Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

Pembangkang Semakin Lembap Mati Kutu Menjelang PRU13!


Pembangkang kini tonjol diri melalui projek kerajaan



KANGAR: Pembangkang kini menonjolkan diri melalui projek dan program kerajaan dengan mendakwa apa yang dinikmati rakyat adalah hasil perjuangan mereka, kata Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Beliau berkata, langkah terdesak itu bertujuan meraih sokongan pengundi menjelang pilihan raya umum dan beliau berharap rakyat tidak terpengaruh dengannya.
Berucap pada majlis penyampaian bantuan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di Simpang Empat dekat sini malam tadi, beliau berkata, selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membawa pembangunan di Perlis.

Md Isa berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai projek pembangunan serta program bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat secara berterusan.

"Mereka (pembangkang) mengaku bahawa projek yang memberi keuntungan kepada rakyat adalah hasil usaha mereka," katanya.

Sebelum itu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Rosley Mat ketika berucap di majlis itu berkata, pembangkang pernah menolak pembangunan di kawasan bandar Kangar termasuk semasa cadangan memindahkan Pasar Besar Kangar ke Kampung Sena beberapa tahun lalu.

Katanya, mereka mengkritik MPK kerana membuat keputusan memindahkan pasar itu dengan alasan ia menjejaskan rezeki peniaga namun apabila para peniaga meraih pendapatan lebih baik di lokasi baru menyebabkan pembangkang mengubah kenyataan.
“Mereka mula muncul di khalayak ramai dan mengaku bahawa merekalah yang berjuang untuk memindahkan pasar itu bagi meningkatkan pendapatan para peniaga,” katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 151 penduduk bandar menerima bantuan berjumlah RM1.2 juta dengan 84 daripadanya menerima bantuan sewa rumah untuk tempoh setahun, 48 orang menerima bantuan membina dan membaiki rumah dan 19 orang menerima bantuan kiosk perniagaan. - BERNAMA

Macam pernahku dengar dialog demikian. Kalau di Kangar, pembangkang berdolak-dalih menyatakan lokasi baru kurang sesuailah itulah inilah, kalau di Sibuti, hal yang sama turut belaku. PAS akan mengaku merekalah punca utama kerajaan menyediakan bekalan elektrik dan air bersih! Ptuuih! Setakat hendak menjadi lembu punya susu, sapi dapat nama baik tidak payah!

Pembangkang hendaklah menjadi lebih kreatif dan tidak hanya menjadi lanun seperti Kiram! Apabila Sabah sudah maju, tiba-tiba dengki dan mahu menjajah Sabah, walhal sebelum ini memijak kaki ke Sabah pun jarang sekali!

Semoga rakyat memilih parti yang benar-benar berkaliber untuk memimpin mereka. Jangan tersalah pilih nanti terkena kaki botol!

- Posted using BlogPress from my New iPad

Friday, April 13, 2012

3 Nama Pengganti Penyandang Sibuti?!?!!


Menurut akhbar the Star, terdapat angin kencang yang sedang bertiup di Sibuti yang menyatakan bahawa YB Haji Ahmad Lai akan digugurkan daripada menyandang kerusi  Sibuti!!?!?  Antara 3 orang calon ini adalah 

1) YB Ripin Lamat
2) Julaini Mokhtar @ Hj Jol
3) Dr Julaihi Bujang

YB Ripin cuma berminat untuk menjaga kawasan ADUN beliau dan tidak pernah mendengar khabar angin ini!!??  Namun bagaimana pula halnya dengan Hj Jol dan Dr Julaihi!?!?  Adakah benar mereka ini sedang bergiat di peringkat akar umbi untuk dinaikkan!!?!? 

Khabarnya 3 nama setiap Parlimen dan DUN Malaysia yang akan bertanding semasa PRU13 sudah diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tg Adnan Tg Mansor!?!?!!?  Adakah mereka ini cuma untuk menyukupkan syarat 3 nama tersebut atau akan diadakan pemilihan terakhir oleh peringkat tertinggi?!?!?  Benarkah faktor ketiga dan suara rakyat yang akan menjadi penentu muktamad nama calon bagi PRU13?!?!!?

Sunday, March 4, 2012

BN Buat Salah PM Minta Maaf?!!!

Semalam PM telah merendah diri dan meminta maaf atas segala kesilapan BN yang lalu.  Beliau juga berharap agar rakyat sedia menerima dan membenarkan BN untuk membetulkan kesilapan mereka dengan memberi mandat sekali lagi kepada BN untuk memerintah Malaysia.  Sungguh mulia seorang PM merendah diri untuk meminta maaf atas segala kesalahan pemimpin BN yang lepas yang masih dikenang oleh rakyat.  

Rakyat juga harus ingat akan perjuangan BN dalam membangunkan negara.  Tanpa BN Malaysia mungkin tidak akan berada dalam landasan yang sedia ada sekarang ini!???
Najib minta maaf atas kesilapan lalu BN
Wartawan Sinar Harian
3 Mac 2012

BALING - Barisan Nasional (BN) akan memperbetulkan kesilapan-kesilapan lalu yang membawa kepada kehilangan banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah dalam pilihan raya umum 2008, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, beliau memohon maaf bagi pihak BN atas kesilapan-kesilapan lalu tetapi berjanji akan membetulkannya dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, jika pengundi menolak perikatan itu seperti di Kedah, sedikit sebanyak adalah kerana ia telah membuat kesilapan.

