Wednesday, July 25, 2012

PR Patut Hormati Autonomi Politik Sabah dan Sarawak.


PR dinasihatkan tidak mengganggu politik di Sabah dan Sarawak sekiranya benar menghormati autonomi Sabah danSarawak.

Mereka yang berpusat di Semenanjung haruslah membiarkan parti-parti politiktempatan di Sabah dan Sarawak untuk mengatur sistem politik masing-masing!

Sarawak sahaja yang memiliki parti tempatan dan berharap agar PR membiarkan politik tempatan menjaga kerusi parlimen tempatan. Kerusi di Semenanjung yang ada 166 buah kerusi pun belum tentu dapat ditawan tapi ada hati nak masuk Sarawak dan Sabah.
Jangan ganggu kerusi milik parti tempatan, kata Jeffery
by Nick Fletcher. Utusan Borneo, 24 Julai 2012, Selasa


TUNTUT HAK: Pengerusi Parti Reformasi Negeri (STAR) Cawangan Sabah Datuk Dr Jeffery Kitingan bercakap kepada media selepas menyempurnakan pelancaran Pusat Warisan Borneo di Taman BDC Stampin, dekat sini pada malam kelmarin.
Parti-parti kebangsaan daripada BN, PR dituntut biarkan parti tempatan miliki sebahagian besar kerusi pada PRU13

KUCHING: Pengerusi Parti Reformasi Negeri (STAR) Cawangan Sabah Datuk Dr Jeffery Kitingan menuntut agar parti-parti kebangsaan daripada kedua-dua pihak, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) membiarkan parti tempatan mempunyai sebahagian besar kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurut beliau, di kerusi Parlimen, parti-parti kebangsaan telah memiliki 166 kerusi di Semenanjung Malaysia dan satu di Wilayah Persekutuan Labuan untuk direbut dan mereka seharusnya meninggalkan sebahagian besar daripada 56 kerusi yang tinggal di Sabah dan Sarawak kepada parti tempatan.

“Mengapa mereka perlu mengawal segala-galanya jika mereka mengiktiraf autonomi (Sabah dan Sarawak).

“Jika mereka melakukan ini, mereka tidak menghormati hak-hak kita.

“Sedangkan kita harus membolehkan mereka bertanding di kerusi di mana mereka lebih kuat,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan pelancaran Pusat Warisan Borneo di Taman BDC Stampin, dekat sini pada malam kelmarin.

Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen, sementara Sabah 25. Tidak seperti Sabah, BN Sarawak tidak mempunyai mana-mana parti yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia tetapi PR di negeri ini terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, yang kesemuanya berpangkalan di Semenanjung Malaysia.

Ditanya mengenai pandangannya berhubung pilihan raya akan datang, Jeffery berkata senario 2008 di mana 165 kerusi di Semenanjung telah berpecah antara BN dan PR kemungkinan besar akan berlaku lagi dengan Sabah dan Sarawak sekali lagi bermain sebagai ‘pemain utama’.

Katanya jika parti-parti tempatan menguasai 56 kerusi Dewan, beliau percaya Sabah dan Sarawak boleh mempunyai suara yang lebih besar dan permintaan bagi hak-hak mereka seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia.

- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More