Wednesday, August 29, 2012

PAS Sudah Lama Masuk IPT Dalam Dan Luar Negara!!??



Kalau UMNO baru nak masuk IPTA, PAS pula sudah lama bertapak di IPT baik di dalam negara mahu pun di luar negara?

Mereka ini selalu bertopengkan perkumpulan yang menyebarkan Islam untuk menarik pelajar tahun ketiga yang selalunya ingin kembali ke pangkal jalan setelah berpoya-poya semasa tahun pertama dan tahun kedua pengajian.

Dalam mengkaji ilmu Islam mereka turut diselitkan dengan isu-isu politik negara Malaysia dan bukan negara tempat mereka sedang menuntut!

UIA dan MRSM Kelantan sudah lama mendirikan tapak PAS di hati setiap penuntut yang tidak kenal apa itu politik!!!

Nampaknya Barisan Nasional harus bangkit dari berangan-angan bahawa tiada politik di dalam kampus IPTA!?  

Tanpa saluran yang betul dan cara yang sesuai, mungkin mahasiswa tidak dapat dibimbing mengikut politik yang rasional!??  Anwar sahaja sudah berpolitik semasa menjadi mahasiswa!

Dia juga yang mengadakan demonstrasi jalanan di Kedah! Sekiranya golongan begini tidak dikawal maka lebih banyak lagi politik jalan raya yang akan berdiri di kampus-kampus IPTA?

Siapakah yang menconteng papan tanda jalan yang menggunakan bahasa Inggeris kepada Melayu semasa menuntut di UM dulu?  Sekiranya ada parti politik di kampus mungkin perkara sedemikian dapat dikawal dan Anwar mungkin tidak akan menyontot jantan dan betina?


Saturday, August 18, 2012

DAP sokong Alfred Jabu sebagai calon Ketua Menteri Sarawak?


DAP yamg mengaku mereka dapat menjalankan tugas pemilihan Ketua Menteri dengan baik adalah tipu lagi!

Pulau Pinang menyaksikan bukan anak tempatan telah dinaikkan oleh DAP Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri iaitu Lim Guan Eng yang memang datang dari Melaka!

Adakah tiada calon yang layak daripada DAP Pulau Pinang sehingga
mereka akur dengan keputusan DAP untuk meletakkan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang!!!

DAP tak terkejut pengumuman Alfred Jabu calon sesuai KM

Berita Harian Online 18 Ogos 2012 - 07:20:13 AM



SIBU: Tindakan bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Yaacub secara tiba-tiba mengumumkan nama Tan Sri Alfred Jabu Numpang, sebagai calon sesuai menggantikan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, tidak mengejutkan DAP.

Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, berkata pihaknya menganggap pengumuman itu lebih kepada usaha memancing undi pengundi Bumiputera terutama di kalangan masyarakat Dayak di kawasan Parlimen Sibu.

Katanya, tindakan itu jelas menunjukkan Taib tidak mempunyai sebarang rancangan peralihan dengan pihak ketiga terpaksa campur tangan dengan mencadangkan Jabu yang juga Timbalan Ketua Menteri menjadi Ketua Menteri.

"Jika Ketua Menteri sendiri tidak boleh memilih penggantinya, maka kami boleh memilihnya dan ia tidak menjadi masalah kerana DAP mempunyai ramai calon berkelayakan. Situasi seperti ini sudah berlaku di Pulau Pinang dan kita berjaya melakukannya," katanya ketika ditemui selepas melawat rumah panjang di kawasan Pasai di sini, kelmarin.

Saturday, August 4, 2012

Tsunami Politik Lompat Parti di Sabah?

Mengikut blogger kembar seiras akan wujud lebih ramai lagi peserta lompat parti time-olimpik di Sabah.

Ikutilah petikan dari kembar-seiras di bawah.

PANAS DARI SABAH..SENARAI MP DAN ADUN YANG BAKAL TINGGALKAN BN

kembar seiras
 http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/268711_253784618071793_1213963715_n.jpg

                                       PANAS !! Lagi 'orang besar' BN akan sertai PR di Borneo ??!!

Selepas Ahli Parlimen Beaufort YB Datuk Seri Lajim Hj. Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran YB Datuk Wilfred Boomboring, ada tiga nama lagi diperayai akan menyusul dalam masa terdekat, mereka adalah Ahli Parlimen Penampang YB Tan Sri Bernard Dompok, Ahli Parlimen Ranau YB Siringan Gubat dan Ahli Parlimen Putatan YB Datuk Dr. Marcus Mojinggoh.