"Pada saya kita jangan angkuh dan bongkak. Sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dulu mesti ada kesilapan kita. Kita minta maaf atas kesilapan kita dulu. Yang menang minta maaf yang kalah pun minta maaf," katanya pada Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam, Kuala Ketil, dekat sini hari ini.

Kenyataan itu mirip pendirian dilahirkan oleh Najib di Pelabuhan Klang ketika melancarkan jentera pilihan raya BN Selangor baru-baru dengan berkata, Pakatan Rakyat tidak perlu diberi "tempoh lanjutan" untuk terus memerintah Selangor yang menyaksikan banyak janjinya tidak tertunai malah membebankan rakyat dengan pelbagai masalah.

Perdana Menteri berkata, Selangor selama ini maju kerana dasar-dasar dan prasarana yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini, dan pihak pembangkang tidak boleh mendapatkan pujian terhadap hasil titik peluh BN itu.

"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.

"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya .

Selangor dan Kedah antara empat negeri tambahan dikuasai oleh pembangkang pada pilihan raya umum 2008. Dua negeri lain ialah Pulau Pinang dan Perak.

Perak telah diambil alih oleh BN pada awal 2009. Kelantan ditadbir oleh Pas sejak 1990.

Justeru kata Perdana Menteri, BN akan belajar dan bangkit semula daripada kesilapan itu.

"Daripada runtuhan BN di Kedah kita akan bangkit dan bina mahligai yang kukuh dan kuat. Itu azam kita. kita berazam bahawa kita sudah mempelajari daripada kesilapan kita. Kita beri perakuan, akujanji kepada rakyat bahawa akan datang kita akan laksanakan perkhidmatan yang cukup baik kepada rakyat.

"Yang dulu jadi sempadan jangan dibangkit-bangkit lagi...kita janjikan perubahan untuk rakyat Malaysia dan Kedah. Perjalanan sudah bermula," katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata hanya BN sahaja yang dapat memberikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat.

"Kita ada perancangan yang jelas, kita ada agenda yang tersusun rapi, kita ada peta jalan, kita ada fakta dan ada angka. Perangkaan yang cukup lengkap untuk memacu perubahan, membawa negara ke arah wawasan menobatkan negara sebagai negara maju berpendapatan tinggi. Ini bukan macam Buku Jingga," katanya.

Najib berkata kerajaan mahu memberi isyarat dan gambaran jelas bahawa kerajaan sudah hampir untuk melakukan transfomasi perubahan yang memberi banyak manfaat kepada rakyat.

Antara yang hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Tuesday, February 28, 2012

Tiada Kaum Yang Diabaikan Dalam Kerajaan BN!!!??

Warga asing memang pandai menuduh kerajaan selalu berlaku tidak adil!!??  Semasa mereka menjajah Malaya dan Borneo dahulu pun mereka tidak pernah adil!!??  Berapa ramaikah golongan cendekiawan yang dapat ditaja semasa penjajahan mereka?!!!  Rata-rata sekali merekalah yang meminggirkan setiap kaum di zaman penjajahan mereka sehinggakan mereka dihalau keluar sama ada melalui persidangan mahupun pemberontakan!!!???

Baru-baru ini ada juga penulis asing yang menghina kaum di Sarawak malah bukan penulis asing sahaja malah rakyat Malaysia yang kurang arif tentang budaya di Malaysia Timur pun ada juga yang menggelupur apabila tiba di Sarawak!!??  Semoga pihak kerajaan akan menumpukan lebih banyak peluang untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di Malaysia Barat yang masih tidak dapat membezakan antara Sabah dan Sarawak!!!??
Tiada yang diabaikan: TPM

by Clare Cinderella. Posted on February 26, 2012, Sunday

Kerajaan beri peluang, hak sama rata kepada setiap kaum berkongsi pembangunan

BANTUAN RAKYAT: Muhyiddin (dua kanan) menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada salah seorang wanita Kelabit dari Long Peluan, sambil disaksikan oleh Jabu (tiga kanan) dan Shafie (empat kanan).

LONG BERUANG: Tiada satu pun kaum di negara ini diabaikan oleh kerajaan, sebaliknya semua pihak diberi peluang dan hak sama rata untuk berkongsi pembangunan dan kemajuan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh kerajaan mengabaikan masyarakat luar bandar, memberitahu setiap rakyat dilayan sama rata dan adil oleh kerajaan tanpa mengira di mana mereka berada, sama ada di bandar, luar bandar ataupun terpencil di pedalaman.

“Ini termasuk masyarakat Penan yang dituduh oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutamanya ‘kumpulan hak asasi manusia’ telah dipinggir dan diabaikan oleh kerajaan,” katanya semasa berucap pada majlis ‘Pemimpin Bersama Rakyat’ di Long Beruang di Ulu Baram, semalam.

“Pelbagai usaha telah dan akan dibuat oleh kerajaan untuk memastikan mereka (kaum Penan) tidak ketinggalan di belakang dan membawa mereka bersama untuk menyertai arus pembangunan perdana dan kemajuan dalam negara,” katanya.

