Wednesday, July 25, 2012

PR Patut Hormati Autonomi Politik Sabah dan Sarawak.


PR dinasihatkan tidak mengganggu politik di Sabah dan Sarawak sekiranya benar menghormati autonomi Sabah danSarawak.

Mereka yang berpusat di Semenanjung haruslah membiarkan parti-parti politiktempatan di Sabah dan Sarawak untuk mengatur sistem politik masing-masing!

Sarawak sahaja yang memiliki parti tempatan dan berharap agar PR membiarkan politik tempatan menjaga kerusi parlimen tempatan. Kerusi di Semenanjung yang ada 166 buah kerusi pun belum tentu dapat ditawan tapi ada hati nak masuk Sarawak dan Sabah.
Jangan ganggu kerusi milik parti tempatan, kata Jeffery
by Nick Fletcher. Utusan Borneo, 24 Julai 2012, Selasa


TUNTUT HAK: Pengerusi Parti Reformasi Negeri (STAR) Cawangan Sabah Datuk Dr Jeffery Kitingan bercakap kepada media selepas menyempurnakan pelancaran Pusat Warisan Borneo di Taman BDC Stampin, dekat sini pada malam kelmarin.
Parti-parti kebangsaan daripada BN, PR dituntut biarkan parti tempatan miliki sebahagian besar kerusi pada PRU13

KUCHING: Pengerusi Parti Reformasi Negeri (STAR) Cawangan Sabah Datuk Dr Jeffery Kitingan menuntut agar parti-parti kebangsaan daripada kedua-dua pihak, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) membiarkan parti tempatan mempunyai sebahagian besar kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurut beliau, di kerusi Parlimen, parti-parti kebangsaan telah memiliki 166 kerusi di Semenanjung Malaysia dan satu di Wilayah Persekutuan Labuan untuk direbut dan mereka seharusnya meninggalkan sebahagian besar daripada 56 kerusi yang tinggal di Sabah dan Sarawak kepada parti tempatan.

“Mengapa mereka perlu mengawal segala-galanya jika mereka mengiktiraf autonomi (Sabah dan Sarawak).

“Jika mereka melakukan ini, mereka tidak menghormati hak-hak kita.

“Sedangkan kita harus membolehkan mereka bertanding di kerusi di mana mereka lebih kuat,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan pelancaran Pusat Warisan Borneo di Taman BDC Stampin, dekat sini pada malam kelmarin.

Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen, sementara Sabah 25. Tidak seperti Sabah, BN Sarawak tidak mempunyai mana-mana parti yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia tetapi PR di negeri ini terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, yang kesemuanya berpangkalan di Semenanjung Malaysia.

Ditanya mengenai pandangannya berhubung pilihan raya akan datang, Jeffery berkata senario 2008 di mana 165 kerusi di Semenanjung telah berpecah antara BN dan PR kemungkinan besar akan berlaku lagi dengan Sabah dan Sarawak sekali lagi bermain sebagai ‘pemain utama’.

Katanya jika parti-parti tempatan menguasai 56 kerusi Dewan, beliau percaya Sabah dan Sarawak boleh mempunyai suara yang lebih besar dan permintaan bagi hak-hak mereka seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia.

- Posted using BlogPress from my New iPad

Saturday, July 21, 2012

Naib Presiden PKR Sarawak Terhempas Guna Eurocopter 120 Milik Presiden SWP


Berita yang menggemparkan berlaku semalam. Kini adakah jelas terbukti bahawa PKR bekerjasama dengan SWP? Adakah ini berlaku secara kebetulan?

Sng yang dulu pernah berkawan rapat dengan Anwar Ibrahim semasa beliau dalam parIimen. Adakah ini bermaksud persahabatan PKR dan SWP telah bertambah baik?

Menurut bayangan yang diberikan bahawa SWP akan menghentam kubu PRS manakala Pakatan Haram akan mencabar kubu BN yang lain.

