Monday, October 17, 2011

Cabaran Utama Buat Bakal Presiden SUPP!!??

Mungkin arus sudah berubah.  Sememangnya sekarang ini kelihatan Peter Chin mendahului dalam merebut kerusi Presiden SUPP.  Tetapi mampukah Peter Chin menyandang jawatan tersebut sambil memastikan perpaduan dalam SUPP?  Cabaran yang paling utama adalah, mampukah Peter Chin meraih kembali kepercayaan dan sokongan kaum Tiong Hua terhadap kerajaan Barisan Nasional?

SOKONG PADU: Chin (lapan kiri) merakam kenangan bersama 306 pemimpin daripada 33 cawangan SUPP seluruh negeri

306 pemimpin 33 cawangan mahu beliau menerajui parti untuk tiga tahun seterusnya


KUCHING: Setiausaha Kerja Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin akan menentang Timbalan Setiausaha Agung I Dato Sri Wong Soon Koh untuk merebut jawatan presiden pada Persidangan Perwakilan Tritahunan SUPP Disember nanti.

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat parti semalam, Chin memberitahu keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan sokongan begitu kuat yang dilahirkan oleh lebih 306 pemimpin akar umbi 33 daripada 43 cawangan parti di seluruh negeri.

“Sebanyak 33 cawangan parti menghantar 306 pemimpin untuk menghadiri mesyuarat saat akhir hari ini (semalam) dan saya menerima permintaan mereka yang mahu saya menerajui parti ini untuk tiga tahun seterusnya.

“Dengan sokongan begitu banyak, bagaimana saya boleh menolak permintaan mereka?,” katanya.

Chin yang juga Ahli Parlimen Miri merangkap Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air memberitahu beliau akan melupakan hasrat untuk bersara memandangkan beliau perlu memimpin parti itu ke arah pembaharuan.

Menurutnya, beliau juga sudah melahirkan hasratnya itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketika ditanya sama ada presiden parti Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan ada memberi restu kepadanya, beliau yang enggan mengulas lanjut berkata:

“Saya rasa lebih baik anda tanya dia. Memang saya ada berjumpa dengannya tetapi lebih baik kita rahsiakan apa yang dibincangkan, sama seperti perbualan saya dengan (ahli jawatankuasa kerja pusat) Datuk Lee Kim Shin baru-baru ini.” Turut hadir, Bendahari SUPP Datuk David Teng. Sepuluh cawangan SUPP yang tidak menghadiri mesyuarat tertutup itu adalah Bengoh, Telang Usan, Sibu, Senadin, Opar, Mukah, Kanowit, Belaga dan Baram.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More