Friday, March 30, 2012

Buku Jingga Lempar Balik Dalam Tong!!?!?!

Buku Jingga yang keluar sebelum PRN 2011 di Sarawak akan dilempar balik ke dalam tong sampah!!??  Segala kajian yang tidak pernah dibuat oleh ketua pemimpin pembangkang yang hanya tahu  pengajian Melayu terpaksa dikaji semula untuk memerintah Malaysia yang berbilang kaum!!??  

Kejayaan Kelantan yang sering ditunggu sehingga kini masih belum juga tercapai mahupun hampir setahun buku Jingga sudah keluar namun tiada yang mengamalkan prinsip atau cadangan buku Jingga yang lemah itu!!??

Apakah Pakatan Haram akan mengeluarkan Buku Jinggay untuk PRU13 kelak memandangkan sebelum ini tiada satu pun yang dapat digunakan di Sarawak dan Sabah?!!!

PR tak mampu membalas hujah kelemahan Buku Jingga

Friday, March 30, 2012

MyKMU.net 
BN telah berkali-kali memberi amaran kepada rakyat tentang penipuan yang diedar secara rasmi melalui Buku Jingga.   Janji Buku Jingga tidak masuk akal, tidak original dan tidak bertanggungjawab.   Ianya dibuat tanpa kajian, tanpa penyelidikan, tanpa pengalaman dan tanpa pengetahuan mengenai pentadbiran negara dan ekonomi. 

Janji Buku Jingga akan membangkrapkan negara.  Dasar Buku Jingga bercanggah dengan dasar parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.  Perubahan yang dibentangkan dalam Buku Jingga akan menghancurkan negara.  Buku Jingga adalah dokumen yang tidak boleh dipakai sepertimana pemimpin-pemimpin PR juga. 
Namun, PR tidak mahu mengalah dan terus cuba membela Buku Jingga mereka.  Dalam usaha membela Buku Jingga,  Harakah 11-14 April 2011 telah memaparkan tulisan Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat yang cuba untuk menjustifikasikan relevansi Buku Jingga Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia. 

Ustaz Idris berhujah bahawa PR mampu menguruskan negara mengikut modul Buku Jingga kerana PR telah ada pengalaman menguruskan Kelantan selama 20 tahun!

Katanya, Tok Guru Nik Aziz mampu mentadbir dengan amanah dan takwa sehingga rakyatnya cemerlang dunia dan akhirat.  Kononnya, walaupun kerajaan BN menindas dan menyekat projek di Kelantan, tetapi negeri tersebut tetap bernafas segar malah menjadi ‘hambatan’ kerajaan BN. 

Ustaz Idris berkata pemimpin UMNO hairan hingga tepu memikir bagaimana Kelantan mampu memberi kebajikan kepada rakyat walaupun dengan pendapatan terhad.  Ini katanya, menunjukkan yang PR tentu boleh berbuat lebih lagi jika memerintah negara dengan terdapatnya hasil minyak, balak, pasir, bijih, emas, sawit, getah dan mutiara. 

Reaksi spontan penulis dan rakan-rakan yang kebetulan sama-sama membaca tulisan Ustaz Idris ialah ketawa terbahak-bahak. 

Tertanya-tanya sama ada Ustaz Idris bergurau atau memang benar-benar berada di bawah tempurung?   Tidak mungkin dia begitu jahil dan tidak mungkin kulit mukanya begitu tebal sekali sehingga sanggup berhujah dengan sebegitu dangkal.  Pastinya dia tahu yang hujahnya dangkal bukan?

Kelantan adalah negeri termundur di Malaysia, itu hakikat yang mana budak yang belum bersekolah juga mampu melihatnya.     Bagi menguatkan hujah ini, blogger OutSyedtheBox pernah membuat perbandingan antara Kelantan dengan Melaka, iaitu sebuah negeri yang kecil yang juga tidak mempunyai sumber semulajadi

Butiran
Sumber statistik
Melaka
Kelantan
Kadar Kemiskinan
(2009)
0.5%
4.8%
Pendapatan bulanan isi rumah
(2009)
RM4,184
RM2,536
Kadar Pengangguran
(Suku Ke 3 2010)
0.8%
3.2%
Jumlah Pengangguran
(Suku Ke 3 2010)
2,400
17,700
Pertumbuhan KDNK/GDP
(2010)
7.0%
5.1%
Nilai KDNK
(2010)
RM19.43bil
RM12.45bil
KDNK per kapita
(2010)
RM25,185
RM7,453
Hasil Kutipan Jab Kastam
(2010)
RM1.6 bilion
RM37.3 juta
Hasil Kutipan Jab Imigresen
(2010)
RM57.3 juta
RM13.2 juta
Kelahiran Anak Tak Sah Taraf
(2009)
1,077
1,221
Penagih Dadah
(2009)
327
1,902
Keseluruhan Jenayah
(2010)
5,976
7,900
Penceraian Di Kalangan Muslim
(2009)
923
2,478

Perbandingan di atas sudah cukup untuk membuktikan bahawa Kelantan adalah negeri yang gagal sepenuhnya.   Lihat saja bagaimana pendapatan per-kapita Kelantan terlalu amat rendah iaitu sekitar RM7,000 berbanding Melaka RM25,000. 

Kelantan adalah bersempadan dengan Thailand, dan mempunyai banyak peluang untuk menarik pelancong, mahupun menjadi pusat perdagangan jika kerajaan PAS Kelantan punya sedikit kebijaksanaan untuk berfikir dan mentadbir.   Namun, peluang ini tidak pernah diteroka oleh kerajaan PAS Kelantan.  Kerana apa?  Kerana mereka tidak tahu apa-apa.  

