Showing posts with label Najib Razak. Show all posts
Showing posts with label Najib Razak. Show all posts

Saturday, March 17, 2012

Kenapa Anwar Takut?!!!

Anwar takut bila berdepan dengan RPK?!!  Tetapi beriya-iya mahu berdebat dengan PM?!!  Kenapa Anwar boleh memilih dengan siapa dia hendak berdebat?!!  Apakah benar Anwar sudah jadi penakut?!!! 
Tindakan Anwar tidak konsisten: Najib

Bharian 2012/03/17 

IPOH: Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang enggan berdebat dengan blogger, Raja Petra Kamaruddin di Kent, England adalah satu tindakan yang tidak konsisten.

Perdana Menteri berkata: "nampaknya dia (Anwar) tidak sanggup (berdebat dengan Raja Petra)."
"Kita mesti konsisten. Bila kita kata kita mengamalkan demokrasi dan kita bersifat terbuka, yang mana dia selalu salahkan kerajaan dengan mengatakan kerajaan (Barisan Nasional) tidak demokratik dan tidak terbuka.
"Tetapi sebenarnya, kalau kita lihat dari segi tindakan mereka seperti tidak membenarkan sesetengah akhbar serta mengharamkan menghadiri persidangan akhbar mereka, apakah itu konsisten dengan apa yang diluahkan mereka selama ini."

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang melaporkan Raja Petra mendakwa Anwar "chicken" (pengecut) selepas meminta penganjur "Forum WikiLeaks" untuk mengeluarkan nama Raja Petra dari senarai peserta forum itu yang berlangsung pada Sabtu di Kent, England.

Terdahulu, Najib merasmikan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wan Hwa2 yang bernilai RM9 juta di Mengelembu dekat sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, ini menunjukkan apa yang diperkatakan oleh Anwar tidak sama dengan apa yang dilakukannya.
"Lambat laun rakyat akan mempersoalkan perkara ini," katanya. - BERNAMA

Sunday, March 4, 2012

BN Buat Salah PM Minta Maaf?!!!

Semalam PM telah merendah diri dan meminta maaf atas segala kesilapan BN yang lalu.  Beliau juga berharap agar rakyat sedia menerima dan membenarkan BN untuk membetulkan kesilapan mereka dengan memberi mandat sekali lagi kepada BN untuk memerintah Malaysia.  Sungguh mulia seorang PM merendah diri untuk meminta maaf atas segala kesalahan pemimpin BN yang lepas yang masih dikenang oleh rakyat.  

Rakyat juga harus ingat akan perjuangan BN dalam membangunkan negara.  Tanpa BN Malaysia mungkin tidak akan berada dalam landasan yang sedia ada sekarang ini!???
Najib minta maaf atas kesilapan lalu BN
Wartawan Sinar Harian
3 Mac 2012

BALING - Barisan Nasional (BN) akan memperbetulkan kesilapan-kesilapan lalu yang membawa kepada kehilangan banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah dalam pilihan raya umum 2008, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, beliau memohon maaf bagi pihak BN atas kesilapan-kesilapan lalu tetapi berjanji akan membetulkannya dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, jika pengundi menolak perikatan itu seperti di Kedah, sedikit sebanyak adalah kerana ia telah membuat kesilapan.

"Pada saya kita jangan angkuh dan bongkak. Sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dulu mesti ada kesilapan kita. Kita minta maaf atas kesilapan kita dulu. Yang menang minta maaf yang kalah pun minta maaf," katanya pada Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam, Kuala Ketil, dekat sini hari ini.

Kenyataan itu mirip pendirian dilahirkan oleh Najib di Pelabuhan Klang ketika melancarkan jentera pilihan raya BN Selangor baru-baru dengan berkata, Pakatan Rakyat tidak perlu diberi "tempoh lanjutan" untuk terus memerintah Selangor yang menyaksikan banyak janjinya tidak tertunai malah membebankan rakyat dengan pelbagai masalah.

Perdana Menteri berkata, Selangor selama ini maju kerana dasar-dasar dan prasarana yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini, dan pihak pembangkang tidak boleh mendapatkan pujian terhadap hasil titik peluh BN itu.

"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.

"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya .

Selangor dan Kedah antara empat negeri tambahan dikuasai oleh pembangkang pada pilihan raya umum 2008. Dua negeri lain ialah Pulau Pinang dan Perak.

