Warga asing memang pandai menuduh kerajaan selalu berlaku tidak adil!!?? Semasa mereka menjajah Malaya dan Borneo dahulu pun mereka tidak pernah adil!!?? Berapa ramaikah golongan cendekiawan yang dapat ditaja semasa penjajahan mereka?!!! Rata-rata sekali merekalah yang meminggirkan setiap kaum di zaman penjajahan mereka sehinggakan mereka dihalau keluar sama ada melalui persidangan mahupun pemberontakan!!!???
Baru-baru ini ada juga penulis asing yang menghina kaum di Sarawak malah bukan penulis asing sahaja malah rakyat Malaysia yang kurang arif tentang budaya di Malaysia Timur pun ada juga yang menggelupur apabila tiba di Sarawak!!?? Semoga pihak kerajaan akan menumpukan lebih banyak peluang untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di Malaysia Barat yang masih tidak dapat membezakan antara Sabah dan Sarawak!!!??
Tiada yang diabaikan: TPM
by Clare Cinderella. Posted on February 26, 2012, Sunday
Kerajaan beri peluang, hak sama rata kepada setiap kaum berkongsi pembangunan
BANTUAN RAKYAT: Muhyiddin (dua kanan) menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada salah seorang wanita Kelabit dari Long Peluan, sambil disaksikan oleh Jabu (tiga kanan) dan Shafie (empat kanan).
LONG BERUANG: Tiada satu pun kaum di negara ini diabaikan oleh kerajaan, sebaliknya semua pihak diberi peluang dan hak sama rata untuk berkongsi pembangunan dan kemajuan negara.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh kerajaan mengabaikan masyarakat luar bandar, memberitahu setiap rakyat dilayan sama rata dan adil oleh kerajaan tanpa mengira di mana mereka berada, sama ada di bandar, luar bandar ataupun terpencil di pedalaman.
“Ini termasuk masyarakat Penan yang dituduh oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutamanya ‘kumpulan hak asasi manusia’ telah dipinggir dan diabaikan oleh kerajaan,” katanya semasa berucap pada majlis ‘Pemimpin Bersama Rakyat’ di Long Beruang di Ulu Baram, semalam.
“Pelbagai usaha telah dan akan dibuat oleh kerajaan untuk memastikan mereka (kaum Penan) tidak ketinggalan di belakang dan membawa mereka bersama untuk menyertai arus pembangunan perdana dan kemajuan dalam negara,” katanya.
Katanya, ia adalah harapan kerajaan dan aspirasi untuk kaum Penan supaya mereka tidak ketinggalan dan sama-sama berkongsi dan mengecapi pembangunan negara.
Muhyiddin memberitahu lagi, kedua-dua kerajaan pusat dan negeri telah dan sedang merangka pelbagai program pembangunan untuk rakyat dengan kerajaan pusat akan terus komited bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk meningkatkan standard hidup rakyat terutama kaum Penan di Baram.
Bagaimanapun, menurut beliau, ia masih terpulang kepada rakyat untuk menyokong dan memberi komitmen mereka sendiri untuk bekerjasama dengan kerajaan.
“Masyarakat itu sendiri yang perlu memberi komitmen dan berazam untuk memperbaiki standard sosioekonomi mereka,” katanya sambil menambah, dengan sumber asli dan semula jadi yang banyak, sektor pertanian khususnya perladangan getah akan menjadi salah satu cara untuk keluar daripada belenggu kemiskinan.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau memuji usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri dalam melaksanakan skim penanaman getah bermutu tinggi.
Skim tersebut, katanya, bukan sahaja memberikan mereka pendapatan yang lumayan iaitu di antara RM3,000 sebulan bagi setiap isi rumah, malah turut menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau dan Senator Lihan Jok.
0 comments:
Post a Comment