Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts
Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

Pembangkang Semakin Lembap Mati Kutu Menjelang PRU13!


Pembangkang kini tonjol diri melalui projek kerajaan



KANGAR: Pembangkang kini menonjolkan diri melalui projek dan program kerajaan dengan mendakwa apa yang dinikmati rakyat adalah hasil perjuangan mereka, kata Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Beliau berkata, langkah terdesak itu bertujuan meraih sokongan pengundi menjelang pilihan raya umum dan beliau berharap rakyat tidak terpengaruh dengannya.
Berucap pada majlis penyampaian bantuan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di Simpang Empat dekat sini malam tadi, beliau berkata, selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membawa pembangunan di Perlis.

Md Isa berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai projek pembangunan serta program bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat secara berterusan.

"Mereka (pembangkang) mengaku bahawa projek yang memberi keuntungan kepada rakyat adalah hasil usaha mereka," katanya.

Sebelum itu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Rosley Mat ketika berucap di majlis itu berkata, pembangkang pernah menolak pembangunan di kawasan bandar Kangar termasuk semasa cadangan memindahkan Pasar Besar Kangar ke Kampung Sena beberapa tahun lalu.

Katanya, mereka mengkritik MPK kerana membuat keputusan memindahkan pasar itu dengan alasan ia menjejaskan rezeki peniaga namun apabila para peniaga meraih pendapatan lebih baik di lokasi baru menyebabkan pembangkang mengubah kenyataan.
“Mereka mula muncul di khalayak ramai dan mengaku bahawa merekalah yang berjuang untuk memindahkan pasar itu bagi meningkatkan pendapatan para peniaga,” katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 151 penduduk bandar menerima bantuan berjumlah RM1.2 juta dengan 84 daripadanya menerima bantuan sewa rumah untuk tempoh setahun, 48 orang menerima bantuan membina dan membaiki rumah dan 19 orang menerima bantuan kiosk perniagaan. - BERNAMA

Macam pernahku dengar dialog demikian. Kalau di Kangar, pembangkang berdolak-dalih menyatakan lokasi baru kurang sesuailah itulah inilah, kalau di Sibuti, hal yang sama turut belaku. PAS akan mengaku merekalah punca utama kerajaan menyediakan bekalan elektrik dan air bersih! Ptuuih! Setakat hendak menjadi lembu punya susu, sapi dapat nama baik tidak payah!

Pembangkang hendaklah menjadi lebih kreatif dan tidak hanya menjadi lanun seperti Kiram! Apabila Sabah sudah maju, tiba-tiba dengki dan mahu menjajah Sabah, walhal sebelum ini memijak kaki ke Sabah pun jarang sekali!

Semoga rakyat memilih parti yang benar-benar berkaliber untuk memimpin mereka. Jangan tersalah pilih nanti terkena kaki botol!

- Posted using BlogPress from my New iPad

Saturday, February 25, 2012

Senarai Ahli Parlimen Sarawak Lengkap?!!!

Apabila TPM telah turun ke Sarawak adakah ini bermaksud senarai ahli parlimen BN Sarawak sudah lengkap? Sebelum ini terdapat ura-ura dan khabar angin yang menyatakan sebanyak 10% kerusi akan dilepaskan kepada orang muda!!!??  Umpama peribahasa patah tumbuh hilang berganti!!??  Adakah ini bermaksud jentera BN Sarawak sudah bersedia untuk mempertahan atau mengembalikan kegemilangan BN Sarawak?!!!  

Hubungan Baik Kerajaan BN Pusat, BN Sarawak Perlu Dikekalkan - Muhyiddin 
BINTULU, 24 Feb (Bernama) -- Kerjasama baik kerajaan Barisan Nasional (BN) Persekutuan dengan kerajaan BN Sarawak, yang diterajui Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menyaksikan negeri ini muncul sebagai antara yang pesat membangun di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kewujudan kerjasama erat itu membolehkan kerajaan menyusun strategi dengan lebih mudah untuk membangunkan Sarawak, termasuk projek berasaskan gas dan minyak di kawasan Bintulu.

Muhyiddin berkata Sarawak kini berperanan penting dalam menentukan rancangan pembangunan ekonomi negara tercapai, sekaligus membantu Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020.

