Wednesday, December 7, 2011

PKR Pengecut!!?? Zahid Selam Guan Eng di Langkawi 2011

Beranikah Guan Eng menyahut cabaran Zahid untuk menyelam bersama KD Tun Razak?  Nurul Izzah sudah menyatakan bahawa dia tidak sudi diselamkan oleh KD Tun Razak kerana masih paranoia mengenai isu kapal selam yang tidak boleh tenggelam!???   Nampaknya Guan Eng sahaja yang berani menyahut cabaran Zahid atau dia akan cabut lari pada saat yang terakhir?!!!  Guan Eng ni memang cakap tak serupa bikin!!??
Zahid Bawa Guan Eng Menyelam Bersama KD Tun Razak 
 
BERNAMA 07 Disember, 2011 14:37 PM
 
LANGKAWI, 7 Dis (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menaiki kapal selam KD Tun Razak Jumaat ini bagi membuktikan bahawa dakwaan pembangkang yang kapal selam negara tidak boleh menyelam adalah tidak betul.

Ahmad Zahid berkata beliau dan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP akan menaiki kapal selam itu di pusat pameran maritim sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA '11) di Awana Porto Malai pada pukul 3 petang.

Beliau berkata ini merupakan pendekatan Kementerian Pertahanan untuk memperlihatkan aset itu yang dikatakan tidak boleh menyelam.

"Guan Eng ada telefon saya semalam untuk datang ke sini. Walaupun kapal selam itu untuk LIMA kali ini hanya membuat pertunjukan statik tetapi saya akan minta kapal selam itu menyelam untuk membawa Guan Eng," katanya pada sidang akhbar di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini Rabu.

Ahmad Zahid berkata beliau turut menghantar surat jemputan kepada semua Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Negara termasuk daripada parti pembangkang untuk menaiki dan menyelam bersama kapal selam negara.

"(Selain Lim) Pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain, hanya Nurul Izzah Anwar (Anggota Parlimen Lembah Pantai) yang memberi respons tak boleh datang. Yang lain cakap je banyak tetapi tak berani menyelam (dengan kapal selam)," katanya.

Mengenai LIMA '11, Ahmad Zahid berkata sehingga kini, tujuh kontrak telah dimeterai dan beliau menjangkakan keseluruhannya 15 kontrak akan dimeterai selepas berakhirnya LIMA '11 Sabtu ini.

Tuesday, December 6, 2011

Pakatan Haprak Kata 20 Peratus Konon Muka Baru?!! Pigi dah!!!?? Serupa Lidah Bercabang!!??

Berikutan daripada kenyataan MB Kelantan semalam, maka Apai John akan menyerang Kelantan dengan fitnah yang pernah digunakan untuk Sarawakerepot!!??  Kali ini Kelantankerepot akan dilancarkan agar Nik Aziz berundur sepertimana yang pernah dibuat ke atas Pehin Sri!!??

Apakah reaksi blogger PAS untuk menyekat kemarahan Apai John yang tidak suka orang politik memegang parti terlalu lama???  Mungkin lebih ramai lagi yang akan menjadi seperti Francis Siah di Kelantan?  Tukang kasut pun tidak apa janji berjaya menyuruh Nik Aziz untuk berundur?!!  Begitulah Francis Siah, tidak kenal pun siapa dirinya tiba-tiba mahu Pehin Sri berundur!!???  Setakat boleh membawa beratus orang untuk berhimpun nampak gayanya rempit di Pulau Pinang lagi hebat kerana berjaya memberi kesan kepada Lim Guan Eng untuk membina litar lumba!!??  Walaupun belum terlaksana namun setelah mendirikan Kampung Buah Dada maka adalah nanti sebuah litar lumba di tengah Kampung Buah Dada di tapak Kampung Buah Pala suatu masa dahulu!!??

Adakah Karpal Singh akan menjadi seperti Salleh Jaaparuddin yang akan bermati-matian menjual jam Rolex palsu untuk diagihkan di sekitar rumah Orang Asli di Kelantan bagi memastikan Nik Aziz berundur dan tidak menjalankan Hukum Hudud??!!

Pembangkang Tak Mahu Beri Laluan Kepada Yang Muda, Kata Shafie 
 
BERNAMA 06 Disember, 2011 20:19 PM 
MIRI, 6 Dis (Bernama) -- Pakatan pembangkang tidak mahu memberi laluan kepada generasi muda untuk mengambil alih kepimpinan mereka, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, Selasa.