Oleh itu di mana asasnya hujah Ustaz Idris mengenai kehebatan pencapaian negeri Kelantan?   Apa ke jadahnya pemimpin UMNO memikir sehingga tepu untuk ‘menghambat’ apa yang dicapai oleh Kelantan?  Sedangkan Kelantan tidak mencapai apa-apa pun dari segi dunia mahupun ke arah akhirat jika dilihat dari statistik penagih dadah, anak luar nikah dan jenayah

Inilah masalah pemimpin PAS yang  tidak tahu membaca statistik.  Bagaimana mengharapkan seorang yang buta angka untuk memerintah negara

Dan ini pula adalah jawapan Ustaz Idris mengenai sumber pendapatan kerajaan PR untuk melaksanakan janji-janji Buku Jingga:   1.  Memastikan rasuah tidak berlaku, 2.  membatalkan subsidi kepada penjana elektrik dan 3.   Menghentikan bayaran kepada APCO

Mudah sekali hujah Ustaz totok ini.  

BN telah lama berperang dengan rasuah.  Pemimpin BN yang dikenali sebagai Bapa Rasuah Negara pun telah disepak keluar tetapi dikutip pula menjadi Ketua DeFacto PR.   BN tidak pernah membela atau menyembunyi kes rasuah pemimpinnya, seperti juga malah ramai yang telah disiasat mahupun dihukum secara adil oleh mahkamah Malaysia atas kesalahan mereka. 

Namun, apabila SPRM menyiasat pemimpin DAP berbagai-bagai halangan dilancarkan terhadap SPRM untuk membantut dan menghalang siasatan.  SPRM diserang oleh pembangkang dengan gambaran tiada kredibiliti.  Apabila SPRM menyiasat kes rasuah berskala besar seperti kastam, sekali lagi pembangkang cuba membela pesalah dan menyerang integriti SPRM

Apakah ini sikap seorang yang ingin membanteras rasuah?   Rasuah di dalam PR juga lebih hebat di mana dalam hanya 3 tahun memerintah begitu ramai pemimpin PR telah menjadi jutawan segera mengalahkan pemimpin BN yang telah lama memegang kuasa. 

Jika belum menjadi kerajaan pusat sudah begitu korup, bagaimana agaknya kalau kuasa mutlak ada di tangan PR?  Apakah SPRM akan dihapuskan terus agar tidak menyiasat salahlaku mereka? 

Ustaz Idris juga percaya, hanya dengan menghentikan bayaran subsidi kepada penjana elektrik maka wang RM19 billion itu mampu menanggung segala janji-janji PR yang lain.  Sedangkan menghentikan subsidi kepada syarikat swasta akan menyebabkan mereka menaikkan harga perkhidmatan dan barangan mereka.   Jadi, sebenarnya, syarikat tersebut tidak akan terjejas pun, malah pengguna yang akan terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk perkhidmatan dan barangan keperluan.    Ini adalah pelajaran asas ekonomi yang mana kita pasti Ustaz Idrus, mahupun bakal PM PR iaitu Anwar Ibrahim yang berkelulusan pengajian Melayu tidak pernah mempelajarinya. 

Dan untuk pengetahuan Ustaz Idris dan pemimpin PR keseluruhannya, bayaran untuk APCO hanya berlaku kerana keperluan menjaga nama baik dan imej negara bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi dari segi pelaburan dan pelancongan memandangkan PR sering mengsabotaj nama negara sendiri di luar negara demi kepentingan peribadi.   Perbuatan pemimpin PR yang memburukkan negara sendiri di luar negara adalah perbuatan khianat yang mana mampu menjejaskan ekonomi sekali gus kehidupan rakyat negara ini. 

Apapun bayaran kepada APCO sebagai perunding hubungan luar negara, adalah sebenarnya lambang pengkhianatan PR yang keterlaluan.   Terbukti kini segala tindakan kerajaan BN termasuk melantik APCO adalah bijak di mana ekonomi negara terus berkembang dan meningkat dengan begitu memberangsangkan. 
Buku Jingga menunjukkan yang PR memerlukan RM253.8 billion dalam tahun pertama pemerintahan PR.  Apakah dengan menghapuskan subsidi penjana elektrik, menghentikan bayaran APCO serta membanteras rasuah yang belum tentu akan dilakukan mereka akan membolehkan PR menjana pendapatan sebanyak itu?  Dalam masa 5 tahun, jumlah ini akan meningkat selaras dengan kadar peningkatan pendapatan isi rumah yang dijanjikan oleh PR bagi jangkamasa tersebut.   Ini belum dikira variasi bajet yang mungkin berlaku akibat pengambilahan pengurusan tol, penambahan bayaran royalti kepada empat negeri dan lain-lain. 

Kepada Ustaz Idris dan PR, mentadbir negara bukannya seperti mentadbir rumahtangga.  Sedangkan mentadbir rumahtangga juga pemimpin PR ramai yang caca marba.  Siapa tidak tahu yang ramai sekali pemimpin-pemimpin PR hidup dalam skandal termasuk skandal zina dengan isteri rakan, khalwat dengan isteri rakan, cabul anak murid, liwat lelaki jambu, menyimpan perempuan dan lelaki, melanggan pelacur dan sebagainya, maka bagaimana rakyat boleh mengharapkan mereka untuk mentadbir negara?

Namun, walaupun Ustaz Idris begitu ‘megah’ dengan kejayaan Kelantan, ada juga penyokong-penyokong PAS yang berhujah bahawa kerajaan BN kejam kerana menganaktirikan Kelantan sehingga menjadi negeri paling  mundur dan miskin.  Justeru, yang mana satu yang benar di mata PAS?  Kelantan berjayakah atau gagal?

Justeru, hanya ada satu kesimpulan di sini iaitu  PR tidak mampu membela Buku Jingga mereka sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More