Tuesday, April 2, 2013

Pembangkang Semakin Lembap Mati Kutu Menjelang PRU13!


Pembangkang kini tonjol diri melalui projek kerajaan



KANGAR: Pembangkang kini menonjolkan diri melalui projek dan program kerajaan dengan mendakwa apa yang dinikmati rakyat adalah hasil perjuangan mereka, kata Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Beliau berkata, langkah terdesak itu bertujuan meraih sokongan pengundi menjelang pilihan raya umum dan beliau berharap rakyat tidak terpengaruh dengannya.
Berucap pada majlis penyampaian bantuan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di Simpang Empat dekat sini malam tadi, beliau berkata, selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membawa pembangunan di Perlis.

Md Isa berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai projek pembangunan serta program bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat secara berterusan.

"Mereka (pembangkang) mengaku bahawa projek yang memberi keuntungan kepada rakyat adalah hasil usaha mereka," katanya.

Sebelum itu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Rosley Mat ketika berucap di majlis itu berkata, pembangkang pernah menolak pembangunan di kawasan bandar Kangar termasuk semasa cadangan memindahkan Pasar Besar Kangar ke Kampung Sena beberapa tahun lalu.

Katanya, mereka mengkritik MPK kerana membuat keputusan memindahkan pasar itu dengan alasan ia menjejaskan rezeki peniaga namun apabila para peniaga meraih pendapatan lebih baik di lokasi baru menyebabkan pembangkang mengubah kenyataan.
“Mereka mula muncul di khalayak ramai dan mengaku bahawa merekalah yang berjuang untuk memindahkan pasar itu bagi meningkatkan pendapatan para peniaga,” katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 151 penduduk bandar menerima bantuan berjumlah RM1.2 juta dengan 84 daripadanya menerima bantuan sewa rumah untuk tempoh setahun, 48 orang menerima bantuan membina dan membaiki rumah dan 19 orang menerima bantuan kiosk perniagaan. - BERNAMA

Macam pernahku dengar dialog demikian. Kalau di Kangar, pembangkang berdolak-dalih menyatakan lokasi baru kurang sesuailah itulah inilah, kalau di Sibuti, hal yang sama turut belaku. PAS akan mengaku merekalah punca utama kerajaan menyediakan bekalan elektrik dan air bersih! Ptuuih! Setakat hendak menjadi lembu punya susu, sapi dapat nama baik tidak payah!

Pembangkang hendaklah menjadi lebih kreatif dan tidak hanya menjadi lanun seperti Kiram! Apabila Sabah sudah maju, tiba-tiba dengki dan mahu menjajah Sabah, walhal sebelum ini memijak kaki ke Sabah pun jarang sekali!

Semoga rakyat memilih parti yang benar-benar berkaliber untuk memimpin mereka. Jangan tersalah pilih nanti terkena kaki botol!

- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More