"Hubungan baik ini perlu dikekalkan demi kesinambungan pembangunan ekonomi yang ternyata banyak memberikan faedah kepada rakyat di negeri ini," katanya ketika berucap pada majlis jamuan malam bersama rakyat di Dewan Suarah Bintulu.

Beliau berkata kerajaan Persekutuan akan memastikan tidak ada kawasan atau rakyat di Sarawak yang terpinggir dalam arus perdana pembangunan ekonomi negara.

Katanya, ini selaras dengan wawasan kerajaan melalui program transformasi pembangunan negara yang menekankan penglibatan rakyat dalam semua aspek, termasuk peluang ekonomi.

Muhyiddin berkata walaupun negara maju, termasuk Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah seperti Greece, Portugal, Sepanyol dan Itali, dilanda masalah ekonomi yang teruk sejak kebelakangan ini, Malaysia masih berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi memberangsangkan iaitu sekitar 5.1 peratus pada tahun lepas.

Beliau yakin pelaburan domestik akan menyumbang ke arah memacu ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi, terutama dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Thursday, February 23, 2012

PKR Anwar Beri Sindiran Agar PAS Nik Aziz Undur!!???

Adakah Nik Aziz masih menyebelahi Anwar yang kini menyokong kerajaan haram Isarael?!!!  Ramai pihak yang percaya ini merupakan lakonan politik Anwar!!??  Namun apakah sebenarnya yang hendak diutarakan oleh Anwar?!!  

Adakah Anwar dalam diam-diam hendak PAS menggugurkan diri mereka daripada Pakatan Rakyat!!??  Minggu lepas Lim Guan Eng meroyan apabila diutarakan soalan mengenai pendirian DAP apabila PAS melaksanakan hudud?!!!  Adakah ini cara manis bagi PKR dan DAP untuk menyingkirkan PAS dari Putrajaya!!??  

Mungkin Anwar dan Lim sudah dapat melihat PAS tidak memiliki landasan politik yang kukuh!!??  Penyokong PAS adalah orang suruhan DAP mahupun PKR seperti PAS Miri yang berkempen bermati-matian namun DAP dan PKR yang mendapat kerusi!!??   Sudaholah PAS sendiri mau ingat kalau sindiran manis sudah diberi ambillah langkah bijak dan bubarkan PAS PIS PUS!!??

Anwar Perlu Beri Penjelasan Kepada Majlis Syura Pas - Ahmad Maslan 
 
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mendesak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan kepada Majlis Syura PAS berhubung kenyataannya mengenai isu keselamatan negara Israel.

Ahmad berkata tindakan Anwar menjelaskan kenyataannya itu kepada Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat di sini Selasa boleh diibaratkan sebagai lakonan politik semata-mata.

Ini kerana sudah terbukti Menteri Besar Kelantan itu sentiasa memihak kepada Anwar termasuk dalam kes liwat dan video seks, kata Ahmad.

"Pendirian Nik Aziz tiada kredibiliti kerana beliau ulama politik. Jika Anwar takut hendak berdepan dengan Majlis Syura PAS, maka tidak perlulah heboh mahu berdebat dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya dalam satu kenyataan di sini, petang ini.

Selepas pertemuan kira-kira sejam hari ini, yang turut disertai Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Anwar berkata Nik Aziz memahami pendirian beliau mengenai Israel.

Pertemuan itu diadakan selepas Nik Aziz menggesa Anwar menarik balik kenyataan itu sekiranya benar ia dibuat atau menyaman The Wall Street Journal sekiranya laporan itu salah.

Wednesday, January 11, 2012

BN Maintain Cool!!?? Anwar Pula Tertekan!!!??

Penyokong Anwar pasti marah kerana BN tidak tertekan dengan bebasnya Anwar pada 9 Jan 2012!!??  Apa yang hendak digusarkan kerana ini dapat membuka mata mereka bahawa sistem kehakiman negara memang telus dan nyata!!??  Tanpa bukti dan saksi yang mencukupi seseorang belum tentu lagi akan disabitkan kesalahan!!??  Namun golongan Anwarinas ini pula akan tertekan kerana dalam undang-undang masih ada peluang untuk merayu!!??  Jika Anwar pernah merayu sebanyak 36 kali!?? Maka apa salahnya Saiful akan memfailkan rayuan melalui Peguam Negara!!??
TPM: BN tidak tertekan mahkamah bebas Anwar

January 10, 2012

PUTRAJAYA - Barisan Nasional (BN) tidak gentar atau tertekan sama sekali dengan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang melepas dan membebaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menafikan sindiran seumpama itu, Timbalan Perdana Menteri berkata BN dengan berani telah melalui 12 pilihan raya umum sebelum ini dan sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka diadakan tahun ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno berkata, pengalaman yang diperoleh selama ini akan membantu jentera BN
menghadapi pilihan raya umum nanti.

