Showing posts with label CHOGM 2012. Show all posts
Showing posts with label CHOGM 2012. Show all posts

Thursday, November 3, 2011

David Jones Menjadi Sebutan Di Malaysia Selepas CHOGM 2012!!!??

Menabur fitnah memang perbuatan yang keji di sisi mana-mana agama terutama sekali Islam.  Ini berikutan daripada fitnah daripada blog yang memetik akhbar luar negara yang penuh kontroversi dari Perth!!?  Kali ini PM dan FL telah difitnah dengan berbelanja ribuan ringgit!!??  Tidak salah kalau berbelanja dan menceritakan perbelanjaan tetapi biarlah dengan fakta yang kukuh dan sahih!??  

Gara-gara nak jual suratkhabar terus menabur fitnah sehingga anak PM pun dikaitkan sekali!!!  Syabas kepada David Jones yang mendapat publisiti percuma!!??  Tahap spin media di Australia memamg lagi rancak memandangkan mereka perlukan publisiti kerana ramai rakyat Malysia yang menuntut di Perth!!??  Sekiranya berjaya memberi gambaran anak PM belanja sakan di David Jones nescaya ramai rakyat Malaysia akan mencari gedung bergelar David Jones yang tidak dikenali di mata penduduk di Malaysia!!???

Memang agen pengiklanan David Jones sungguh berkesan kerana sekarang ini semua penyokong pakatan haram tahu akan David Jones dan CHOGM dan Bershit PERTH!!???

Jangan Percaya Atau Sebar Pembohongan - Najib

Khamis November 3, 2011
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa anak perempuannya bukan berada di Australia semasa beliau menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini.

Beliau berkata orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan.

"Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas," kata Najib dalam Twitter terbarunya.

Ulasan beliau adalah berikutan penerbitan satu artikel dalam sebuah akhbar Australia yang mendakwa anak perempuannya membelanjakan A$60,000 di sebuah pusatbeli-belah di Perth, venue perhimpunan CHOGM.

Laporan itu juga menyebut mengenai "seorang wanita pertama diketahui telah membeli mutiara bernilai A$150,000 WA (Barat Australia)". Bagaimanapun, ia tidakmenamakan individu yang menjadi tanda tanya.

Najib dan Rosmah kini sedang mengerjakan ibadat haji di tanah suci.- BERNAMA

Saturday, October 29, 2011

Najib Harumkan Malaysia, Bershit Memalukan Malaysia di Australia!!??

Najib menghadiri CHOGM untuk memastikan nama Malaysia sentiasa harum di muka dunia.  Kutu -kutu Ambiga pula ke sana untuk membuka pekung dirinya dan memalukan Malaysia.  

Siapa kata Bersih tidak bermotifkan politik?  Kenapa si mamat blurr ni bawa pelekat yang tulis macam ini?!!!
Apa kaitan tuntutan bersih dengan isu Lynas?!!!  Chom Lee yang merupakan penganjur Bershit ini gagal untuk memastikan agenda mereka diterima.  Nampaknya Bershit ini syok sendiri siap dengan contengan pipi ala pergi main jadi badut menan!!??
Najib tiba di Perth untuk CHOGM

Posted on October 28, 2011, Friday

KETIBAAN: Najib disambut pegawai Kementerian Luar sejurus tiba di hotel penginapannya bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), Perth, kelmarin. Turut hadir Mustapa Mohamad (kiri) dan Anifah Aman (dua, kiri). — Gambar Bernama

PERTH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di sini Rabu malam bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel(CHOGM) dan mesyuarat berkaitan.

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Salman Ahmad dan isteri Tengku Karina Tuan Yusoff serta Konsul Jeneral Malaysia di Perth Hamidah Ashari.

Turut hadir Menteri Persekutuan untuk Pengajian Tinggi, Kemahiran, Pekerjaan dan Perhubungan Tempat Kerja Senator Christopher Evans serta Menteri negeri untuk Polis, Perkhidmatan Kecemasan dan Keselamatan Jalan Raya Robert Frank Johnson.

Sepanjang berada di sini, Najib dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Australia Julia Gillard dan Presiden Sri Lanka Mahinda Rajapaksa pada Khamis.

Pada hari sama, beliau akan menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Building Infrastructre for the 21st Century’ pada Forum Perniagaan Komanwel serta menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman mengenai ‘penstandardan’ antara Malaysia dan Uganda.

Najib turut dijadual mempengerusikan sesi mengenai Peluang Perniagaan dan Pelaburan di Malaysia serta menyertai Rundingan Meja Bulat Perdana Menteri Australia bersama Ketua-ketua Kerajaan Komanwel dan tokoh perniagaan.

Beliau dijadual sibuk menghadiri mesyuarat dua hala, sesi eksekutif dan rundingan santai manakala Rosmah akan menyertai program untuk isteri-isteri Ketua Kerajaan Komanwel.

Perdana Menteri akan mengadakan majlis barbeku untuk rakyat Malaysia di Perth pada Ahad sebelum kembali ke tanah air.

Najib mengetuai delegasi Malaysia ke CHOGM yang disertai Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Mustapa Mohamed serta pegawai kementerian berkenaan.

CHOGM 2011 bertemakan ‘Membangunkan Ketahanan Nasional, Membina Ketahanan Global’, akan dirasmikan Ratu Elizabeth II, yang juga Ketua Komanwel pada Jumaat. — Bernama

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More