Tuesday, April 2, 2013

Pembangkang Semakin Lembap Mati Kutu Menjelang PRU13!


Pembangkang kini tonjol diri melalui projek kerajaan



KANGAR: Pembangkang kini menonjolkan diri melalui projek dan program kerajaan dengan mendakwa apa yang dinikmati rakyat adalah hasil perjuangan mereka, kata Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Beliau berkata, langkah terdesak itu bertujuan meraih sokongan pengundi menjelang pilihan raya umum dan beliau berharap rakyat tidak terpengaruh dengannya.
Berucap pada majlis penyampaian bantuan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di Simpang Empat dekat sini malam tadi, beliau berkata, selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membawa pembangunan di Perlis.

Md Isa berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai projek pembangunan serta program bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat secara berterusan.

"Mereka (pembangkang) mengaku bahawa projek yang memberi keuntungan kepada rakyat adalah hasil usaha mereka," katanya.

Sebelum itu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Rosley Mat ketika berucap di majlis itu berkata, pembangkang pernah menolak pembangunan di kawasan bandar Kangar termasuk semasa cadangan memindahkan Pasar Besar Kangar ke Kampung Sena beberapa tahun lalu.

Katanya, mereka mengkritik MPK kerana membuat keputusan memindahkan pasar itu dengan alasan ia menjejaskan rezeki peniaga namun apabila para peniaga meraih pendapatan lebih baik di lokasi baru menyebabkan pembangkang mengubah kenyataan.
“Mereka mula muncul di khalayak ramai dan mengaku bahawa merekalah yang berjuang untuk memindahkan pasar itu bagi meningkatkan pendapatan para peniaga,” katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 151 penduduk bandar menerima bantuan berjumlah RM1.2 juta dengan 84 daripadanya menerima bantuan sewa rumah untuk tempoh setahun, 48 orang menerima bantuan membina dan membaiki rumah dan 19 orang menerima bantuan kiosk perniagaan. - BERNAMA

Macam pernahku dengar dialog demikian. Kalau di Kangar, pembangkang berdolak-dalih menyatakan lokasi baru kurang sesuailah itulah inilah, kalau di Sibuti, hal yang sama turut belaku. PAS akan mengaku merekalah punca utama kerajaan menyediakan bekalan elektrik dan air bersih! Ptuuih! Setakat hendak menjadi lembu punya susu, sapi dapat nama baik tidak payah!

Pembangkang hendaklah menjadi lebih kreatif dan tidak hanya menjadi lanun seperti Kiram! Apabila Sabah sudah maju, tiba-tiba dengki dan mahu menjajah Sabah, walhal sebelum ini memijak kaki ke Sabah pun jarang sekali!

Semoga rakyat memilih parti yang benar-benar berkaliber untuk memimpin mereka. Jangan tersalah pilih nanti terkena kaki botol!

- Posted using BlogPress from my New iPad

Thursday, March 21, 2013

Janji Ditepati! PAPAGOMO Kasi Bongkar!! Anwar Bayar RM300 Untuk Meliwat Mahasiswa Sabah?

Video kali ini memuatkan seorang lelaki yang tersenyum kambing..  Maklumlah dah 7 season masuk Youtube.  Kalau bukan famous entahla  apa namanya!

Kali ini tajuk video adalah Season 7 Episode 1: Ketua Pembakang Pakatan Rakyat bersama Mahasiswa Yang Diliwat.  Suara umpama suara milik Rafizi?  Adakah Rafizi orangnya?  Rafizi mana satu ni?


Menurut mahasiswa itu juga Anwar Ibrahim telah memberikan wang poket RM 300 selepas meliwat dengan kata kata "Ni duit belanja tampung pengajian U"

Mahasiswa tersebut yang pertama kali diliwat Anwar Ibrahim kini sudah bertaubat dan menginsafi perbuatan beliau dan mendalami ilmu agama hasil bantuan dari rakan rakan ilmuan agama. Kejadian liwat antara Mahasiswa ini sebenarnya bukan pertama kali berlaku kerana menurut mahasiswa tersebut ada rakan rakan nya juga pernah menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim dan ianya adalah kerana SUKA SAMA SUKA.

Baca selebihnya di sini

Arbaiyah Kena Sound Tok Janggut!


Skandal RM50 ribu Abby Abadi di London didedahkan

Oleh Sanggah Tok Janggut

Ustazah kening halus ini kita buka topeng munafiknya!

ABBY Abadi yang sedang digelarkan sebagai Ustazah Mee Segera ini semakin hari semakin melampau dan berbagai-bagai fatwa gila dikeluarkannya termasuklah menyokong gerakan pengganas Kiram di Lahad Datu dan juga mengangkat pengganas Kiram yang mati itu sebagai mati syahid dan kegilaan beliau semakin menjadi-jadi.