"Tak ada tekanan, siapa yang kata kita tertekan? Apa keputusan sekalipun itu keputusan mahkamah. Kita punya persiapan bukan kerana ada pihak yang menekan kita baru kita kerja. Kita buat kerja seperti biasa.

"Kita sudah melalui proses pilihan raya bukan sekali, dah masuk kali ke-13.

Kita mempunyai pengalaman banyak. Jadi kita tak tertekan dalam soal ini. Kita akan hadapi walau apa pun keadaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan khas kepada warga Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata BN menghormati keputusan berhubung Anwar dan menegaskan kebebasan badan kehakiman membuat keputusan tanpa sebarang campur tangan daripada pihak luar termasuk parti politik.

Beliau berkata keputusan itu juga pastinya akan meningkatkan keyakinan orang ramai mengenai amalan demokrasi negara ini yang berteraskan kepada badan eksekutif, perundangan dan kehakiman tanpa sebarang campur tangan antara satu sama lain.

Katanya keputusan itu juga membuktikan ketelusan sistem demokrasi negara ini kepada dunia luar.

Beliau yakin selepas ini tiada pihak termasuk pembangkang dan pihak yang menyalahkan kerajaan menuduh kerajaan BN kononnya apa yang berlaku di negara ini adalah tidak adil.

"Saya yakin keputusan ini meyakinkan masyarakat Malaysia dan antarabangsa tentang kegigihan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membawa proses transformasi negara ke masa depan yang lebih baik. Ini sudah pun dapat dilihat dengan jelas apa yang berlaku di mahkamah semalam," katanya.

Saturday, December 3, 2011

DAP Ganti PAS!!?? Calon Melayu DAP!!??

  DAP berkemungkinan besar dibayangkan mengganti PAS dengan meletakkan calon Melayu!!??  Bagaimanakah DAP begitu pasti calon boleh menang mereka dari kalangan muka baru?  

Adakah DAP sudah berkeyakinan bahawa bayangan akan datang rakyat akan memberi mereka mandat seperti Barisan Nasional pada suatu ketika dahulu!!??  Menurut perkiraan DAP, di mana sahaja calon menggunakan roket maka penduduk akan berpusu-pusu memangkahnya kerana PKR dan PAS sudah tidak relevan lagi!!??  Adakah rakyat masih memilih DAP yang bertopengkan chauvinisme tetapi bersikap rasis ultra kiasu?!!  Pastinya rakyat lebih bijak daripada memilih DAP yang akan menghancurkan Malaysia dan menghalau orang Melayu seperti yang sedang berlaku di Singapura?!!
Waspada Strategi DAP Letak Calon Melayu - Ali Rustam
 
Oleh Ahmad Shukran Shaharudin dan Mohd Hisham Abdul Rafar
 
03 Disember, 2011 18:30 PM
 
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Ali Rustam memberi amaran kepada Umno dan Barisan Nasional supaya berwaspada dengan strategi terbaru DAP meletakkan calon Melayu bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Mohamed Ali, yang juga Ketua Menteri Melaka, yakin dengan strategi terbaru itu, DAP tidak akan lagi mengharapkan PAS untuk meraih sokongan Melayu memenangi kerusi yang ditandingi pakatan pembangkang.

DAP telah berjaya mengalahkan PAS untuk kepentingan mereka. Kita nak tengok macam mana DAP meletakkan calon di kawasan PAS manakala PAS meletakkan calon di kawasan DAP.

"Apapun mereka buat, tak mungkin boleh berjaya dan BN telah siap sedia dengan taktik terbaru ini. Ini trend baru dan permainan baru," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara eksklusif di sini.