Katanya ini jelas terbukti daripada kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam yang mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Menurut Mohd Shafie, pendirian Nik Abdul Aziz, 80, ini bertentangan dengan langkah Barisan Nasional (BN) yang bersedia meletakkan lebih ramai calon muda dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita sudah bersetuju untuk mengetengahkan calon muda supaya dapat menjadi barisan pelapis kepada kepimpinan yang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek bekalan air luar bandar di Kampung Kuala Sibuti di sini, Selasa.

Katanya hanya rakyat yang akan dapat menentukan sama ada akan terus menyokong pemimpin yang sudah berumur ataupun memilih mereka yang lebih muda.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata beliau yakin Sabah dan Sarawak akan terus kekal sebagai kubu kuat BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya tiada sebab untuk rakyat Sabah dan Sarawak untuk memberi sokongan kepada pihak pembangkang yang baru-baru ini mempersoalkan keputusan kerajaan untuk menyalurkan peruntukan besar kepada kedua-dua negeri ini.

Katanya kemudahan asas khususnya di luar bandar Sabah dan Sarawak masih kurang dan memerlukan peruntukan yang besar untuk dibangunkan.

Hakikat inilah yang menjadi landasan kepada kerajaan untuk memberikan keutamaan kepada Sabah dan Sarawak supaya rakyat khususnya di luar bandar dapat menikmati pembangunan yang lebih baik lagi, katanya.

Monday, December 5, 2011

PAS Patut Ambil Tindakan ke atas Dakwaan Nabi Palsu!!??

Bab-bab agama ni  memang sensitif, apalagi apabila Rukun Iman telah dilanggar oleh anggota PAS?!!  Bagaimana Nik Aziz boleh menjadi Nabi sedangkan dia bukan Nabi!?? 

Atau terdapat ajaran baru yang telah mengiktiraf Nik Aziz sebagai Nabi kerana sesungguhnya ini bukan salah satu ajaran Islam?!!  Mungkin Ustad Boodak ni dah dirasuk patung Budha yang banyak di Kelate???!!!
Kufur samakan dengan nabi
 
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my
ABDULLAH SA‘AMAH
KOTA BHARU 4 Dis. – Sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.

Malah mereka turut mendesak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) mengambil tindakan ke atas Shamsul Zaman Sukri atau ‘Ustaz Budak’ kerana bimbang ucapan orang fanatik seperti itu akan menjadi wabak dan malapetaka kepada masyarakat.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa‘amah berkata, punca utama perkara tersebut berlaku adalah disebabkan jahil agama dan sikap terlalu mendewa-dewakan pemimpin.

“Orang Pas sememangnya taksub kepada pemimpin mereka dan tidak pelik perkara ini berlaku kerana sejarah telah membuktikannya, sebagai contoh di India kumpulan Qardiyani menganggap pemimpin mereka sebagai nabi.

“Hadis ulama pewaris nabi yang digunakan oleh Shamsul Zaman untuk merujuk Nik Aziz nabi adalah salah, ahli sunnah memahami ulama pewaris nabi dalam ilmu hukum dan meneruskan misi dakwah dan bukan menjadi nabi, kalau begitu semua ulama dari zaman Rasulullah SAW sehingga sekarang berjuta-jutalah nabi.

“Kecintaan ‘Ustaz Budak’ itu kepada Nik Abdul Aziz keterlaluan dan melampaui batas sehingga mendewa-dewakannya melebihi segala-galanya sehingga tidak sedar batas-batas perkataan yang boleh membawa kufur atau murtad,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) supaya MAIK menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap Shamsul Zaman yang menyamakan Nik Abdul Aziz dengan nabi.

Desakan tersebut dibuat selepas sebuah portal detikaperubahan.com mendedahkan rakaman video yang menunjukkan Shamsul Zaman telah menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi berasaskan hadis, ‘ulama adalah perwaris nabi’.

Sementara itu, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Nik Abdul Aziz juga perlu bertanggungjawab dalam isu tersebut kerana sikapnya yang membentuk penyokong Pas menjadi taksub dan menanam kebencian kepada umat Islam dalam UMNO.