Saya tidak berminat untuk menulis tentang selebriti munafik ini tetapi sejak melihat tingkahnya di media maya semakin menjadi-jadi,tekak tiba-tiba terasa loya melihat betapa `alim dan mulianya’ bekas selebriti ini dan bekas barang terpakai tinggalan Norman Hakim ini perlu diberikan kata dua supaya beliau tahu bahawa ada orang tahu siapa beliau sebenarnya.

Bekas pelakon ini boleh dikategorikan antara wanita nakal,bermulut jahat,merelakan dirinya jadi alat untuk memecahbelahkan indsutri dunia hiburan tanahair dan janda Norman Hakim ini perlu diajar supaya tidak menjadi telunjuk lurus tetapi kelingking berkait dan kalau mahu bertaubat sekalipun taubatlah sepenuhnya dan jangan berlakon sebagai orang baik-baik sedangkan hakikatnya Abby bagaikan menyembunyikan `kejalangannya’ baik dari tutur kata serta perbuatannya.

Saya ingin memberikan peringataan kepada Abby Abadi bahawa saya tahu apa yang berlaku di London baru-baru ini dan dengan siapa Abby ke sana. Siapa VVIP yang menaja segala perbelanjaan Abby ke London yang pada mulanya hanya berbekalkan satu beg tetapi pulangnya ke Malaysia dengan enam beg dan beg-begnya dibawa oleh private jet balik ke Malaysia? Dan apa kerja yang Abby lakukan hingga dapat bayaran RM50,000 selama seminggu? Takkan menyanyi ataupun berceramah di London hingga dapat bayaran sedemikan besar jumlahnya?

Ini peringatan kepada Abby,Jika beliau tidak menghentikan keceluparannya mempermainkan agama, mengadu domba serta memberikan tafsiran agama yang bukan-bukan, saya akan menelanjangi satu persatu topeng-topeng munafik yang sedang dipakai oleh Abby ketika ini.

Tetapi kita juga ingin tahu wang siapa sebanyak RM20,000 yang Abby minta bagi menjayakan majlis harijadi anaknya? Tidak cukup RM50,000 di London? Rumah Kedai di Taman Melawati itu pun kita tahu datang daripada siapa? Jangan berselindung di sebalik penjualan jubah sedangkan hakikat sebenar ada yang tahu puncanya.

Ini juga akan didedahkan sekiranya Abby tidak bertaubat dan meminta maaf kepada rakan-rakan yang beliau kafirkan serta sesatkan selama ini.Jangan tunjuk baik sangat Abby! Jangan selak kain orang lain kalau kain sendiri koyak rabak! Jangan satu jari menuding kepada orang lain sembilan jari lagi menuding ke diri sendiri..!

Kalau beliau betul sudah insaf, bertaubat dan ingin menjadi muslimah sejati yang diredai Allah dunia dan akhirat, Abby tidak akan memilih jalan sesat begini hingga segala tutur kata terutama sekali dalam Twiter dan juga berceramah,penghinaan demi penghinaan dilemparkan kepada orang yang tidak menyokong beliau.

Kita sedar artis ini semakin sesat dalam dunia yang beliau sedang ciptakan dan itu urusan beliau kalau mahu sesat sekalipun tetapi mengajak orang lain agar sesat sama sesuatu yang cukup bertentangan apatah lagi kita pun tidak tahu siapa guru agama janda yang sedang didakwa ramai sebagai tengah meroyan ini.

Abby belum putih sepenuhnya dan nilai taubat yang sedang beliau laung-laungkan ketika ini sama sahaja dengan nilai perjuangan PAS parti yang Abby dokong penuh dengan kehanyirannya yang tersendiri malah Abby juga sama dengan para pejuang PAS lain yang menggunakan agama untuk menutup kebejatan moral masing-masing. Dan pejuang PAS kononnya seperti Abby inilah yang diusung ke hulu ke hilir bagi dijadikan agen memecah-belahkan orang muda.

Jadi kepada Abby,kita pesan sekali lagi. Hentikan segala keceluparan, kebodohan serta kebiadapan ini sekiranya tidak mahu topeng yang sedang menutupi wajahnya ketika ini terbuka satu persatu.

Putih Maya: Arbaiyah anak Pak Manan ni macam kena sampuk hantu raya, eh silap hantu PRU13! Agak-agaknya 'sugar daddy' dia sekarang masuk politik kot? Itulah sebabnya Arbaiyah tumpang sekaki! Kalau tidak kenapa dia sanggup merapu macam kucing hilang anak?
Dengarlah den nasihat Tok Janggut! Sakit den tanggung sendiri.

- Posted using BlogPress from my New iPad


Wednesday, March 20, 2013

Kantoi! Puteri Jacel Kiram Tipu Lagi?