Sng pula akan mencalonkan anaknya Larry sebagai Ketua Menteri kerana mereka yakin dapat memenangi lebih banyak kerusi daripada DAP, PKR mahupun PAS!
Heli terhempas, tiga hilang
by Jeremy Lanson.
Utusan Borneo 21 Julai 2012, Sabtu



MASIH BERHARAP: Ahli keluarga Peter ketika menunggu berita tentang insiden tersebut di jeti penumpang Pekan Sebuyau, semalam. — Gambar Bernama

KUCHING: Seorang juruterbang warga Jerman terselamat manakala tiga lagi penumpang, termasuk Naib Pengerusi PKR Sarawak Peter Ato Mayau, masih hilang apabila sebuah helikopter milik syarikat Sebiro Holdings terhempas di muara Sungai Triso, Sri Aman, pagi semalam.

Helikopter yang diterbangkan Riko Steger, 35, terhempas pada kira-kira jam 9.30 pagi setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 9 pagi dengan membawa tiga pekerja syarikat tersebut atas urusan kerja di Nanga Merit, Kapit.

Mangsa yang masih hilang ialah Peter yang juga jurutera, 53, juruukur bahan Siti Khuzaimah Anwar dan arkitek Henry Loh. Mereka dikatakan dalam perjalanan untuk melakukan pemeriksaan terhadap projek pembinaan sekolah di tempat dituju.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mat Jusoh Mohamad berkata, Riko yang menerbangkan helikopter Eurocopter EC 120 berenang dengan jaket keselamatan kira-kira empat jam untuk tiba di Kampung Tebelu yang terletak 20 kilometer dari Pekan Sebuyau.

“Maklumat awal yang kita terima, ketika kejadian heli-kopter terbang dalam cuaca buruk dan dikatakan mengalami masalah teknikal,” kata-nya kepada pemberita.
Mat Jusoh berkata, gerakan mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa yang hilang masih diteruskan polis dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Gerakan mencari dan menyelamat dihentikan pada jam 7 malam tadi dan diteruskan pagi ini.

Pemilik Sebiro Holdings, Datuk Sng Chee Hua turut mengesahkan helikopter ter-sebut adalah milik syarikat-nya dan digunakan oleh para pekerjanya yang terbabit dalam insiden berkenaan.

Sementara itu, ahli keluarga Peter bergegas ke Pekan Sebuyau sejurus dimaklumkan tentang insiden terbabit dan mengharapkan berita gembira ketika menunggu di Balai Polis Sebuyau.

Isteri Peter, Agnes Batang, 45, memberitahu beliau sendiri menghantar suaminya ke pejabat Sebiro pada kira-kira jam 8 pagi semalam.

“Saya ada cakap sama (pada) dia (Peter)… cuaca tidak bagus untuk terbang, tapi suami saya diam saja,” kata Agnes yang mempunyai tiga anak berusia antara 25 dan 18 tahun.

Menurut Agnes, pada kira-kira jam 8.30 pagi, beliau menghubungi suaminya untuk bertanya siapa yang akan menghantarnya ke lapangan terbang dan dijawab Peter: “Jangan risau, ada orang hantar.”

Pada kira-kira jam 2 petang, Agnes menerima panggilan memaklumkan kejadian yang menimpa suaminya.

Peter pernah bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Negeri 2011 dalam pertandi-ngan tiga penjuru menentang Roland Sagah daripada Barisan Nasional (BN) dan Ateng Jeros (SNAP) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat. Sagah menang.


Wednesday, July 4, 2012

Demi Hak Anak, Bapa Saiful Fail Petisyen!!

Bapa Saiful merayu pihak Peguam Negara untuk mengemukakan fail petisyen demi hak anaknya.   Dia tahu anaknya layak sebagai warga negara Malaysia untuk menerima sistem kehakiman yang adil.  Bapa Saiful juga sedar bahawa pihak peguam negara lebih pakar dalam mengendalikan rayuan untuk anaknya.

Semoga rayuan bapa Saiful mendapat restu dan membolehkan Anwar Ibrahim dibawa ke muka pengadilan!?!?
Bapa Saiful Rayu Fail Petisyen
mStar Online 4 Julai 2012
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd. Lazim, 58, pada Rabu merayu pihak Peguam Negara supaya mengemukakan petisyen rayuan terbaik demi keadilan anaknya.