Katanya, ia adalah harapan kerajaan dan aspirasi untuk kaum Penan supaya mereka tidak ketinggalan dan sama-sama berkongsi dan mengecapi pembangunan negara.

Muhyiddin memberitahu lagi, kedua-dua kerajaan pusat dan negeri telah dan sedang merangka pelbagai program pembangunan untuk rakyat dengan kerajaan pusat akan terus komited bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk meningkatkan standard hidup rakyat terutama kaum Penan di Baram.

Bagaimanapun, menurut beliau, ia masih terpulang kepada rakyat untuk menyokong dan memberi komitmen mereka sendiri untuk bekerjasama dengan kerajaan.

“Masyarakat itu sendiri yang perlu memberi komitmen dan berazam untuk memperbaiki standard sosioekonomi mereka,” katanya sambil menambah, dengan sumber asli dan semula jadi yang banyak, sektor pertanian khususnya perladangan getah akan menjadi salah satu cara untuk keluar daripada belenggu kemiskinan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memuji usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri dalam melaksanakan skim penanaman getah bermutu tinggi.

Skim tersebut, katanya, bukan sahaja memberikan mereka pendapatan yang lumayan iaitu di antara RM3,000 sebulan bagi setiap isi rumah, malah turut menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau dan Senator Lihan Jok.

Sunday, February 5, 2012

Nansian Punca Daon Masuk DAP!!??

Pelik juga tajuk kali ini kerana begitulah petikan laporan yang diterima!!??  Kenapakah menyalahkan orang lain sekiranya ingin menyertai DAP!!??

Kalau sudah tahu DAP itu tidak elok kenapakah ingin menyertainya pula dan menyalahkan pemimpin yang lain!!??  Adakah disebabkan DAP memberi BR1M dan BB1M ??!! Apakah janji DAP yang boleh diterima pakai!???  Rata-ratanya jalan yang berlubang sahaja menjadi perjuangan DAP tetapi mereka tidak pula menimbus lubang tersebut!!??  Sebaliknya mereka menambahkan lagi pusat urut, dan aktiviti yang mendatangkan masalah sosial!!!??  Itulah DAP!!???
Penyokong Kelab BN dikritik perguna pemimpin masyarakat

Posted on February 5, 2012, Sunday

KUCHING: Penyokong Kelab Barisan Nasional (BN) Sarawak dikritik kerana melibatkan pemimpin-pemimpin masyarakat untuk menagih sokongan bagi tujuan entiti pada satu acara di Bau baru-baru ini.

Setiausaha Agung Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Frankie Nyombui berkata tidak wajar untuk wakil rakyat BN menggunakan pemimpin-pemimpin masyarakat demi kepentingan politik mereka.

Jelasnya, di bawah Ordinan Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat 2004, tiada dinyatakan bahawa pemimpin-pemimpin masyarakat boleh digunakan untuk tujuan politik dan ia sepatutnya disedari oleh ahli-ahli politik BN.

“Ordinan tersebut telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 2004 dan jelas menggariskan peraturan dan peranan pemimpin masyarakat iaitu ketua kampung, tuai rumah, pengulu, pemanca dan kapitan.

“Di bawah sekyen 6 ordinan berkenaan, tugas-tugas pemimpin masyarakat antaranya mempengerusikan kes Mahkamah Adat, menjaga kebajikan masyarakat dan bukan sebaliknya.

“Jika begitu keadaannya, mengapa perlu adanya undang-undang tersebut jika ia tidak digunakan,” katanya sebagai mengulas mengenai 34 orang pemimpin masyarakat di Parlimen Mas Gading yang menandatangani memorandum persefahaman menyokong Kelab BN Sarawak di pejabat ADUN Tasik Biru Datuk Peter Nansian baru-baru ini.

Menurut laporan akhbar, pemimpin-pemimpin masyarakat ini turut menghadiri dialog di tempat yang sama.

Turut hadir dalam acara tersebut Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe yang juga salah seorang daripada wakil rakyat menubuhkan kelab tersebut selepas dipecat daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Nansian turut dipetik oleh pemberita memberitahu pemimpin-pemimpin berkenaan mewakili 1,000 orang dari konstituensinya dan akan mengikut hala tujunya.

Bagaimanapun tidak semua setuju dengan penubuhan Kelab BN. Antara yang menentang ialah bekas pegawai di pejabat Ketua Menteri Dominic Daon yang mendakwa Nansian adalah punca beliau menyertai DAP.

Wednesday, November 16, 2011

Puak Pembangkang Mesti Sakit Hati!!??

Kajian UIA mendapati populariti Najib meningkat manakala ketua pembangkang 3 stooges pula merosot?  

Biar betik?!!  Adakah laporan ini berdasarkan data yang sahih?  Begitulah komen Rafizi Romen nanti dan Saifuddin Naksution pula akan menangkis kesahihan kajian manakala Nurul Izzah pula akan menjinjing barangan KR1M sambil menghayun-hayunkan botol kicap dengan tidak puas hati!!??  Manakala Wardina akan mentwit kan blogger pro-UMNO tidak pandai blogging sebab dah sah Wardina nak bertanding jadi mangkuk Parlimen!!??  Kalau tidak pun dia akan marah Nik Aziz, Anwar dan Guan Eng agar belajar dulu cara untuk menjadi popular bukan ikut suka cakap sahaja??!!