Tuduhan komando Malaysia mahu bunuh Jamalul Kiram cerita dongeng

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
KUALA LUMPUR 20 Mac - Dakwaan Jacel Kiram kononnya sepasukan komando tentera Malaysia kini berada di Filipina untuk membunuh bapanya, Jamalul Kiram III disifatkan sebagai cerita dongeng.

Sambil menafikan tuduhan itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, dakwaan tersebut hanya dibuat bagi mensensasikan isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Sabah.

Malah, katanya, tindakan Jacel itu disifatkan amat tidak bertamadun, terdesak dan berniat jahat bertujuan menimbulkan kebencian rakyat Filipina terhadap Malaysia.

Menurut beliau, dakwaan kononnya seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat kolonel bernama Sunny Ng, mengakui merancang membunuh Jamalul juga tidak berasas kerana individu berkenaan tidak wujud dalam perkhidmatan ATM.

"Dalam sejarah Malaysia yang penuh berliku seperti menghadapi zaman konfrontasi dan pengganas komunis, kita sebagai sebuah negara berdaulat dan bertamadun tidak pernah sekali pun menjalankan 'operasi gelap' seperti itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Jacel kononnya seorang peguam Filipina, Mario Lozada memfailkan afidavit mengenai rancangan pembunuhan itu di Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) negara tersebut hari ini seperti disiarkan portal Global Nation Inquirer.

Menurut Jacel, Lozada telah bertemu Sunny Ng di Restoran Genting Palace, kompleks kasino Resorts World Pasay City Isnin lalu dan Sunny memaklumkan Lozada mengenai rancangan pembunuhan itu.

Abdul Latiff memberitahu, Malaysia turut menunggu hasil siasatan NBI Filipina mengenai perkara itu dan sekiranya dakwaan tersebut benar, Jacel dan Lozada perlu tampil dengan fakta kukuh bagi membuktikan dakwaan tersebut.

"Tetapi Jacel harus ingat, segala dakwaan atau cerita dongeng yang disampaikannya kepada media Filipina tidak akan sesekali merencatkan Ops Daulat yang dijalankan Malaysia untuk membersihkan saki-baki pengganas kumpulan Kiram di Sabah," tegasnya. - UTUSAN

Putih Maya: Kalau Kolonel Sunny Ng tu pasti dari Singapura dan bukan Malaysia!! Jacel sebelum ini terkantoi menggunakan gambar askar Thai terbunuh sebagai askar Malaysia yang terkorban! Kali ini tidak mustahil dia menggunakan maklumat daripada NST di bawah ini untuk mengaitkan Sunny Yun sebagai Sunny Ng! Puteri IQ Rendah Setan Sulu ni pun pernah menipu!!!

KUALA LUMPUR: The Singapore High Commission celebrated its 47th National Day at Shangri-La Hotel, recently.
High Commissioner Ong Keng Yong and wife, Irene, played host to dignitaries, envoys and guests who included Singapore students studying at Malaysian universities.
Guest-of-honour was Tourism Minister Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

(From left) Capt Alex Shariff, Integrated Area Defence System chief of staff Col Sunny Yun and its commander Air Vice-Marshal Warren Ludwig.
Sumber NST

- Posted using BlogPress from my New iPad

Dodgy Globalwitness Kena Tipu Kaw Kaw!

Globalwitness yang menyamar untuk melabur dalam SCORE terlebih dahulu telah diketahui dan dikesan oleh agensi kerajaan.  
Apabila mereka bertemu dengan sebahagian daripada people of subtance di Sarawak, alangkah terkejutnya mendengar pendedahan daripada keluarga Ketua Menteri.  Sebenarnya ejen Globalwitness tidak tahu bahawa dia telah di'enjen' atau kena 'goreng baik' oleh anak mantan Ketua Menteri Sarawak yang sudah dimaklumkan terlebih dahulu mengenai kedatangan ejen itu.

Sememangnya ejen globalwitness mendapat story of his life time.  Pucuk dicita ulam mendatang.  Berbekalkan video temuramah yang tersembunyi maka ejen Globalwitness ini pun kembali ke London tetapi tidak membeli atau melabur walau satu sen pun di Sarawak.

Perwatakan ejen ini yang 'dodgy' sudah cukup untuk membuktikan bahawa dia bukan pelabur yang serius.  Ilmu yang cetek mengenai Sarawak dan Malaysia membuatkan dia lebih senang dienjen lagi sehingga dia percaya tentang RPGT! 

Semestinya Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarga beliau yang rapat sedar tentang plot pihak pembangkang untuk mengenakan beliau!   Kenapa mereka sedar?  Mereka adalah kerajaan sekarang dan setiap pergerakan keluar masuk imigresen sememangya dipantau oleh Pejabat Ketua Menteri!

Janganlah mereka lupa bahawa terdapat penafian tentang penglibatan pada akhir video tersebut! 

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More