Showing posts with label Politik Semenanjung. Show all posts
Showing posts with label Politik Semenanjung. Show all posts

Friday, February 3, 2012

Anwar Tarik Israel Guna Buku Jinggay?!?!!

Taktik Blietzkrig Anwarinas yang terbaru adalah menggunakan sokongan luar?!!  Baru - baru ini, hangat menceritakan mengenai sokongan Anwarinas terhadap Israel!??  Adakah Anwar sudah bosan dengan sistem Islam sehingga ingin mengambil sistem Israel sebagai model terbaru kerajaan Jinggay?!!  
Sebelum ini puak-puak Anwarinas mengaitkan jenama 1Malaysia dengan Israel?!!  Kenapa pula Anwarinas yang secara terang-terangan menyokong padu Israel??!!!  Kemanakah arah tuju Anwarinas?!!  Mungkinkah Anwarinas mahu pihak Israel memberi latihan kepada AMK dan pemimpin PKR yang lembab?!!  Mahukah Israel membantu golongan Anwarinas ini?!!
'Anwar sokong Israel cuba tarik AS, Yahudi'
 
Oleh Anwar Hussin dan Khairul Anuar Abdul Samad
bhnews@bharian.com.my
2012/02/03
MUHYIDDIN dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman bersama Mustapa dan Awang Adek serta sebahagian warga pendidik mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Kelantan di Kompleks YKK di Peringkat, Kota Bharu, semalam. - Foto Zaman Huri Isa TPM selar pembangkang salahkan UMNO jika krisis
KOTA BHARU: Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong usaha menjaga keselamatan Israel, sebagai cubaan membawa campur tangan Yahudi dan Amerika Syarikat dalam politik Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri berkata, mungkin ada kebenarannya apabila Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) menganggap kenyataan Anwar itu sebagai cubaan memancing kuasa Yahudi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Itu kenyataan MUBARAK, mungkin ada kebenarannya. Soalnya sehingga hari ini, Anwar tidak dapat menjelaskan keadaan sebenar dan pihak PAS, parti dalam pakatan pun mempertikaikannya,” katanya selepas merasmikan Majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Negeri Kelantan di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di Peringat dekat sini, semalam.

Pada masa sama, Muhyiddin menyelar pembangkang yang sering menyalahkan UMNO setiap kali mereka menghadapi krisis.

Katanya, dalam kes bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, sehingga tokoh itu dipecat daripada parti itu, PAS tidak mencari punca mengapa masalah berkenaan berlaku tapi menyalahkan pihak lain.
 
“Pembangkang mengalami sindrom penafian dengan menyalahkan UMNO atas segala masalah mereka hadapi tanpa melihat pada kekurangan diri,” katanya.

Beliau juga menyentuh mengenai Buku Jingga yang menjadi pertikaian sehingga ada setengah pemimpin pembangkang menganggap ia tidak sesuai.

Katanya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyatakan Buku Jingga itu mungkin sesuai di sesetengah tempat tapi tidak sesuai di sesetengah negeri.

Thursday, January 26, 2012

Mana Air Percuma PKR Selangor?!!!

Gara-gara begitu ghairah untuk memberi air percuma, krisis bekalan air bersih Selangor akan meletup dalam tempoh beberapa tahun lagi!!??  Adakah air di Selangor bersih kerana ia percuma?!!  Mengapakah Negeri Sembilan pula berhempas pulas untuk membekal sehingga 56 juta liter kepada Selangor?!!!
Dasar kerajan Parti Kelentong Rakyat!!!!?? Nah!! ambik kau!!???


Negeri Sembilan setuju bekal air kepada Selangor
 
Oleh Ifwan Tun Tuah
bharian.com.my
 
2012/01/26 SPAN minta salur 56 juta liter sehari

SEREMBAN: Kerajaan negeri bersetuju membekalkan air bersih kepada Selangor bagi membantu negeri jiran itu yang dijangka mengalami krisis bekalan air serius dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan kerajaan negeri masih dalam proses perbincangan bagi membolehkan negeri ini menyalurkan bekalan air terawat ke Selangor.
 
“Sebenarnya, ketika ini kita membekalkan air ke Selangor melalui Loji Rawatan Air Broga, Lenggeng dekat sini untuk kegunaan penduduk kawasan Semenyih, namun dibuat dalam skala kecil.

“Kini SPAN meminta kita menyediakan bekalan air dalam skala besar, iaitu antara 38 juta hingga 56 juta liter air sehari kepada Selangor tidak lama lagi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di sini, semalam.

