Monday, April 16, 2012

PRS Disabotaj SPDP di Julau?!?!?

Salang cuba disabotaj oleh SPDP?!?!?!  Mungkin inikah balasannya apabila PRN 2011 Salang tidak berkempen untuk Judat selaku ahli parlimen di kawasan berkaitan!?!??!  Sekiranya Judat tidak berkempen untuk Salang, adakah Sng akan menang tipis?!?!!?
Usaha sabotaj Salang didedah

Posted on April 13, 2012, Friday

Julau boleh jatuh ke tangan pembangkang jika parti komponen BN lakukan sabotaj
Masing
KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing memberi amaran bahawa Parlimen Julau boleh jatuh ke tangan pembangkang jika parti komponen Barisan Nasional (BN) mensabotaj penyandangnya Datuk Joseph Salang Gandum pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau mengakui kumpulannya tidak dapat berbuat apa-apa jika perkara itu berlaku.

“Kami berdepan ancaman serius di Julau daripada orang dalam BN yang mahu menentang Datuk Joseph Salang… kami tahu mengenai perkara ini dan telah melaporkannya kepada pucuk kepimpinan BN.

“Sekarang kami serahkan kepada pucuk kepimpinan BN untuk membuat keputusan, apa yang akan dilakukan ke atas mereka,” katanya semalam.

Masing menambah, Salang juga menyedari perkara tersebut dan telah memaklumkan perkara itu kepada beliau.

“Beliau (Salang) sedia maklum tentang apa yang berlaku di sana kerana ia adalah angkara segelintir daripada pihak BN,” ulangi Masing.

Salang adalah naib presiden PRS yang telah diperuntukkan dengan enam kerusi Parlimen.

Lima lagi kerusi milik PRS ialah Sri Aman, Lubok Antu, Kanowit, Hulu Rajang dan Selangau.

Masing, yang juga Menteri Kanan dan Menteri Kemajuan Tanah menjelaskan situasi di Julau sangat ‘tidak sihat’ kerana baginya ia bukan sahaja politik yang tidak bijak tetapi kotor.

Berhubung kemungkinan bekas Ahli Parlimen Julau Datuk Sng Chee Hua bertanding di Julau pada PRU akan datang, Masing berkata beliau tidak terlalu bimbang dengan perkara itu.

“Sng sendiri bukan ancaman kepada BN di Julau tetapi jika ada individu lain dari dalam BN memperalatkannya, baharulah ia cabaran bagi kami.

“Saya bimbang jika golongan elit politik memperalatkannya bagi apa juga tujuan yang saya tidak tahu, itu sangat membimbangkan,” kata Masing.

Mengenai kemungkinan Sng akan menggunakan sumbernya untuk mencabar PRS di lima kerusi lain, Masing berkata, beliau cukup memahami gelagat Sng sejak 25 tahun lalu.

“Beliau selalu berpandangan bahawa pengundi Dayak mudah dipengaruhi berdasarkan pengalaman silam.

“Namun jika beliau (Sng) benar-benar ikhlas kepada BN, kenapa tidak membantu di kawasan Cina misalnya membantu SUPP,” kata Masing.

Sementara itu, ditanya mengenai tindakan Sng untuk mendaftarkan Parti Pekerja Sarawak, Masing berkata beliau (Sng) membuat tindakan itu bukan sahaja bersifat politik tetapi atas sebab ekonomi.

“Saya tahu gelagat Sng. Bila sahaja pilihan raya diadakan beliau akan menubuhkan parti baharu. Beliau mahu mengeruhkan air sahaja untuk mengambil kesempatan.

“Jadi saya tidak terkejut dengan tindakannya. Namun apa yang mengejutkan saya ialah kenapa golongan elit politik di Malaysia masih menerimanya,” kata Masing.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More