Saturday, July 21, 2012

Naib Presiden PKR Sarawak Terhempas Guna Eurocopter 120 Milik Presiden SWP


Berita yang menggemparkan berlaku semalam. Kini adakah jelas terbukti bahawa PKR bekerjasama dengan SWP? Adakah ini berlaku secara kebetulan?

Sng yang dulu pernah berkawan rapat dengan Anwar Ibrahim semasa beliau dalam parIimen. Adakah ini bermaksud persahabatan PKR dan SWP telah bertambah baik?

Menurut bayangan yang diberikan bahawa SWP akan menghentam kubu PRS manakala Pakatan Haram akan mencabar kubu BN yang lain.

Sng pula akan mencalonkan anaknya Larry sebagai Ketua Menteri kerana mereka yakin dapat memenangi lebih banyak kerusi daripada DAP, PKR mahupun PAS!
Heli terhempas, tiga hilang
by Jeremy Lanson.
Utusan Borneo 21 Julai 2012, Sabtu



MASIH BERHARAP: Ahli keluarga Peter ketika menunggu berita tentang insiden tersebut di jeti penumpang Pekan Sebuyau, semalam. — Gambar Bernama

KUCHING: Seorang juruterbang warga Jerman terselamat manakala tiga lagi penumpang, termasuk Naib Pengerusi PKR Sarawak Peter Ato Mayau, masih hilang apabila sebuah helikopter milik syarikat Sebiro Holdings terhempas di muara Sungai Triso, Sri Aman, pagi semalam.

Helikopter yang diterbangkan Riko Steger, 35, terhempas pada kira-kira jam 9.30 pagi setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 9 pagi dengan membawa tiga pekerja syarikat tersebut atas urusan kerja di Nanga Merit, Kapit.

Mangsa yang masih hilang ialah Peter yang juga jurutera, 53, juruukur bahan Siti Khuzaimah Anwar dan arkitek Henry Loh. Mereka dikatakan dalam perjalanan untuk melakukan pemeriksaan terhadap projek pembinaan sekolah di tempat dituju.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mat Jusoh Mohamad berkata, Riko yang menerbangkan helikopter Eurocopter EC 120 berenang dengan jaket keselamatan kira-kira empat jam untuk tiba di Kampung Tebelu yang terletak 20 kilometer dari Pekan Sebuyau.

“Maklumat awal yang kita terima, ketika kejadian heli-kopter terbang dalam cuaca buruk dan dikatakan mengalami masalah teknikal,” kata-nya kepada pemberita.
Mat Jusoh berkata, gerakan mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa yang hilang masih diteruskan polis dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Gerakan mencari dan menyelamat dihentikan pada jam 7 malam tadi dan diteruskan pagi ini.

Pemilik Sebiro Holdings, Datuk Sng Chee Hua turut mengesahkan helikopter ter-sebut adalah milik syarikat-nya dan digunakan oleh para pekerjanya yang terbabit dalam insiden berkenaan.

Sementara itu, ahli keluarga Peter bergegas ke Pekan Sebuyau sejurus dimaklumkan tentang insiden terbabit dan mengharapkan berita gembira ketika menunggu di Balai Polis Sebuyau.

Isteri Peter, Agnes Batang, 45, memberitahu beliau sendiri menghantar suaminya ke pejabat Sebiro pada kira-kira jam 8 pagi semalam.

“Saya ada cakap sama (pada) dia (Peter)… cuaca tidak bagus untuk terbang, tapi suami saya diam saja,” kata Agnes yang mempunyai tiga anak berusia antara 25 dan 18 tahun.

Menurut Agnes, pada kira-kira jam 8.30 pagi, beliau menghubungi suaminya untuk bertanya siapa yang akan menghantarnya ke lapangan terbang dan dijawab Peter: “Jangan risau, ada orang hantar.”

Pada kira-kira jam 2 petang, Agnes menerima panggilan memaklumkan kejadian yang menimpa suaminya.

Peter pernah bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Negeri 2011 dalam pertandi-ngan tiga penjuru menentang Roland Sagah daripada Barisan Nasional (BN) dan Ateng Jeros (SNAP) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat. Sagah menang.


0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More