Tapi kalau betullah populariti Najib semakin naik kenapa anggota DAP masih menjual burung Ubah dan majalah Ubah semakin banyak bertimbun di kedai-kedai buku di Miri seperti di Belle's Bookstore?!!?? 

Populariti Najib meningkat; Anwar, Nik Aziz dan Guan Eng merosot : Kajian UIA

16/11/2011 -Bernama

Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat dengan mantap sejak 2009 tetapi yang sebaliknya berlaku kepada tiga pemimpin utama pembangkang, demikian menurut kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 
 
Selain daripada Najib, kajian terhadap populariti lima personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003 manakala Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, menyaksikan populariti mereka merosot.

Prof Datuk Syed Arabi Idid dari Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, mengetuai kajian itu dari Mac 2008 hingga Julai 2011 bersama penyelaras penyelidikan, Azrul Hisyam Wakichan.

Satu sampel rambang purata 1,500 responden terdiri daripada pengundi Melayu, Cina dan India dari seluruh negara ditanya mengenai kepuasan mereka terhadap kualiti kepimpinan kelima-lima pemimpin itu.

Kajian itu menunjukkan peningkatan dalam populariti Najib adalah hasil usaha berterusan beliau untuk mendekati hati rakyat dan memimpin negara ke arah masa depan yang lebih cerah.

"Kajian ini dengan jelas menunjukkan responden Melayu, Cina dan India kini menerima Datuk Seri Najib," katanya.

Pada Okt 2008, 35 peratus responden Melayu, 33 peratus Cina dan 41 peratus India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59 peratus, 45 peratus dan 62 peratus.

"Hakikatnya rakyat kini lebih bersedia menerima Datuk Seri Najib sebagai pemimpin mereka," kata Syed Arabi yang menjalankan kajian mengenai populariti pemimpin-pemimpin sejak 1989.

Mengenai punca kemerosotan populariti Anwar, Nik Aziz dan Lim, beliau berkata ia banyak berpunca kerana isu-isu semasa dan kegagalan untuk mencapai kata sepakat dalam banyak hal.

Azrul Hisyam, yang menyelaras kajian itu, berkata kajian yang sama mendapati rakyat Malaysia masih memandang tinggi Dr Mahathir dan segala sumbangannya.

Purata 74 peratus daripada responden dalam soal selidik itu menunjukkan mereka menyanjungi Dr Mahathir sepanjang kajian empat tahun itu.

Azrul Hisyam berkata rakyat Malaysia melihat Dr Mahathir sebagai pemimpin yang telah membuktikan kebolehannya dan masih lantang bersuara.

"Mereka melihat beliau sebagai pemimpin teladan," katanya.

Thursday, October 27, 2011

Muhyiddin Mahu Negeri Pakatan Jawab Teguran Ketua Audit Negara

Pihak pembangkang juga perlu menyatakan dan menjawab teguran yang diberi oleh Ketua Audit Negara.  Jangan hanya pandai menunding jari telunjuk tetapi ibu jari tetap menunding kepada diri sendiri.

Kalau setakat perjalanan ke Hong Kong yang tidak dapat membawa apa-apa pulangan kepada ekonomi negeri mahupun negara, maka ini sudah dianggap sebagai perbelanjaan yang boros juga dan tidak teliti ketika membuat pertimbangan?!!!
Negeri pakatan juga perlu jawab teguran Ketua Audit Negara: TPM
Posted Berita Harian,  2011/10/27 
 
SITIAWAN: Kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang PKR, PAS dan DAP juga perlu menjawab beberapa teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana laporan itu mencakupi prestasi semua kementerian, agensi dan kerajaan negeri seluruh negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang tidak patut sesuka hati melabel bahawa kelemahan perbelanjaan yang didedahkan dalam laporan itu adalah bukti kegagalan program transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau menjawab soalan wartawan ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita semalam yang melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengkritik dasar transformasi kerajaan berikutan ketirisan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara itu.

"Laporan itu mencakupi semua agensi dan kerajaan-kerajaan negeri. Tidak juga terkecuali kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang. Ada juga teguran dari audit yang mereka perlu jawab," katanya kepada pemberita selepas melancarkan akhbar mini 'The School Times' di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sepuluh di Lekir dekat sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, Anwar yang pernah berada dalam kerajaan dahulu sebagai Timbalan Perdana Menteri semestinya tahu bahawa laporan Ketua Audit Negara itu sentiasa disertakan dengan teguran-teguran penting untuk memastikan perbelanjaan negara dilaksanakan dengan penuh hemah dan baik.

"Laporan ini sebenarnya menunjukkan sesuatu, iaitu tanggungjawab Ketua Audit Negara mengambil kira semua aspek dan tentulah kalau ada kelemahan-kelemahan itu perlu diperbaiki.

"Waktu Ketua Pembangkang dalam kerajaan pun, dia menerajui banyak kementerian pun, dia tahu juga perkara ini, walaupun kita membuat penjelasan kepada juruaudit tetapi teguran sebegitu amat penting juga dan ia akan disertakan di dalam laporan," katanya.  
Oleh itu, Muhyiddin berharap semua kementerian dan agensi yang meneliti laporan itu supaya mengambil tindakan segera untuk memperbaiki kelemahan serta cara mereka membelanjakan peruntukan yang diberikan kepada mereka.

