Sesiapa yang sudah membaca blog Zulkifli pasti sudah panas apabila mengetahui taktik kotor DAP dan PKR dibelakang PAS. Kesian PAS tidak dipakat bersama oleh DAP dan PKR. Agaknya PAS minta Kelantan jangan diusik kalau pakatan rakyat memerintah kerajaan persekutuan kelak.
Anwar nak jadi Perdana Menteri. Itu sahaja! Dia pasti tidak akan menjadi Perdana Menteri yang lama mungkin yang paling sekejap dalam sejarah Malaysia. Timbalan Perdana Menteri Lim Kit Siang akan naik dengan segera dan wujudlah Singapura di Tanah Malaya kelak? Mungkin ini sudah bermain dalam fikiran Lim Kit Siang dan Lee Kwan Yew? Mustahilkah tidak lama lagi Malaysia akan dimiliki oleh Lee Kwan Yew menggunakan badut DAP dan PKR?
‘Konspirasi syaitan’ makin panas
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Pendedahan mengenai ‘konspirasi syaitan’ antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin panas apabila strategi halus parti itu untuk menguasai Kerajaan Persekutuan pula ‘dilondehkan’ oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar).
Beliau yang juga bekas wakil rakyat PKR mendakwa, dalam usaha untuk memastikan jawatan Timbalan Perdana Menteri diisi oleh DAP tanpa sebarang bantahan oleh masyarakat bumiputera, parti tersebut akan meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi Parlimen.
Jelasnya, strategi itu selaras dengan janji Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melantik pemimpin Cina sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan tetapi ia akan dilakukan secara halus.
“DAP akan meletakkan seorang dua calon Melayu sebagai ‘badut’ untuk bertanding di kerusi Parlimen yang selamat dan jika pembangkang menang pilihan raya umum, langkah sementara adalah melantik ‘badut’ tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memenuhi kuota DAP.
“Kedudukan ini akan berterusan sehingga suasana politik tenang dan stabil. DAP akan menunggu sehingga mereka benar-benar mencengkam Kerajaan Persekutuan dan selepas itu barulah Penasihat DAP, Lim Kit Siang ‘ditabal’ sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Semua ini taktik licik kerana mereka tahu orang Melayu tidak akan boleh menerima Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau antara cauvinis paling teruk yang pernah disaksikan dalam sejarah negara,” dakwanya.
Beliau membuat dakwaan terbaru itu dalam entri terkini bertajuk Konspirasi Syaitan II di dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com, hari ini, sebagai susulan kepada pendedahan awal yang dibuat semasa membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat minggu lalu.
Sebelum ini, Zulkifli mendakwa, wujud perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik antara DAP dengan PKR yang tidak diketahui Pas bagi membolehkan parti tersebut memiliki autonomi ke atas Pulau Pinang selain dilantik sebagai menteri besar di negeri-negeri yang dimenangi.
Pendedahan itu kemudian dikukuhkan lagi dengan pengakuan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, yang percaya dalang utama di sebalik konspirasi tersebut adalah Anwar, memandangkan Ketua Umum PKR itu pernah menasihat agar tidak diberikan ruang kepada Pas.
Mengulas lanjut, beliau menambah, bagi memenangi hati bumiputera, DAP akan melaksanakan kempen kononnya parti itu menghormati orang Melayu selaku penduduk asal negara ini apabila memilih kaum majoriti itu sebagai calon untuk bertanding di bawah bendera parti berkenaan.
Katanya, langkah tersebut disusuli pula dengan sokongan kelompok ‘Anwarinas’ dalam Pas yang gah mendabik dada kononnya, inilah bukti DAP mengiktiraf Islam selaras dengan slogan ‘kepimpinan khalifah’ seperti yang dilaung-laungkan sekarang.
“Apa yang Pas tidak tahu adalah kepimpinan DAP dan PKR sebenarnya sedang bermain sandiwara dan silap mata bagi membuktikan parti itu bukan cauvinis atau rasis, kelak nanti akan terbongkar tembelang mereka dan masa itu barulah golongan badut ini akan ternganga,” ujarnya.
Pada masa sama, Zulkifli mendakwa, calon Melayu juga akan diletakkan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang selain negeri-negeri pantai barat bagi membolehkan calon tersebut dilantik sebagai exco yang menjaga hal-ehwal Islam.
Ini kerana jelas beliau, DAP tidak mahu jawatan exco tersebut yang berkuasa ke atas Majlis Hal Ehwal Islam, terlepas ke tangan wakil rakyat daripada parti lain memandangkan majlis itu mempunyai simpanan harta dan tanah wakaf bernilai ratusan juta di Pulau Pinang.
0 comments:
Post a Comment