Friday, October 14, 2011

Konflik Dalaman SPDP Harus Selesai Secara Halus!!!

Konflik dalaman SPDP seharusnya tidak patut dihebohkan kepada rakyat.  Urusan pemimpin hendaklah antar pemimpin dan tidak patut melibatkan rakyat.  Sekarang hal ini sudah kecoh, segala usaha untuk merungkai pertikaian dan meleraikan salah faham adalah menjadi sungguh sukar!!!

Bagaimana jua sekali pun setiap konflik hendaklah diselesaikan dengan perundingan yang akan menguntungkan kedua-dua belah pihak.  Selamat berusaha untuk menangani konflik ini kepada SPDP!!!

Kumpulan 5 umum hilang keyakinan terhadap Mawan

 
Posted Utusan Borneo Thu 13/10/2011 10:48 AM
 
KUCHING: Kumpulan berlima Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mengumumkan secara rasmi semalam bahawa sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Presidennya, Tan Sri William Mawan Ikom.

Membuat pengumuman itu pada sidang media semalam, Naib Presiden Kanan SPDP. Datuk Peter Nansian Ngusie memberitahu, presiden parti itu tidak lagi dapat menyelesaikan konflik dalam parti secara baik.

“Kami tidak mempunyai dendam peribadi terhadap presiden dan sesiapa sahaja dalam parti, tetapi hanya tidak bersetuju dengan cara pengurusan parti yang boleh menjejaskan kekuatan BN dan kemampuan kita untuk berkhidmat dengan baik kepada rakyat, yang mana amat penting, mesti dilindungi setiap masa dan diletakkan di atas kepentingan kami,” katanya.

Hadir sama, Naib Presiden Datuk Sylvester Entrie dan ahli-ahli Majlis Tertinggi Rosey Yunus dan Paulus Palu Ngumbang.

Nansian berkata, sebuah ‘Jawatankuasa Penyesuaian atau Perpaduan’ harus dibentuk sekiranya Presiden serius mahu menyelesaikan konflik semasa dalam parti.

Jelasnya, tindakan Mawan yang menyuruh Jawatankuasa Disiplin mengambil tindakan terhadap mereka adalah sangat tidak adil dan dilakukan semata-mata untuk ‘memancung’ mereka.

Pengumuman itu juga dibuat untuk menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Disiplin kepada Entrie, katanya.

Beliau turut melahirkan kekecewaan kerana Mawan telah banyak membuat kenyataan berunsur kontroversi, sekali gus mewujudkan perasaan tidak senang dan syak wasangka dalam parti serta antara parti-parti komponen BN terhadap mereka.

“Ketika kita menggalakkannya untuk menguruskan parti dengan penuh prinsip, konsisten, adil, dan dengan ikhlas dalam mengekalkan perpaduan dan kestabilan parti, kita dilabelkan sebagai ‘Rebel 5’ dan ‘Kumpulan 5’… siapa yang memulakan ketegangan dalam parti?” katanya.

Mereka turut mengakui punca ‘peperangan’ dengan Mawan adalah apabila tidak mengotakan janjinya untuk mengekalkan barisan sedia semasa pilihan raya parti pada 23 Januari lepas.

Sementara itu, mereka turut menyatakan sokongan kepada kepimpinan BN di peringkat kebangsaan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Pengerusi BN negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan akan terus berkhidmat di konstituensi masing-masing.

“Kita akan lebih bersatu dalam BN. Kerumitan dan masalah dalaman SPDP hanya boleh difahami oleh ahli-ahli dalam parti,” katanya.

Ditanya sama ada mereka mahu presiden meletak jawatan atau menubuhkan sebuah parti baru, Nansian yang enggan mengulas bagaimanapun berkata: “Kita terbuka kepada apa-apa sahaja cadangan penyelesaian, tetapi kita mahu mencari jalan penyelesaian terbaik dan anda akan tahu apabila ia berakhir,” katanya.

Penjelasan Anak Merdeka Kepada Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) khususnya T. B. Hasanuddin !!!

T. B. Hasanuddin seharusnya menjaga baik hubungan persahabatan antar Indonesia dan Malaysia.  Hidup sudah serumpun namun janganlah mencari hal di negara orang.  Sebelum ini memang kerajaan Malaysia sentiasa menjaga sempadan dan pemilikan.  Jangankan masalah sempadan masalah pembakaran hutan di Indonesia pun Malaysia tidak berbuat demo tetapi menghulurkan bantuan untuk memadamkan api.