Mohamad berkata, walaupun bersedia membantu Selangor, kerajaan negeri berpendapat bantuan berkenaan lebih sesuai dimulakan tahun depan, iaitu selepas Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi di sini, beroperasi pada tahap maksimum akhir tahun ini.

Projek pembinaan fasa pertama Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi yang akan siap sepenuhnya akhir tahun ini mampu menghasilkan 113 juta liter air sehari, diikuti fasa kedua yang mampu mengeluarkan air pada kapasiti sama.

Beliau berkata, loji berkenaan hanya perlu membekalkan 19 juta liter air sehari bagi menampung keperluan pengguna di Seremban, manakala bekalan selebihnya iaitu kira-kira 246 juta liter ditampung Loji Rawatan Air Sungai Terip.

Ditanya bila projek bekalan air ke Selangor itu akan dimulakan, Mohamad berkata perkara berkenaan terpulang kepada SPAN dan kerajaan Selangor.

Katanya, bekalan air itu akan disalurkan ke Selangor melalui saluran paip di Bandar Enstek.

Wednesday, December 14, 2011

Biar Betik!!!?? Ibu Kandung kepada YB DAP Tidak Dipedulikan oleh Anaknya Sendiri!!!??

Memang inilah Anak Tanggang Versi DAP Moden!???  Kalau tidak percaya bacalah di sini

Anak menantu sendiri memang hantu tidak boleh nak menolong ibu mertua sendiri??!!!  Memang dua laki bini ni serupa Nang Bo Ti nang Kui Bo ti Kui!!???  Tipu orang sana sini!!??  Keluarga sendiri pun tidak dipedulikan inikan pula warga emas???!!  Beginikah caranya kasih sayang dalam DAP?!!  Kasih keluarga sendiri pun tidak terbela inikan hendak membela kasih rakyat??!!  Memang tidak berhati perutlah siapa yang memilih YB ini?!! Serupa haiwan pun tidak serupa manusiakah?!!!?  Atau DAP memang tidak mempedulikan lagi orang tua yang sentiasa mahukan perpaduan dan bukan perpecahan?!!

Mungkin warga emas tahu bahawa asal usul 13 Mei disebabkan oleh DAP yang mengganggu kesinambungan asal perpaduan di Malaysia dengan meniupkan api perkauman seperti yang berlaku sekarang ini!!?? 
DAP MP’s Mom with heart problem runs to MCA for help!
Posted on December 12, 2011 by editor


The Chinese media has reported this issue widely but you can be sure that the pro-opposition Malaysiakini will black this out because they do not want you to read about it.

Serdang DAP MP Teo Nie Ching has found herself in a spot because her mom, who had a heart problem, sought the help of the Negri Sembilan MCA chief Datuk Dr Yeow Chai Thiam.

It is strange that a DAP MP cannot even resolve the problem of her mother and she is supposed to be an elected representative.

The Negri MCA went out of their way to help her mom but this selfish DAP politician did not even have the decency to thank Dr Yeow.

She initially refused to even admit it when the press heard about it and only much later she acknowledged. Obviously, even her mom has no confidence in her DAP MP daughter.

But what is most sickening about this whole episode is that it was only when the issue became public that she had the decency to thank the Negri Sembilan MCA.

Pride, ego and politics stood in the way. She did not have the decency and conscience to say thank you for a good work done on humanitarian ground.

Worse, the thank you also only came when Dr Yeow reportedly asked Teo about her mom’s condition.

That’s the DAP for you.

What is even pathetic is that this Serdang MP’s husband is a doctor! What’s wrong with this couple that they can’t even take care of their mom.

Friday, December 9, 2011

Fikirkanlah!!! Amin Iskandar Barangkali Sudah Dijamah Jubornya oleh Anwar Ibrahim?!!: Papagomo

Kalau ini ayat penyata mungkin boleh dikatakan fitnah tetapi dengan kewujudan barangkali maka ia sudah menjadi satu persoalan!!??  Adakah persoalan sama dengan kenyataan?  Sekiranya satu persoalan maka ia bukan berunsur fitnah kerana ia mungkin belum lagi dan belum ada bukti sehingga membiarkan ianya menjadi suatu tanda tanya?!!!  

