Wednesday, January 18, 2012

Pocong Melompat di Ibu Pejabat PAS?!!

Selepas ibu pejabat UMNO kini ibu pejabat PAS pula diserbu oleh Mahasewel atau beruk peliharaan Anwarinas!!??  Minggu ini mereka pergi ke Ibu Pejabat PAS untuk meminta 5 pelajar yang digantung oleh Kerajaan PAS Kedah tahun lepas untuk dibebaskan!!??

Nampaknya PKR semakin kuat menghasut beruk-beruk ini sehinggakan semua parti akan diamuk oleh golongan mahasewel ini!!??   Mungkin DAP atau PCM atau KITA yang diserbu kelak?!!  Rasa-rasanya tidak kerana PKR dibawah telunjuk DAP!!??   

Solidariti Mahasiswa Demo Depan Ibu Pejabat PAS Pula

Rabu Januari 18, 2012
Oleh SUSAN ALBERT KASSIM

KUALA LUMPUR: Demonstrasi 'Bebaskan Lima Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan Adam Adli' anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di hadapan bangunan Ibu Pejabat Agung PAS di sini pada petang Rabu kurang mendapat sambutan.

Demonstrasi yang berlangsung pada pukul 3 petang itu hanya dihadiri kira-kira 20 peserta termasuk Pengerusi Solidariti Untuk Kebebasan Akademik (Bebas), Mohd Safwan Anang, aktivis pelajar Mohd Aiman Che Ab Razab dan Adam Adli Abdul Halim sendiri.

Pengerusi SMM, Ahmad Shukri Abdul Razab berkata, demonstrasi tersebut diadakan bagi mendesak kerajaan negeri Kedah yang dibawah naungan PAS untuk menyatakan pendirian mereka mengenai isu penggantungan lima pelajar KUIN tahun lalu.

"Selepas pelbagai desakan termasuk menyerahkan beberapa memorandum kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, kami lihat tiada jalan lain selain berhimpun di depan Pejabat PAS bagi menuntut pembebasan mahasiswa tersebut," katanya yang ditemui selepas demonstrasi itu.

Menurutnya, walaupun beberapa pendekatan diambil untuk menyelesaikan isu tersebut, kerajaan Kedah masih tidak menyatakan pendirian tegas mereka berhubung perkara ini.

"Kami tidak mahu perkara ini berulang kembali dan kes tersebut tertangguh sekian lama. Kami pelik kerana pendirian mereka tidak jelas dalam isu penggantungan ini.

"Saya harap pihak KUIN mengkaji semula tindakan gantung yang diambil ke atas lima pelajarnya," kata Ahmad Shukri lagi.

Dua peserta dilihat menaikkan satu bungkusan yang dibalut dengan kain putih sebagai simbolik 'mayat mahasiswa digantung' yang tertera perkataan 'Mahasiswa tolak Auku'.

Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei tahun lalu, lima pelajar kolej itu digantung pengajian dan seorang lagi dikehendaki membayar denda.

Mohd Aiman, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Mohd Arof digantung satu semester manakala Mohd Faiz Mohd Arshad, dua semester.

Seorang lagi pelajar, Mohamad Farhan Mohamad Baharin diberi surat amaran dan didenda RM100.

Difahamkan kelima-lima mahasiswa itu digantung pengajian kerana terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN pada Mei tahun lalu.

Kes perbicaraan lima mahasiswa KUIN yang dijadualkan pada hari ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan atas alasan Hakim tidak sihat.

Mohd Aiman yang baru saja tamat menjalani hukuman gantung pengajian bulan lalu menegaskan dia akan berjuang menuntut keadilan terhadap dirinya dan empat rakan lain.

"Sebagai kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Rakyat, mereka perlu menjadi contoh kepada parti lain dengan memberi lebih banyak ruang kepada mahasiswa untuk bersuara.

"Namun segalanya bercanggah dengan janji Pakatan Rakyat sebelum ini. Kami bukan meniru dalam peperiksaan dan memecah pintu tetapi hanya menyuarakan hak sebagai mahasiswa," kata pelajar Ijazah Kewangan dan Perbankan Islam di KUIN.

Mohd Aiman berkata, ini merupakan kali ketiga kes perbicaraan tersebut ditangguhkan.

Jelasnya, mereka akan menyertai jelajah kempen mansuhkan Auku,Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555) anjuran bersama Bebas dan SMM bermula 28 Januari ini.

1 comments:

baru tangguh 3 kali pun dah sibuk nak tlg demo.. Kes peliwat ANWAR 69 KALI ditangguh ngapa tak berdemo dpn pjabat PKR Dan DAP?

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More