"Ini bukan pertama kali, kita mahu peraturan, cara perbelanjaan, wang yang diperuntukkan itu digunakan secara baik-baik. Tidak ada pembaziran, tidak ada salah guna, sekiranya ada elemen-elemen penyalahgunaan kuasa, langkah tertentu seperti tindakan disiplin boleh diambil.

"Kita juga perlu memastikan beberapa perkara asas seperti akauntabiliti, ketelusan dan apa-apa asas yang kita gunakan untuk menguruskan perbelanjaan negara itu mesti digunakan sebagai panduan utama untuk kebaikan rakyat jelata," katanya.

Mengenai akhbar mini itu, Muhyiddin berkata akhbar itu adalah inisiatif New Straits Times Press Bhd (NSTP) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran akan diedarkan ke 500 sekolah terpilih di kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengalu-alukan langkah NSTP itu dan berkata ia mampu membantu pelajar untuk menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik.

Akhbar itu sudah pun mula diedarkan ke sekolah-sekolah berkenaan sejak 29 September lalu dan ia diterbitkan setiap hari Khamis setiap minggu.

'School Times' yang memuatkan berita dan aktiviti itu diwujudkan khas untuk membantu pelajar sekolah terutamanya di luar bandar untuk menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik pada masa sama didedahkan berkenaan pengetahuan am dan cara pemikiran kreatif.

Timbalan Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan "Turun Padang" sehari ke Perak menghadiri pelbagai program bersama rakyat antaranya bertemu dengan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan akan meraikan sambutan Deepavali di Little India di Ipoh malam ini. - BERNAMA

Thursday, October 20, 2011

Ahli SPDP Hilang Kepercayaan Terhadap Mawan!!???

Pertikaian pucuk kepimpinan SPDP semakin meruncing.  Kini rakyat mula berpuak-puak untuk menyokong wakil mereka.  Ada yang mengubah haluan sehinggakan TPM terpaksa menjadi orang tengah untuk meninjau suasana di bahagian Utara Sarawak.  

Akibat daripada tekanan situasi dan terlalu menyayangi pemimpin mereka ada ketua rumah panjang yang tidak berani membenarkan rumah panjang mereka untuk dilawati oleh William Mawan walaupun dia bersama Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Naib Presiden BN.  

TPM yang akan tiba untuk Majlis Bersama Rakyat pada hujung minggu ini diharap tidak akan menerima sebarang kerumitan memandangkan ada ketua rumah panjang yang masih bersikap dingin dengan Presiden SPDP. 

Perlukah Ketua Menteri Sarawak campurtangan dalam menangani krisis SPDP yang semakin meruncing ini atau mampukah William Mawan untuk memujuk ahli-ahli SPDP agar mempercayai beliau semula!??
Mawan seru ahli SPDP bertenang dan terus bersatu
SPDP 5
KUCHING: Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan menyeru ahli-ahli partinya di seluruh negeri agar bertenang dan terus bersatu.
 
Posted Utusan Borneo Thu 20/10/2011 1:19 PM
 
Beliau melahirkan penghargaan serta terima kasih kepada ribuan ahli parti yang terus kekal bersatu serta menyatakan sokongan mereka kepada presiden melalui media, rangkaian sosial dan panggilan telefon.

Mawan menasihati ahli parti supaya bertindak dengan penuh tanggungjawab dan mengelak daripada membuat sebarang kenyataan negatif secara terbuka mengenai mana-mana individu walaupun tindakan mereka menjejaskan kepenti-ngan parti.

Menurut Menteri Pembangunan Sosial itu, SPDP ada peraturan dan prosedur untuk berurusan dengan mana-mana ahli yang didakwa menjejaskan kepentingan parti.

Maka itu katanya, ahli parti dinasihatkan mematuhi undang-undang serta amalan terbaik dalam demokrasi.

Mawan menyeru kepada mereka supaya mengukuhkan kekuatan dan sumber selain menyalurkan tenaga mereka kepada usaha mempersiapkan diri untuk Pilihan Raya Umum akan datang.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, majlis yang diadakan di Ulu Teru, Baram Miri pada hujung minggu ini adalah majlis Barisan Nasional (BN) yang akan dihadiri ramai pemimpin BN yang lain.

Oleh itu katanya majlis yang dikenali ‘Pemimpin Bersama Rakyat’ yang dijadual diadakan pada 22 dan 23 Oktober ini dan bakal dirasmikan oleh Naib Pengerusi BN Pusat dan Menteri Kanan Sarawak Tan Sri William Mawan Ikom tidak wajar dibantah penganjurannya.

Menurut Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN Pusat, tindakan membantah penganjuran serta kehadiran Mawan yang juga presiden SPDP merasmikan majlis itu sama seperti tindakan yang cukup jelas menentang atau anti-kerajaan.

Beliau dipetik berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Setiausaha Agung SPDP Paul Igai semalam.

Menurut Igai, Muhyiddin juga merestui penganjuran majlis itu yang akan turut dihadiri Ahli Parlimen Baram yang juga Timbalan Menteri Perdaga-ngan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan selain penyokong-penyokong BN lain.

“Kami telah mendapat restu daripada TPM (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk meneruskan kunjungan ke Baram (Ulu Teru).