Apalah puak-puak AMK yang tak tahu bahasa ini sudah meroyan apabila Amin Iskandar telah membuat laporan polis dan turut serta menyatakan ini suatu fitnah kononnya Amin sudah dicabul?!! Kalau setakat jamah tu pegang dengan tangan belum lagi masuk yang anu!!??  Adakah Amin terguris kerana sememangnya dia sudah dijamah?!!!
Penulis The Malaysian Insider Amin Iskandar barangkali sudah dijamah Jubornya oleh Anwar Ibrahim sehingga lupa ataupun buta mata dengan apa yang dilakukan Anwar Ibrahim dalam memburuk burukkan Malaysia. Buat penulis The Malaysian Insider Amin Iskandar Gua cuma boleh cakap kat lu.. -PAPAGOMO rujuk di sini
 Dalam laporan polisnya, Amin berkata, PapaGomo dalam blognya menuduh beliau kononnya dicabul(!!??) Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan kenyataan itu adalah fitnah. Lihat di sini

So sila baca berulang kali adakah ini suatu kenyataan memandangkan barangkali adalah unsur persoalan?!!

Tuesday, December 6, 2011

Pakatan Haprak Kata 20 Peratus Konon Muka Baru?!! Pigi dah!!!?? Serupa Lidah Bercabang!!??

Berikutan daripada kenyataan MB Kelantan semalam, maka Apai John akan menyerang Kelantan dengan fitnah yang pernah digunakan untuk Sarawakerepot!!??  Kali ini Kelantankerepot akan dilancarkan agar Nik Aziz berundur sepertimana yang pernah dibuat ke atas Pehin Sri!!??

Apakah reaksi blogger PAS untuk menyekat kemarahan Apai John yang tidak suka orang politik memegang parti terlalu lama???  Mungkin lebih ramai lagi yang akan menjadi seperti Francis Siah di Kelantan?  Tukang kasut pun tidak apa janji berjaya menyuruh Nik Aziz untuk berundur?!!  Begitulah Francis Siah, tidak kenal pun siapa dirinya tiba-tiba mahu Pehin Sri berundur!!???  Setakat boleh membawa beratus orang untuk berhimpun nampak gayanya rempit di Pulau Pinang lagi hebat kerana berjaya memberi kesan kepada Lim Guan Eng untuk membina litar lumba!!??  Walaupun belum terlaksana namun setelah mendirikan Kampung Buah Dada maka adalah nanti sebuah litar lumba di tengah Kampung Buah Dada di tapak Kampung Buah Pala suatu masa dahulu!!??

Adakah Karpal Singh akan menjadi seperti Salleh Jaaparuddin yang akan bermati-matian menjual jam Rolex palsu untuk diagihkan di sekitar rumah Orang Asli di Kelantan bagi memastikan Nik Aziz berundur dan tidak menjalankan Hukum Hudud??!!

Pembangkang Tak Mahu Beri Laluan Kepada Yang Muda, Kata Shafie 
 
BERNAMA 06 Disember, 2011 20:19 PM 
MIRI, 6 Dis (Bernama) -- Pakatan pembangkang tidak mahu memberi laluan kepada generasi muda untuk mengambil alih kepimpinan mereka, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, Selasa.

Katanya ini jelas terbukti daripada kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam yang mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Menurut Mohd Shafie, pendirian Nik Abdul Aziz, 80, ini bertentangan dengan langkah Barisan Nasional (BN) yang bersedia meletakkan lebih ramai calon muda dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita sudah bersetuju untuk mengetengahkan calon muda supaya dapat menjadi barisan pelapis kepada kepimpinan yang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek bekalan air luar bandar di Kampung Kuala Sibuti di sini, Selasa.

Katanya hanya rakyat yang akan dapat menentukan sama ada akan terus menyokong pemimpin yang sudah berumur ataupun memilih mereka yang lebih muda.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata beliau yakin Sabah dan Sarawak akan terus kekal sebagai kubu kuat BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya tiada sebab untuk rakyat Sabah dan Sarawak untuk memberi sokongan kepada pihak pembangkang yang baru-baru ini mempersoalkan keputusan kerajaan untuk menyalurkan peruntukan besar kepada kedua-dua negeri ini.

Katanya kemudahan asas khususnya di luar bandar Sabah dan Sarawak masih kurang dan memerlukan peruntukan yang besar untuk dibangunkan.

Hakikat inilah yang menjadi landasan kepada kerajaan untuk memberikan keutamaan kepada Sabah dan Sarawak supaya rakyat khususnya di luar bandar dapat menikmati pembangunan yang lebih baik lagi, katanya.

Monday, December 5, 2011

PAS Patut Ambil Tindakan ke atas Dakwaan Nabi Palsu!!??

Bab-bab agama ni  memang sensitif, apalagi apabila Rukun Iman telah dilanggar oleh anggota PAS?!!  Bagaimana Nik Aziz boleh menjadi Nabi sedangkan dia bukan Nabi!?? 