Perak telah diambil alih oleh BN pada awal 2009. Kelantan ditadbir oleh Pas sejak 1990.

Justeru kata Perdana Menteri, BN akan belajar dan bangkit semula daripada kesilapan itu.

"Daripada runtuhan BN di Kedah kita akan bangkit dan bina mahligai yang kukuh dan kuat. Itu azam kita. kita berazam bahawa kita sudah mempelajari daripada kesilapan kita. Kita beri perakuan, akujanji kepada rakyat bahawa akan datang kita akan laksanakan perkhidmatan yang cukup baik kepada rakyat.

"Yang dulu jadi sempadan jangan dibangkit-bangkit lagi...kita janjikan perubahan untuk rakyat Malaysia dan Kedah. Perjalanan sudah bermula," katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata hanya BN sahaja yang dapat memberikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat.

"Kita ada perancangan yang jelas, kita ada agenda yang tersusun rapi, kita ada peta jalan, kita ada fakta dan ada angka. Perangkaan yang cukup lengkap untuk memacu perubahan, membawa negara ke arah wawasan menobatkan negara sebagai negara maju berpendapatan tinggi. Ini bukan macam Buku Jingga," katanya.

Najib berkata kerajaan mahu memberi isyarat dan gambaran jelas bahawa kerajaan sudah hampir untuk melakukan transfomasi perubahan yang memberi banyak manfaat kepada rakyat.

Antara yang hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Wednesday, November 23, 2011

RESOLUSI KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA 2011

RESOLUSI KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA 2011

BAHAWASANYA kami peserta Konvensyen Media Sosial 1Malaysia,

1. Mengakui bahawa Gagasan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan pelan transformasi yang diilhamkan oleh Perdana Menteri merupakan satu langkah berwawasan bertujuan untuk membawa kemajuan dan kesejahteraan sosial, ekonomi dan politik di dalam negara

2. Menginsafi akan peri pentingnya bagi kerajaan, para pemimpin dan penggiat media sosial untuk mempunyai hala tuju dan pelan komunikasi yang terancang agar usaha menyebarkan maklumat dan memperjelaskan isu dapat dibuat secara lebih berkesan

3. Menyedari bahawa terdapat pihak tertentu yang sanggup menggunakan pelbagai cara yang tidak beretika serta menyebar kepalsuan semata-mata untuk memberi imej yang negatif terhadap pemimpin dan usaha murni kerajaan

4. Mengiktiraf akan kepentingan media sosial yang menjadi saluran informasi dan komunikasi pilihan generasi muda hari ini serta keperluan untuk memanfaatkan sepenuhnya media sosial ini sebagai saluran utama bagi mendekati golongan muda dan menyampaikan maklumat kepada mereka

Maka dengan ini, Konvensyen Media Sosial 1Malaysia mengambil ketetapan untuk:

Pertama, menggesa agar hala tuju dan pelan komunikasi yang tersusun dirangka serta dikoordinasikan dengan baik supaya maklumat dan isu dapat dijelaskan dengan lebih berkesan

Kedua, mencadangkan agar sebuah bank informasi dibangunkan bagi memudahkan penggiat media sosial untuk membuat rujukan dan berkongsi maklumat dengan mudah dan pantas seterusnya membolehkan ia disebarkan kepada masyarakat pelbagai peringkat dan lapisan demi mempertahankan kebenaran

Ketiga, menubuhkan satu sekretariat bagi menguruskan bank informasi ini secara efisien dan efektif.

Keempat, menyarankan agar penglibatan golongan muda melalui pelbagai platform dalam program transformasi Kerajaan dipertingkatkan bagi memberikan mereka gambaran yang jelas mengenai komitmen kerajaan terhadap rakyat, seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjelaskan transformasi yang sedang dilaksanakan ini di media sosial

Kelima, menyatakan komitmen untuk mengadakan siri jelajah Media Sosial 1Malaysia ke seluruh Negara sebagai satu lagi langkah bagi mendekati penggiat media sosial dari setiap lapisan.

Keenam, mendesak agar pemimpin-pemimpin Barisan Nasional segera meningkatkan penglibatan di media sosial, memanfaatkan sepenuhnya media ini untuk merasai denyut nadi rakyat serta memenangi hati mereka dan secara pro aktif menyebarkan maklumat, memperjelas isu dan mempertahankan dasar-dasar kerajaan.