Selain itu Azlan turut berharap agar petisyen rayuan itu sempat difailkan oleh barisan pendakwaan dalam masa kurang sepuluh hari lagi sebelum tempohnya berakhir.

"Apa yang penting adalah agar Peguam Negara mengambil pertimbangan yang sewajarnya dalam memfailkan petisyen rayuan tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan, yang kini saya percaya tinggal kurang daripada sepuluh hari sahaja lagi.

"Saya dan keluarga amat yakin dengan kepakaran pihak Peguam Negara dan barisan pendakwaan dalam mengenal pasti alasan-alasan bagi menyediakan satu petisyen rayuan yang terbaik," katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Beliau berkata demikian selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa mengeluarkan alasan penuh penghakiman kes liwat membabitkan anaknya dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Alasan Penghakiman tersebut dikeluarkan enam bulan selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful yang juga bekas pembantu peribadinya.

Pihak pendakwaan mempunyai masa selama sepuluh hari selepas menerima alasan penuh penghakiman kes itu.

Mengulas lanjut Azlan berkata, pihaknya percaya hak anaknya sebagai seorang warganegara untuk melalui proses rayuan tidak akan dinafikan.

"Saya juga percaya bahawa hak untuk anak saya diadili sehingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi tidak akan diabaikan dan tidak dinafikan oleh pihak Peguam Negara," katanya.

Saturday, May 19, 2012

Pembangkang Kuat Kritik Tapi Hasil Tak Ada?!?!: Dr Annuar

Akibat tamak dan gila kuasa menyebabkan Ho Leng gagal menyandang tugas yang diamanahkan oleh rakyat!?! Semua kuasa dia hendak!? Jadi ADUN dan juga menjadi Ahli Parlimen!!?! Bilalah Ho Leng mahu memberikan kerusinya kepada ahli DAP yang lain?! Patutlah orang yang gila kuasa dan tamakkan pangkat memceburi pihak pembangkang!?! Ini kerana minat dan kegilaan mereka serupa!?! Orang lain dalam DAP, PKR dan PAS tidak akan berpeluang untuk menjadi wakil rakyat selagi pembangkang memiliki mentaliti diperintah oleh ahli keluarga sahaja?!?!

Kalau suka sangat buatlah persatuan anak beranak sahaja dan tidak perlulah menyertai politik kerana tidak mempercayai orang lain walaupun dalam satu pakatan pembangkang?!?

Kuasa mahu tetapi kerja untuk rakyat tidak mahu! Kalau disuruh membuat projek kesemua harga barang di mark up untuk keuntungan dan kepentingan sendiri sahaja!? Ini mengakibatkan kontraktor menjadi muflis kerana duit habis untuk membayar imbuhan tambahan kepada wakil rakyat yang terlibat untuk menganugerahkan kontrak!?!

Lihatlah pemimpin DAP, mereka begitu sibuk menjaga tepi kain Ketua Menteri Sarawak sehingga gagal menyerahkan pembangunan kepada rakyat di Sibu. Kalau macam ni sampaib ila-bila pun Sibu tidak akan menjadi bandaraya!?! Setakat menjadi tunggangan DAP sahaja!?!? Mereka pandai menghasut rakyat dan menakutkan rakyat dengan kerajaan BN, Namun sejak 2010, apakah pembangunan yang dibawa?!!? Sebaliknya poket mereka semakin penuh kerana diisi oleh rasuah?!?!


Ho Leng sekadar bijak mengkritik
Posted on May 19, 2012, Saturday

Jadi wakil Parlimen, DUN menyebabkan kurang tumpuan: Dr Annuar
KUCHING: Menjadi wakil rakyat di satu kerusi Parlimen dan satu lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menyebabkan Pengerusi DAP negeri Sarawak Wong Ho Leng tidak mampu melaksanakan tugas diamanahkan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee berkata secara praktikal, Ho Leng kini menjaga empat kawasan DUN dan menyebabkannya kurang tumpuan.
Kawasan tersebut ialah DUN Bukit Assek, dan tiga lagi DUN dalam Parlimen Sibu, Nangka, Pelawan dan Bawang Assan.