Atau terdapat ajaran baru yang telah mengiktiraf Nik Aziz sebagai Nabi kerana sesungguhnya ini bukan salah satu ajaran Islam?!!  Mungkin Ustad Boodak ni dah dirasuk patung Budha yang banyak di Kelate???!!!
Kufur samakan dengan nabi
 
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my
ABDULLAH SA‘AMAH
KOTA BHARU 4 Dis. – Sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.

Malah mereka turut mendesak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) mengambil tindakan ke atas Shamsul Zaman Sukri atau ‘Ustaz Budak’ kerana bimbang ucapan orang fanatik seperti itu akan menjadi wabak dan malapetaka kepada masyarakat.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah berkata, punca utama perkara tersebut berlaku adalah disebabkan jahil agama dan sikap terlalu mendewa-dewakan pemimpin.

“Orang Pas sememangnya taksub kepada pemimpin mereka dan tidak pelik perkara ini berlaku kerana sejarah telah membuktikannya, sebagai contoh di India kumpulan Qardiyani menganggap pemimpin mereka sebagai nabi.

“Hadis ulama pewaris nabi yang digunakan oleh Shamsul Zaman untuk merujuk Nik Aziz nabi adalah salah, ahli sunnah memahami ulama pewaris nabi dalam ilmu hukum dan meneruskan misi dakwah dan bukan menjadi nabi, kalau begitu semua ulama dari zaman Rasulullah SAW sehingga sekarang berjuta-jutalah nabi.

“Kecintaan ‘Ustaz Budak’ itu kepada Nik Abdul Aziz keterlaluan dan melampaui batas sehingga mendewa-dewakannya melebihi segala-galanya sehingga tidak sedar batas-batas perkataan yang boleh membawa kufur atau murtad,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) supaya MAIK menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap Shamsul Zaman yang menyamakan Nik Abdul Aziz dengan nabi.

Desakan tersebut dibuat selepas sebuah portal detikaperubahan.com mendedahkan rakaman video yang menunjukkan Shamsul Zaman telah menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi berasaskan hadis, ‘ulama adalah perwaris nabi’.

Sementara itu, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Nik Abdul Aziz juga perlu bertanggungjawab dalam isu tersebut kerana sikapnya yang membentuk penyokong Pas menjadi taksub dan menanam kebencian kepada umat Islam dalam UMNO.

“Pada setiap minggu di hadapan Pejabat Pas Kelantan, Nik Abdul Aziz mengajar orang ramai supaya menganggap orang UMNO tidak Islam kerana mahu orang UMNO dan Pas bermusuh serta menanam benih-benih benci terhadap pemimpin parti itu.

“Dia turut bertanggungjawab dan jangan mendiamkan diri, kerana membenarkan pembohongan dan terlalu suka kalau dia dipuji dan dipuja,” katanya yang secara sinis bertanya adakah Ustaz Budak itu sudah mumayiz, dapat membezakan baik dan buruk atau akil baligh sehingga mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Jurucakap sebuah pertubuhan yang menghimpunkan warga institusi pondok tradisional, Minda Pondok, Mohd. Saifuddin Abdul Rahman pula berkata, Shamsul Zaman wajib bertaubat kerana kenyataan itu amat bertentangan dengan Islam.

“Hadis nabi yang sahih sudah jelas iaitu ‘tiada nabi lagi selepas aku’. Jadi bagaimanapun pula kita boleh samakan Nik Abdul Aziz dengan nabi.

“Dalam Islam mengaku Imam Mahadi pun haram apatah lagi nabi, dahulu al-Arqam dikenakan tindakan kerana pemimpinnya mengaku Imam Mahadi, sebab itu JAIK kena ambil tindakan,” katanya.

Saturday, December 3, 2011

DAP Ganti PAS!!?? Calon Melayu DAP!!??

  DAP berkemungkinan besar dibayangkan mengganti PAS dengan meletakkan calon Melayu!!??  Bagaimanakah DAP begitu pasti calon boleh menang mereka dari kalangan muka baru?  

Adakah DAP sudah berkeyakinan bahawa bayangan akan datang rakyat akan memberi mereka mandat seperti Barisan Nasional pada suatu ketika dahulu!!??  Menurut perkiraan DAP, di mana sahaja calon menggunakan roket maka penduduk akan berpusu-pusu memangkahnya kerana PKR dan PAS sudah tidak relevan lagi!!??  Adakah rakyat masih memilih DAP yang bertopengkan chauvinisme tetapi bersikap rasis ultra kiasu?!!  Pastinya rakyat lebih bijak daripada memilih DAP yang akan menghancurkan Malaysia dan menghalau orang Melayu seperti yang sedang berlaku di Singapura?!!
Waspada Strategi DAP Letak Calon Melayu - Ali Rustam
 
Oleh Ahmad Shukran Shaharudin dan Mohd Hisham Abdul Rafar
 
03 Disember, 2011 18:30 PM
 
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Ali Rustam memberi amaran kepada Umno dan Barisan Nasional supaya berwaspada dengan strategi terbaru DAP meletakkan calon Melayu bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Mohamed Ali, yang juga Ketua Menteri Melaka, yakin dengan strategi terbaru itu, DAP tidak akan lagi mengharapkan PAS untuk meraih sokongan Melayu memenangi kerusi yang ditandingi pakatan pembangkang.