Ketujuh, menyarankan agar Perdana Menteri menjadikan penglibatan aktif dalam media sosial sebagai salah satu kriteria untuk seseorang dinamakan sebagai calon dalam pilihanraya.

Kelapan, berikrar akan bersatu hati dan bersungguh-sungguh membantu kerajaan menyebarkan maklumat, memperjelas isu, menegak kebenaran dan menangkis kepalsuan

Kesembilan menyeru agar semua penggiat media sosial memberi sepenuh tumpuan kepada agenda bersama dan mengetepikan segala perbezaan serta perbalahan peribadi dan kumpulan.

Kesepuluh, berjanji untuk menggunakan media sosial secara bertanggungjawab demi memastikan hasrat Gagasan 1Malaysia dan pelan transformasi terlaksana dengan jayanya!

Bertarikh pada 20 haribulan November 2011

Kenyataan Media MyVo1ce : Kenyataan Media Yang Di Pertua 1AGENDA

Untuk makluman rakan-rakan dan para sahabat Blogger semua, Konvensyen Media Sosial 1Malaysia (KMS1M) adalah program Pertubuhan Agenda Sosial Media 1Malaysia (1AGENDA) dan bukan diinisiatifkan oleh mana-mana Kementerian seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.


YB Dato’ Mohd Sharkar dilantik Pengerusi kerana kapasiti beliau sebagai EXCO IT Negeri Pahang merangkap Ahli Kehormat Kelas Pertama 1AGENDA. YB Dato’ Sharkar juga menepati criteria kerana beliau bergiat serius di dalam facebook, twitter mahupun blog.


Saya sendiri selaku Pengerusi Jawatankuasa Peserta dan Pendaftaran, terlibat secara langsung dengan kehadiran Peserta dan Tetamu. Saya mengaku terdapat keciciran di dalam menyenaraipendekkan tetamu jemputan.


Untuk makluman, kebanyakan yang dijemput (rakan-rakan Blogger) adalah melalui sms dan bbm.

Saya memohon maaf jika terdapat keciciran dan inisiatif melancarkan MyVo1ce adalah untuk memastikan mesej dan networking jentera perlaksana ‘ spiwar’ pro BN digerakkan secepatnya.

Tidak terlintas untuk ‘sideline’kan sesiapa dan mengakui ianya adalah kesilapan dan salah faham semata-mata.

1AGENDA mengiktiraf semua rakan penulis dan penggiat media sosial terutama rakan-rakan yang telah lama berjuang menulis untuk membantu mempertahankan dasar-dasar Kerajaan BN yang kita kasihi.

Sesuai dengan pengiktirafan YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib kepada semua Penggiat Media Maya sebagai ‘new army untuk Barisan Nasional, saya menyeru agar kita semua (Penggiat Media Maya) untuk bersatu dan bersama-sama ‘turun padang’ untuk menyampaikan maklumat tepat dan cepat sekaligus menafikan kepalsuan dan pembohongan yang dilakukan oleh pihak tidak senang melihat kejayaan Gagasan 1Malaysia.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk membetulkan kekeliruan berikutan kehadiran YB Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Rais Yatim pada Majlis ini adalah di atas jemputan Jawatankuasa dan bukannya sebagai Penganjur. Program ini berkaitan dengan Kementerian berkaitan yang mengawal selia media sosial.

Harap Maklum. Sekian dan Wassalam.


Zul Azhar bin Cha


Yang Di Pertua

Wednesday, November 16, 2011

Puak Pembangkang Mesti Sakit Hati!!??

Kajian UIA mendapati populariti Najib meningkat manakala ketua pembangkang 3 stooges pula merosot?  

Biar betik?!!  Adakah laporan ini berdasarkan data yang sahih?  Begitulah komen Rafizi Romen nanti dan Saifuddin Naksution pula akan menangkis kesahihan kajian manakala Nurul Izzah pula akan menjinjing barangan KR1M sambil menghayun-hayunkan botol kicap dengan tidak puas hati!!??  Manakala Wardina akan mentwit kan blogger pro-UMNO tidak pandai blogging sebab dah sah Wardina nak bertanding jadi mangkuk Parlimen!!??  Kalau tidak pun dia akan marah Nik Aziz, Anwar dan Guan Eng agar belajar dulu cara untuk menjadi popular bukan ikut suka cakap sahaja??!!