“Pada setiap minggu di hadapan Pejabat Pas Kelantan, Nik Abdul Aziz mengajar orang ramai supaya menganggap orang UMNO tidak Islam kerana mahu orang UMNO dan Pas bermusuh serta menanam benih-benih benci terhadap pemimpin parti itu.

“Dia turut bertanggungjawab dan jangan mendiamkan diri, kerana membenarkan pembohongan dan terlalu suka kalau dia dipuji dan dipuja,” katanya yang secara sinis bertanya adakah Ustaz Budak itu sudah mumayiz, dapat membezakan baik dan buruk atau akil baligh sehingga mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Jurucakap sebuah pertubuhan yang menghimpunkan warga institusi pondok tradisional, Minda Pondok, Mohd. Saifuddin Abdul Rahman pula berkata, Shamsul Zaman wajib bertaubat kerana kenyataan itu amat bertentangan dengan Islam.

“Hadis nabi yang sahih sudah jelas iaitu ‘tiada nabi lagi selepas aku’. Jadi bagaimanapun pula kita boleh samakan Nik Abdul Aziz dengan nabi.

“Dalam Islam mengaku Imam Mahadi pun haram apatah lagi nabi, dahulu al-Arqam dikenakan tindakan kerana pemimpinnya mengaku Imam Mahadi, sebab itu JAIK kena ambil tindakan,” katanya.

Sunday, December 4, 2011

Roboh Gerai!!?? Wakil Rakyat DAP Tidak Mendahulukan Rakyat di Sarikei!!!??

Tindakan DAP yang mengusulkan agar gerai-gerai di tebingan Sungai Nelung Sarikei, Sarawak mendapat bantahan daripada peniaga di kawasan tersebut.  Mereka kesal dengan sikap malas berusaha dan tidak mahu mencari jalan penyelesaian yang dimiliki oleh wakil rakyat DAP iaitu Dr Wong!!???  Memang betullah wakil rakyat DAP tidak pandai bekerja dan cuma suka mengejar populariti sebagai wakil rakyat sahaja!!??   Kalau DAP hanya pandai meminta UBAH tetapi setelah rakyat memilih mereka pula tidak pandai memudahkan permintaan rakyat??? 
24 peniaga bantah tindakan roboh gerai

Utusan Borneo by Kepu Sidi. Posted on December 3, 2011, Saturday


Kesal wakil rakyat tidak usaha cari penyelesaian, Dr Wong sifatkan kumpulan tak faham

PROTES AMAN: Sekumpulan peniaga gerai di sekitar Tebingan Sungai Nyelong mengadakan bantahan terhadap tindakan merobohkan gerai-gerai mereka.

SARIKEI: Wakil rakyat yang dipilih melalui proses pilihan raya sepatutnya membantu dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Mereka sepatutnya membantu masyarakat yang menghadapi masalah serta berusaha untuk menyalurkan pembangunan, bukan cuba memusnahkan perancangan pembangunan yang telah dirancang oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensi telah dilantik, kata 24 orang pemilik gerai di kawasan Tebingan Sungai Nyelong di sini, petang kelmarin.

Kumpulan tersebut berkata demikian semasa mengadakan protes aman di Tebingan Sungai Nyelong kerana membantah tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dr Wong Hua Seh yang mahu gerai-gerai mereka dirobohkan berikutan pembinaannya belum mendapat sebarang kelulusan.

“Kami berasa amat kesal dan marah akan tindakan wakil rakyat tersebut kerana apa yang sepatutnya berlaku ialah beliau (Dr Wong) harus berusaha untuk membantu pihak kita untuk menambah pendapatan dan bukan menghentikan mata pencarian dan rezeki kami.

“Apa yang paling menyedihkan ialah kami telah membelanjakan banyak wang simpanan kami untuk memulakan perniagaan ini, terutama untuk membeli bahan-bahan permulaan perniagaan tetapi sekarang, ia hendak dirobohkan pula.

“Kenapa perkara ini tidak dibincang atau diambil tindakan awal pada sebelum pembinaannya dahulu dan baru sekarang hendak dibangkitkan… apa yang pasti kami menjadi mangsa keadaan dan siapakah yang bakal bertanggungjawab dalam perkara ini?” kata Alwyn Lau Peng Seng selaku jurucakap kumpulan terbabit.

