Saturday, December 3, 2011

DAP Ganti PAS!!?? Calon Melayu DAP!!??

  DAP berkemungkinan besar dibayangkan mengganti PAS dengan meletakkan calon Melayu!!??  Bagaimanakah DAP begitu pasti calon boleh menang mereka dari kalangan muka baru?  

Adakah DAP sudah berkeyakinan bahawa bayangan akan datang rakyat akan memberi mereka mandat seperti Barisan Nasional pada suatu ketika dahulu!!??  Menurut perkiraan DAP, di mana sahaja calon menggunakan roket maka penduduk akan berpusu-pusu memangkahnya kerana PKR dan PAS sudah tidak relevan lagi!!??  Adakah rakyat masih memilih DAP yang bertopengkan chauvinisme tetapi bersikap rasis ultra kiasu?!!  Pastinya rakyat lebih bijak daripada memilih DAP yang akan menghancurkan Malaysia dan menghalau orang Melayu seperti yang sedang berlaku di Singapura?!!
Waspada Strategi DAP Letak Calon Melayu - Ali Rustam
 
Oleh Ahmad Shukran Shaharudin dan Mohd Hisham Abdul Rafar
 
03 Disember, 2011 18:30 PM
 
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Ali Rustam memberi amaran kepada Umno dan Barisan Nasional supaya berwaspada dengan strategi terbaru DAP meletakkan calon Melayu bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Mohamed Ali, yang juga Ketua Menteri Melaka, yakin dengan strategi terbaru itu, DAP tidak akan lagi mengharapkan PAS untuk meraih sokongan Melayu memenangi kerusi yang ditandingi pakatan pembangkang.

DAP telah berjaya mengalahkan PAS untuk kepentingan mereka. Kita nak tengok macam mana DAP meletakkan calon di kawasan PAS manakala PAS meletakkan calon di kawasan DAP.

"Apapun mereka buat, tak mungkin boleh berjaya dan BN telah siap sedia dengan taktik terbaru ini. Ini trend baru dan permainan baru," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara eksklusif di sini.

Mohamed Ali, yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Katil, percaya matlamat DAP ialah untuk menguasai PAS dan menggunakan taktik sama seperti PAP di Singapura untuk memecahbelahkan orang Melayu di negara jiran berkenaan.

Beliau juga mahu melihat sejauh mana strategi itu mengena kerana kononnya DAP berpendapat masyarakat akan mengikut secara membuta tuli.

"Tapi saya yakin masyarakat bijak... mereka akan buat penilaian yang terbaik untuk masa depan negara kita, kita tak boleh perjudikan masa depan negara," katanya.

Katanya strategi terbaru pembangkang itu juga dilihat sebagai cabaran besar kepada Umno dan BN selain daripada cabaran media sosial yang dilihat sebagai punca kekalahan parti pemerintah itu pada pilihan raya umum 2008.

"Saya harap pengundi bersikap sederhana, mementingkan perpaduan dan masa depan negara dan tidak boleh terikut-ikut dengan rentak DAP. Rentak DAP ini boleh membawa masa depan yang bahaya berikutan ekstremisme mereka," katanya.

Sebagai contoh, katanya penghinaan kepada orang Melayu pada 13 Mei 1969, gelaran hitam metalik kepada pemimpin Umno dan cadangan parti itu untuk mengurangkan jumlah penjawat awam jika berkuasa, jelas menunjukkan DAP adalah anti Melayu, katanya.

Katanya sekiranya parti itu berkuasa, Malaysia akan menjadi negara yang tidak stabil dan harmoni kerana keangkuhan parti berkenaan boleh menimbulkan kebencian di kalangan penduduk berbilang kaum dan mengganggu-gugat masa depan negara yang aman dan makmur.

Selain itu, katanya wujud pertembungan nilai dan akhlak yang diamalkan pembangkang seperti sokongan yang diberikan program Seksualiti Merdeka baru-baru ini sedangkan Umno dan BN sentiasa mempertahankan nilai-nilai ketimuran.

Mohamed Ali berkata pembangkang juga jangan bermimpi untuk merampas Johor, Melaka dan Negeri Sembilan pada pilihan raya akan datang.

"Dia kena jaga negeri yang dia dah tawan. Difahamkan Kelantan boleh tumbang begitu juga Kedah dan Selangor dan kalau dia nak pertahan pun Pulau Pinang. Saya percaya jika orang Umno dan BN Pulau Pinang kerja kuat, kita boleh rampas Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata Umno dan BN tidak berputus asa berusaha mengambil semula negeri terbabit walauapa pun yang terjadi dengan memberi contoh keupayaan BN merampas semula kerusi parlimen Kota Melaka selepas 34 tahun dikuasai DAP.

Mengenai Umno yang disaran menjadi ejen perubahan dalam arena politik baru, lebih banyak penjelasan perlu dilakukan supaya anggota Umno dapat memahami dalam semua aspek bagaimana parti bersedia untuk menghadapi pilihan raya dengan tindakan yang patut dilakukan dan juga gerak kerja yang tersusun.

"Saya melihat kita pada kali ini perlu memahami perjuangan Umno sendiri kerana parti banyak difitnah, dikatakan parti yang tidak berjasa, hanya kepada kumpulan tertentu, parti perkauman, rasuah, menekan orang Melayu, menganiaya orang Cina dan tidak berjasa kepada negara," katanya.

Sebaliknya, sejarah telah membuktikan bahawa sumbangan Umno dan pengorbanan orang Melayu kepada negara dan penduduk Malaysia yang berbilang kaum sangat besar sehinggakan kerusi majoriti Melayu pun diberikan kepada parti lain dengan tujuan berkongsi kuasa.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More