Tapi kalau betullah populariti Najib semakin naik kenapa anggota DAP masih menjual burung Ubah dan majalah Ubah semakin banyak bertimbun di kedai-kedai buku di Miri seperti di Belle's Bookstore?!!?? 

Populariti Najib meningkat; Anwar, Nik Aziz dan Guan Eng merosot : Kajian UIA

16/11/2011 -Bernama

Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat dengan mantap sejak 2009 tetapi yang sebaliknya berlaku kepada tiga pemimpin utama pembangkang, demikian menurut kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 
 
Selain daripada Najib, kajian terhadap populariti lima personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003 manakala Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, menyaksikan populariti mereka merosot.

Prof Datuk Syed Arabi Idid dari Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, mengetuai kajian itu dari Mac 2008 hingga Julai 2011 bersama penyelaras penyelidikan, Azrul Hisyam Wakichan.

Satu sampel rambang purata 1,500 responden terdiri daripada pengundi Melayu, Cina dan India dari seluruh negara ditanya mengenai kepuasan mereka terhadap kualiti kepimpinan kelima-lima pemimpin itu.

Kajian itu menunjukkan peningkatan dalam populariti Najib adalah hasil usaha berterusan beliau untuk mendekati hati rakyat dan memimpin negara ke arah masa depan yang lebih cerah.

"Kajian ini dengan jelas menunjukkan responden Melayu, Cina dan India kini menerima Datuk Seri Najib," katanya.

Pada Okt 2008, 35 peratus responden Melayu, 33 peratus Cina dan 41 peratus India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59 peratus, 45 peratus dan 62 peratus.

"Hakikatnya rakyat kini lebih bersedia menerima Datuk Seri Najib sebagai pemimpin mereka," kata Syed Arabi yang menjalankan kajian mengenai populariti pemimpin-pemimpin sejak 1989.

Mengenai punca kemerosotan populariti Anwar, Nik Aziz dan Lim, beliau berkata ia banyak berpunca kerana isu-isu semasa dan kegagalan untuk mencapai kata sepakat dalam banyak hal.

Azrul Hisyam, yang menyelaras kajian itu, berkata kajian yang sama mendapati rakyat Malaysia masih memandang tinggi Dr Mahathir dan segala sumbangannya.

Purata 74 peratus daripada responden dalam soal selidik itu menunjukkan mereka menyanjungi Dr Mahathir sepanjang kajian empat tahun itu.

Azrul Hisyam berkata rakyat Malaysia melihat Dr Mahathir sebagai pemimpin yang telah membuktikan kebolehannya dan masih lantang bersuara.

"Mereka melihat beliau sebagai pemimpin teladan," katanya.

Sunday, November 6, 2011

Zaid Ibrahim Simpan Hasrat Untuk Jadi Perdana Menteri?!!!

KITA hari ini mengumumkan hasrat untuk menjadi Parti Pemerintah?!!   Mereka tidak mahu dilabelkan sebagai parti pengacau.  Untuk itu, Zaid akan menurunkan lebih banyak calon yang pasti menang atau meraih banyak undi agar KITA dapat memperolehi majoriti dalam PRU-13 kelak!???  Parti KITA belum lagi pernah memegang sebuah negeri tetapi sudah bercita-cita tinggi.  Kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal, jangan menduga lautan dalam?!!!   Sudah tentulah KITA bersedia dari segi jentera parti untuk menumbangkan kerajaan dan parti pakatan haram sekaligus agar memberi laluan kepada Zaid untuk menjadi Perdana Menteri!!??

KITA Bercita-cita Jadi Parti Pemerintah - Zaid

05 November, 2011 19:03 PM

KOTA BAHARU, 5 Nov (Bernama) -- Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan meletakkan banyak calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 kerana ia mahu menjadi parti pemerintah dan bukan parti pengacau seperti yang dilabel oleh pihak tertentu, kata Presidennya Datuk Zaid Ibrahim.

Sambil berkata Kita merupakan parti politik alternatif terbaik untuk rakyat kerana ia memperjuangkan kesejahteraan insan di negara ini, beliau berkata parti itu tetap dengan hasrat untuk menjadi parti pemerintah dan bukan parti pengacau mahupun pemecah undi.

"Kita bermatlamat menjadi parti pemerintah dan bukannya parti untuk merebut jawatan Perdana Menteri. Sebab itu kita mahu meletakkan calon sebanyak mungkin di kawasan yang difikirkan sesuai bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum nanti," katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin politik di Sabah dan Kedah yang menyifatkan KITA sebagai parti pengacau apabila berhasrat bertanding banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang.