“TPM berkata, kunjungan ke kerusi Parlimen Baram oleh Naib Pengerusi BN Pusat dan Menteri Kanan Negeri (Tan Sri William Mawan) adalah majlis BN yang turut dihadiri Ahli Parlimen Baram Datuk Jacob,” katanya yang juga setiausaha politik Ketua Menteri.

Ahad lepas akhbar Utusan Borneo melaporkan tiga ketua masyarakat dari Ulu Teru, Miri meminta agar Mawan membatalkan hasrat menganjurkan aktiviti di kawasan berkenaan yang dijadual diadakan pada hujung bulan ini.

Ketua-ketua masyarakat yang dimaksudkan itu ialah Tuai Rumah) Henry Gomes, Tuai Rumah Abok Jabu dan Kaunselor Kalang Ami dan dalam kenyataannya mereka berkata, penganjuran aktiviti itu dikhuatiri akan mengeruhkan lagi perbalahan di kalangan penyokong parti itu ekoran isu kumpulan berlima SPDP dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Sylvester Entri salah seorang daripada kumpulan tersebut.

Menurut ketua-ketua masyarakat itu majlis yang dijadual diadakan pada 22 dan 23 Oktober ini di Rumah Henry dianjurkan oleh Timbalan Pengerusi SPDP Samarahan Alexander Asing.

Mereka menuduh penganjuran aktiviti itu bermotif tidak baik dan hanya akan terus mewujudkan puak-puak dalam parti khususnya di Ulu Teru.

“Penduduk di Ulu Teru melihat langkah itu sebagai tidak kondusif. Tuai-tuai rumah di Ulu Teru mempersoalkan motif penganjuran aktiviti itu oleh Asing yang juga merupakan Timbalan Pengerusi SPDP Samarahan,” jelas kenyataan bersama dikeluarkan Henry, Abok dan Kalang sambil menambah penganjuran majlis itu amat tidak dialu-alukan.

Tindakan sama dilakukan oleh SPDP Ranting Nabor kelmarin apabila Pengerusinya Tuai Rumah Joshua Bungkong berkata, penganjuran majlis berkenaan disifatkan mempunyai agenda politik.

“Semua tuai rumah dan penghulu cawangan SPDP Baram yang mewakili Nabor, Pelayan, Marudi, Beluru, Jegan dan Teruking tetap bertegas membantah penganjuran majlis itu kerana ia disifatkan mempunyai agenda lain,” katanya

Joshua memberitahu, jika program sedemikian tetap diteruskan, maka ia akan menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk kerana penganjurannya tidak dimaklumkan kepada penduduk lebih awal.

Friday, November 5, 2010

1Malaysia di Batu Sapi - Penilai Kesetiaan Tak Berbelah Bagi


05 November, 2010 01:07 AM

Konsep 1Malaysia Najib Diterima Cemerlang Dalam Ujian Politik Pertama Di Sabah

Oleh Newmond Tibin

SANDAKAN, 5 Nov (Bernama) -- Konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terbukti diterima dengan cemerlang, dalam ujian politik pertama di Sabah, bila rakyat Batu Sapi bersatu di belakang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil parlimen kawasan itu yang baru saja selesai.

Dilihat sebagai kemenangan yang cukup sentimental dan manis buat calon BN Datin Linda Tsen, yang baru kehilangan suami, penyandang kerusi parlimen Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam kemalangan jalan raya 9 Okt lepas, parti pemerintah membuktikan bahawa BN sentiasa menjadi "pilihan nombor satu" rakyat Sabah.

Berdepan dengan segala kemungkinan, Tsen menumpaskan dua calon pembangkang - presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah dalam pilihan raya kecil itu dengan itu mengekalkan kerusi di tangan BN.

Tsen, dari Parti Bersatu Sabah (PBS), memenangi kerusi itu dengan majoriti bertambah 6,359 undi.

Beliau meraih 9,773 undi sementara Ansari dan Yong, masing-masing mendapat 3,414 dan 2,031 undi.

"Kemenangan ini adalah sokongan begitu jelas dan ketara terhadap konsep 1Malaysia Najib serta sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah.

"Ia juga membuktikan Sabah memang sebenarnya "fixed deposit" atau simpanan tetap buat BN," kata timbalan pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak kepada Bernama.

Salleh berkata kemenangan BN menunjukkan bahawa rakyat Batu Sapi mahukan politik pembangunan menerusi hubungan baik antara kerajaan negeri dengan Pusat.

"Penduduk Batu Sapi mengetahui dengan pasti bahawa hanya Barisan Nasional boleh membawa pembangunan untuk mereka. Mereka juga berharap konsep 1Malaysia untuk mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik.

"Mereka tahu bawa mereka mempunyai masa depan lebih cerah dalam BN," kata beliau.

Salleh, bekas Ketua Menteri, berkata majoriti besar yang tidak dijangkakan itu membuktikan penolakan terhadap stail politik konfrontasional dan kedaerahan (Sabah untuk rakyat Sabah) yang diamal oleh SAPP dan jenama politik pembangkang.

"Ini adalah permulaan baru buat BN untuk meraih kembali keyakinan rakyat selepas tsunami politik 2008, terutama di Semenanjung Malaysia.