Kerajaan Indonesia jangan hanya mencari keburukan dan mencuba membawa isu sempadan untuk membawa mereka menjadi kerajaan yang nyatanya pihak pembangkang Indonesia harus cekap dan bijak dalam menangani masalah tempatan.  Naikkan taraf penduduk di kawasan masing-masing sebelum cuba mencari masalah dengan negara jiran.  

Isu remeh-temeh ini boleh diselesaikan secara perundingan dan bukan dengan menunjukkan perasaan yang tidak puas hati.   Bersabar dan cari akal sebelum bertindak seperti kera diberi belacan!!!
Jakarta abai rakyat Indonesia di sepanjang sempadan Kalimantan-Sarawak
Punca mengapa semakin hari semakin selalu kita dengar keluhan rakyat Indonesia yang mendiami kawasan sepanjang sempadan antara Kalimantan dengan negeri Sarawak iaitu mengenai tahap pembangunan di tempat mereka adalah disebabkan oleh sikap tidak peduli kebanyakkan pemimpin kerajaan Indonesia yang berpusat di Jakarta terhadap kebajikan rakyatnya yang tinggal jauh di bahagian pendalaman seperti itu.

Ramai penduduk Indonesia yang tinggal berjiran dengan rakyat Sarawak yang berhampiran sempadan sering mempersoalkan akan kebajikan mereka jika dibandingkan dengan nasib rakyat Sarawak yang mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak kerajaan Malaysia namun nasib mereka pula adalah sebaliknya pula apabila jelas terpinggir dari arus pembangunan atau dalam erti kata lainnya telah diabaikan oleh kerajaan Indonesia yang menguasai kuasa pemerintah dari Pulau Jawa.

Kepada para pemimpin pembangkang di Indonesia tidak perlulah mereka sering untuk menyalahkan kerajaan Malaysia apabila berlakunya rungutan daripada warganya sendiri yang menghuni kawasan sempadan dengan Sarawak jika ada diantara mereka lebih menyenangi kerajaan Malaysia jika dibandingkan dengan kerajaan Indonesia sendiri malah ada yang menaruh harapan agar suatu hari nanti wilayah yang mereka duduki kini menjadi sebahagian wilayah Malaysia.

Bagaimana keadaan hidup penduduk warga Indonesia yang tinggal di kawasan sempadan dengan Sarawak yang jarang sekali diberi perhatian oleh pihak kerajaan Indonesia dan ini mereka boleh lihat sendiri bermula dari kawasan yang dipertikaikan iaitu di Camar Bulan di Kalimantan Barat hinggalah ke kawasan Sungai Sekayan, kawasan Danau Sentarum, kawasan Hulu Kapuas, Senaning, Badau, Kelayam, Long Betaoh di Kalimantan Tengah dan seterusnya di Kalimantan Timur seperti di Long Temunyat, Long Ampung, Long Sungai Barang, Lo Nawang, Dian Dian, Long Peliran, Gura Moyang, Pow-a-pan, Long Bawan, Malinau dan lain-lainnya.
Ramai golongan belia dari kawasan-kawasan tersebut telah berhijrah melalui jalan tikus ke Sarawak semata-mata untuk mencari rezeki. Mereka berkerja dalam sektor perladangan serta pembalakan. Malah ada yang telah tinggal di Sarawak untuk tempoh yang begitu lama dan berkahwin dengan penduduk tempatan dan mereka ini tidak pernah terfikir lagi untuk pulang ke tempat asal mereka di wilayah Indonesia. Untuk kembali semula ke tanah asal adalah agak mustahil kerana tiada peluang pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan Indonesia kepada mereka.

Jadi kepada pihak Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) khususnya T. B. Hasanuddin yang telah mencetuskan isu baru antara Indonesia dengan Malaysia, diharap orang ini buat penyelidikan dengan cermat mengenai garis sempadan antara Kalimantan dengan negeri Sarawak dan bukannya hanya berdasarkan kepada andaian semata. Tidak mungkin bagi kerajaan Malaysia untuk bertindak sebodoh itu dengan mengubah garisan sempadan yang telah dipersetujui bersama pada tahun 1978 dulu.

Dan apa yang lebih penting ialah agar pihak DPR atau saudara T. B. Hasanuddin sendiri berusahalah mencari puncanya mengapa sejak-sejak akhir ini semakin kerap kedengaran para penduduk warga Indonesia di sepanjang kawasan sempadan lebih condong kepada Malaysia dan mereka mahu wilayah mereka menjadi sebahagian daripada wilayah Malaysia. Adakah itu semua kesalahan kerajaan Malaysia? Rakyat Indonesia dipendalaman khususnya dikawasan sempadan Kalimantan-Sarawak sebenarnya telah lama terpinggir dan kebajikan mereka telah sekian lama diabaikan !

