Tahniah Datuk Seri Peter Chin kerana mendapat mandat untuk memimpin SUPP!! Semoga barisan kepimpinan baru ini akan berjaya menambat hati dan kepercayaan kaum Cina di bandar-bandar di seluruh Sarawak!!!
Peter Chin presiden SUPP
by Saibi Gi, Sandy Mark Luna dan Agnes Tugong. Posted on December 12, 2011, Monday
SA’ATI: Barisan kepimpinan baharu SUPP yang diketuai Peter Chin melaungkan Sa’ati selepas berakhirnya TDC parti tersebut di Kuching, semalam.
Beliau gantikan Dr Chan selepas menang tanpa bertanding dalam TDC SUPP, semalam
KUCHING: Datuk Seri Peter Chin yang berazam membawa pembaharuan dan perpaduan dalam parti sekali gus meraih semula sokongan rakyat terhadap Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) semalam dipilih sebagai presiden baharu parti itu.
Beliau menggantikan Datuk Patinggi Tan Sri Dr George yang berundur dan bersara daripada politik berikutan prestasi teruk SUPP pada Pilihan Raya Negeri 2006 dan semakin teruk pada Pilihan Raya Negeri, April lepas.
Menyifatkan barisan kepimpinan baru itu sebagai gabungan pemimpin lama dan baharu, Chin yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) itu mampu melaksanakan pelan transformasi yang digariskannya sebelum ini.
“Kami akan bekerjasama rapat dengan parti-parti komponen BN di peringkat cawangan dalam memastikan matlamat rancangan pembaharuan parti dapat dicapai.
“Kami mahu parti kembali bersatu padu. Saya merayu kepada semua ahli Jawatankuasa Pusat (CC) dan mereka yang tidak hadir, jangan merasakan anda tidak lagi diperlukan dalam parti,” katanya dalam sidang media selepas Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) di sini, semalam.
TDC kali ini menyaksikan kumpulan pesaing Chin yang diketuai bekas Timbalan Setiausaha Agung Dato Sri Wong Soon Koh memboikot pemilihan atas dakwaan proses pemilihan di beberapa cawangan parti didapati diselewengkan.
Chin yang juga Ahli Parlimen Miri mempunyai Timbalan Presiden Datuk Richard Riot Jaem yang mencipta sejarah parti sebagai pemimpin Bumiputera pertama berada di kedudukan tersebut.
Wong sebelum ini menyatakan tidak akan mengiktiraf barisan kepimpinan baru dan TDC itu berikutan dakwaan penyelewengan dalam proses pemilihan di peringkat cawangan.
Malah, mereka juga tidak akan menerima sebarang jawatan yang ditawarkan dalam parti.
Mengenai kemungkinan kumpulan Wong akan membuat aduan ketidaksahihan TDC tersebut dengan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana mendakwa ramai perwakilan yang memulaukannya, Chin berkata mereka berhak berbuat demikian.
“Jika mereka merasakan ROS adalah penyelesai kepada masalah saya tidak boleh menghalang,” katanya.
Mengenai strategi untuk menambat semula hati para pengundi Cina terutama di bandar, beliau berkata SUPP perlu menyuarakan masalah dihadapi kaum tersebut.
“Kita mesti memperkatakan isu di kalangan kaum Cina,” katanya.
0 comments:
Post a Comment