"Kita bukan parti main-main atau parti untuk memecah undi rakyat. Malah parti ini memberi peluang rakyat buat pilihan, sebab itu kita mahu bertanding di semua kawasan yang mampu dan difikirkan sesuai dan sekaligus menjadi parti pemerintah.

-- BERNAMA

Wednesday, November 2, 2011

Oh Tidak!!! Gaji Najib Dipotong?!!!

Gara-gara Tin 'Kosong' Chua yang ingin menyertai 'seksualiti merdeka' untuk menunjukkan kebetinaannya, makan dia telah menyarankan agar gaji PM dipotong!!!??  Kalau diikutkan gaji LGE ultra rasis kiasu inilah yang sepatutnya dipotong kerana memalukan negara di mata warga asing!!???


Gaji Ambigagap dan penganjur Bershit yang mengeksport penunjuk perasaan dari Malaysia  ke Perth baru-baru ini juga patut dipotong!!???  Mereka inilah yang menyebabkan pelabur asing tidak ada keyakinan untuk melabur di dalam Malaysia!!??  Malaysia yang dahulunya aman dan tiada gejolak politik seperti yang diamalkan oleh Meloyakini dan Roketkini dengan menabur fitnah semata-mata!!???

Malaysia patut diharumkan dan bukan dikotor dan dicemar akibat rakyat Malaysia yang terlalu mengikut dan mencium lubang dibelakang pakatan rakyat!??  

Gaji Tin 'Kosong' Chua yang tidak fasih berloghat Kelate patut dipotong juga kerana sudah berpuluh tahun di Malaysia, bahasa Sabah dan Sarawak satu pun tidak mahir sehingga menyusahkan Dewan Rakyat!!???
Apa kata Tin Chua???

Usul potong sebulan gaji PM gagal tapi 'panas'
 
Hazlan Zakaria
4:12PM Nov 2, 2011

Pertikaman lidah berlaku di Dewan Rakyat hari ini ketika ahli parlimen berbahas berhubung usul untuk memotong sebulan gaji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
 
Malah Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia juga hilang sabarnya, setelah diasak semasa perbahasan usul yang dibawa oleh Tian Chua (PKR-Batu), yang mendakwa "masalah dan kepincangan" berlaku sejak Najib menjawat jawatan itu pada April 2009.

Usul itu, bagaimanapun ditolak dengan undi majoriti setelah dibahaskan oleh beberapa orang ahli parlimen termasuk dari Pakatan Rakyat dan kerajaan. Ia mendapat tentangan hebat dari BN termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Apa yang memberangkan Pandikar adalah apabila ahli parlimen mencelah tanpa kebenarannya - satu pencabulan peraturan tetap dewan.

Speaker itu juga membidas ahli Dewan Rakyat yang cuba ‘mengarahkannya’ mengenai cara melakukan tugasnya itu, di sebalik diri mereka yang gagal mematuhi peraturan dengan menggunakan perkataan seperti ‘bodoh’.

Bagi mengendurkan ketegangan, Pandikar membenarkan setiap wakil rakyat untuk berbahas selama sepuluh minit.

Tian Chua dan seorang penyokong pembangkang dibenar memulakan debat dan diikuti oleh dua anggota dari Kelab Penyokong BN dan seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapannya.
 
Usul itu adalah untuk mengurangkan gaji sebulan perdana menteri sebanyak RM22,826.65 dengan alasan, antaranya tindakan Najib yang didakwa tidak sensitif dengan kesusahan yang dihadapi rakyat apatah lagi dengan kadar inflasi yang tidak terkawal.Usul tersebut dikemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2012 bagi Jabatan Perdana Menteri.

Pembangkang juga menempelak langkah kerajaan membayar jutaan ringgit kepada firma perundingan perhubungan awam seperti Apco Worlwide dan FBC Media untuk mempromosi negara yang dikatakan memburukkan lagi keadaan.

Sumber Meloyakini

Saturday, October 29, 2011

Najib Harumkan Malaysia, Bershit Memalukan Malaysia di Australia!!??

Najib menghadiri CHOGM untuk memastikan nama Malaysia sentiasa harum di muka dunia.  Kutu -kutu Ambiga pula ke sana untuk membuka pekung dirinya dan memalukan Malaysia.  