“Dengan beban tanggungjawab sedemikian bagaimana beliau dapat menjalankan kerja dengan cekap atau sekadar melaksanakan tugas mengkritik dan pandai berkata-kata,” katanya dalam perbahasan usul terima kasih terhadap ucapan Yang di-Pertua Negeri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Dr Annuar berkata lagi, DAP juga gagal membawa masuk pelaburan ke Sibu terutama selepas menang Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu pada 2010 dan disusuli kemenangan di DUN Bukit Assek, Pelawan dan Dudong pada Pilihan Raya Negeri 2011.

“DAP tidak ada apa yang hendak ditunjukkan kepada rakyat di Sibu yang dapat membuktikan nilai undi terhadap mereka,” katanya.

Katanya, kegagalan membawa masuk pelaburan menggambarkan mandat yang diminta dan diperolehi mereka daripada pengundi di Sibu tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

“Saya mencabar DAP dalam Dewan yang mulia ini agar memberitahu apakah projek-projek yang mereka laksanakan dan apakah perancangan mereka di Sibu dan di seluruh negeri.

“Berapa banyak telah mereka belanjakan untuk kawasan-kawasan diwakili mereka? Berapa banyak bantuan kewangan yang telah diberikan kepada mereka yang memerlukan?” katanya.

Apa yang lebih menyedihkan, menurut Dr Annuar, DAP memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN) bagi mengaburi kelemahan mereka dalam membawa pembangunan.

DAP juga didakwa gemar menyebarkan propaganda kemusnahan negara jika BN terus diberi mandat untuk memerintah. Katanya, parti pembangkang itu sengaja menakutkan rakyat agar sentimen benci BN dapat mengalih undi kepada mereka.

Beliau turut mempertikaikan kesepakatan dalam kalangan parti-parti pembangkang – selain DAP, parti pembangkang ialah PKR dan PAS.
Percanggahan itu menyebabkan mereka gagal sehingga sekarang membentuk kabinet bayangan seperti dijanjikan, katanya.

“Di peringkat negeri, Pakatan Rakyat cuba membentuk kabinet bayangan tetapi ia digagalkan oleh rakan sendiri sebelum ia direalisasikan,” katanya.

Thursday, May 3, 2012

Video Jantan Aiskrim Mainan Orang Dalaman PKR?!?!?

Pendedahan terbaru oleh blog Gelombang Rakyat mengenai skandal seks Azmin Ali begitu menggemparkan senario politik Malaysia!?! Rupa-rupanya blog ini bermaksud untuk menjatuhkan kerjaya politik Azmin Ali sebelum menjadi MB Selangor!?!?
PKR begitu yakin akan menguasai Selangor semula selepas PRU13?!?! Sepatutnya Khalid menunggu sewaktu pengumuman pembubaran Parlimen untuk mula bertindak tetapi kerana takut Azmin akan mengeluarkan isunya yang dua kali lebih hebat ke alam maya maka isu Aiskrim Jantan telah berlegar sebaik sahaja isu Bersih masih hangat!?!?




Bukankah Khalid yang menaja Bersih melaui dana 'Selangorku Bersih'?!?! Oleh itu Khalid, Ambiga dan Anwar patut disaman kerana keganasan ke atas pegawai kerajaan dan harta awam semasa perhimpunan Bersih 3 yang lalu!?!? Azmin Ali memang dikaitkan sekali kerana merancang keganasan ini semua?!?! Bagaimanakah reaksi Azmin apabila mengetahui ini semua permainan politik Khalid?!? Adakah ini merupakan tanda untuk Shamsidar mengaku pernah mempunyai hubungan intim bersama Ketua Pembangkang yang mendukung seks songsang!?!?!!?


Gelombang Rakyat, 'Noh Omar Bakal Dedah Pelan Khalid Ibrahim Sebar Gambar Seks Azmin Ali', gelombangrakyat.blogspot.com, 3 Mei 2012, http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2012/05/noh-omar-bakal-dedah-pelan-khalid.html dicapai pada 3 Mei 2012. Posted using BloggerPlus from my iPad

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More