"Pengundi Batu Sapi termasuk masyarakat Cina memperakui bahawa BN adalah juga untuk rakyat Sabah. Kita harap rakyat Sabah akan terus menyokong Barisan Nasional dan menentukan Sabah terus menjadi simpanan tetap untuk parti gabungan yang memerintah," kata beliau.

Salleh berkata keputusan itu juga menunjukkan sentuhan ajaib Musa, selaku pengarah pilihan raya kecil BN.

Musa, yang mengemudi BN negeri kepada kemenangan besar dalam pilihan raya umum 2008, membuktikan kecekalannya untuk memenangi hati dan fikiran pengundi Batu Sapi.

BN negeri hampir menyapu bersih dengan memenangi 24 daripada 25 kerusi parlimen dan 59 daripada 60 kerusi negeri yang dipertaruhkan pada piliha raya umum itu.

Para penganalisis politik melihat kekalahan yang cukup mengaibkan buat "Taiko" SAPP Yong dan Ansari, sebagai satu panggilan untuk mengejutkan parti-parti pembangkang agar mendengar gesaan penyokong supaya mereka membentuk satu gabungan dalam berdepan dengan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Mereka berkata kekalahan ini satu pelajaran pahit buat mereka.

"Kita tidak menjangka SAPP dan PKR kalah begitu teruk dalam pilihan kecil Batu Sapi," kata seorang daripada penganalisis itu.

-- BERNAMA

Wednesday, November 3, 2010

Mimpi Sapi Yong Teck Lee

Dalam kesibukan untuk memastikan Jentera Pilihanraya berjalan dengan lancar, Yong Teck Lee telah mula menanam angan-angan. Dia menyatakan bahawa terdapat konspirasi BN untuk menggugurkan dirinya daripada kerusi Batu Sapi.  

Adakah Yong Teck Lee masih bermimpi? Sedarkah dia bahawa SAPP belum lagi memenangi kerusi Batu Sapi?  Kenapa dia sungguh yakin bahawa kerusi Batu Sapi milik SAPP?

Kartun dibawah disadur dari www.parpukari.com untuk hiasan




Tuesday, November 2, 2010

PKR dan DAP Main Belakang PAS

Sesiapa yang sudah membaca blog Zulkifli pasti sudah panas apabila mengetahui taktik kotor DAP dan PKR dibelakang PAS.  Kesian PAS tidak dipakat bersama oleh DAP dan PKR.  Agaknya PAS minta Kelantan jangan diusik kalau pakatan rakyat memerintah kerajaan persekutuan kelak.  

Anwar nak jadi Perdana Menteri.  Itu sahaja! Dia pasti tidak akan menjadi Perdana Menteri yang lama mungkin yang paling sekejap dalam sejarah Malaysia.  Timbalan Perdana Menteri Lim Kit Siang akan naik dengan segera dan wujudlah Singapura di Tanah Malaya kelak?  Mungkin ini sudah bermain dalam fikiran Lim Kit Siang dan Lee Kwan Yew?  Mustahilkah tidak lama lagi Malaysia akan dimiliki oleh Lee Kwan Yew menggunakan badut DAP dan PKR?


‘Konspirasi syaitan’ makin panas

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 1 Nov. – Pendedahan mengenai ‘konspirasi syaitan’ antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin panas apabila strategi halus parti itu untuk menguasai Kerajaan Persekutuan pula ‘dilondehkan’ oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar).

Beliau yang juga bekas wakil rakyat PKR mendakwa, dalam usaha untuk memastikan jawatan Timbalan Perdana Menteri diisi oleh DAP tanpa sebarang bantahan oleh masyarakat bumiputera, parti tersebut akan meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi Parlimen.

Jelasnya, strategi itu selaras dengan janji Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melantik pemimpin Cina sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan tetapi ia akan dilakukan secara halus.

“DAP akan meletakkan seorang dua calon Melayu sebagai ‘badut’ untuk bertanding di kerusi Parlimen yang selamat dan jika pembangkang menang pilihan raya umum, langkah sementara adalah melantik ‘badut’ tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memenuhi kuota DAP.

“Kedudukan ini akan berterusan sehingga suasana politik tenang dan stabil. DAP akan menunggu sehingga mereka benar-benar mencengkam Kerajaan Persekutuan dan selepas itu barulah Penasihat DAP, Lim Kit Siang ‘ditabal’ sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Semua ini taktik licik kerana mereka tahu orang Melayu tidak akan boleh menerima Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau antara cauvinis paling teruk yang pernah disaksikan dalam sejarah negara,” dakwanya.

Beliau membuat dakwaan terbaru itu dalam entri terkini bertajuk Konspirasi Syaitan II di dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com, hari ini, sebagai susulan kepada pendedahan awal yang dibuat semasa membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat minggu lalu.

Sebelum ini, Zulkifli mendakwa, wujud perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara DAP dengan PKR yang tidak diketahui Pas bagi membolehkan parti tersebut memiliki autonomi ke atas Pulau Pinang selain dilantik sebagai menteri besar di negeri-negeri yang dimenangi.

Pendedahan itu kemudian dikukuhkan lagi dengan pengakuan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, yang percaya dalang utama di sebalik konspirasi tersebut adalah Anwar, memandangkan Ketua Umum PKR itu pernah menasihat agar tidak diberikan ruang kepada Pas.

