Showing posts with label Lembah Pantai. Show all posts
Showing posts with label Lembah Pantai. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Nurul Izzah Kena Reject! #PRU13 #SaveSelangor #Najib4PM


KANTOI!!! KAIN NURUL IZZAH TERLONDEH LAGI!!!


Apa yang korang tengok??? Hehehe...

oleh SH80 4 Apr 2013

Kenapa orang suka sangat tengok kain Si Nurul Izzah ni terlondeh? Sebabnya mudah. Kerana selama ini dia hanya setakat pandai bercakap je kerjanya.

Bila orang suruh buat kerja, banyak pulak alasan yang dia bagi. Itu pasal a orang suka sangat melondehkan kain Si Nurul Izzah ni depan khalayak ramai.

Satu lagi alasan ialah sebab Si Nurul Izzah ni suka sangat mendedahkan tahap 'Kebodohan' dia didepan khalayak ramai. Suka betul dia nak menunjuk - nunjuk.

Tu pasal la orang menyampah dengan dia. Sekarang, tak pasal - pasal je dia jadi songeh. Hari tu dia mintak mahkamah buat semakan kehakiman terhadap daftar pengundi hantu.

Alasan yang dia berikan sewaktu memfailkan semakan tersebut adalah kerana pihak SPR sehingga ke hari ini masih tak beri maklum balas.

Bila ianya dibidas semula oleh Pengerusi SPR, Si Nurul Izzah tu dengan tak malunya cuba nak menegakkan benang yang basah dan kata dia dah dapat maklum balas.

Nah!!! Disitu kantoinya kebodohan Si Nurul Izzah ni sendiri. Dia sendiri yang masuk perangkap yang dia buat. Tu pasal la bagi rakyat di Lembah Pantai perlu pikir masak - masak. Takkan la diorang nak wakil rakyat yang BODOH macam ni!!!

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini gagal mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi bagi memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan nama-nama pengundi yang meragukan dalam Rang Daftar Pemilih di kawasan Lembah Pantai.

Hakim Datuk Seri Zakaria Sam menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan oleh Nurul Izzah.

Naib Presiden PKR itu menuntut suatu perisytiharaan bahawa keengganan Ketua Pendaftar SPR membatalkan nama-nama pengundi dalam senarai daftar pemilih induk Lembah Pantai 2011 dan daftar pemilih tambahan suku kedua 2012 di kawasannya adalah menyalahi undang-undang dan tidak sah.

Pada 22 Mac lepas, Nurul Izzah dan seorang pengundi di kawasan Parlimen Lembah Pantai, Kadir Sultan Abd Majid memfailkan permohonan itu dengan menamakan Ketua Pendaftar SPR, SPR, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Hakim membuat keputusan itu dalam kamar selepas mendengar penghujahan daripada peguam Nurul Izzah, Edmund Bon dan Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh dan Suzana Atan yang mewakili pihak responden.


Nurul Izzah suka main hantu. Kalau dah yakin menang, bawa hantu pun pasti menang!

Adakah Nurul Izzah tidak yakin dengan kemampuannya sendiri sebagai Naib Presiden PKR untuk mempertahankan Lembah Pantai?


- Posted using BlogPress from my New iPad

Wednesday, April 4, 2012

Hentak Adam Adli Dapat Rumah Baru!!??

Adam Adli dan Nurul Izzah pasti sedih apabila mendengar penghuni flat Kampung Kerinchi mendapat rumah baru!!?!?  Adakah ini habuan setelah menghentak Adam Adli?!?!  Mahasewel yang tidak patut lagi berada di Malaysia?!!?!  Sebelum ini mereka berharap untuk meraih undi daripada 35 buah keluarga ini!?!!?  Kalau tidak dapat menang ke Putrajaya pun asalkan dapat wang cengkeram balik!?!!?  Nampaknya Nurul Izzah akan hilang wang cengkeram setelah PRU13 kelak?!?!?!
DBKL Serah Kunci Rumah Kepada 35 Keluarga Penghuni Flat Kampung Kerinchi

Rabu April 4, 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Rabu menyerahkan kunci rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada 22 keluarga di kawasan perumahan Flat 17 Tingkat, Kampung Kerinchi di sini.

Mereka adalah antara 35 keluarga yang sebelum ini enggan berpindah ke kediaman baru yang disediakan DBKL sejak tahun 2009, kata Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL Sukiman Surahman.

Beliau berkata penyerahan kunci dan perpindahan penduduk di flat itu merupakan fasa terakhir dan berharap mereka dapat mengosongkan kediaman masing-masing dengan kadar segera selewat-lewatnya sebelum 10 April.

"DBKL berpuas hati kerana baki 35 keluarga yang enggan berpindah sebelum ini telah bersetuju berbuat demikian walaupun masih ada 13 keluarga yang tidak hadir untuk mengambil kunci rumah baru mereka.

"Mereka yang belum mengambil kunci boleh berbuat demikian di pejabat pemaju yang terletak berhampiran kawasan ini...kami turut menyediakan kemudahan lori pada hari ini dan esok bagi memudahkan kerja mengangkut barang dan proses pemindahan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci rumah kepada penghuni terlibat. Seramai 25 penghuni akan ditempatkan di PPR Muhibbah manakala 10 penghuni lagi di PPR Cempaka.

Sukiman berkata penghuni yang mempunyai masalah seperti ingin menukar kediaman mereka yang berada di tingkat atas ke tingkat bawah atas alasan wajar boleh merujuk kepada pemaju untuk dipertimbangkan.

Beliau berkata penghuni sepatutnya berasa lega apabila melihat sendiri rumah baru mereka kerana selain siap dicuci dan dilengkapi bekalan elektrik serta air, ia mempunyai tiga bilik yang lebih selesa berbanding unit kediaman mereka sebelum ini. - BERNAMA

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More