Mohamed Ali, yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Katil, percaya matlamat DAP ialah untuk menguasai PAS dan menggunakan taktik sama seperti PAP di Singapura untuk memecahbelahkan orang Melayu di negara jiran berkenaan.

Beliau juga mahu melihat sejauh mana strategi itu mengena kerana kononnya DAP berpendapat masyarakat akan mengikut secara membuta tuli.

"Tapi saya yakin masyarakat bijak... mereka akan buat penilaian yang terbaik untuk masa depan negara kita, kita tak boleh perjudikan masa depan negara," katanya.

Katanya strategi terbaru pembangkang itu juga dilihat sebagai cabaran besar kepada Umno dan BN selain daripada cabaran media sosial yang dilihat sebagai punca kekalahan parti pemerintah itu pada pilihan raya umum 2008.

"Saya harap pengundi bersikap sederhana, mementingkan perpaduan dan masa depan negara dan tidak boleh terikut-ikut dengan rentak DAP. Rentak DAP ini boleh membawa masa depan yang bahaya berikutan ekstremisme mereka," katanya.

Sebagai contoh, katanya penghinaan kepada orang Melayu pada 13 Mei 1969, gelaran hitam metalik kepada pemimpin Umno dan cadangan parti itu untuk mengurangkan jumlah penjawat awam jika berkuasa, jelas menunjukkan DAP adalah anti Melayu, katanya.

Katanya sekiranya parti itu berkuasa, Malaysia akan menjadi negara yang tidak stabil dan harmoni kerana keangkuhan parti berkenaan boleh menimbulkan kebencian di kalangan penduduk berbilang kaum dan mengganggu-gugat masa depan negara yang aman dan makmur.

Selain itu, katanya wujud pertembungan nilai dan akhlak yang diamalkan pembangkang seperti sokongan yang diberikan program Seksualiti Merdeka baru-baru ini sedangkan Umno dan BN sentiasa mempertahankan nilai-nilai ketimuran.

Mohamed Ali berkata pembangkang juga jangan bermimpi untuk merampas Johor, Melaka dan Negeri Sembilan pada pilihan raya akan datang.

"Dia kena jaga negeri yang dia dah tawan. Difahamkan Kelantan boleh tumbang begitu juga Kedah dan Selangor dan kalau dia nak pertahan pun Pulau Pinang. Saya percaya jika orang Umno dan BN Pulau Pinang kerja kuat, kita boleh rampas Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata Umno dan BN tidak berputus asa berusaha mengambil semula negeri terbabit walauapa pun yang terjadi dengan memberi contoh keupayaan BN merampas semula kerusi parlimen Kota Melaka selepas 34 tahun dikuasai DAP.

Mengenai Umno yang disaran menjadi ejen perubahan dalam arena politik baru, lebih banyak penjelasan perlu dilakukan supaya anggota Umno dapat memahami dalam semua aspek bagaimana parti bersedia untuk menghadapi pilihan raya dengan tindakan yang patut dilakukan dan juga gerak kerja yang tersusun.

"Saya melihat kita pada kali ini perlu memahami perjuangan Umno sendiri kerana parti banyak difitnah, dikatakan parti yang tidak berjasa, hanya kepada kumpulan tertentu, parti perkauman, rasuah, menekan orang Melayu, menganiaya orang Cina dan tidak berjasa kepada negara," katanya.

Sebaliknya, sejarah telah membuktikan bahawa sumbangan Umno dan pengorbanan orang Melayu kepada negara dan penduduk Malaysia yang berbilang kaum sangat besar sehinggakan kerusi majoriti Melayu pun diberikan kepada parti lain dengan tujuan berkongsi kuasa.

Monday, October 17, 2011

Menjelang PRU- 13!!! Rosmah dan Najib Difitnah Lagi!!!

Rekayasa Fitnah Pakatan Haprak!!!
Momentum PRU-13 kini bermula.  Ini dengan tersebarnnya rekayasa fitnah cincin Rosmah.  Kalau tidak Chegubard siapa lagi?  Hanya Chegubard yang masih frust menonggeng kerana tidak ditonggeng oleh Anwari!!!???  