DAP telah berjaya mengalahkan PAS untuk kepentingan mereka. Kita nak tengok macam mana DAP meletakkan calon di kawasan PAS manakala PAS meletakkan calon di kawasan DAP.

"Apapun mereka buat, tak mungkin boleh berjaya dan BN telah siap sedia dengan taktik terbaru ini. Ini trend baru dan permainan baru," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara eksklusif di sini.

Mohamed Ali, yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Katil, percaya matlamat DAP ialah untuk menguasai PAS dan menggunakan taktik sama seperti PAP di Singapura untuk memecahbelahkan orang Melayu di negara jiran berkenaan.

Beliau juga mahu melihat sejauh mana strategi itu mengena kerana kononnya DAP berpendapat masyarakat akan mengikut secara membuta tuli.

"Tapi saya yakin masyarakat bijak... mereka akan buat penilaian yang terbaik untuk masa depan negara kita, kita tak boleh perjudikan masa depan negara," katanya.

Katanya strategi terbaru pembangkang itu juga dilihat sebagai cabaran besar kepada Umno dan BN selain daripada cabaran media sosial yang dilihat sebagai punca kekalahan parti pemerintah itu pada pilihan raya umum 2008.

"Saya harap pengundi bersikap sederhana, mementingkan perpaduan dan masa depan negara dan tidak boleh terikut-ikut dengan rentak DAP. Rentak DAP ini boleh membawa masa depan yang bahaya berikutan ekstremisme mereka," katanya.

Sebagai contoh, katanya penghinaan kepada orang Melayu pada 13 Mei 1969, gelaran hitam metalik kepada pemimpin Umno dan cadangan parti itu untuk mengurangkan jumlah penjawat awam jika berkuasa, jelas menunjukkan DAP adalah anti Melayu, katanya.

Katanya sekiranya parti itu berkuasa, Malaysia akan menjadi negara yang tidak stabil dan harmoni kerana keangkuhan parti berkenaan boleh menimbulkan kebencian di kalangan penduduk berbilang kaum dan mengganggu-gugat masa depan negara yang aman dan makmur.

Selain itu, katanya wujud pertembungan nilai dan akhlak yang diamalkan pembangkang seperti sokongan yang diberikan program Seksualiti Merdeka baru-baru ini sedangkan Umno dan BN sentiasa mempertahankan nilai-nilai ketimuran.

Mohamed Ali berkata pembangkang juga jangan bermimpi untuk merampas Johor, Melaka dan Negeri Sembilan pada pilihan raya akan datang.

"Dia kena jaga negeri yang dia dah tawan. Difahamkan Kelantan boleh tumbang begitu juga Kedah dan Selangor dan kalau dia nak pertahan pun Pulau Pinang. Saya percaya jika orang Umno dan BN Pulau Pinang kerja kuat, kita boleh rampas Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata Umno dan BN tidak berputus asa berusaha mengambil semula negeri terbabit walauapa pun yang terjadi dengan memberi contoh keupayaan BN merampas semula kerusi parlimen Kota Melaka selepas 34 tahun dikuasai DAP.

Mengenai Umno yang disaran menjadi ejen perubahan dalam arena politik baru, lebih banyak penjelasan perlu dilakukan supaya anggota Umno dapat memahami dalam semua aspek bagaimana parti bersedia untuk menghadapi pilihan raya dengan tindakan yang patut dilakukan dan juga gerak kerja yang tersusun.

"Saya melihat kita pada kali ini perlu memahami perjuangan Umno sendiri kerana parti banyak difitnah, dikatakan parti yang tidak berjasa, hanya kepada kumpulan tertentu, parti perkauman, rasuah, menekan orang Melayu, menganiaya orang Cina dan tidak berjasa kepada negara," katanya.

Sebaliknya, sejarah telah membuktikan bahawa sumbangan Umno dan pengorbanan orang Melayu kepada negara dan penduduk Malaysia yang berbilang kaum sangat besar sehinggakan kerusi majoriti Melayu pun diberikan kepada parti lain dengan tujuan berkongsi kuasa.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More