Mengulas lanjut, beliau menambah, bagi memenangi hati bumiputera, DAP akan melaksanakan kempen kononnya parti itu menghormati orang Melayu selaku penduduk asal negara ini apabila memilih kaum majoriti itu sebagai calon untuk bertanding di bawah bendera parti berkenaan.

Katanya, langkah tersebut disusuli pula dengan sokongan kelompok ‘Anwarinas’ dalam Pas yang gah mendabik dada kononnya, inilah bukti DAP mengiktiraf Islam selaras dengan slogan ‘kepimpinan khalifah’ seperti yang dilaung-laungkan sekarang.

“Apa yang Pas tidak tahu adalah kepimpinan DAP dan PKR sebenarnya sedang bermain sandiwara dan silap mata bagi membuktikan parti itu bukan cauvinis atau rasis, kelak nanti akan terbongkar tembelang mereka dan masa itu barulah golongan badut ini akan ternganga,” ujarnya.

Pada masa sama, Zulkifli mendakwa, calon Melayu juga akan diletakkan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang selain negeri-negeri pantai barat bagi membolehkan calon tersebut dilantik sebagai exco yang menjaga hal-ehwal Islam.

Ini kerana jelas beliau, DAP tidak mahu jawatan exco tersebut yang berkuasa ke atas Majlis Hal Ehwal Islam, terlepas ke tangan wakil rakyat daripada parti lain memandangkan majlis itu mempunyai simpanan harta dan tanah wakaf bernilai ratusan juta di Pulau Pinang.

PAS Menangguk di Air yang Keruh

Sudahlah jatuh ditimpa tangga.  PAS yang baru didedahkan dengan isu rasuah terhadap orang Asli kini hilang arah untuk meneruskan jentera pilihanraya mereka.  

PAS sudah mati kutu dan mula mengamalkan politik kotor iaitu politik wang.  Baru-baru ini sprm disuruh menyiasat isu pengundi luar yang diberi wang sogokan untuk mengundi PAS menjelang PRK Galas.  Belum habis isu ini kini timbul pula isu yang lebih panas.  


Bagaimana boleh terlepas gambar Nik Aziz memberi sedekah berupa rasuah kepada penduduk orang Asli di Galas.  Ini memandangkan mereka yang baru ditipu mengenai sijil tanah seperti mana yang telah berlaku pada tahun 2007 lepas.  Kenapa PAS sanggup mengulangi taktik kotor ini?  Adakah PAS sudah kehilangan modal dan arah untuk menggerakkan jentera pilihanraya mereka? 

Kerajaan Pas berbohong - Ku Li
TENGKU Razaleigh Hamzah bersama Datuk Mustapha Mohamad serta calon Barisan Nasional Abdul Aziz Yusoff menjulang Piala Malaysia selepas meraikan pemain Kelantan pada Piala Malaysia di Dataran Kesedar, Gua Musang, semalam.

GUA MUSANG 1 Nov. - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa Kerajaan Pas Kelantan berbohong apabila menuduhnya menghilangkan dokumen penting berkaitan masyarakat Orang Asli di negeri ini ketika kerajaan campuran Kelantan di antara Parti Melayu Semangat 46 dan Pas berpecah kira- kira 14 tahun lalu.

Tegas beliau, ia adalah rekaan semata-mata malah hal ehwal mengenai Orang Asli tidak pernah dibincang dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang mewakili kedua-dua parti ketika itu.

Jelasnya, beliau sendiri yang berusaha memberikan tanah kepada mereka melalui kuasa pegawai daerah yang menguruskan tanah mengikut dasar kerajaan negeri bukannya melalui parti.

"Benda ini tidak betul. Saya pun hairan kenapa orang yang mewakili parti Islam berbohong macam itu kerana kita tidak pernah bincang soal Orang Asli.

"Orang Asli ada di Gua Musang jadi saya bertanggungjawab tetapi tidak pernah dibincangkan dalam Angkatan Perpaduan Ummah malah orang yang tuduh itu tidak pernah berada dalam posisi itu.

''Tetapi tidak apalah, tuduhan itu tidak betul, biarlah mereka jawab," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sebelum ini, Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika membuat tuduhan berkenaan ke atas Tengku Razaleigh menganggap Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) itu sebagai pengkhianat.

Tuduhan tersebut merupakan serangan peribadi terhadap Tengku Razaleigh meskipun Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengeluarkan kenyataan untuk tidak berbuat demikian.

Selain itu, dalam siri kempennya Pas telah memulakan serangan peribadi terutama dalam butir-butir ucapan yang diberikan oleh penceramah pembangkang.

Sementara itu, Tengku Razaleigh berkata, Barisan Nasional (BN) akan tetap meneruskan kempen secara berhemah dan tidak akan menyerang balik dengan cara yang sama.

Tegasnya, jentera pilihan raya BN akan meneruskan langkah mengutamakan perjuangan dasar parti dan tidak akan menyerang peribadi sesiapa pun.

"Kita tidak akan serang peribadi sesiapa walaupun saya ada menerima risalah menuduh calon Pas tetapi saya tidak mahu ini dilakukan malah saya mendapat maklumat ia daripada kalangan parti mereka sendiri.

"Bagaimanapun kita tetap tidak akan menyerang atau menuduh sesiapa kerana apa yang mahu kita serang hanya dasar kerajaan negeri," tambahnya.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More