Adakah ini bermaksud Pakatan Haprak akan membubarkan kabinet negeri untuk berentap di PRU-13?  Beranikah mereka untuk melepaskan negeri mereka yang diidamkan sekian lama?  Mereka sudah mengetahui bahawa keputusan PRU-13 tidak akan menyebelahi mereka lagi!!??  Rakyat sedar dengan pembohongan mereka!!!??  Sememangnya mereka memang sudah tahu kekalahan akan mengetuk pintu rezeki mereka menyebabkan mereka mengeluarkan fitnah dalam bentuk rekayasa.  

Siapa yang pandai mengolah ayat memang orang yang bijak...tetapi siapa yang suka menabur fitnah adalah orang yang rugi!!!

Semua orang sedar cincin itu bukan milik Rosmah!!??  Kerana begitu terdesak maka Pakatan terpaksa mengedarkan bahan cetak yang sudah ditempah sebelum ini!!??  Walaupun  mereka sedar bahawa mereka akan terbukti menipu rakyat serta pecah tembelang sekali lagi!!??  Apa nak buat!!??  Wang pendahuluan sudah dibayar, kalau tidak disebarkan maka rugilah Chegubard!!???  Dah sah terdesak!!???

Thursday, April 21, 2011

28 YB Lompat Kapal BN!???

Menurut Lawyer Garang terdapat kemungkinan perkara di atas untuk menggesa Taib Mahmud meletakkan jawatannya dengan kadar segera atau mereka ini akan menyertai DAP untuk membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat!!!??


Kononnya YB Katak ni nak bagi tekanan buat CM untuk menyuruh beliau menamakan bakal pengganti beliau dan terus berundur dari dunia politik!!??  Mereka YB Katak ini dikhabarkan akan mengugut untuk menyertai DAP bagi membentuk kerajaan majoriti bersama DAP!!!??

Apalah kecoh sangat nak buat CM berundur?!! Kalau tiba masanya CM akan berundur memandangkan pelan peralihan kuasa sedang berjalan dengan lancar!!  Yang menjadi persoalan sekarang pula bila si Cau Kit Siang nak berundur?!!  Tak sedar ke lebih 47 tahun dalam politik lepas tu mengamalkan nepotisme macam Anwar Ibrahim juga.  Kalau dapat DAP tu semua ahli keluarga sehingga ke kaum kerabat jadi exco tertinggi Cau Kit Siang!!!???

Janganlah DAP cemburukan kemenangan BN sehingga sanggup membuat tohmahan dan menyebarkan fitnah mengenai YB BN nak lompat kapal?!!  YB BN semuanya setia kepada Barisan Nasional!! Kalau tidak mereka tidak akan dipilih oleh CM untuk menjadi wakil rakyat di kawasan BN!!!

YB Pakatan Haram yang selalu lompat kapal memandangkan pemimpin pakatan haram tidak mempunyai karisma dan berkaliber!!  Ini menyebabkan nasib YB Pakatan Haram sentiasa tersisih oleh Exco tertinggi Pakatan Haram yang rata-ratanya semua kaum kerabat Cau Kit Siang, Anwar Ibrahim atau Karpal Singh!??  Siapa sebenarnya mahu lompat sekarang?!!

Wednesday, March 30, 2011

Patuhi Undang-undang Semasa Berkempen

Kawasan berikut telah diklasifikasi sebagai kawasan panas oleh SPR.  

  1. N.4 Pantai Damai - Dr Abdul Rahman Junaidi  
  2. N.12 Kota Sentosa - Chong Chieng Jen 
  3. N.13 Batu Kawah - Tan Joo Phoi 
  4. N.19 Kedup - Frederick Bayoi Manggie 
  5. N.39 Repok - Datuk David Teng Lung Chi 
  6. N.46 Dudong - Datuk Dr Soon Choon Teck 
  7. N.48 Pelawan - Vincent Goh 
  8. N.49 Nangka -Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah
  9. N.51 Balingian - Ketua Menteri Sarawak
Panas disebabkan oleh orang yang bertanding di situ?  Panas kerana majoriti pengundi di kawasan di situ tidak suka ADUN yang berkempen di situ?  Panas kerana persaingan sengit yang melihat bakal calon yang bertanding sama hebat?!!! 

Panas kerana orang kuat SPR yang akan disokong oleh pegawai polis berpangkat inspektor?  Mereka ini akan menguatkuasakan undang -undang semasa pilihanraya dijalankan.  Sesiapa yang tidak mengikut undang-undang akan didakwa terus.  