Tambahnya, mengapa gerai yang sudah terbina dengan cantik dan terletak di kawasan strategik itu mahu dirobohkan dan jika ia hendak dirobohkan, maka amat jelas pembaziran yang berlaku.

“Berdasarkan perkara ini, kita dapat lihat dengan jelas bahawa cara Dr Wong amat berbeza jika dibandingkan dengan bekas ADUN yang lepas iaitu Datuk David Teng Lung Chi.

“Jika dahulu, Datuk David begitu mengambil berat akan hal rakyat dan sentiasa berkorban untuk memastikan rakyat mendapat apa yang sepatutnya, tetapi wakil rakyat pada kali ini pula lain caranya.

“Seharusnya sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab beliau mempunyai nilai sentiasa ikhlas untuk berkhidmat demi rakyat dan bukan berusaha untuk tindakan sebaliknya,” kata Lau.

Justeru, kumpulan terbabit berharap kerajaan dapat menarik balik kelulusan untuk meroboh gerai-gerai terbabit.

Sementara itu, mengulas mengenai bantahan pemilik-pemilik gerai itu, Dr Wong Hua Seh dalam pada sidang media semalam menyifatkan kumpulan terbabit sebagai tidak memahami situasi sebenar perkara terbabit.

“Sebenarnya pembinaan gerai-gerai tersebut mempunyai banyak masalah selain tidak mendapat kelulusan daripada pihak berwajib seperti pihak Jabatan Tanah dan Survei serta pihak berkuasa tempatan lain yang bertanggungjawab dalam memberikan kelulusan terhadap projek itu.

“Masalah ini kita telah bawa pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebanyak dua kali iaitu pada Jun 2011 dan membuat susulan pada persidangan DUN bulan November lepas, di mana kita mendapat jawapan daripada Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Adat Bumiputera dan Penan) merangkap Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datuk John Sikie Tayai yang menjelaskan perkara tersebut seharusnya telah diselesaikan.

“Gerai berkenaan yang didirikan tanpa kelulusan harus dirobohkan pada 27 November lepas dan para peniaga wajar mengosongkan gerai-gerai terbabit dalam tempoh 30 hari selepas notis pengosongan dikeluarkan, tetapi apa yang menjadi keraguan di pihak kita ialah arahan tersebut masih lagi belum dilaksanakan oleh pihak yang telah dipertanggungjawabkan,” kata Dr Wong.

Tambahnya, kawasan Tebingan Sungai Nyelong telah didaftarkan sebagai kawasan rekreasi dan taman permainan dan kenapa ia hendak dibangunkan dengan pembinaan gerai-gerai sedangkan banyak lagi kawasan lain boleh dimajukan untuk pembinaan gerai-gerai sedemikian seperti kawasan berhampiran dengan Central Market yang masih luas dan sesuai untuk aktiviti terbabit.

Pada masa sama, Dr Wong memohon agar pihak majlis tempatan menjalankan tanggungjawab mereka dan tegas dalam melaksanakan tugas dan jangan mengamalkan sikap pilih kasih.

Saturday, December 3, 2011

DAP Ganti PAS!!?? Calon Melayu DAP!!??

  DAP berkemungkinan besar dibayangkan mengganti PAS dengan meletakkan calon Melayu!!??  Bagaimanakah DAP begitu pasti calon boleh menang mereka dari kalangan muka baru?  

Adakah DAP sudah berkeyakinan bahawa bayangan akan datang rakyat akan memberi mereka mandat seperti Barisan Nasional pada suatu ketika dahulu!!??  Menurut perkiraan DAP, di mana sahaja calon menggunakan roket maka penduduk akan berpusu-pusu memangkahnya kerana PKR dan PAS sudah tidak relevan lagi!!??  Adakah rakyat masih memilih DAP yang bertopengkan chauvinisme tetapi bersikap rasis ultra kiasu?!!  Pastinya rakyat lebih bijak daripada memilih DAP yang akan menghancurkan Malaysia dan menghalau orang Melayu seperti yang sedang berlaku di Singapura?!!
Waspada Strategi DAP Letak Calon Melayu - Ali Rustam
 
Oleh Ahmad Shukran Shaharudin dan Mohd Hisham Abdul Rafar
 
03 Disember, 2011 18:30 PM
 
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Ali Rustam memberi amaran kepada Umno dan Barisan Nasional supaya berwaspada dengan strategi terbaru DAP meletakkan calon Melayu bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Mohamed Ali, yang juga Ketua Menteri Melaka, yakin dengan strategi terbaru itu, DAP tidak akan lagi mengharapkan PAS untuk meraih sokongan Melayu memenangi kerusi yang ditandingi pakatan pembangkang.