Manakala di peringkat ADUN Sabah pula mereka yang dijangka akan turut berbuat demikian ialah ADUN Moyog YB Donald Peter Mojuntin, ADUN Kuala Penyu YB John Teo Mau Sing, ADUN Kuamut YB Masiung Banah, ADUN Paginatan YB Datuk Ewon Ebin, ADUN Bingkor YB Justin Guka dan ADUN Nabawan YB Datuk Bobby Suan. Enam orang kesemunya.

Sumber: Ismaily Bungsu B (Mantan Pengarah Kebudayaan Sabah 20 tahun, dan mantan Penasihat Berkenaan kebudayaan Malaysia dan Teater Kebangsaan)

Thursday, August 2, 2012

Rafizi Ramli Naik Kerana Lucah!!!

Inilah rahsia disebalik peningkatan lucah Rafizi.  Teman Mymassa melaporkan.

PANAS! Video Kelucahan Melampau Rafizi, Telur Dan Belalai Depan Orang Ramai!!!


Inilah rahsia kenapa penyokong pembangkang suka dengar ceramah Rafizi.

Ingatkan belajar luar negeri menjadikan Rafizi seorang pemuda yang berilmu dan sopan, rupa-rupanya Rafizi ni setaraf dengan Mat Sabu yang tak habis belajar. Tak pun sama macam Mahfuz yang cerita pasal bulu jembut.

Wednesday, July 25, 2012

PR Patut Hormati Autonomi Politik Sabah dan Sarawak.


PR dinasihatkan tidak mengganggu politik di Sabah dan Sarawak sekiranya benar menghormati autonomi Sabah danSarawak.

Mereka yang berpusat di Semenanjung haruslah membiarkan parti-parti politiktempatan di Sabah dan Sarawak untuk mengatur sistem politik masing-masing!

Sarawak sahaja yang memiliki parti tempatan dan berharap agar PR membiarkan politik tempatan menjaga kerusi parlimen tempatan. Kerusi di Semenanjung yang ada 166 buah kerusi pun belum tentu dapat ditawan tapi ada hati nak masuk Sarawak dan Sabah.
Jangan ganggu kerusi milik parti tempatan, kata Jeffery
by Nick Fletcher. Utusan Borneo, 24 Julai 2012, Selasa


TUNTUT HAK: Pengerusi Parti Reformasi Negeri (STAR) Cawangan Sabah Datuk Dr Jeffery Kitingan bercakap kepada media selepas menyempurnakan pelancaran Pusat Warisan Borneo di Taman BDC Stampin, dekat sini pada malam kelmarin.
Parti-parti kebangsaan daripada BN, PR dituntut biarkan parti tempatan miliki sebahagian besar kerusi pada PRU13

KUCHING: Pengerusi Parti Reformasi Negeri (STAR) Cawangan Sabah Datuk Dr Jeffery Kitingan menuntut agar parti-parti kebangsaan daripada kedua-dua pihak, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) membiarkan parti tempatan mempunyai sebahagian besar kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurut beliau, di kerusi Parlimen, parti-parti kebangsaan telah memiliki 166 kerusi di Semenanjung Malaysia dan satu di Wilayah Persekutuan Labuan untuk direbut dan mereka seharusnya meninggalkan sebahagian besar daripada 56 kerusi yang tinggal di Sabah dan Sarawak kepada parti tempatan.

“Mengapa mereka perlu mengawal segala-galanya jika mereka mengiktiraf autonomi (Sabah dan Sarawak).

“Jika mereka melakukan ini, mereka tidak menghormati hak-hak kita.

“Sedangkan kita harus membolehkan mereka bertanding di kerusi di mana mereka lebih kuat,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan pelancaran Pusat Warisan Borneo di Taman BDC Stampin, dekat sini pada malam kelmarin.

Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen, sementara Sabah 25. Tidak seperti Sabah, BN Sarawak tidak mempunyai mana-mana parti yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia tetapi PR di negeri ini terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, yang kesemuanya berpangkalan di Semenanjung Malaysia.

Ditanya mengenai pandangannya berhubung pilihan raya akan datang, Jeffery berkata senario 2008 di mana 165 kerusi di Semenanjung telah berpecah antara BN dan PR kemungkinan besar akan berlaku lagi dengan Sabah dan Sarawak sekali lagi bermain sebagai ‘pemain utama’.

Katanya jika parti-parti tempatan menguasai 56 kerusi Dewan, beliau percaya Sabah dan Sarawak boleh mempunyai suara yang lebih besar dan permintaan bagi hak-hak mereka seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia.

- Posted using BlogPress from my New iPad

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More