepercayaan untuk mengendalikan jentera berat di sana. Di dalam industri carigali, juga terdapat ramai orang Sarawak bekerja sehingga ke Jakarta dan ke Arab Saudi untuk mengejar peluang pekerjaan dan gaji bebas cukai serta taraf hidup yang lebih tinggi!!?? Tidak kurang juga jururawat dari hospital swasta yang di ambil bekerja di negara Timur Tengah yang menyediakan gaji yang lebih lumayan dengan pengalaman lebih dari 3 tahun dalam industri perubatan dan kesihatan.
Doktor Pakar Psikologi Kanak-kanak juga berasal dari Sarawak yang kini berulang-alik dari Perth dan Oxford!!?? Semoga kerajaan negeri akan lebih membuka mata untuk menyediakan kemudahan prasarana yang baik di samping industri berteknologi tinggi yang dibangunkan.
Manusia perlu bekerja dan berhibur!!?? Sekiranya ruang untuk bekerja sudah diwujudkan bagaimana pula dengan ruang untuk berhibur dan bersantai setelah penat bekerja??? Apakah rangsangan dan pakej kerajaan untuk menggalakkan tenaga mahir di Sarawak meneruskan kegiatan dan kemahiran mereka dalam industri berteknologi tinggi atau berubah kepada industri ekonomi dan dagangan?!!
Taib cabar Chong ulangi tuduhan liarnya di luar DUN
Posted on November 24, 2011, Thursday
KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mencabar Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) agar mengulangi tuduhan liar yang dituturkannya ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.
Jika Chong yang juga setiausaha DAP Sarawak mengulanginya, kata Taib dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.
Chong ketika mencelah Taib semasa menggulung hujah dalam Dewan, mendakwa projek-projek besar kerajaan hanya diberikan kepada syarikat berkaitan dengan Ketua Menteri dan keluarganya.
Taib yang berang dengan tuduhan itu turut menyifatkan Chong berselindung di sebalik keistimewaan Dewan.
“Jika anda mahu ulangi menerusi akhbar, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap anda. Jangan gunakan keistimewaan Dewan ini untuk membuat tuduhan palsu,” katanya.
Beliau turut menyifatkan Chong tidak faham prinsip ekonomi.
“Anda seharusnya mengkaji sistem itu dengan baik. Saya tidak mempunyai kaitan dengannya (pemberian projek besar) dan prosedur tadbir urus yang sewajarnya telahpun dipatuhi,” katanya.
Sementara itu, Taib turut menempelak Wong Ho Leng (DAP-Bukit Assek) atas dakwaan seramai 100,000 Dayak keluar dari negeri ini untuk bekerja di Semenanjung Malaysia.
Menurutnya, angka itu tidak logik kerana melibatkan jumlah tenaga pekerja yang amat besar iaitu seramai 250,000 termasuk keluarga mereka.
Jelasnya, mustahil perkara serius itu dapat berlaku tanpa disedari dan terlepas pandang oleh kerajaan.
Bagaimanapun sekiranya benar, beliau mahu Wong membuktikan kesahihan angka itu pada Persidangan DUN seterusnya.
“Tidak masuk akal. Tidak mungkin angka migrasi keluar Sarawak sebanyak itu. Itu hanya imaginasi anda. Jangan membuat kenyataan yang tidak berasas,” katanya.
0 comments:
Post a Comment