Adalah sangat diharapkan agar pihak DPR serta saudara T. B. Hasanuddin sendiri wajar dan lekas dalam mencari jalan bagi mengatasi keadaan itu dan bukannya cuba melaga-lagakan kerajaan Malaysia dengan rakyat di Pulau Jawa yang tidak tahu menahu tentang apa yang berlaku di wilayah Pulau Borneo ini. Betapa bodohnya pemimpin yang suka dengan jalan singkat seperti apa yang dilakukan oleh saudara T. B. Hasanuddin itu, apakah dia tidak boleh berfikir bahawa penghakisan pantai akibat dipukul ombak sepanjang masa juga adalah penyumbang besar kepada berlakunya kehilangan tanah di daratan...

View article...

Thursday, October 13, 2011

Snowdan Cabar Firefly

Berikutan dengan kes pertukaran saham Air Asia dan MAS, maka penerbangan Firefly telah terjejas.  Sebelum ini, Firefly merupakan saingan sengit kepada Air Asia yang dibawah MAS untuk menarik perkhdimatan penerbangan tiket murah.  Memandangkan saingan sengit kepada Air Asia ini amat menguntungkan sehingga menawarkan tiket sebanyak 50 sen dan menggunakan Aerobridge di KLIA jika dibandingkan dengan Air Asia yang hanya mampu mendarat di LCCT.  
 
Perkhidmatan yang paling terjejas adalah ke Sabah dan Sarawak memandangkan di rantau ini hanya penerbangan kapal terbang sahaja yang dapat menjadi laluan untuk berhubung ke Semenanjung.   Kini penderitaan dapat dirasa oleh suami isteri yang bertugas di seberang lautan yang hanya dapat berhubung pada hujung minggu.  
 
Semoga kerajaan atau tauke balak kaya sanggup menyumbang Boeing atau Airbus untuk diserapkan ke dalam Hornbill Skyways atau Mas Wings untuk memudahkan pergi balik ke Kuching- Kota Kinabalu- Kuala Lumpur 


Penamatan penerbangan Firefly jejaskan pelancongan dan penduduk luar bandar

Borneo Post October 5, 2011, Wednesday

KUCHING: Sekiranya khidmat penerbangan yang ditawarkan Firefly benar-benar ditamatkan di negeri ini, ia bukan sahaja akan menjejaskan sektor pelancongan Sarawak secara serius, tetapi termasuk penduduk luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Snowdan Lawan memberitahu, pembatalan penerbangan itu khususnya untuk sektor Kuching-Johor-Kuching akan meninggalkan kesan agak besar kerana ramai penduduk Sarawak, khasnya dari luar bandar mencari rezeki di Johor Bahru.

“Penduduk luar bandar akan berhadapan dengan masalah tiada alternatif peng-angkutan tambang murah.
“Firefly telah menjalankan tanggungjawab dengan baik, dengan perkhidmatan yang baik, harga tidak terlalu mahal, banyak pilihan waktu penerbangan,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.

Snowdan yang juga Timbalan Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS) melahirkan kebimbangan sekiranya khidmat penerbangan ditawarkan hanya dimonopoli sebuah syarikat sahaja, ia mungkin tidak dapat menampung keperluan penduduk Sarawak.

Penurunan pada angka kemasukan pelancong domestik juga akan dapat disaksikan sekiranya pembatalan perkhidmatan itu diteruskan, katanya.

“Justeru, saya berharap terdapat penyelesaian terhadap masalah ini bagi memartabatkan industri pelancongan negeri sekali gus memberi manfaat kepada penduduk luar bandar,” katanya.

Baru-baru ini, beberapa tokoh kenamaan melahirkan kekhuatiran mengenai penggabungan anak Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Firefly dengan AirAsia.

Perkara itu dijangka akan menyebabkan khidmat penerbangan Firefly ke Malaysia Timur dihentikan.

Isu ini pertama sekali di bangkitkan untuk Sarawak oleh Biro Ekonomi Pemuda PBB Sarawak menerusi wakilnya Abdul Aziz Adenan.

Lagi Skandal Seks!!! Anak VVIP Cabul Pulak!!

 Lu langsi lu kena londeh!!  Setiap perbuatan akan dibalas oleh itu minta maaflah cepat-cepat.  Dunia politik memang sudah ternyata akan bongkar-membongkar untuk memaklumkan kepada rakyat sekiranya wakil mereka memang layak di Dewan Undangan Negeri mahupun Parlimen!!!