Siapa kata Bersih tidak bermotifkan politik?  Kenapa si mamat blurr ni bawa pelekat yang tulis macam ini?!!!
Apa kaitan tuntutan bersih dengan isu Lynas?!!!  Chom Lee yang merupakan penganjur Bershit ini gagal untuk memastikan agenda mereka diterima.  Nampaknya Bershit ini syok sendiri siap dengan contengan pipi ala pergi main jadi badut menan!!??
Najib tiba di Perth untuk CHOGM

Posted on October 28, 2011, Friday

KETIBAAN: Najib disambut pegawai Kementerian Luar sejurus tiba di hotel penginapannya bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), Perth, kelmarin. Turut hadir Mustapa Mohamad (kiri) dan Anifah Aman (dua, kiri). — Gambar Bernama

PERTH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di sini Rabu malam bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel(CHOGM) dan mesyuarat berkaitan.

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Salman Ahmad dan isteri Tengku Karina Tuan Yusoff serta Konsul Jeneral Malaysia di Perth Hamidah Ashari.

Turut hadir Menteri Persekutuan untuk Pengajian Tinggi, Kemahiran, Pekerjaan dan Perhubungan Tempat Kerja Senator Christopher Evans serta Menteri negeri untuk Polis, Perkhidmatan Kecemasan dan Keselamatan Jalan Raya Robert Frank Johnson.

Sepanjang berada di sini, Najib dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Australia Julia Gillard dan Presiden Sri Lanka Mahinda Rajapaksa pada Khamis.

Pada hari sama, beliau akan menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Building Infrastructre for the 21st Century’ pada Forum Perniagaan Komanwel serta menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman mengenai ‘penstandardan’ antara Malaysia dan Uganda.

Najib turut dijadual mempengerusikan sesi mengenai Peluang Perniagaan dan Pelaburan di Malaysia serta menyertai Rundingan Meja Bulat Perdana Menteri Australia bersama Ketua-ketua Kerajaan Komanwel dan tokoh perniagaan.

Beliau dijadual sibuk menghadiri mesyuarat dua hala, sesi eksekutif dan rundingan santai manakala Rosmah akan menyertai program untuk isteri-isteri Ketua Kerajaan Komanwel.

Perdana Menteri akan mengadakan majlis barbeku untuk rakyat Malaysia di Perth pada Ahad sebelum kembali ke tanah air.

Najib mengetuai delegasi Malaysia ke CHOGM yang disertai Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Mustapa Mohamed serta pegawai kementerian berkenaan.

CHOGM 2011 bertemakan ‘Membangunkan Ketahanan Nasional, Membina Ketahanan Global’, akan dirasmikan Ratu Elizabeth II, yang juga Ketua Komanwel pada Jumaat. — Bernama

Wednesday, October 26, 2011

Bongkar!! Siapa Bagi Info Dalaman Rosmah Kepada PKR Saifuddin Nasution?!!!

 Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai orang tersebut silalah ke pautan MIK!!

Monday, October 17, 2011

Menjelang PRU- 13!!! Rosmah dan Najib Difitnah Lagi!!!

Rekayasa Fitnah Pakatan Haprak!!!
Momentum PRU-13 kini bermula.  Ini dengan tersebarnnya rekayasa fitnah cincin Rosmah.  Kalau tidak Chegubard siapa lagi?  Hanya Chegubard yang masih frust menonggeng kerana tidak ditonggeng oleh Anwari!!!???  

Adakah ini bermaksud Pakatan Haprak akan membubarkan kabinet negeri untuk berentap di PRU-13?  Beranikah mereka untuk melepaskan negeri mereka yang diidamkan sekian lama?  Mereka sudah mengetahui bahawa keputusan PRU-13 tidak akan menyebelahi mereka lagi!!??  Rakyat sedar dengan pembohongan mereka!!!??  Sememangnya mereka memang sudah tahu kekalahan akan mengetuk pintu rezeki mereka menyebabkan mereka mengeluarkan fitnah dalam bentuk rekayasa.  

Siapa yang pandai mengolah ayat memang orang yang bijak...tetapi siapa yang suka menabur fitnah adalah orang yang rugi!!!