DAP telah berjaya mengalahkan PAS untuk kepentingan mereka. Kita nak tengok macam mana DAP meletakkan calon di kawasan PAS manakala PAS meletakkan calon di kawasan DAP.

"Apapun mereka buat, tak mungkin boleh berjaya dan BN telah siap sedia dengan taktik terbaru ini. Ini trend baru dan permainan baru," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara eksklusif di sini.

Mohamed Ali, yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Katil, percaya matlamat DAP ialah untuk menguasai PAS dan menggunakan taktik sama seperti PAP di Singapura untuk memecahbelahkan orang Melayu di negara jiran berkenaan.

Beliau juga mahu melihat sejauh mana strategi itu mengena kerana kononnya DAP berpendapat masyarakat akan mengikut secara membuta tuli.

"Tapi saya yakin masyarakat bijak... mereka akan buat penilaian yang terbaik untuk masa depan negara kita, kita tak boleh perjudikan masa depan negara," katanya.

Katanya strategi terbaru pembangkang itu juga dilihat sebagai cabaran besar kepada Umno dan BN selain daripada cabaran media sosial yang dilihat sebagai punca kekalahan parti pemerintah itu pada pilihan raya umum 2008.

"Saya harap pengundi bersikap sederhana, mementingkan perpaduan dan masa depan negara dan tidak boleh terikut-ikut dengan rentak DAP. Rentak DAP ini boleh membawa masa depan yang bahaya berikutan ekstremisme mereka," katanya.

Sebagai contoh, katanya penghinaan kepada orang Melayu pada 13 Mei 1969, gelaran hitam metalik kepada pemimpin Umno dan cadangan parti itu untuk mengurangkan jumlah penjawat awam jika berkuasa, jelas menunjukkan DAP adalah anti Melayu, katanya.

Katanya sekiranya parti itu berkuasa, Malaysia akan menjadi negara yang tidak stabil dan harmoni kerana keangkuhan parti berkenaan boleh menimbulkan kebencian di kalangan penduduk berbilang kaum dan mengganggu-gugat masa depan negara yang aman dan makmur.

Selain itu, katanya wujud pertembungan nilai dan akhlak yang diamalkan pembangkang seperti sokongan yang diberikan program Seksualiti Merdeka baru-baru ini sedangkan Umno dan BN sentiasa mempertahankan nilai-nilai ketimuran.

Mohamed Ali berkata pembangkang juga jangan bermimpi untuk merampas Johor, Melaka dan Negeri Sembilan pada pilihan raya akan datang.

"Dia kena jaga negeri yang dia dah tawan. Difahamkan Kelantan boleh tumbang begitu juga Kedah dan Selangor dan kalau dia nak pertahan pun Pulau Pinang. Saya percaya jika orang Umno dan BN Pulau Pinang kerja kuat, kita boleh rampas Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata Umno dan BN tidak berputus asa berusaha mengambil semula negeri terbabit walauapa pun yang terjadi dengan memberi contoh keupayaan BN merampas semula kerusi parlimen Kota Melaka selepas 34 tahun dikuasai DAP.

Mengenai Umno yang disaran menjadi ejen perubahan dalam arena politik baru, lebih banyak penjelasan perlu dilakukan supaya anggota Umno dapat memahami dalam semua aspek bagaimana parti bersedia untuk menghadapi pilihan raya dengan tindakan yang patut dilakukan dan juga gerak kerja yang tersusun.

"Saya melihat kita pada kali ini perlu memahami perjuangan Umno sendiri kerana parti banyak difitnah, dikatakan parti yang tidak berjasa, hanya kepada kumpulan tertentu, parti perkauman, rasuah, menekan orang Melayu, menganiaya orang Cina dan tidak berjasa kepada negara," katanya.

Sebaliknya, sejarah telah membuktikan bahawa sumbangan Umno dan pengorbanan orang Melayu kepada negara dan penduduk Malaysia yang berbilang kaum sangat besar sehinggakan kerusi majoriti Melayu pun diberikan kepada parti lain dengan tujuan berkongsi kuasa.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More