Oleh itu berwaspadalah wahai VVIP yang menggunakan wang untuk membersih kekotoran yang diconteng oleh anak beliau!!!  Arang yang diconteng kemuka tidak akan hilang!!!  PRU -13 dah dekat!!??  Kalau takut dilondeh silalah minta maaf dan bertaubatlah!!!!

BONGKAR ! Anak Pemimpin Tinggi Politik Cabul Kehormatan Budak Sekolah





Satu informasi sah yang MiM terima hari ini. Di fahamkan bahawa anak seorang pemimpin tinggi politik telah mencabul kehormatan budak sekolah!
Dan yang dicabul itu adalah rakan sekelas budak tersebut. Dek kerana rosaknya moral anak lelaki beliau, ratusan ribu ringgit telah disogok kepada ibubapa budak perempuan tersebut supaya tidak diheboh-hebohkan kepada masyarakat.
Apabila ditangkap oleh guru disiplin sekolah tersebut, budak lelaki itu dengan sombongnya mengatakan bahawa beliau adalah anak seorang VVIP. Maka, budak itu merasakan dia untouchable dan semua orang takut kepada bapa beliau!
Dek tidak dapat menanggung malu, bapa VVIP itu telah memindahkan anak beliau ke sekolah lain. Dan perkara ini hanya diketahui oleh mereka yang terlibat sahaja dan juga pegawai-pegawai penting VVIP tersebut!
Tetapi cukupkah dengan sogokan sebanyak itu ? Apakah VVIP itu boleh terus mempercayai pegawai-pegawai beliau?
Satu hari nanti, rahsia akan terbongkar juga!
Makanya, kepada mana-mana pemimpin tinggi politik yang mempunyai anak lelaki di sekolah menengah dan terpaksa ditukar sekolah, MiM hanya mahu berkias dengan peribahasa 'siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya' !!
Jangan risau! Bukti sudah ada dan jangan bimbang kesahihan cerita MiM ! Anda sendiri tahu stail MiM memblogging.
Mahu tahu siapakah VVIP tersebut?
MiM dan rakan-rakan akan dedahkan satu masa nanti! Lagi pun PRU13 sudah dekat!

Jika VVIP ini masih langsi, arrogant, tidak minta maaf dan tidak cool off, beliau akan dilondehkan juga!

We will see whether he understand or not ! MiM akan pantau mulai dari sekarang.

Clock is ticking...

Dan jangan kata MiM tidak memberi amaran ! Seperti yang MiM katakan, siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya!

Friday, July 22, 2011

James Wong, ‘Bapa Pemodenan Limbang’



Posted on borneopost.com July 22, 2011, Friday

Kehilangan beliau paling dirasai rakyat Limbang yang banyak menerima pembangunan

LIMBANG: Mendiang Datuk Amar James Wong Kim Min yang merupakan ahli politik ternama dan selayaknya diiktiraf sebagai ‘Bapa Pemodenan Limbang’ kerana telah membawa banyak kemajuan dan membangunkan Limbang seiring dengan kawasan lain di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, Dr Abdul Rahman Ismail berkata pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada negara, negeri dan terutama sekali Limbang kerana mendiang Wong telah mempelopori projek pembangunan utama seperti pasar, Lapangan Terbang Limbang, Golden Jubilee Waterfront, kompleks Sukan Limbang dan kolam renang.

“Kita akan meneruskan kerja-kerja mendiang dan generasi pemimpin baru harus mencontohi sumbangan beliau,” katanya selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kampung halamannya di Jalan Pandaruan di sini semalam.

“Kami akan sentiasa memperingati beliau sebagai orang yang telah mempelopori pembangunan-pembangunan di Limbang dan kita seharusnya berbangga dengan sumbangan yang telah diberikan oleh mendiang,” tambah beliau.

Jenazah mendiang diterbangkan ke Limbang dari Kuching dan tiba tengah hari semalam untuk disemadikan di sini.

Antara yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir semalam ialah Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibolah dan ahli-ahli exco Dewan Perniagaan dan Industri Cina Limbang (LCCCI) yang diketuai oleh Lim Chwee Cheng.

Jenazah Wong akan disemadikan di tapak pengebumian milik keluarga yang terletak tidak jauh dari kediaman pusaka keluarga mendiang di Limbang.

Mendiang Datuk Amar James Wong Kim Min, bekas timbalan ketua menteri yang pertama dan menteri kabinet negeri serta telah memainkan peranan utama dalam penubuhan Malaysia meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 89 tahun Isnin lalu.

Mendiang meninggalkan isteri, Datin Amar Velerie Bong, lapan anak, 13 cucu dan empat cicit.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More