Putih Maya mahu mengingatkan agar semua ceramah dibekalkan dengan permit yang sah!!


Sembilan kawasan panas 
by Oleh Agnes Tugong. Posted on March 29, 2011, Tuesday
PANDUAN: Wan Ahmad menunjukkan buku panduan penguatkuasaan yang akan digunakan pada pilihan raya negeri Sarawak April ini.
SPR hantar pasukan penguatkuasa pantau kempen pilihan raya yang dijangka sengit

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenal pasti sembilan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai kawasan panas pada Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10, April depan.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kawasan berkenaan ialah N.4 Pantai Damai, N.12 Kota Sentosa, N.13 Batu Kawah, N.19 Kedup, N.39 Repok, N.46 Dudong, N.48 Pelawan, N.49 Nangka dan N.51 Balingian.
Sembilan kawasan DUN panas yang bakal menyaksikan kempen-kempen yang cukup sengit itu ketika ini disandang oleh Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB) bagi DUN Balingian; Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB) – Nangka; Vincent Goh (BN-SUPP) – Pelawan; Datuk Dr Soon Choon Teck (BN-SUPP) – Dudong; Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP) – Repok; Frederick Bayoi Manggie (BN-PBB) – Kedup; Tan Joo Phoi (BN-SUPP) – Batu Kawah; Chong Chieng Jen (DAP) – Kota Sentosa dan Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB) – Pantai Damai.
Bagi memastikan aktiviti kempen berjalan dengan lancar, pihak SPR akan menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) di kesemua sembilan kawasan DUN panas ini.
“Setiap pasukan PPKPR yang ditubuhkan akan dianggotai lima orang petugas terdiri daripada pegawai SPR, pegawai polis berpangkat inspektor ke atas, pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) dan seorang wakil bagi setiap calon yang bertanding.
“Bagi sembilan kawasan DUN yang dikenal pasti sebagai kawasan panas ini, pasukan PPKPR yang ditubuhkan akan dibahagikan kepada dua kawasan untuk dipertanggungjawabkan kelak.
“Ketua pasukan dalam pada itu akan diberikan kuasa untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana parti politik yang didapati melanggar peraturan kempen yang telah ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media sebelum menghadiri sesi Taklimat Penguatkuasaan Pilihan Raya bagi Zon Kuching di salah sebuah hotel terkemuka di sini membabitkan 32 kawasan DUN semalam.
Jelasnya, antara perkara yang akan dipantau oleh pasukan PPKPR pada pilihan raya kelak membabitkan aktiviti berkempen sama ada berpermit atau tidak, bahan kempen yang dipasang pada poster dan perkataan yang digunakan tidak bercanggah dengan isu sensitif.
Pihak SPR dalam pada itu katanya, akan menggunakan pendekatan mesra ketika memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen.
Tegasnya, mana-mana poster atau sepanduk yang didapati tidak mematuhi peraturan kempen akan diarah untuk diturunkan serta-merta.
Oleh itu katanya, semua pihak yang terlibat dalam aktiviti kempen kelak diingatkan supaya memberikan kerjasama dengan pegawai dan petugas bagi memastikan proses berkempen berjalan lancar.
Dalam pada itu, SPR meletakkan jangkaan optimistik ke atas peratusan undi pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini.
SPR katanya, sentiasa berharap peratusan undi sentiasa meningkat dari semasa ke semasa berdasarkan kepada kesedaran rakyat terhadap tanggungjawab mereka kepada negeri dan negara.
Pada pilihan raya 16 April depan, SPR melantik 24,376 orang pegawai dan petugas pilihan raya serta menubuhkan 80 pasukan PPKPR bagi membantu SPR memantau aktiviti kempen.
Bagi melancarkan lagi proses pilihan raya negeri kali ini, SPR akan menggunakan 843 perahu, 4,449 kenderaan pacuan empat roda, 27 helikopter dan dua pesawat ringan dari dalam negara dan luar iaitu Filipina dan Kalimantan Indonesia.
Hadir sama, Timbalan Setiausaha SPR Datuk Nordin Che Ngah sekali gus menyampaikan taklimat kepada kira-kira 32 pegawai petugas daripada 32 kawasan DUN Zon Kuching.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More