Semua orang sedar cincin itu bukan milik Rosmah!!??  Kerana begitu terdesak maka Pakatan terpaksa mengedarkan bahan cetak yang sudah ditempah sebelum ini!!??  Walaupun  mereka sedar bahawa mereka akan terbukti menipu rakyat serta pecah tembelang sekali lagi!!??  Apa nak buat!!??  Wang pendahuluan sudah dibayar, kalau tidak disebarkan maka rugilah Chegubard!!???  Dah sah terdesak!!???

Friday, November 5, 2010

1Malaysia di Batu Sapi - Penilai Kesetiaan Tak Berbelah Bagi


05 November, 2010 01:07 AM

Konsep 1Malaysia Najib Diterima Cemerlang Dalam Ujian Politik Pertama Di Sabah

Oleh Newmond Tibin

SANDAKAN, 5 Nov (Bernama) -- Konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terbukti diterima dengan cemerlang, dalam ujian politik pertama di Sabah, bila rakyat Batu Sapi bersatu di belakang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil parlimen kawasan itu yang baru saja selesai.

Dilihat sebagai kemenangan yang cukup sentimental dan manis buat calon BN Datin Linda Tsen, yang baru kehilangan suami, penyandang kerusi parlimen Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam kemalangan jalan raya 9 Okt lepas, parti pemerintah membuktikan bahawa BN sentiasa menjadi "pilihan nombor satu" rakyat Sabah.

Berdepan dengan segala kemungkinan, Tsen menumpaskan dua calon pembangkang - presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah dalam pilihan raya kecil itu dengan itu mengekalkan kerusi di tangan BN.

Tsen, dari Parti Bersatu Sabah (PBS), memenangi kerusi itu dengan majoriti bertambah 6,359 undi.

Beliau meraih 9,773 undi sementara Ansari dan Yong, masing-masing mendapat 3,414 dan 2,031 undi.

"Kemenangan ini adalah sokongan begitu jelas dan ketara terhadap konsep 1Malaysia Najib serta sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah.

"Ia juga membuktikan Sabah memang sebenarnya "fixed deposit" atau simpanan tetap buat BN," kata timbalan pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak kepada Bernama.

Salleh berkata kemenangan BN menunjukkan bahawa rakyat Batu Sapi mahukan politik pembangunan menerusi hubungan baik antara kerajaan negeri dengan Pusat.

"Penduduk Batu Sapi mengetahui dengan pasti bahawa hanya Barisan Nasional boleh membawa pembangunan untuk mereka. Mereka juga berharap konsep 1Malaysia untuk mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik.

"Mereka tahu bawa mereka mempunyai masa depan lebih cerah dalam BN," kata beliau.

Salleh, bekas Ketua Menteri, berkata majoriti besar yang tidak dijangkakan itu membuktikan penolakan terhadap stail politik konfrontasional dan kedaerahan (Sabah untuk rakyat Sabah) yang diamal oleh SAPP dan jenama politik pembangkang.

"Ini adalah permulaan baru buat BN untuk meraih kembali keyakinan rakyat selepas tsunami politik 2008, terutama di Semenanjung Malaysia.

"Pengundi Batu Sapi termasuk masyarakat Cina memperakui bahawa BN adalah juga untuk rakyat Sabah. Kita harap rakyat Sabah akan terus menyokong Barisan Nasional dan menentukan Sabah terus menjadi simpanan tetap untuk parti gabungan yang memerintah," kata beliau.

Salleh berkata keputusan itu juga menunjukkan sentuhan ajaib Musa, selaku pengarah pilihan raya kecil BN.

Musa, yang mengemudi BN negeri kepada kemenangan besar dalam pilihan raya umum 2008, membuktikan kecekalannya untuk memenangi hati dan fikiran pengundi Batu Sapi.

BN negeri hampir menyapu bersih dengan memenangi 24 daripada 25 kerusi parlimen dan 59 daripada 60 kerusi negeri yang dipertaruhkan pada piliha raya umum itu.

Para penganalisis politik melihat kekalahan yang cukup mengaibkan buat "Taiko" SAPP Yong dan Ansari, sebagai satu panggilan untuk mengejutkan parti-parti pembangkang agar mendengar gesaan penyokong supaya mereka membentuk satu gabungan dalam berdepan dengan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Mereka berkata kekalahan ini satu pelajaran pahit buat mereka.

"Kita tidak menjangka SAPP dan PKR kalah begitu teruk dalam pilihan kecil Batu Sapi," kata seorang daripada penganalisis itu.

-- BERNAMA

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More